Bab 32

Drama Series 77452

"UMAR nak makan tak? Kakak sediakan sekarang kalau nak makan," tanya Mawar kepada anak kecil itu.

"Tak nak. Umar kenyang lagi lah kakak Mawar. Kalau Umar nak makan Umar bagi tahu," balas anak kecil itu sambil matanya tak lepas dari melihat kartun yang sedang ditayangkan di televisyen.

"Umai pula? Nak makan?" si adik pula disoal.

"Nanak (Tak nak). Nak nengok tatun( nak tengok kartun)," jawab Umairah dalam nada pelatnya itu. Comel bunyinya.

Mawar hanya tersenyum lantas dia mengangguk faham. Biasalah budak-budak kalau dah tengok kartun apa pun mereka dah tak peduli dah. Tapi kalau anak-anak kecil itu tak mahu makan, tak mengapalah. Nanti kalau mereka mahu makan, pasti dia akan dicari.

Mesti kalian tertanya kan? Eh, Umar tak pergi taska ke?

Umar...biasalah budak cerdik tu. Ada je akal dia. Ada ke patut dia kata tak mahu ke taska dengan alasan dah bosan sebab setiap hari datang taska. Dia kata lagi dah bosan tengok muka semua orang kat taska tu. Ish, sabar sajalah dengan karenah Umar Raiqal ni. Cerdik tak kena tempat. Nasiblah dah nama pun anak Tuan Emir Hazriq kan...

"Kakak, bila tok ma dengan tok pa nak balik? Lamanya dorang keluar," rengek Umar. Rindu datuk nenek dia lah tu.

"Kenapa? Dah rindu kat tok ma dengan tok pa ya?" soal Mawar bersama sengihan. Setahu dia baru saja Tuan Emir dan Puan Sabrina keluar. Takkanlah mahu pulang seawal ini.

"Mana ada. Umar suruh tok pa beli aiskrim yang Umar nak. Tapi, tok pa dengan tok ma tak balik-balik lagi. Umar dah lapar ni," balas Umar.

Mawar membuat mimik muka menyampah.Ternyata tanggapan dia salah.

"Eleh budak ni! Tadi cakap tak lapar," ejek Mawar.

"Umar tak lapar nasi tapi Umar lapar aiskrim," balas Umar dengan penuh petah bercakap.

"Ish! Ada-ada jelah awak ni. Malas kakak nak layan," ujar Mawar. Saja nak buat-buat merajuk dengan seketul budak cerdik ni.

"Tak suruh layan pun," jawab Umar dalam nada yang perlahan tetapi jelas sampai ke pendengaran Mawar.

Mawar memandang tajam kanak-kanak kecil itu. Kecil saja tubuhnya tetapi mulut dia kalah orang besar.

'Anak dengan bapak sama je. Kena lah peribahasa yang satu tu, bapak borek anak rintik,' bisik hati Mawar Arissa.

Ring! Ring! Ring!

Bunyi loceng dari arah luar menyentakkan lamunan  Mawar.

"Siapa pula datang ni? Tuan dengan puan dah balik ke? Awal betul..." bicara Mawar sendiri.

Dia segera menapak ke arah pintu utama sebelum pintu itu dibuka sedikit untuk melihat siapa gerangan yang berada diluar.

Terlihat seorang wanita tinggi lampai berpakaian seksi sedang membelakangkannya berdiri betul-betul di hadapan pintu rumah ini.

Siapa pula itu?

'Uish, pakaian dia ni seksi betul! Sekali pandang seksi, dua kali pandang seksa weh!' kutuk Mawar di dalam hati sambil matanya tak lepas pandang wanita tinggi lampai itu.

Mawar segera membuka luas pintu itu sebelum wanita tinggi lampai itu disapanya.

"Cik?"

Wanita tinggi lampai itu berpaling sebelum kaca mata hitam yang terletak di batang hidungnya ditanggalkan.

"Hey, bibik. Kenapa you buka pintu lambat sangat huh? Penat I tunggu. Panas tau kat luar ni," marah wanita tinggi lampai itu. Selamba dia saja memanggil Mawar sebagai bibik.

Mawar mengukir senyum sinis.

"Bibik? Helo! Tolong sikit ya...saya bukan bibik lah! Baik sikit bercakap tu," tegas Mawar membalas. Sesuka hati dia saja panggil kita bibik. Ada ke bibik lawa macam Mawar Arissa ni? Tak ada weh!

"Dah tu, you ni siapa?" soal wanita tinggi lampai itu sambil anak matanya memandang Mawar atas bawah.

"Saya ni---" belum sempat Mawar menjawab, wanita tinggi lampai itu sudah memotong percakapannya.

"Ouh ya, i see...you ni cleaner yang tolong cuci rumah ni kan? Takde lah, nampak sesuai pula you dengan gelaran cleaner tu," sinis wanita tinggi lampai itu berkata.

Mawar menjeling tajam segenap wajah yang dilitupi dengan bedak kompak berkilo-kilo itu. Ini kalau dia tampar sekali pipi wanita itu pasti jerebu satu Malaysia. Bukan takat Malaysia saja, negara jiran juga turut tempias.

"Cik nak apa datang sini? Kalau setakat nak ajak saya bergaduh baik cik balik...saya tak kuasa nak melayan," ujar Mawar.

"I nak cari Emir Hazriq. Mana dia?"

"Ada apa nak cari Emir Hazriq?" soal Mawar. Kedua-dua belah tangannya bersilang ke dada. Tiba-tiba saja wanita acah diva ni mahu mencari Tuan Hazriqnya. Skandal Tuan Hazriq ke? Teruk benar cita rasa Tuan Hazriqnya itu. Tak kena langsung. Aku lagi cantik.

"Yang you nak sibuk kenapa? Emir boyfriend I. You siapa nak tahu hal I?" soal wanita tinggi lampai itu bertalu-talu.

"Mestilah saya kena tahu. Saya ni orang terpenting Tuan Emir Hazriq," balas Mawar sinis. Balasan dia itu seolah-olah mahu mengajak wanita tinggi lampai itu bergaduh dengan dia.

"You penting? You isteri Emir ke, huh?" balas wanita tinggi lampai itu, sinis juga.

"Ya! Memang saya isteri Emir Hazriq pun! Ada masalah ke?" soal Mawar dengan nada suaranya dinaikkan seoktaf. Saja nak buat wanita diva itu marah. Padan muka kau!

Eh, tapi kan Mawar kalau kau jadi isteri Tuan Hazriq betul-betul kan bagus. Acah-acah sekejap pun bolehlah. Angan-angan tu kena ada, barulah cita-cita tu tercapai. Hek, gediklah kau ni Mawar!

"You tipu kan? Mana mungkin Emir berkahwin lagi. You tipu I kan?!" jerit wanita itu dengan lantang sehingga membuatkan Mawar sedikit gementar. Dah kenapa pula perempuan ni?

Umar terus berlari ke luar melihat kejadian yang sedang berlaku. Jeritan yang sangat lantang itu menarik perhatiannya untuk mendekati Mawar dan seorang wanita yang bagaikan dirasuk hantu.

"Tipu apanya? Saya tak ada masa nak meni---"

Rambut panjang milik Mawar direntap oleh wanita itu dan ditarik kuat sehingga membuatkan Mawar menjerit kesakitan.

"Hey, sakitlah! Awak dah kenapa? Lepaskanlah!" pinta Mawar. Tangan wanita itu cuba ditepis nya.

"You tipu I kan?!" Jerit wanita itu lagi. Rambut Mawar ditarik semakin kuat bagaikan ingin tercabut rambutnya.

"Hey, sakitlah!" adu Mawar yang sedang kesakitan. Tangan wanita itu masih cuba ditepis lagi.

"Kakak!" Jerit Umar yang tidak jauh dari Mawar.

"Umar masuk sekarang! Jangan keluar!" arah Mawar kepada Umar.

"Tapi kakak--"

"Masuk Umar!" tegas Mawar.

Umar akur dan terus berlari masuk ke dalam. Telefon bimbit milik Mawar dicarinya disekitar ruang tamu itu. Pasti ada di sini.

Tak sampai seminit, telefon bimbit milik Mawar itu telah dijumpainya di celahan sofa. Telefon bimbit Mawar itu cuba dibuka. Nasib baik tiada kata laluan.

Nombor papanya cuba dicari tapi tidak dijumpai.

"Ish, kakak ni save nama papa apa eh?" soalnya sendiri.

"Hah!" Dia baru teringat yang dia sudah menghafal nombor telefon papanya itu. Tak menunggu lama terus dia mendail nombor papanya itu.

Terpapar nama 'Duda Dingin' di skrin telefon itu.

Tut...tut...tut...tut...

"Helo, Mawar..." suara papanya didengar dihujung talian.

"Papa tolong! Ada perempuan gila tarik rambut kakak Mawar," ujar Umar dalam nada begitu cemas.

"Perempuan gila?" soal Hazriq separuh menjerit kepada anaknya itu.

"Papa, cepat balik! Nanti kakak Mawar makin sakit. Papa cepat tau!" gesa Umar menyuruh Hazriq pulang dengan cepat.

"Mana tok ma dengan tok pa?"

"Papa, cepat balik..." gesa Umar lagi. Dia risau apabila melihat kakak Mawarnya itu dalam keadaan seperti itu. Kalau dia besar dah lama perempuan gila tu dia pukul.

"Ya, papa balik. Tunggu kejap. Kejap lagi papa sampai tau," balas Hazriq.

Umar terus meletakkan semula telefon bimbit milik Mawar itu ke atas meja kopi sebaik saja papanya memutuskan panggilan.

'Cepatlah papa sampai,' bisik hatinya sambil matanya tak lepas memandang adiknya, Umairah yang sedang tidur. Harap adiknya itu tak terjaga.

.
. .
.

HAZRIQ memandu laju keretanya. Dalam kepalanya asyik memikirkan akan keadaan Mawar. Harap baik-baik saja.

Tak sampai lima belas minit, dia tiba di perkarangan kediamannya. Dia segera mematikan enjin lantas keluar dari perut kereta dan berlari anak ke dalam.

"Riyana!" Nama wanita itu terpancul dibibirnya. Dari jauh dia sudah tahu itu ialah Riyana.

Riyana berhenti menarik rambut Mawar. Dia segera berpaling pada suara garau yang memanggil namanya itu.

"Emir?"

Mawar terjelepuk jatuh ke atas permukaan batu bata itu. Kepalanya yang pening di pegang seketika. Sakitnya terasa sehingga ke tempurung kepala.

"You nak apa datang sini?" soal Hazriq, serius.

"I cari you. Tapi, betul ke yang perempuan tu isteri you?" nadanya kedengaran keras sambil anak matanya mencerlung tajam ke arah Mawar.

Hazriq memandang Mawar seketika. Kebetulan  Mawar turut mengangkat pandangan dan membuatkan anak mata mereka bersabung. Lama.

"Ya. Bakal isteri I dan bakal ibu kepada anak-anak I," balas Hazriq dengan tenang.

"You tipu? Tak mungkin. Takkan you dah lupa arwah Aisyah? Tak mungkin senang saja you berpaling dari Aisyah," bidas Riyana. Dadanya mula berombak laju.

"Arwah Aisyah dah lama pergi. Dan dah tiba masanya untuk I cari pengganti dia. Dan kalau tak disebabkan you Aisyah takkan tinggalkan I,"  balas Hazriq. Matanya mula berkaca.

"7 tahun lepas you yang tinggalkan I. You sendiri yang putuskan pertunangan kita. Dan sekarang you terhegeh-hegeh nak I semula. Cukuplah you buat I terseksa selama tiga tahun. Tolonglah Ana...I dah tak suka kat you lagi. Tolong sedar kenyataan tu. Baliklah," pinta Hazriq. Nadanya tak tinggi tak lembut tapi cukup membuatkan untuk wanita itu faham apa yang dia inginkan. Dia inginkan wanita itu pulang.

"Tapi I sayang kan you, Emir." Ucap Riyana. Tangan Hazriq cuba disentuhnya.

Hazriq menepis.

"I cakap balik! Sebelum I call polis sebab you buat kecoh kat sini and serang bakal isteri I ikut suka hati you saja. Baik you beredar sekarang! Jangan sampai I naik angin," ugut Hazriq. Dia tidak main-main jika wanita masih berdegil.

"Fine! I akan balik!"

Baru beberapa langkah dia melangkah namanya dipanggil lagi.

"Riyana..."

"I nak ingatkan you. Kalau you datang lagi dan buat kecoh, I tak teragak-agak untuk ambil tindakan dan I akan buat report pasal kejadian tiga tahun lepas. You fahamkan apa yang I maksudkan?" ujar Hazriq.

Riyana diam seketika. Tanpa membalas apa-apa dia terus beredar pergi meninggalkan kawasan perumahan itu.

"Kakak Mawar okey tak?" Soal Umar kepada Mawar. Kepala Mawar disentuh lembut.

"Kakak okey. Cuma sakit sikit," balas Mawar. Senyuman tipis diukir buat anak kecil itu.

"Mawar, kau okey tak ni?" soal Hazriq sebaik saja dia mendekati Mawar.

Mawar mengangguk perlahan menandakan bahawa yang dia baik-baik saja.

"Kalau macam tu baguslah. Jom kita masuk," ucap Hazriq. Sedikit banyak kegusaran di hati hilang apabila mendengar balasan Mawar itu.

Belum sempat Mawar ingin berdiri, tubuhnya terasa lemah longlai sebelum dia jatuh menyembah bumi.

"Mawar!"

"Kakak!"

Hazriq mula cemas. Tubuh Mawar dibawa dalam pelukan. Pipi gadis itu ditepuk berkali-kali. Mawar membuka matanya sedikit. Terlihat wajah resah Hazriq yang menyapa matanya. Wajah itu ditatap kejap sebelum pandangannya semakin kabur dan akhirnya dunianya terasa gelap gelita.

Share this novel

Saidatul Sakinah Eila
2021-06-26 15:11:48 

Bila nk continue crita ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience