Bab 7

Drama Series 77452

WAJAH kedua dua anak kecil itu ditenung lama. Sudah hampir sejam di dalam keadaan begini. Dapat dirasakan seolah olah dirinya tidak dipedulikan oleh kanak-kanak itu. Mereka sepertinya dalam dunia mereka sendiri.

"Mawar..." tegur Mak Jah.

Mawar menghalakan matanya pada Mak Jah yang sedang berdiri tidak jauh dari tempat dia duduk. Wanita tua itu dikenali sebagai Mak Jah itu merupakan pembantu rumah banglo ini sejak Tuan Hazriq masih kecil lagi.

"Ya, Mak Jah..."

"Ini baju untuk kamu salin. Sebelum Hazriq keluar tadi dia ada pesan kat Mak Jah suruh bagi kamu baju untuk salin nanti. Katanya kain kamu koyak," ujar Mak Jah sambil menghulurkan set pakaian lengkap (baju dan seluar) itu kepada Mawar.

Huluran Mak Jah itu di sambut. "Terima kasih, Mak Jah," ucap Mawar. Malu pula dia apabila Mak Jah tahu kainnya itu terkoyak. Tuan Hazriq ni pun tak pandai nak simpan rahsia.

"Sama-sama. Mawar pergi salin pakaian dulu kat bilik sebelah dapur tu. Budak-budak ni biar Mak Jah jaga kejap sementara kamu tukar pakaian," kata Mak Jah.

Mawar hanya mengangguk lalu dia terus menuju ke bilik seperti yang dikatakan oleh Mak Jah.

.
. .
. .

UMAR menghantar pemergian Mawar dengan ekor matanya. Setelah Mawar hilang daripada pandangan mata adiknya, Umairah yang sedang bermain patung barbie itu dipandangnya. Satu idea nakal terbit di mindanya.

"Mai!" adiknya itu dipanggil.

"Apa?" sahut Umairah. Patung barbie ditangannya itu di main-main lalu kepala barbie itu dicabutnya. Tak ada kerja betul.

"Mairah nak tak kalau kita kenakan kakak tak cantik tu?" soal Umar kepada adiknya itu. Sedap mulut si Umar saja kata Mawar tidak cantik. Dengar dek Mawar mahu murung gadis itu 7 hari.

Umairah memandang abangnya dengan kerutan di dahi. Dia sebenarnya tak faham dengan apa yang abangnya katakan.

"Tak paham." tangan barbie itu pula dicabutnya. Apabila semua anggota badan patung barbie itu sudah dicabutnya, badan patung barbie itu terus dicampakkan ke atas meja yang berada di situ.

"Kita buat kakak tak cantik tu marah. Nak?" soal Umar lagi.

Umairah cuba menghadam kata kata abangnya itu. "Nanti papa marah aca ne?" (Nanti papa marah macam mana?) kata Umairah dalam bahasa loghatnya itu.

"Ala... Papa tak marah kalau papa tak tahu. Mairah janganlah bagitahu papa," balas Umar.

"Doce lah... Nanti tuhan marah. Papa tate kalau titew wat orang, nanti titew masuk neraka,"(Dosa lah... Nanti tuhan marah. Papa kata kalau kita buat orang, nanti kita masuk neraka) balas Umairah kembali kepada abangnya itu.

"Ala... Mairah ni... Kalau Mairah diam, papa tak kan tahu. Mairah suka ke kakak tak cantik tu?" soal Umar kepada adiknya.

Umairah menggeleng kepalanya tanda dia tidak suka. "Hah, jadi abang ada idea macam mana nak kena kan kakak tu..." ujar Umar. Nakal.

"Apa dia?" soal Umairah ingin tahu.

Umar bergerak mendekati adiknya lalu dia berbisik di telinga Umairah. Ada saja akal anak kecil ini.

.
. .
. .

"SAYA nak tender ni siap sebelum 24 hari bulan. Pastikan tepati masa. Awak boleh keluar Kamal, " ujar Hazriq kepada stafnya yang bernama Kamal itu.

Setelah Kamal keluar daripada biliknya itu, terus tubuhnya di sandar pada kerusi yang diduduki nya sekarang. Minggu ini dia memang sibuk dengan bermacam urusan. Projek banyak masuk yang harus dia kendalikan. Nasib baiklah pencarian pengasuh buat anak-anaknya sudah selesai. Kalau tidak lagi pening dia dibuatnya.

Hazriq menatap skrin telefon bimbitnya sambil berkira-kira mahu membuat panggilan kepada Mawar atau tidak.

Setelah beberapa nombor kemudian, nombor Mawar ditekan.

Tut... Tut... Tut...

"Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba seben---," terus telefon bimbitnya dimatikan apabila panggilan masuk ke peti suara.

Hazriq merengus kasar. Mawar memang sukar untuk angkat panggilan. Entah apa yang dibuat. Baik telefon bimbitnya itu di campakkan saja ke dalam sungai.

"Angkat telefon pun payah ke?" marahnya.

Tiba-tiba dia terfikir akan sesuatu. Entah-entah Mawar sedang cuba membuat sesuatu. Ish, minta simpang malaikat 44 lah!

"Ish, apa kau fikir ni Hazriq?" soalnya pada diri sendiri. Fikirannya terganggu.

"Tak boleh jadi ini! Aku kena balik juga!" telefon bimbitnya dimasukkan ke dalam poket. Kunci kereta dicapai lalu cepat-cepat dia keluar dari pejabatnya itu.

Dia harus pulang! Bimbang pula kalau tiba-tiba sisi gila Mawar keluar.

.
. .
. .

MAWAR baru sahaja selesai menukarkan pakaian itu, terus mendekati Mak Jah yang sedang mengemas dapur.

"Mak Jah," sapa Mawar.

Mak Jah hanya tersenyum sambil tangannya lincah mengemas.

"Budak-budak mana?" soal Mawar.

"Itu tengah main berdua," balas Mak Jah.

Mawar hanya mengangguk lalu Umar dan Umairah di dekatinya.

"Mairah ingat tau apa yang abang cakap," kata Umar kepada adiknya.

Umairah hanya mengangguk sahaja. Walaupun dia kurang faham tapi dia buat buat faham sahaja.

"Umar, Umairah..." kedua dua anak kecil itu disapa oleh Mawar.

Tapi, sapaannya langsung tidak di layan oleh mereka.

"Umar dengan Umairah main apa tu?" soal Mawar. Saja mahu berbasa basi.

"Buta ke?" soal Umar dengan nada dinginnya.

'Amboi budak ni... Sejibik macam bapak dia,' monolog Mawar dalam hati. Riak wajahnya masih tersenyum walaupun hatinya sedikit terasa dengan Umar.

Mereka diam. Suasana di ruang tamu besar itu mula terasa hening. Umar tersenyum sinis tanpa disedari oleh Mawar. Rancangan nakalnya bakal bermula sebentar lagi. Tunggu dan lihat.

"Kakak tak cantik! Umar lapar lah," adu si Umar.

Mawar tersenyum paksa walhal hatinya sedikit terguris apabila Umar memanggilnya tak cantik. Nak marah tak boleh, bukan anak dia. Kalau anak dia ni, dah lama mulut tu di cili cilikan.

'Hello, dik! Akak ni pernah menang pertandingan ratu kebaya tau! Sesuka hati awak je cakap akak tak cantik!' kata Mawar. Tapi sayang kata kata itu hanya mampu diluahkan dalam hati saja.

Senyuman masih terukir. Riak wajah cuba dikawal sebaik mungkin. "Jom, ke dapur. Makanan semua kat dapur." ajak Mawar.

Umar hanya menurut. Umairah pun sama. Dah abangnya cakap ikut saja apa yang abang dia buat. Dia ikutlah.

"Ini Nek Jah yang masak! Makanlah! Sedap tau," ujar Mawar . Nasi dihidangkan dihadapan Umar.

Umar menolak pinggannya ke tepi. "Umar tak nak! Umar tak nak Nek Jah yang masak. Umar nak kakak yang tak cantik ni masak!" bentak Umar.

"Tapi akak---" belum sempat Mawar membalas. Umar mula bertindak agresif.

"Umar cakap Umar tak nak, tak naklah! Umar nak kakak tak cantik yang masak!" amuk Umar.

Mata Umairah hanya terkebil kebil melihat lakonan abangnya yang mungkin menjadi itu. Ada bakat untuk menjadi seorang pelakon yang berjaya.

"Okay, okay. Umar... Kakak masak. Umar duduk kakak masak, okay?" Mawar cuba menenangkan anak kecil itu.

Umar mula diam. Dia kembali duduk ditempatnya tadi apabila Mawar bersetuju untuk masak buatnya.

'Matilah aku. Aku dah lah tak tahu masak,' getus Mawar.

"Mawar sabarlah ya... Umar tu tak pernah pernah macam tu. Selama ni okay je," ujar Mak Jah.

"Takpe... Err, Mak Jah ada spagetthi tak?" soal Mawar.

"Spagetthi?" berkerut dahi Mak Jah cuba memahami apa yang diperkatakan oleh Mawar.

"Err, dia mi yang kena rebus dulu baru jadi mi," terang Mawar. Belit pula apa yang dia cakap.

"Ouh yang tu... Ada kat dalam kabinet ketiga kut tak silap Mak Jah," balas Mak Jah.

"Ouh okay... Terima kasih, Mak Jah!"

Mak Jah hanya tersenyum lalu beredar untuk melakukan kerjanya yang lain.

Semua bahan yang diperlukan di cari di sekitar ruang dapur itu. Setelah cukup semuanya, dengan lafaz bismillah Mawar memulakan masakannya. Harap menjadi sedap lah.

.
. .
. .

"OKAY, spaghetti cabonara is done!" ucap Mawar dengan teruja. Hidangan itu dihidangkan di hadapan Umar dan Umairah.

"Tak sedap!" terbuntang mata Mawar mendengar kata Umar itu.

"Eh, dia ni. Rasa pun tak lagi, ada hati nak kata tak sedap!" gumam Mawar perlahan.

"Rasalah dulu." suruh Mawar.

"Taknak!" bentak Umar. Pinggan itu terus ditolak sehingga terjatuh. Habis pecah dibuatnya.

Mawar mengeluh kecil. Sabar Mawar, sabar. Kau kena sabar!

Umar terus berlari keluar. Mawar yang perasan terus mengejar langkah Umar. Dia ingat pesan Tuan Hazriq supaya jangan bagi anak-anaknya keluar.

"Umar tung---" Mawar tersadung kerana dia terlanggar tali yang diikat pada pintu.( korang faham tak? Macam dia letak tali dari hujung sana ke hujung sini sampai tegang. Tak faham takpe haha)

Mukanya tersembam ke dalam sebuah besen besar yang dipenuhi dengan tepung yang dicuri Umar dari dapur. Habis mukanya putih melepak. Dia rasa mahu menangis sambil mengadu pada ibu.

'Huwaahhhh ibu ada orang buli Mawar!'

Umar tergelak terbahak bahak. Puas hatinya apabila rancangan nakalnya itu menjadi. Umairah hanya duduk di tepi abangnya sambil melihat Mawar dengan simpati.

"Umar Raiqal!"
Mawar memandang ke arah gerangan itu. Begitu juga dengan Umar dan Umairah. Jelas pucat lesi wajah anak kecil itu.

'Habislah Tuan Hazriq dah balik...' getus Mawar dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience