FALIQ yang sedang dilanda kebosanan itu terus keluar dari biliknya lalu menuju ke bilik abangnya yang tidak jauh daripada biliknya. Ketika ingin melintasi ke bilik abangnya itu, sempat setiausaha kesayangan abangnya itu di usik.
"Hai, Syikin! Buat apa tu?" gadis itu sengaja di soal. Padahal dia tahu apa yang sedang gadis itu lakukan.
"Buta ke apa mamat ni?" gumam Syikin perlahan. Dia mendongak kepalanya lalu segaris senyuman dihadiahkan kepada Faliq.
"Eh, hai Tuan Faliq. Ada apa ni?" soal Syikin, wajah cuba menampakkan riak gembira walhal dia rimas dengan lelaki itu. Suka sangat mengganggu dirinya.
"Tak ada apa. Sebenarnya saya bosan. Em, Tuan Hazriq ada kat dalam tak?" tanya Faliq. Pen yang berada di atas meja Syikin di main-main nya.
"Ada. Tapi, Tuan Hazriq dia sibuk sikit. Jadi kalau boleh dia tak nak sesiapa mengganggu," balas Syikin.
Terangguk angguk kepala Faliq. Pen berada di tangan dibelek belek sebelum wajah gadis yang bernama Syikin itu dipandang kejap.
"Dia sibuk je... Tuan Hazriq awak tu memang tak penat ke asyik buat kerja saja," rungut Faliq. Abang dia tu sepanjang masa sibuk. Macam mana lah nak jalan kan misi memikat hati Cik Mawar.
"Abang Tuan Faliq juga kan?" balas Syikin diselangi gelak ketawa.
"Yelah, saya kena redha yang dia tu abang saya," pasrah dia berkata.
Syikin hanya mampu tersenyum saja.
"Saya nak jumpa Hazriq kejap," kata Faliq.
"Eh, kejap tuan. Nanti saya takut Tuan Hazriq marahlah sebab ada orang ganggu. Baik tuan tak usah ganggu Tuan Hazriq. Nanti saya juga yang kena marah." Syikin menghalang Faliq daripada memasuki bilik Hazriq.
"Ala, awak chill, chill je. Saya tahu lah nak handle abang saya tu. Setakat seorang Emir Hazriq. Kacang sajalah buat Emir Faliq," ucap Faliq dengan penuh keangkuhan.
Syikin hanya menayangkan senyuman kelat saja. Eleh, berlagak lebih saja mamat ni!
"Saya masuk dulu tau! Bye Syikin sayang!" sempat perkataan sayang di selitkan buat Syikin.
"Bye." Syikin senyum paksa. Geli geleman dia dibuatnya dengan perkataan sayang yang terkeluar dari mulut Faliq.
Faliq memulas tombol pintu bilik itu, lalu kepalanya terjengul di sebalik pintu itu. Matanya melilau mencari kelibat Hazriq. Setelah itu, di lihat Hazriq sedang tekun membuat kerja bersama komputer riba nya yang sentiasa bersamanya.
Dia melangkah masuk sebelum daun pintu di tutup rapat.
"Faliq, kalau tujuan kau masuk nak kacau aku baik kau keluar je lah. Aku sibuk," belum sempat Faliq menyapa abangnya itu, Hazriq terlebih dahulu menegurnya.
"Come on Hazriq. Kau ni dah macam tak ada life. Balik balik hadap laptop dengan kertas kerja tu. Sampai bila pun takkan habis. Baik kau fikir fasal jodoh kau," balas Faliq. Dia menatap Hazriq yang sedang tekun menaip sesuatu di atas papan kekunci komputer riba miliknya itu.
"Aku kerja sebab anak-anak aku. Dan aku tak ada masa nak fikir fasal jodoh bagai," balas Hazriq, dingin.
Faliq mencebik bibir apabila mendengar balasan Hazriq itu. "Eleh, konon tak fikir fasal jodoh. Habis tu yang malam malam dok teringat kat Mawar tu siapa eh?" sindir Faliq.
Serta merta jari jemari Hazriq berhenti menaip. Wajah adiknya itu dipandang dengan pandangan yang tajam.
"Ke memang karakter seseorang Hazriq ni berubah eh? Malam lain, siang lain. Wow!" sindiran itu tepat di tuju buat abangnya.
"Kau sindir aku?" soal Hazriq, geram.
"Terasa ke?" balas Faliq.
"Kau nak apa sebenarnya? Cakap terus terang saja lah," marah Hazriq. Sakit pula hatinya dengan Faliq itu.
"Aku dah pasang plan untuk kau," ujar Faliq. Keningnya terjengket sambil senyuman penuh makna terherot di bibirnya.
"Plan? Plan apa pula ni?" berkerut seribu dahi Hazriq dibuatnya. Ada saja lah adiknya itu.
"Plan untuk misi memikat hati Cik Mawar," balas Faliq, senyuman tak lekang di bibirnya.
Hazriq memandang Faliq dengan pandangan yang dia seolah olah tidak percaya dengab adiknya itu. Plan? Pikat hati Mawar?
"Untuk apa plan semua ni? Kau tak ada kerja ke?" soal Hazriq.
"Kerja lah ni. Kerja satukan kau dengan Mawar," jawab Faliq.
"Huh? Nonsense lah Faliq," kata Hazriq. Dia rasa seolah olah rancangan adiknya untuk satukan dia dengan Mawar adalah satu perkara yang mengarut.
"Tak mengarut lah Haz... Ini untuk kau juga. Kata suka Mawar. Kena lah ada usaha untuk pikat Mawar. Kau nak ke dia di kebas dek orang lain?" soal Faliq, serius.
Hazriq terdiam sejenak. Cuba menghadam setiap kata kata Faliq itu. Benar juga apa yang dikatakan oleh Faliq. Kalau dia terus berdiam begini, Mawar mungkin akan di kebas orang. Dia juga yang putih mata nanti.
"Okay! Aku setuju. Tapi, bukan yang di luar akal okay. Kau tu bukan boleh percaya pun," putus Hazriq setelah berfikir sejenak.
"Cun, bro! Sebagai langkah permulaan kau kena..."
Hazriq tekun mendengar setiap rancangan yang ditetapkan oleh Faliq. Sesekali dahinya berkerut mendengar setiap butir bicara Faliq yang dirasakan kurang masuk akal baginya.
Maka, bermula lah misi duda dingin memikat hati Cik Mawar Arissa.
Share this novel
ok. never mind. tapi....suspence la, chapter ni....
noon. dear. tqvm. tapii.....naper 1 chapter jer.....u update