Bab 27

Drama Series 77452

BEG KERTAS  yang terletak di atas katil itu dicapainya sebelum isi di dalamnya dilihat. Kotak kecil berwarna merah hati itu dikeluarkan daripada bungkusan itu. Dibelek-belek setiap inci kotak berwarna merah hati itu sebelum membuat keputusan untuk membuka dan melihat isi di dalam.

Alangkah terkejut dirinya saat membuka kotak merah hati itu. Terbuntang luas matanya seolah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

"Rantai? Tuan Hazriq bagi aku rantai?" soalnya sendiri.

Rantai yang terletak elok di dalam kotak itu di tatap lama. Mempunyai sebuah bentuk hati yang kecil di tengahnya. Tampak ringkas rekaannya tetapi mewah. Cantik! Sungguh menawan hati pada sesiapa melihatnya.

Mawar tersenyum lebar. Sepanjang 25 tahun dia hidup, tidak pernah dia mendapat hadiah semewah ini. Ini kali pertama. Pasti rantai ini harganya mencecah belasan ribu ringgit. Entahlah, tapi dia suka. Sangat suka.

Mawar segera bangun lalu menuju ke meja solek. Dia berdiri betul-betul di hadapan cermin. Rantai itu segera dikeluarkan daripada tempatnya lalu di padankan di leher jinjangnya.

"Cantik!" ucapnya penuh teruja.

Rambutnya yang panjang mengurai itu diikat ekor kuda lalu rantai berbentuk hati itu di kalungkan ke leher jinjangnya.

"Cantiknya Mawar Arissa! Macam seorang puteri, hahaha..." sempat dia mengangkat bakul sendiri lalu ketawa halus.

"Nak tunjuk kat tuan lah." Telefon bimbitnya dicapai lalu kamera dibuka.

Gambarnya memakai rantai pemberian Tuan Hazriq itu di tangkap banyak kali. Bermacam gaya comel dia buat.

Aplikasi WhatsApp dibuka lalu nama 'Duda Kerek' dicarinya. Dia tergelak sendiri apabila mengingatkan semula sewaktu dia ingin menyimpan nombor telefon Tuan Hazriq. Angkara rasa marah yang membuak terhadap lelaki itu, dia terus meletakkan nama khas itu buat tuan kesayangannya. Kalaulah Tuan Hazriq tahu, matilah dia. Tapi siapa suruh kerek sangat? Hahaha...

Setelah menjumpainya, beberapa keping foto comelnya bersama rantai pemberian yang dipakainya dikirim ke Tuan Hazriq. Tak sampai beberapa saat tick berwarna kelabu tadi, terus bertukar kepada warna biru.

"Laju pula orang tua ni buka whatsapp. Biasanya tunggu esok pagi baru dia nak tengok whatsapp aku," omel Mawar.

"Eh, eh dia last seen pula. At least balaslah, 'cantiknya, awak Mawar. Sesuai betul rantai tu dengan awak'. Tak pun balaslah macam ni 'awak suka rantai tu? Kalau awak suka, baguslah.' Hah, kan bagus kalau begitu! Ini tidak...seen orang je..." omel Mawar lagi apabila Tuan Hazriqnya hanya seen sahaja pesanan whatsapp nya itu.

Butang off ditekan lalu telefon bimbitnya itu dicampak ke atas katil. Dia menghempas punggungnya ke atas tilam sambil bibirnya memuncung panjang.

"Ish, menyesal pula hantar gambar tu. Kalau tahu tak payah hantar. Buat malu sajalah kau ni Mawar," bebelnya pada diri sendiri. Perasaan menyesal, malu dan marah bercampur baur menjadi satu.

Mulutnya luas menguap. Mata yang semakin layu itu cukup masa saja akan terkatup rapat. Baru saja dia ingin lena, telefon bimbitnya berdering minta diangkat. Mawar mengeluh seketika sebelum tangannya meraba raba di atas tilam mencari telefon miliknya.

Setelah menjumpainya, butang hijau pada skrin di tekan tanpa melihat siapa pemanggilnya.

"Hello... Nak apa call malam-malam ni?" soal Mawar, malas. Waktu dia dah mengantuklah ada saja manusia yang mahu mengganggu. Dalam keadaan separuh sedar Mawar cuba menahan kantuknya daripada terlena.

"Mawar?" suara garau itu gemersik menyapa halwa telinganya. Terasa kegelian tetapi suara itu seperti pernah didengarinya.

"Mawar?" suara itu memanggil lagi.

Mawar mencuba mencelik luas matanya sebelum skrin telefonnya itu ditatap. Hilang terus kantuknya apabila melihat nama si pemanggil.

'Duda Kerek'.

•
•
•

HAZRIQ baru saja selesai menunaikan solat Isyak bersama keluarganya tadi. Alhamdulillah hari ini mereka berkesempatan berjemaah bersama. Sungguh rasa nikmat itu lain daripada yang lain.

Songkok yang masih di kepala ditanggalkan lalu diletak elok di atas meja kerjanya. Tubuhnya terasa kepenatan kerana terlalu lama duduk di pejabat. Dia melabuhkan punggungnya di atas tilam sebelum telefon bimbitnya dicapai.

Terdapat tiga notifikasi daripada WhatsApp. Segera aplikasi itu dibukanya. Pesanan itu dikirim oleh Mawar. Apa pula yang gadis itu kirim pesanan kepadanya malam-malam begini.

Tiga keping foto gadis itu menjadi tatapan matanya kini. Setiap satu foto itu di telitinya.

Dia tersenyum sendiri melihat telatah gadis itu. Comel. Lagi-lagi apabila memakai rantai pemberiannya itu. Tidak di sangka sesuai dengan gadis itu. Cantik saja terletak di leher jinjangnya.

Aplikasi WhatsApp ditutup lalu dia segera mendail nombor gadis itu.

Tut... Tut... Tut... Tut...

"Hello... Nak apa call malam-malam ni?" soal suara lunak itu.

"Mawar?" panggil Hazriq.

Mawar diam.

"Mawar?" panggil Hazriq lagi.

Diam lagi.

"Tidur ke apa minah ni?" omelnya dalam nada berbisik.

"Mawar?" panggil Hazriq buat sekian kalinya.

"Hah, ya tuan! Ada apa call saya malam-malam ni?" soal Mawar sambil menguap kecil.

Hazriq tersenyum mendengar Mawar menguap. Menguap pun comel.

"Kau suka?"

"Hah? Suka? Suka apa tuan?" tanya Mawar, kebingungan.

"Haih... Kau suka tak hadiah yang aku bagi tu?" balas Hazriq. Tergeleng kepala dia dibuatnya apabila Mawar blur.

"Oh, suka! Mestilah saya suka. Cantik pula tu. Terima kasih sangat- sangat tau Tuan Hazriq," ucap Mawar penuh teruja. Terus hilang kantuknya tadi.

"Baguslah kalau kau suka. Aku tahu rantai tu mesti sesuai dan cantik bila kau pakai. Cantik sangat," balas Hazriq, tanpa sedar dengan ayat dihujungnya.

"Saya tak dengarlah tuan," kata Mawar sambil tersengih suka.

"Tak dengar? Apa yang kau tak dengar?" soal Hazriq kebingungan. Berkerut dahinya. Apa pula yang Mawar tak dengar?

"Alah... Yang tuan cakap tadi tu."

"Aku? Cakap apa?" soalnya lagi.

"Yang tadi tuan cakap saya cantik tu lah. Betul ke tuan cakap saya cantik? Eee...gembiranya saya," jawab Mawar bersama keterujaannya itu.

Hazriq senyum tipis. Dia pun tak sedar yang dia kata gadis itu cantik. Peka betul telinga si Mawar ini.

"Eh, mana ada. Kau salah dengarlah tu kut," nafi Hazriq. Sengaja saja dia berkata sebegitu. Saja mahu melihat reaksi gadis itu.

Mawar di hujung talian sudah mencebik menyampah. Tuan Hazriq memang suka sangat bagi fake hope. Baru saja nak gembira. Tup, tup...

"Eleh, saya pun tak ingin lah nak tuan puji saya cantik. Saya boleh puji diri sendiri. Saya tak perlukan pujian Tuan Hazriq," kata Mawar penuh angkuh. Tetapi sebenarnya lebih kepada bengang.

Senyuman dibibir Hazriq semakin melebar apabila mendengar kata-kata Mawar itu. Nampak sangat marahnya itu.

"Kalau macamtu puji je lah diri tu sendiri je." balas Hazriq. Sengaja ingin menyakitkan hati.

"Ish, menyampahlah! Dahlah baik saya tidur daripada melayan tuan yang menyakitkan hati ni," ucap Mawar dengan penuh amarah.

Hazriq mengekek kecil. Merajuklah tu sebab orang tak puji dia cantik. Haih lah perempuan...

"Mawar, tunggu! Jangan tutup lagi," tegah Hazriq.

Mawar yang baru saja berkira ingin mematikan talian terus tak jadi.

"Ada apa tuan?"

"Aku nak cakap sesuatu." nadanya serius.

"Cakap apa?" soal Mawar. Tentang rajuknya tadi dilupakan sekejap. Sekejap saja. Nanti sambung balik.
Hazriq menarik nafas panjang sebelum menuturkan kata-katanya.

"Jaga rantai tu baik-baik. Macam kau jaga diri kau sendiri. Kalau hilang rantai tu, ibarat hilangnya separuh daripada hati aku. Ingat tu. Janji dengan aku," pesan Hazriq. Pesanan yang penuh makna buat gadis itu. Dia tahu Mawar seorang yang cuai. Itulah sebab dia berpesan sebegitu.

"Baiklah! Saya janji. Saya akan jaga rantai pemberian tuan ni macam saya jaga nyawa saya sendiri," janji Mawar. Walaupun dia kurang mengerti akan maksud kata-kata Tuan Hazriq tetapi dia berjanji pada dirinya yang dia akan menjaga pemberian lelaki itu sebaiknya. Hadiah ini terlalu istimewa buat dirinya. Dia berjanji akan menjaga dengan baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience