PEJAM celik, pejam celik sudah hampir dua bulan Mawar menjadi pengasuh kepada kedua-dua anak Tuan Hazriq. Alhamdulillah semakin hari hubungan dia kepada anak -anak itu semakin akrab. Tetapi Umar tidaklah terlalu sangat. Anak kecil itu masih lagi dingin dengannya seperti itu juga dengan Tuan Hazriq. Entah mengapa lah perangai dua beranak ini hampir sama. Benarlah pepatah itu mengatakan, bapak borek anak rintik.
Rutin hariannya seperti biasa. Pagi datang ke rumah Tuan Hazriq, selepas itu hantar Umar ke taska. Balik saja rumah jaga pula si adik. Tiba waktu tengah hari, dia keluar pergi menjemput Umar di taska. Itulah biasa dibuat setiap hari.
Dia pun sudah tidak berasa sunyi apabila Faliq dan Puan Sabrina ada untuk menemani dirinya menjadi teman berbual. Dan sejak dia rapat dengan Faliq, Hazriq semakin jarang bercakap atau mengusik dia. Dia pun hairan dengan sikap dingin Hazriq yang semakin menjadi jadi itu.
Kini dia sudah tiba di hadapan taska Umar. Enjin kereta di matikan sebelum dia melangkah keluar dari perut keretanya. Langkah di atur menuju ke arah pintu pagar taska Umar.
"Assalamualaikum, cikgu. Saya nak ambil Umar." Mawar menyapa seorang wanita yang sedang berdiri di hadapan pintu.
"Waalaikumussalam, sebentar ya Puan Mawar. Saya panggilkan Umar," balas cikgu yang bernama Fatimah itu.
Mawar membalas dengan anggukan sahaja. Dia sudah biasa dengan panggilan puan yang ditutur oleh cikgu Umar itu. Mungkin cikgu itu sangka bahawa dia ini ialah ibu kepada Umar. Walhal dia cuma lah pengasuh kepada kanak-kanak itu.
Beberapa minit kemudian, muncul lah kelibat Umar bersama Cikgu Fatimah. Mereka jalan beriringan mendekati Mawar yang sedang menanti kehadiran Umar.
"Hey, Umar," anak kecil itu di sapa olehnya.
Umar tidak membalas sapaan Mawar. Dia terus ke rak kasut lalu kasutnya dicari. Setelah kasut miliknya dijumpai terus kasut itu di sarung ke kakinya.
Mawar langsung tidak terasa dengan sikap si kecil itu. Mungkin kerana dia sudah biasa.
"Salam cikgu dulu, Umar," arah Mawar.
Umar hanya menurut. Tangan cikgunya itu dikucup lembut. Dia tak banyak membantah hari ini. Jauh sekali untuk berbicara. Umarnya sungguh pelik.
Mawar menghulurkan tangannya. Dia berasa lega apabila huluran tangannya disambut baik oleh Umar. Tangan Umar dipimpin sehingga ke kereta.
Setelah enjin kereta sudah di hidupkan, wajah Umar di tempat duduk penumpang itu di pandang lama oleh Mawar. Anak kecil itu seolah olah mempunyai masalah.
"Umar.. Umar ada apa-apa nak cerita ke dengan Kak Mawar?" tegur Mawar.
"Tak ada apa-apa" nadanya kedengaran dingin.
"Umar ada masalah ke, sayang?" soal Mawar.
"Tak ada apa-apa." jawapan yang sama dengan nadanya yang dingin.
Mawar mengeluh berat.
"Kalau macam itu, tak apa lah. Kalau Umar tak ada nak singgah mana-mana, kita balik ya?" ujar Mawar.
Namun, tiada respon daripada kanak-kanak itu. Tahulah Mawar bahawa mood anak kecil dalam keadaan yang tidak baik.
Tanpa berlengah lagi, keretanya terus memecut membelah jalan.
•
•
•
MATA Hazriq tak lepas daripada menggenggam sapu tangan milik seseorang itu. Sudah berbulan sapu tangan berada di tangannya. Masih belum di pulangkan kepada pemilik asalnya. Walaupun mereka selalu bertemu, tapi dia langsung tiada kesempatan untuk memulangkannya.
Ukiran nama yang terukir di atas sapu tangan itu di renung olehnya. Seperti ada satu rasa yang menyapa tangkai hatinya. Selama hampir dua bulan dia bersikap dingin dengan gadis itu membuatkan ada sesuatu yang mengganggu dirinya.
Mawar Arissa...
Nama yang terbit di bibirnya sejak kebelakangan ini. Dia sendiri tidak pasti mengapa dia selalu menyebut nama gadis itu.
"Huh!" keluhan berat dilepaskan. Rambutnya yang terjuntai ke hadapan dikuak ke belakang.
Tok! Tok! Tok!
Hazriq tersentak apabila terdengar bunyi ketukan pintu dari arah luar. Segera arahan masuk diberi kepada si pengetuk pintu itu.
"Masuk!"
Syikin melangkah masuk ke dalam bilik majikannya lalu majikannya itu di sapa sopan.
"Assalamualaikum, tuan! Tuan tak turun lunch ke?" soal Syikin kepada Hazriq.
"Waalaikumussalam. Sekarang dah pukul berapa?" soal Hazriq pula.
Syikin mengerling jam di pergelangan tangannya. "Err, sekarang dah nak dekat pukul 12.40."
Hazriq hanya mengangguk sahaja.
"Awak nak apa masuk dalam bilik saya ni?" soal Hazriq. Wajah setiausahanya itu di pandang.
"Saya cuma nak tanya tuan tak turun lunch ke. By the way, sapu tangan siapa yang tuan pegang tu?" soal Syikin, tiba-tiba saja menjadi seorang yang suka menyibuk.
"Kenapa awak tanya?" sapu tangan di tangannya di simpan ke dalam saku seluarnya.
"Tak ada lah. Sapu tangan itu macam saya pernah nampak. Tapi tak ingatlah pula kat mana," beritahu Syikin. Dia rasa macam pernah lihat. Seperti kepunyaan kawan baiknya, Mawar.
Hazriq membalas dengan anggukan sahaja.
"Ni tuan tak mahu turun lunch ke?" soal Syikin dengan soalan yang sama.
"Tak. Saya lunch kat rumah. Cancel kan semua meeting atau perjumpaan saya dengan klien petang ni. Saya balik rumah terus," beritahu Hazriq kepada setiausahanya itu.
Syikin hanya mengangguk faham dengan arahan Tuan Hazriq nya itu. Sejak akhir-akhir ini, Tuan Hazriq sering membatalkan mesyuaratnya atau apa apa perjumpaan dengan klien. Pelik betul dia dengan sikap Hazriq itu.
•
•
•
UMAR terus berlari masuk ke dalam rumah setelah keluar saja daripada kereta. Mawar pelik dengan sikap Umar yang tiba tiba moody itu. Pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan anak kecil itu.
Mawar segera menapak masuk ke dalam rumah. Saat dia ingin melangkah ke ruangan dapur, Faliq datang menegurnya.
"Mawar..."
"Ya, kenapa?"
"Kenapa dengan Umar tu? Biasa balik je terus tegur saya. Ini terus naik masuk bilik," luah Faliq.
"Entahlah. Saya pun tak pasti. Sebab tadi dengan saya pun dia tak mahu bercakap. Biar saya tanya dia nanti," balas Mawar.
Faliq hanya membalas dengan anggukkan.
"Umairah mana? Tak nampak pun dia?" soal Mawar apabila kelibat Umairah tidak kelihatan.
"Ouh, Umairah ikut mama dengan papa pergi rumah kawan papa. Umairah dengan mama kan tak boleh berpisah," balas Faliq.
Mawar hanya mengiyakannya. Senyuman diukir buat Faliq.
"Saya nak tengok Umar kejap."
"Hah, yelah." balas Faliq.
Setelah itu, Mawar mendaki anak tangga sehingga tiba di tingkat dua bilik tidur Umar menjadi hala tujuannya.
Pintu diketuk sebanyak tiga kali sebelum tombol pintu dipulas sehingga terbuka. Daun pintu ditolak lalu dia segera menapak masuk ke dalam ruangan kamar Umar itu.
"Umar..."
"Jangan ganggu Umar!" kata Umar dengan tegas.
"Umar kenapa ni sayang?" soal Mawar dengan nadanya yang lembut.
Umar diam. Langsung dia tak mahu membuka mulut.
"Umar... Cuba cakap dekat kakak. Umar kenapa ni? Umar luah apa saja kat kakak. Kakak sudi dengar segalanya," ujar Mawar kepada Umar.
Umar yang sedang membelakangi Mawar itu terus berpaling menghadap Mawar yang berdiri tidak jauh daripadanya.
Dia terus berlari mendapatkan Mawar. Tubuh Mawar di peluk erat. Tangisan mula kedengaran.
"Hey, sayang... Kenapa ni?" soal Mawar, cemas.
Wajah Umar yang sudah di banjiri air mata itu di tatap olehnya.
Umar diam. Hanya tangisan yang berlagu.
"Umar... Kenapa ni? Cuba cakap dengan kakak?" soal Mawar lagi.
"Umar, Umar... Umar sedih." bilang anak kecil itu.
"Sedih kenapa sayang?" soal Mawar.
"Kawan-kawan Umar semua cakap mama Umar dah mati. Dorang kata Umar tak boleh kawan dengan dorang sebab Umar tak ada mama," luah anak kecil itu bersama sedu di hujungnya.
Mata Mawar mula berlinang air mata. Sebak pula dia mendengar luahan anak sekecil Umar itu. Dia seorang budak 5 tahun yang tidak tahu apa apa lagi
"Kakak, Umar memang tak boleh kawan dengan dorang ke? Sebab Umar tak ada mama je?" soal anak kecil itu kepada Mawar.
Mawar terkelu lidah. Wajah Umar dipandang sayang.
"Tak sayang... Umar boleh kawan dengan siapa-siapa saja. Walaupun Umar tak ada mama, Umar kan ada kakak, ada papa, ada tok ma tok pa, ada Umairah, ada Uncle Faliq. Kami boleh jadi kawan Umar. Umar jangan sedih tau sayang," air mata yang mahu mengalir segera di kesat.
"Tapi... Papa, kakak, tok ma tok pa, Umai dengan Uncle Faliq lain. Tak sama macam mama," luah anak kecil itu.
"Kakak, boleh ke kalau kakak bawa mama Umar balik rumah? Umar rindu mama..."lirih suara anak kecil itu saya dia bertutur.
Mawar tersentak. Begitu besar permintaan anak kecil itu. Tubuh Umar terus di dakap erat. Air mata yang cuba di tahan akhirnya jatuh mengalir ke pipi.
Tanpa mereka sedari, ada seseorang yang sedang mendengar setiap butir perbualan mereka disebalik pintu itu.
Air mata insan itu juga turut mengalir juga.
'Andai papa mampu kembalikan semula mama, papa akan buat Umar. Tapi, itu mustahil,' bisik hati kecilnya.
masa saya menaip part akhir.. air mata saya berjurai jurai.. huhu i is kenot lahh huhu T_T
Share this novel
hi. dear. plz uodate
hi
hi hi dear