Bab 10

Drama Series 77452

TEPAT jam 7.25 pagi Mawar tiba di rumah milik Tuan Hazriqnya itu. Ketika dia tiba, terlihat tiga beranak itu sedang menikmati sarapan pagi mereka.

"Hah, Mawar! Awal kau sampai?" sapa Hazriq yang sedang menjamah sarapannya itu.

Mawar memandang Umar yang sedang menyuap nasi ke dalam mulutnya lalu dipandang pula Umairah yang terkial-kial di dalam kerusi kanak-kanak itu.

"Saya lambat tuan tanya. Saya awal pun tuan nak tanya. Patutnya, tuan gembira tau saya datang awal!" balas Mawar.

"Tak ada masa aku nak gembira untuk kau," jawab Hazriq dalam nada dinginnya itu.

"Sampai hati, tuan!" kata Mawar sambil bibirnya muncung ke depan. Dia pura-pura merajuk.

"Hati aku tak sampai lagi kat kau. So, tak payah nak muncung-muncung itik macam tu... Aku cium karang," nadanya berbaur ugutan.

Mawar cepat-cepat menekup mulutnya dengan sebelah tangan. Matanya terjengil. Kepalanya pula tergeleng geleng tak mahu.

"Tahu kau tak nak. Dah pergi kat Mak Jah, minta Mak Jah tunjukkan bilik kau," arah Hazriq.

Setelah Mawar hilang dari pandangan, Hazriq mengukir senyum tipis. Kepalanya tergeleng geleng kecil.

Umar yang menyedari hal itu terus menegur papanya. "Papa kenapa geleng kepala?" soal Umar. Pelik pula dia dengan tingkah papanya itu.

"Err, tak ada apa sayang. Ini tadi ada nyamuk itu lah papa geleng cuba nak halau nyamuk gigit papa," balas Hazriq. Dia cuba berhelah.

Umar hanya meng-oh-kan saja. Lalu hidangan di hadapan mata di jamah semula.

Hazriq memandang anak perempuannya pula. Umairah kelihatan comot dengan sisa sisa nestum di keliling mulutnya.

"Umairah, makan elok-elok." tegur Hazriq.

Umairah menayangkan gigi susunya itu lalu nestum di dalam mangkuk di cedok sikit. "Papa nak cikit tak? (Papa nak sikit tak?)" soal anak kecil itu kepada Hazriq sambil nestum di sua ke papanya.

"Tak nak sayang... Papa tak makan,"balas Hazriq.

"Ocey!"

.
. ..
.

"KAU ingat pesan aku. Pukul 8 nanti hantar Umar ke taska dia. Terpulang kau lah nak bawa Umairah ke tak. Tapi make sure kalau nak bawa Umairah kau kena pakai---" belum sempat Hazriq menghabiskan bicaranya, di potong oleh Mawar.

"Bla, bla, bla saya tahu. Nak bawa Umairah kena ada car seat yang baby punya tu. Lepas tu, pukul 12 tengah hari pick up Umar kat Taska," potong Mawar. Pesanan Tuan Hazriq nya semua dalam kepala otak.

"Tuan don't worry lah! Semua dalam kepala otak saya. Saya dah set semuanya," sambung Mawar dengan riaknya.

"Baguslah macam tu. Tak payah susah-susah aku nak kena ingatkan kau setiap masa," kata Hazriq.

"Aku letakkan kepercayaan aku sepenuhnya pada kau. Kalau jadi apa apa...siap kau!" sambungnya lagi. Kata-katanya kedengaran serius dan tegas.

"Ye, saya tahulah! Kalau jadi apa-apa tuan dakwa lah saya. Saya tak hairan pun!" kata Mawar. Rambut panjangnya yang mengurai itu di selak ke belakang.

"Aku pegang kata-kata kau tu ya."

"Dahlah, tuan pergilah kerja tu. Kejap lagi saya hantar Umar. Tuan tak perlu risau okay?" badan Hazriq di tolak sehingga ke keretanya.

Hazriq meneka punat unlock lalu dia segera memboloskan diri ke dalam perut kereta.

Beberapa saat kemudian, kelibat kereta milik Hazriq hilang daripada pandangan mata.

Mawar tersenyum puas. Dia terus melangkah masuk ke dalam rumah. Tugas yang seterusnya adalah siapkan Umar ke taska.
. .
. .

"JOM Umar kakak dah nak hantar awak ni..." ajak Mawar. Sandal nya itu terus disarung ke kaki.

Umar yang sudah siap memakai kasut itu terus membuntuti Mawar daripada belakang.

"Kita nak naik apa?" soal Umar.

"Naik apa? Naik kereta kak Mawar lah sayang," balas Mawar. Kereta axia miliknya di dekati lalu butang unlock di tekan.

"This car?" jari telunjuk comel Umar tepat menghala ke arah kereta axia milik Mawar.

"Yes, my boy! Kereta ni lah," balas Mawar lalu hidung mancung Umar dicuit manja.

Umar cepat-cepat menepis tangan Mawar yang sedang mencuit hidungnya itu. Dia rimas!

"Tak boleh ke kita naik kereta papa yang lain? Kereta tok pa ke?" soal Umar kepada Mawar.

Mawar mengerutkan dahinya. "Kenapa pula?"

"Kereta kakak tak cantik ni kecil sangat. Tak muat Umar nak masuk!" balas anak kecil itu sambil berpeluk tubuh.

"Seriuslah Umar? Not funny okay? Nak tak nak Umar kena naik juga," geram saja Mawar dengan budak petah ni. Pandai pula dia kata kereta kita kecil. Mentang-mentang lah kereta papa awak besar, awak hina kereta Kak Mawar ya!

"Umar tak nak! Umar nak naik kereta papa! Kereta papa besar! Kereta kakak tak cantik ni kecil! Tak muat Umar nak masuk!"protes Umar. Kakinya dihentak hentak.

"Okay, okay Umar. Tipu lah kalau Umar tak muat nak masuk. Kakak boleh je masuk. Anak gajah pun boleh sumbat tau!" kata Mawar penuh yakin. Walhal dia pun tak pasti. Muat ke anak gajah sumbat dalam kereta axia nya ini? Kalau anak kucing itu ye lah kut...

"Tak nak! Umar nak naik kereta macam papa! Kereta papa anak dinasour pun boleh masuk!" bentak anak kecil itu.

Mawar mengurut pelipis nya. Semakin pening dia dibuatnya. Ish, memang susah benor nak handle seketul Umar Raiqal ni. Haih...

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-10-24 21:50:36 

hi dear.i baru baca citer ni. best la. u update hari hari ker....

YAZNI-ERNIE
2020-10-24 21:50:28 

hi dear.i baru baca citer ni. best la. u update hari hari ker....

YAZNI-ERNIE
2020-10-24 21:50:20 

hi dear.i baru baca citer ni. best la. u update hari hari ker....


NovelPlus Premium

The best ads free experience