WAJAH polos gadis itu ditatap lama sambil telinganya tak lepas dari mendengar bicara doktor peribadinya itu merangkap sahabat baiknya juga.
"Setakat ni dia okey saja. Kau tak perlu risau sangat. Cuma buat masa ni biarkan dia rehat sekejap," ujar Fayad kepada Hazriq.
Hazriq hanya mampu menganggukkan kepalanya saja. Pandangan matanya masih tak lepas dari menatap wajah sungul milik Mawar. Satu keluhan berat dilepaskan.
"Uncle! Uncle! Tadikan mak cik gila tu tarik rambut kakak Mawar kuat-kuat. Kesian kakak Mawar sakit. Jahat betul dia tu!" adu Umar kepada Fayad. Nadanya jelas sekali menunjukkan yang bahawa dia sedang marah.
"Mak cik gila tarik rambut?"soal Fayad lalu ekor matanya memandang Hazriq yang sedang duduk merenung gadis yang bernama Mawar itu.
"Haz...tak nak cerita apa-apa ke?" tanya Fayad sambil berpeluk tubuh.
"Kau nak aku cerita apa?" Hazriq buat-buat tanya.
"Mak cik gila yang Umar cakap tu. Siapa?" balas Fayad.
"Aku rasa kau sendiri pun mungkin kenal siapa mak cik gila tu," kata Hazriq dengan tenang.
"Siapa? Aku kenal ke? Mak cik gila mana pula ni?" soal Fayad sambil menggaru belakang kepalanya.
"Kau rasa?" balas Hazriq bersahaja.
Fayyad cuba memikirkan siapakah gerangan mak cik gila yang di sebutkan oleh Umar itu. Takkanlah Ryana...
"Ryana ke Haz?" tanya Fayyad.
Hazriq hanya diam saja. Angguk tidak, geleng pun tidak.
"Biar betul Haz? Kejap! Bila masa pula perempuan tu balik Malaysia?" soal Fayad yang dapat menangkap jawapan dari Hazriq itu.
Jujur dia rasa terkejut saat mengetahui akan kepulangan wanita itu. Setahu dia wanita itu sudah tiga tahun berada diluar negara sejak berlaku satu insiden yang berpunca dari wanita itu sendiri.
"Aku sendiri pun tak tahu. Tahu-tahu je dia dah ada kat depan rumah aku. Aku tak tahu kali ni apa motif dia balik sini," ujar Hazriq. Jelas sekali dia kelihatan bengang dengan kehadiran wanita itu.
"Aku tak fahamlah dengan si Riyana tu. Dari dulu lagi tak habis-habis nak ganggu hidup kau. Entah apa yang dia nak pun aku tak tahu," balas Fayad penuh geram.
"Entahlah aku pun tak nak faham kalau pasal perempuan tu. Dan aku dah bagi amaran kat dia. Kalau dia ganggu aku dan keluarga aku lagi, tahu lah padahnya apa nanti," kata Hazriq. Terselit nada marah disitu.
Fayad hanya berdiam. Tidak tahu mahu berkata apa lagi. Dia sendiri tahu akan hal Riyana itu. Perempuan yang sering menganggu dan mengacau bilaukan hidup sahabatnya itu. Entah apa yang dia mahukan pun tak tahu. Dari dulu sehingga kini.
"Sabar sajalah Haz. Perempuan gila macam tu tak elok dilayan. Buang karan je," ucap Fayad.
"Kau ingat aku layan ke? Memang taklah!" jawab Hazriq.
"Tahulah..." balas Fayad bersahaja.
Umar mengerut dahi apabila mendengar bual bicara kedua-dua orang dewasa itu. Dia tidak faham sepatah apa pun. Matanya tepat fokus pada Mawar yang sedang berbaring di atas katil. Adiknya yang sedang bermain anak patung beruang itu tidak dihiraukan. Dia lelaki. Tak minat patung. Budak perempuan saja yang minat anak patung. Budak-budak sangat...
Dia turun dari kerusi yang yang didudukinya lalu dia berjalan mendekati Mawar yang sedang berbaring di atas katil itu.
"Papa..." Hazriq dipanggil.
"Ya, Umar..."
"Boleh Umar duduk sebelah kakak Mawar?" soal Umar kepada papanya itu.
"Boleh...tapi perlahan-lahan nanti kakak Mawar terbangun," balas Hazriq.
Umar mengangguk faham. Dengan terujanya dia memanjat katil lalu duduk bersebelahan dengan Mawar yang sedang berbaring itu.
"Hello, kakak Mawar...bila kakak nak bangun? Lamanya kakak tidur? Kata nak jaga Umar dengan Umai. Kalau kakak tak nak bangun nanti Umar suruh papa potong gaji kakak baru tahu! Kakak nak ke?" ugut Umar. Pipi gadis itu ditepuk perlahan.
Hazriq hanya memerhati perilaku anak bujangnya itu. Dia menggelengkan kepala. Umar ini ada saja akalnya. Baru berumur lima tahun tapi sudah pandai berkata sebegitu.
"Anak kau kan? Hahaha...anak bapak betul," sampuk Fayyad apabila melihat gelengan Hazriq itu.
Hazriq menjeling tajam Fayyad.
"Kau patut rasa macam mana ada anak. Dan bila kau dah ada anak sendiri, kau akan rasa macam kau tengok diri kau masa kecil dulu..." kata-kata itu tiba-tiba sahaja terbit dari bibir Hazriq. Tepat ditujukan kepada sahabatnya itu.
"Aku tak rasa lagi nak kahwin lah," balas Fayyad.
Wajah sahabatnya terus dipandang.
"Tak rasa nak kahwin? Kau tu dah lanjut tahu tak? Kau bukan umur 23 tapi 32 tahun. Tolong sedar sikit Encik Fayyad yang kau tu bujang terlajak," sedas kata-kata itu diberikan buat Fayyad.
"Eleh...cakap orang...kau tu dah tiga tahun menduda, bila nak kahwin lagi?" Fayyad menukar topik.
"At least aku pernah berkahwin. Soal aku nak kahwin lagi tu bila-bila boleh berlaku. Kau tu patutnya berkahwin. Kau patut rasa hidup berkeluarga pula," balas Hazriq.
"Ceh...dahlah aku balik dulu. Kang nanti lagi panjang bebelan kau makin bernanahlah telinga aku nak mendengarnya. Cukuplah maharani kat rumah aku tu bebel pasal benda ni," kata Fayyad. Sempat lagi dia mengumpat ibunya itu dan digelar dengan panggilan 'maharani'.
Hazriq bangun dari duduknya dan mengiringi Fayyad sehingga ke pintu utama.
"Terima kasih Fayyad sebab sudi datang sini walaupun aku tau kau sibuk gila kat klinik kau tu. Maaf susahkan kau," ucap Hazriq kepada Fayyad.
"It's okay lah, brother! Jaga dia baik-baik. Jangan sesekali lepaskan dia. Aku tau kau suka kat dia," sempat kawannya itu diusik.
"Merepek apa kau ni? Dahlah pergi balik cepat. Semak pula aku tengok muka kau," kata Hazriq. Dia menghalau Fayyad supaya lelaki itu cepat-cepat beredar dari rumahnya.
"Ceh! Tengok muka aku je rasa semak. Tapi bila ada problem muka semak ni juga yang kau cari tau!" berang Fayyad.
"Dahlah baliklah..." halau Hazriq.
"Yelah, yelah."
"Eh, Fayyad..." Tegur Faliq yang baru saja pulang.
"Faliq...dah besarlah kau sekarang," sapa Fayyad.
"Takkanlah makin kecil pula. Kau kenapa datang sini? Ada sesiapa yang sakit ke? Huh Haz?" soal Faliq.
"Pengasuh anak buah kau yang sakit," jawab Fayyad sambil menjeling Hazriq.
"Sakit apa pula? Tiba-tiba je...pagi tadi aku tengok dia elok je," kata Faliq sambil dia cuba untuk mengingati keadaan Mawar pagi tadi.
Mawar kelihatan sihat saja. Siap nak gusti dia lagi pagi tadi sebab dia buli Umar.
"Mawar pengsan..." Balas Hazriq dua patah.
"Lah...macam mana pula boleh pengsan?" soal Faliq.
"Panjang ceritanya. Nanti ah aku cerita kat kau," ujar Hazriq.
Faliq hanya membalasnya dengan anggukan saja.
"Korang...aku balik dulu ya?" pamit Fayyad.
Faliq hanya mengangguk.
"Memang dari tadi aku suruh kau balik kan? Tak balik-balik lagi ke?" perli Hazriq.
"Ceh! Kau memang betul-betul nak halau aku ya?" rajuk Fayyad dan lelaki itu terus menapak pergi meninggalkan kawasan perumahan itu.
Hazriq mengukir senyum senget sebelum dia menapak masuk ke dalam rumah. Faliq yang bingung itu hanya membuntuti abangnya masuk ke dalam rumah.
.
.
.
"JADI perempuan tu datang rumah kita tadi?" soal Faliq kepada Hazriq.
"Ya..."
"Ish! Kalau aku jumpa dia tadi, aku penyek-penyekkan muka dia. Dasar perempuan badut tak sedar diri!" ucap Faliq dengan penuh geram.
"Tak payah sembanglah Faliq nak penyekkan muka dia bagai. Dari zaman sekolah lagi kau cakap benda yang sama. Sampai sekarang kau tak penyek-penyekkan lagi pun muka dia," balas Hazriq.
"Aku niat je. Buat tu taklah. Tapi serius aku geram gila dengan dia. Ada ke patut dia serang Mawar? Entah bilalah dia nak insaf? Dia ni memang ahli neraka betullah!" kutuk Faliq berdas-das. Geram bukan main.
Hazriq diam saja. Malas mahu membalas kata-kata Faliq itu.
"So, mana Mawar?" Tanya Faliq.
"Dia ada dalam bilik tetamu." jawab Hazriq.
"Ouh..."
"Papa! Papa! Papa!" Jerit Umar memanggil papanya itu. Laju dia menuruni anak tangga sambil matanya melilau mencari kelibat Hazriq.
"Papa kat sini Umar." Sahut Hazriq.
"Papa!"
"Ya, kenapa?"
"Kakak Mawar dah bangun tidur," ucap Umar.
"Ye ke?"
Umar mengangguk iya.
Hazriq terus mendukung Umar lalu melangkah mendaki tangga untuk ke tingkat atas.
'Syukur dia dah sedar...' ucap Hazriq dalam hati.
.
.
.
MAWAR meneliti setiap keliling bilik itu. Bilik itu begitu asing bagi dirinya. Kepalanya yang sedikit pening membuatkan matanya sukar untuk fokus.
"Aku kat mana ni?" soalnya sendiri sambil matanya melilau mencari kelibat seseorang.
Bunyi pintu terkuak dari luar mengalihkan pandangannya ke arah itu. Terlihat dua orang lelaki dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki melangkah masuk ke dalam bilik yang didudukinya itu.
"Mawar...kau okey tak?" soal Hazriq terus.
"Tuan Hazriq..." nama lelaki itu disebut.
"Ya?"
"Apa dah jadi sebenarnya?" Soal Mawar.
"Kau pengsan tadi. Tapi kau tak perlu risau tak ada apa yang serius pun," balas Hazriq. Matanya tak lepas memandang wajah Mawar.
Faliq yang dari tadi melihat perbualan antara dua insan itu terus mengajak Umar meninggalkan kamar itu.
"Saya rasa pening sangat. Memang tak guna betul perempuan tu! Dahlah muka macam badut! Tak ada adab pula tu. Ish! Kalau saya jumpa dia lagi saya memang takkan lepaskan dia. Siap dia saya kerjakan!" tegas Mawar. Dia masih ingat wajah perempuan yang makeup jerebu itu dengan begitu jelas. Konon mengaku awek Tuan Hazriq. Pirahhh!
Hazriq ternganga apabila mendengar kata-kata Mawar itu.Nampak garang sangat.nMarah betul gadis itu terhadap Ryana.
"Kau pening sangat ke? Kalau rasa pening sangat, kau rehatlah dulu." ujar Hazriq.
"Takpelah...saya dah ok sikit. By the way tuan...siapa perempuan tadi tu?" soal Mawar ingin tahu.
Hazriq diam sekejap.
"Kau tak perlu tahu pun siapa dia. Ini hal peribadi aku. Dan aku nak minta maaf disebabkan aku, kau kena hadap benda ni..." jeda.
"Aku nak ingatkan kau, kalau ada orang yang kau tak kenal datang rumah jangan pandai-pandai kau nak buka pintu. Tengok sekarang ni kau dah menyusahkan aku! Kalau kau tak pandai-pandai buka pintu mesti perkara ni tak berlaku. Berhenti susahkan orang Mawar. Faham tak apa yang aku cakap?" pesan Hazriq. Nadanya sedikit tegas.
Mawar mengangguk kecil. Tiba-tiba kena marah pula. Dia sudahlah sakit tambah pula kena marah. Bertambah sakitlah Cik Mawar Arissa.
"Kau rehatlah dulu. Kalau kau dah rasa okey, kau boleh balik terus..." ujar Hazriq sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu dan meninggalkan Mawar seorang diri di dalam.
Mawar menjenguk kepalanya sedikit melihat sama ada Tuan Hazriqnya itu sudah pergi atau belum. Setelah sudah memastikan ketiadaan kelibat Hazriq, dia mula membebel seorang diri.
"Tadi beria marah. Pastu tiba-tiba cakap lembut- lembut. Kau rehatlah dulu. Kalau kau rasa okey kau boleh balik..." kata-kata Hazriq diajuknya semula.
"Kerja dia tahu nak marah je...eeee elok sangatlah kalau dia bercinta dengan perempuan makeup jerebu tu. Padan sangat!" kutuk Mawar kaw kaw.
"Ceh! Sakit betul hati kita! Menyampah! Menyampah! Memang dasar duda dingin," kutuk Mawar.
Share this novel