MAWAR mencebik bibir sambil memekakkan telinganya daripada mendengar bebelan ibunya, Puan Azlin. Sudah hampir setengah jam ibunya itu membebel soal dirinya yang masih menganggur. Ya, dia Mawar Arissa seorang penganggur terhormat lagi berjaya di Kota Kuala Lumpur ini. Sempat dia berangan kejap.
"Mawar Arissa binti Ahmad Sufian!"
Mawar tesentak daripada angannya lantas wajah ibu kesayangannya itu ditatap bersama sengihan yang terukir di bibir. "Ya, ibu!"
"Ish, anak bertuah ni! Dengar tak apa ibu cakap ni? Berangan saja kerja dia ya," bebel Puan Azlin.
"Hehe, sorry ibu. Orang dengarlah apa ibu cakap tadi," balas Mawar.
"Dah tu? Takkan nak duduk lepak lagi?" soal Puan Azlin.
"Ala, ibu.. Esok, esok Mawar pergilah cari kerja. Ibu don't worry, okay?" balas Mawar sambil matanya terarah pada kaca televisyen.
"Mawar Arissa, ibu bukanlah apa kan nak bebel dengan kamu pagi-pagi macam ini. Tapi, dah lama sangat kamu tanam anggur. Bukannya berbuah pun. Takkanlah kamu nak duduk rumah habiskan masa kamu dengan makan, tidur. Tak takut gemuk ke?" bebel Puan Azlin lagi.
Mawar mengeluh kecil. Kalaulah ada pertandingan siapa paling kuat membebel, pasti ibunya itu akan merangkul gelaran juara sekaligus membawa gelaran itu ke persada dunia.
"Eee, ibu ni... Tak baiklah cakap macam tu. Mawar janji, esok juga Mawar pergi cari kerja. Okey?" ujarnya bersama senyuman yang meleret di bibirnya.
"Ibu harap janji tu bukan sekadar janji. Esok awal pagi ibu kejut kamu. Tak bangun tahulah nasib kamu esok," sempat Puan Azlin memberi amaran kepada satu anak daranya itu sebelum dia bangun menuju ke arah dapur.
"Baik, ibu!"
Mawar menarik nafas lega setelah kelibat ibunya hilang dari pandangan mata. Dia bangun dari duduknya lalu menutup televisyen sebelum dia menapak ke kamarnya.
Tombol pintu kamarnya itu dipulas sebelum daun pintu itu dikuak dari luar. Setelah kakinya melangkah masuk, daun pintu ditolak tutup lalu suis kipas dipetik.
Dia mencapai telefon bimbit yang berada di atas meja belajar itu. Log panggilan dibuka sebelum nombor seseorang didail.
Tut... tut... tut... tut...
"Hello, Syikin! Huwahhh... Syikin, tolong aku?" tanpa salam terus kawannya itu disergah.
"Waalaikumussalam," sempat sindiran dituju buat Mawar.
"Err, sorry... Assalamualaikum, Syikin," ucap Mawar sambal tersengih sumbing di hujung talian.
"Waalaikumussalam, cik Mawar Arissa. Ada apa kau call aku ni? Dah lah sekarang ni waktu kerja aku. Ini kalau bos aku nampak, mampus aku tau! Hah, cepat cakap ada apa call aku?"bebel Syikin kepada sahabatnya itu.
"Ish, kau ni sama je macam ibu. Asyik nak bebel je. Menci, menci!" bentak Mawar. Bibir dicebik seperti ingin menangis.
"Eh, sengal! Kau nak apa? Cuba straight to the point. Aku ada banyak kerja nak buat ni. Bukan macam kau tak ada kerja," sindiran pedas itu sempat ditujukan buat Mawar.
"Sampai hati kau Naurah Asyikin. Kau sindir sindir aku ya? Kata-kata kau dah menikam jantung aku ni. Auch, sakitnya," ujar Mawar. Saja dibuat buat suara kononnya sakit sangat.
"Drama sangatlah kau ni."
"Hehe... Syikin, kau boleh tak tolong aku?" tanya Mawar.
"Tolong apa? Kalau aku boleh tolong, Insha-Allah aku tolong," balas Syikin.
"Tolong aku cari kerja, boleh? Aku buntu ni, weh. Ibu aku tu dah mula bebel. Eee, bernanah telinga aku dengar ibu bebel pagi-pagi," ujar Mawar.
"Hah, kebetulan! Bos aku tengah cari pengasuh untuk anak-anak dia. Jadi, apa kata kau cuba saja kerja tu. Mana tahu dapat. Lagipun bos aku nak cari pengasuh anak-anak dia tu secepat yang mungkin," kata Syikin. Terangguk-angguk Mawar mendengar bicara Syikin.
'Okay jugakan kalau aku jadi pengasuh budak,' bisik hatinya.
"Serius eh ni? Esok juga aku datang interview!" ujar Mawar, teruja.
"Eh, kejap! Nanti aku cakapkan kat bos aku dulu. Apa-apa nanti aku call kau semula," kata Syikin.
"Hah, baiklah! Terima kasih tau, Syikin. Aku sayang kau dunia akhirat," ucap Mawar penuh ikhlas.
"Ye, ye...aku pun sayang kau dunia akhirat. Ni aku letak dulu tau? Aku ada kerja nak kena siapkan."
"Hah, hah, okay! Bye, beb. Assalamualaikum," setelah mendengar balasan daripada Syikin, terus Mawar menutup panggilan.
Dia merebahkan tubuhnya ke atas tilam yang empuk itu lalu perlahan-lahan matanya terpejam.
"DEMAM Umairah dah makin kebah. Kamu janganlah bimbang, ya. Mama tahu nak jaga cucu mama ni."
"Ye, ma. Haz tahu. Haz cuma risau je. Yelah, Umairah jarang jatuh sakit. Bila dia jatuh sakit macam ni mahu Haz tak bimbang," ujar Hazriq kepada mamanya, Puan Sabrina.
"Ye, mama faham. Anak kamu kan? Ayah mana je yang tak bimbang," balas Puan Sabrina.
"Hm... Hah, ma. Nanti Haz tak dapat nak jemput Umar kat taska. Haz nak minta tolong mama jemputkan Umar boleh? Haz ada meeting dengan klien tengah hari nanti. Itulah tak dapat nak jemput Umar," ujar Hazriq.
"Boleh saja," balas Puan Sabrina.
"Terima kasih, ma. Maaf susahkan, mama."
"Ye, tak apa. Mama nak letak telefon ni. Malam nanti kita jumpa."
"Baik,ma."
Setelah salam diucap, panggilan dimatikan. Hazriq mengeluh berat. Dia harus juga mencari pengasuh buat anak-anaknya secepat yang mungkin. Kasihan pada mamanya yang terpaksa menjaga anak-anaknya yang semakin lasak itu.
Kejadian tiga tahun lepas kembali menerjah ke kotak fikirannya. Kalaulah benda ini tidak berlaku, pasti dia tidak akan menyusahkan sesiapa. Dia mengelamun seketika.
Tok! Tok! Tok!
Hazriq tersentak dari lamunannya. Wajahnya di raup dengan kedua dua belah telapak tangan sebelum arahan masuk diberi kepada si pengetuk pintu itu.
"Selamat pagi, Tuan Hazriq," ucap Syikin kepada majikannya itu.
"Selamat pagi, Syikin. Ada apa-apa ke nak diberitahu?" soal Hazriq sambil tangan tangkas menyusun fail-fail yang berselerak di atas meja kerjanya itu.
"Tak ada apa yang penting, tuan. Cuma ada benda sikit saya nak beritahu," balas Syikin.
Mata Hazriq segera tertancap pada segenap wajah setiausahanya itu. Kalau diikutkan daripada pengiraannya, Syikin adalah setiausaha yang lama bertahan bekerja dengannya daripada bekas-bekas setiausahanya dulu.
"Apa dia yang awak nak beritahu tu?"
"Saya nak beritahu tuan yang kawan baik saya nak cari kerja. So, memandangkan hari itu tuan ada cakap nak cari pengasuh untuk anak-anak tuan, jadi saya nak rekemen kawan saya tu kat tuan," balas Syikin.
"Kawan awak?"
"Ye, kawan saya."
"Dia pandai jaga budak ke?" soal Hazriq dengan nada yang sinis.
"Eh, tuan. Mestilah kawan saya pandai jaga budak. Bukan setakat budak, bapak budak pun dia pandai jaga. Hahaha," balas Syikin diselangi gelak ketawa.
"Ouh, hm. Menarik! Cakap kat dia esok datang ofis. Saya nak interview," ujar Hazriq kepada setiausahanya itu.
Syikin terangguk angguk bersama senyuman yang melebar di bibirnya. "Pukul berapa dia kena datang, tuan?"
"9 pagi. Sharp! Lambat, terus saya reject," balas Hazriq, tegas.
"Baik, tuan. Nanti saya cakap pada dia."
"Okay, awak boleh keluar," arah Hazriq lalu kerjanya yang tertangguh tadi disambung semula.
"Terima kasih, Tuan Hazriq," ucap Syikin lalu gadis itu terus menapak keluar dari pejabat majikannya.
Ucapan terima kasih daripada setiausahanya iti langsung tidak dibalas. Tak sabar dia hendak lihat siapa yang bakal menjadi pengasuh kepada anak-anaknya itu.
Share this novel