( macam biasa chapter ni boring okiess :) and sorry sbb lambat update.. busy dgn online class, banyak benda lah busy huhu... pkpb ni sungguhlah menyusahkan )
DIA lincah mengemas pakaiannya untuk esok. Entah apa mood Tuan Hazriq, tiba-tiba saja suruh tinggal serumah. Boleh saja kan ulang-alik? Takkanlah malam-malam tak boleh nak handle anak-anaknya itu?
Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering minta diangkat. Mawar melihat skrin telefonnya sebelum nafas berat di hela.
Punat hijau ditekan. "Hello..."
"Jangan lupa esok! Bawa pakaian lebih. Pukul 7:30 tepat sampai rumah aku. Faham?" belum sempat apa-apa lagi terus pesanan itu dituju pada Mawar.
Mawar juling matanya ke atas. Ish, tak menyempat betul Tuan Hazriqnya itu. Salam tak ada, apa tak ada terus sergah.
"Assalamualaikum Tuan Hazriq," sindiran itu ditujukan buat Hazriq.
Hazriq termalu sendiri lalu suaranya sengaja dia berdehem. "Hm, hm... Waalaikumussalam."
"Tuan Hazriq nak apa?" soal Mawar.
"Aku nak pesan jangan lupa esok!"
"Ya, ya saya tahu. Saya tengah kemas baju lah ni..." balas Mawar dalam nada yang malas.
"Okay! Lagi satu aku nak cakap yang aku dah masukkan gaji kau," ujar Hazriq.
Mawar jelas terkejut. Awalnya gaji dia masuk. Baru sehari bekerja. Sehari pun tak sampai lagi.
"Tapi cuma separuh je... Separuh lagi aku akan masukkan hujung bulan nanti," sambung Hazriq.
"Seriuslah tuan?"
"Kau pernah nampak aku menipu ke?" soal Hazriq.
"Manalah tahu... Saya baru je kenal tuan," suaranya meleret.
"Apa-apa jelah. Kalau kau tak percaya kau boleh check dalam akaun bank kau," balas Hazriq.
"hahaha ya saya percaya. Terima kasih tuan!" ucap Mawar. Gembira dia apabila gaji sudah masuk walaupun tak sampai sehari dia bekerja.
"Hm... Jangan lupa tau esok!"
"Ya, ya saya tahu lah. Dah banyak kali tuan cakap," balas Mawar. Naik bosan pula dia dibuatnya asyik diulang benda yang sama saja.
"Baru tiga kali aku cakap. Tak banyak pun," kata Hazriq.
"Hm, yelah," malas mahu melayan baik dia mengalah.
"Mawar..."
"Ye, tuan!"
"Aku nak ucap terima kasih," ucap Hazriq. Nadanya kedengaran lembut.
"Sebab?"
"Tak ada apa lah," balas Hazriq.
"Ouh okay!" pelik pula Mawar dengan Tuan Hazriq dia ni. Tadi cakap terima kasih tiba-tiba. Lepas itu, bila ditanya sebab kenapa dia jawab tak ada apa lah pula. Eh, pening aku!
"Dahlah aku nak letak telefon dah ni."
"Okay. Bye, tuan... Assalamualaikum!" ucap Mawar. Panggilan di antara mereka terus diputuskan.
Mawar meletakkan telefonnya di atas katil lalu dia menyambung semula mengemas pakaiannya. Sedang dia leka, dia tidak sedar bahawa Puan Azlin masuk ke dalam bilik tidurnya.
"Mawar..."
Mawar mengangkat kepalanya lalu wajah ibu dipandang. "Ya, ibu..."
"Mawar serius ke nak tinggal kat rumah majikan Mawar tu?" soal Puan Azlin.
"Ya, ibu. Ala... Orang pergi sana jaga anak dia je pun. Tak lama lah ibu. Lima hari je. Lepas itu orang baliklah jumpa ibu," jawab Mawar.
"Kamu tinggal berdua dengan dia?" soal Puan Azlin. Risau pula hati tua nya itu.
"Ish, ibu ni... Bukanlah berdua. Ibu ni pun cuba fikir positif. Kitaorang tak tinggal berdua... Ada Anak-anak dia, pembantu rumah dia," balas Mawar. Dia tersenyum apabila kerja mengemasnya sudah selesai.
"Kalau kamu dah kata macam tu, baguslah. Ni babah tahu tak?" soal Puan Azlin.
Mawar menatap wajah ibunya itu sambil menayangkan gigi putihnya yang tersusun rapi.
"Hehe. Belum... Ibu tolong bagi tahu kat babah tau!"
Puan Azlin menjeling menyampah. "Ye lah, ye lah. Balik-balik ibu je kena bagi tahu kat babah," omel Puan Azlin.
"Hehe. Sorry ibu sayang. Mawar sayang ibu sangat-sangat," ucap Mawar lalu tubuh ibunya dipeluk mesra.
"Dahlah ibu nak masuk tidur. Kamu tu jangan lupa tidur cepat. Esok nak bangun awal. Dahlah kamu tu bangun lewat selalu," pesan Puan Azlin sebelum dia ingin melangkah keluar dari bilik tidur anak perempuannya itu.
"Baik ibu sayang! Selamat malam," ucap Mawar. Daun pintu ditutup rapat. Kemudian suis lampu ditutup sebelum dia merebahkan tubuhnya ke atas tilam empuknya itu.
"Selamat malam, Tuan Hazriq." tanpa sedar matanya terkatup rapat lalu dia dibuai mimpi yang lena.
.
.
.
.
"WAALAIKUMUSSALAM. Selamat malam, Mawar." ucapnya perlahan.
Telefon bimbitnya itu diletakkan atas meja lampu bersebelahan katil. Tubuhnya disandarkan pada kepala katil sebelum satu keluhan berat dilepaskan.
Entah mengapa dia teringat akan pertemuan pertamanya dengan Mawar. Pertemuan yang sama seperti bagaimana pertama kali dia bertamu dengan arwah isterinya, Aisyah pada 7 tahun yang lalu. Insiden yang sama tetapi lain tempat dan lain tahun.
.
.
.
.
"Aisyah! Ada kereta!" jerit salah seorang kawan gadis itu.
Aisyah berdiri kaku di tempat dia berdiri. Matanya dipejam rapat.
Setelah hampir seminit dia merasa satu deruan nafas yang terlalu dekat dengannya. Lalu perlahan lahan kelopak matanya dibuka.
Alangkah terkejut dia saat itu. Seorang lelaki berpakaian t-shirt polo dengan ray ban yang tersangkut di batang hidung. Lelaki itu nampak cukup sempurna pada pandangan matanya.
"Buta ke? Tak reti nak tengok kiri, kanan masa melintas?" soal lelaki itu. Nadanya berbaur sinis.
"Err, saya minta maaf awak! Saya betul-betul tak sengaja," ucap Aisyah. Dia memohon maaf kepada lelaki itu atas kesilapannya.
"Kau tahu kan aku siapa?" Aisyah memandang tepat wajah lelaki itu. Dia mengangguk laju bahawa dia terlalu kenal dengan lelaki ini.
"Tahu... Awak senior tahun akhir. Emir Hazriq, kan?" ujar gadis itu.
Siapa saja tidak mengenali Emir Hazriq. Senior tahun akhir juga merupakan pelajar dekan berturut turut. Hazriq juga merupakan ketua pasukan kelab ragbi di universiti mereka ini.
Hazriq hanya mengangguk perlahan kepalanya. Wajah gadis itu di tiliknya.
"Kau dengan aku belum selesai lagi. Ingat tu! Aku akan cari kau bila-bila masa je," pesan Hazriq lalu dia terus berlalu pergi meninggalkan Aisyah dalam keadaan yang terpingga pingga.
"Weh, Sya! Kau okay tak ni?" soal rakannya itu.
"Aku okay!" balas Aisyah. Senyuman dibibirnya tidak lekang sedari Hazriq pergi tadi.
Sejak daripada itu, hubungan mereka makin rapat dan erat. Mereka mula bercinta. Selepas saja Hazriq menghabiskan pengajiannya, mereka terus berkahwin. Setahun kemudian lahirlah cahaya mata sulung mereka, Umar Raiqal. Tahun tiganya pula, Umairah Batrisyia lahir ke dunia. Tapi sayang, Aisyah telah pergi menghadap ilahi selepas saja selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka. Sejak itu Hazriq berubah menjadi seorang yang beku dan dingin.
Share this novel