Bab 26

Drama Series 77452

"OI, FALIQ! Kau asal tercegat kat depan bilik aku?" tegur Hazriq dari dalam bilik.

Sudah hampir dua minit dia lihat adiknya itu berdiri mengelamun seorang diri. Sekejap sekejap tersenyum sendiri. Sekali dilihat dah macam orang tak betul.

Faliq yang sedang ralit mengelamun itu tersentak apabila ditegur kasar oleh abangnya itu.

"Terkejut aku," ujar Faliq. Dadanya diurut perlahan.

"Terkejut konon." Hazriq menjeling Faliq sebelum dia melangkah menuju ke ruang pantry.

"Eh, Haz! Aku ada benda nak cakap dengan kau ni," ujar Faliq kepada Hazriq. Langkah Hazriq dikejar.

"Cakap apa lagi, Faliq?" soal Hazriq, malas.

"Aku nak cakap fasal misi aku tu," balas Faliq. Mereka jalan beriringan menuju ke pantry.

"Misi pikat Mawar tu ke?" soal Hazriq dalam nada yang malas. Sebuah mug kaca dicapai lalu air nescafe kegemarannya dibancuh.

"Yes. Misi memikat hati Cik Mawar. And, aku ada plan lain untuk kau setelah lima jam aku berfikir," ucap Faliq kepada Hazriq. Senyuman terukir di bibirnya.

"Lima jam berfikir?" soal Hazriq, keningnya terjengket.

Faliq mengangguk sebagai jawapan.

"Kerja yang aku bagi berlambak tu kau buat apa?" soal Hazriq, serius.

"Aku ada lah buat sikit. Walaupun aku macam ni tapi kerja aku tetap siap, okay!" jawab Faliq, membela dirinya.

"Apa-apa jelah Faliq," acuh tak acuh dia menjawab. Air nescafe yang baru dibancuh dihirup sedikit untuk menghilangkan rasa dahaga.

"Hazriq, aku ada idea ni. Kau nak dengar ke tak?" soal Faliq, bersungguh.

"Okay, cakaplah apa dia?"

"Aku tahu kau panas fasal lelaki pagi tadi tu. Tapi, aku dapat rasa yang lelaki tu bukan boyfriend Mawar," ucap Faliq penuh yakin.

Hazriq menolehkan wajahnya ke arah Faliq lalu keningnya bertaut. "Macam mana kau tahu?"  soal Hazriq, ingin tahu.

"Entahlah. Ikut firasat aku lah kan, tu bukan boyfriend dia," jawab Faliq.

Sesaat selepas itu, kepala Faliq diketuk dengan sudu yang dipegang oleh Hazriq.

"Sakitlah, Haz! Tak ada benda lain ke kau nak ketuk? Kepala aku juga jadi mangsa," marah Faliq kepada Hazriq. Kepalanya itu diusap perlahan untuk menghilangkan rasa sakit sambil matanya tepat menikam ke wajah Hazriq.

"Firasat kau tu bukan boleh pakai pun. Firasat kau daripada dulu sampai sekarang langsung tak boleh pakai," ucap Hazriq dengan selamba. Memang sejak dulu lagi firasat Faliq itu langsung tidak boleh diguna pakai. Mengarut saja lebih.

"Ish, Haz. Tapi, kali ni aku yakin yang firasat aku tak salah," kata Faliq dengan penuh yakin.

"Simpan je lah firasat mengarut kau tu Faliq," tingkah Hazriq. Mug yang telah digunakan dibersihkan dengan segera sebelum dia ingin memasuki semula ke dalam biliknya.

Faliq membuntuti langkah Hazriq. Mulutnya masih tidak berhenti membela firasat mengarutnya itu. Hazriq buat pekak saja. Malas mahu melayan firasat karut Faliq itu. Buang masa saja.

"Hazriq, kau dengar tak?" soal Faliq dengan geram apabila Hazriq seperti nak tak nak melayan dia.

Hazriq hanya diam. Malas mahu membuka mulut. Kerusi di tarik sebelum punggungnya di labuhkan di situ. Komputer riba miliknya di buka lalu kerja menaip dilakukan. Banyak kerja yang tertangguh sejak kebelakangan ini.

Faliq turut melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan abangnya itu. Wajah Hazriq di sebalik komputer riba itu cuba di tatap.

"Haz... Dah-dah lah tu buat kerja. Sampai mati pun tak habis," celah Faliq.

"Diam lah kau. Boleh keluar tak?" halau Hazriq. Matanya masih fokus pada skrin komputer hanya mulutnya saja bergerak berbicara.

"Haz, aku ikhlas nak tolong kau tau ni. Tolonglah pandang muka aku, dengar apa aku nak cakap. Anggap yang ni rancangan kita yang terakhir walaupun baru dua kali je," kata Faliq penuh serius.

Kerja menaipnya berhenti. Komputer riba ditutup sebelum wajah lelaki di hadapannya di tatap dalam.

"Okay, apa?" soalnya, ringkas.

"Kita balik rumah." jawab Faliq.

"Buat apa?" soal Hazriq.

"Lunch," balas Faliq, sambil keningnya terjengket. Senyuman terukir di bibirnya.

"Ye lah. Jom," putus Hazriq.

"Tapi, sebelum kita balik rumah. Kita kena pergi ke satu tempat," ujar Faliq.

"Ke mana pula kau nak pergi ni Faliq?" soal Hazriq dalam nada malasnya. Macam macam sungguh lah Faliq ni. Tadi kata nak cakap fasal rancangan, lepas itu ajak makan tengah hari di rumah pula. Pening betul!

"Adalah! Jom. Hari ni Mr. Faliq yang drive untuk Tuan Hazriq," bicara Faliq penuh bangga. Kunci kereta Hazriq di rampas dari genggaman lelaki itu sebelum dia mengorak langkah keluar.

Hazriq hanya mampu menggeleng kepalanya sahaja. Langkah turut di atur mengikuti adiknya itu.

•
•
•

"KAU yakin ke Faliq dengan semua ni? Aku rasa macam geli pula dengan plan kau tu," kata Hazriq kepada Faliq. Kini mereka sudah tiba di hadapan pintu rumah. Cuma tinggal mahu masuk saja.

"Alah, kau ni apa nak gelinya? Setakat hadiah macam ni nak geli buat apa? Aku bukan suruh kau buat benda bukan-bukan pun," balas Faliq.

Hazriq menjeling menyampah adiknya itu. Sebuah beg kertas di tangannya di jeling sekilas. Betul ke dengan cara begini Mawar boleh jatuh hati dengannya? Rasa macam tak masuk akal. Dulu masa dia mahu mengorat arwah isterinya itu pun tidaklah rasa sesukar ini.

"Hoi, Haz! Masuklah! Yang tercegat kat depan pintu tu kenapa?" teguran Faliq menyentakkan Hazriq daripada lamunannya. Segera kasut di buka lalu dia melangkah masuk ke dalam bersama beg kertas yang di jinjing sedari tadi.

Mereka jalan beriringan menuju ke ruangan makan. Mata mereka terpaku pada hidangan yang tersusun elok di atas meja makan. Banyak menu hidangan hari ini. Macam nak buat kenduri pula.

"Faliq, Hazriq. Tak beritahu mama pun nak balik lunch?" sapa Puan Sabrina yang baru saja tiba dari arah dapur.

"Ala, ma... Plan last minute. Macam itulah," jawab Faliq.

Puan Sabrina membalas dengan anggukan sahaja.

Hazriq mendekati Puan Sabrina lalu kekura tua milik wanita itu dikucup lembut. Seketika kemudian ekor matanya  melilau mencari kelibat seseorang.

"Cari siapa, Haz?" soal Puan Sabrina. Sedari tadi anaknya itu seperti mencari seseorang.

"Err, Haz cari Umar." bohong Hazriq.

"Umar ada kat bilik. Kalau Haz cari Mawar, dia ada kat dapur. Tengah kemas sikit," kata Puan Sabrina. Senyuman penuh makna meleret di bibirnya.

"Ouh, okay." Hazriq tersengih.

"Kau buat apa lagi kat sini? Pergilah jumpa dia, takkan itu pun nak kena ajar," bisik Faliq di cuping telinga kanan Hazriq. Belakang tubuh Hazriq di tolak sedikit.

Hazriq terdorong sedikit ke hadapan. Dia memusing badannya ke belakang lalu adiknya itu di jeling tajam. Beberapa saat kemudian, pandangan mata dialihkan semula ke hadapan. Alangkah terkejut dirinya saat pandangan mata di sapa dengan permandangan yang....

"Hai, Tuan Hazriq! Bila balik? Tuan balik lunch eh ni?" soal Mawar kepada Hazriq. Wajah lelaki itu ditatap kejap sebelum dia mengalihkan pandangan pada Faliq yang berdiri tidak jauh daripadanya.

"Hai, haah. Aku balik lunch. Lepas lunch aku masuk ofis balik," balas Hazriq.

Mawar hanya mengangguk sahaja. Mangkuk yang berisi lauk utama dibawa berhati-hati lalu diletakkan ke atas meja makan.

"Ish, kau ni Haz. Cakap, cakap," arah Faliq apabila dilihat abangnya itu seperti kaku.

"Seganlah aku. Nanti tak pasal-pasal jatuh saham aku tau!" balas Hazriq, sempat lagi dia memikirkan akan soal itu.

"Apalah sangat saham kau tu. Esok, lusa naiklah balik. Baru 'saham' ini,  belum lagi saham akhirat. Tak nak kecoh pula?" sindir Faliq begitu pedas. Sempat pula si dingin fikir pasal saham dia jatuh pula.

"Ish, diamlah malaun!" marah Hazriq.

Puan Sabrina sedari tadi memandang anak-anaknya yang sedang berbisik antara satu sama lain. Entah apa yang dibisikkan oleh dua beradik itu pun dia tidak tahu.

"Apa yang kamu berdua berbisik-bisik tu? Dari tadi mama perhati je..." tegur Puan Sabrina.

Kedua-duanya tersengih sambil memandang tepat pada wajah si ibu.

Puan Sabrina hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja. Ada-ada saja keletah dua beradik ini.

"Mawar sediakan apa yang patut dulu. Aunty nak panggil uncle dengan budak-budak tu kejap," kata Puan Sabrina sebelum dia berlalu pergi.

Mawar hanya mengangguk sahaja. Susunan pinggan mangkuk di atas meja makan itu di atur dengan elok.

Kini tinggal mereka bertiga di ruangan makan itu. Nampak sangat suasana menjadi janggal bagi Hazriq dan Faliq.

"Tegurlah Mawar tu cepat! Sebelum nanti mama dengan papa turun," kata Faliq kepada abangnya.

"Sabar boleh tak?" Hazriq menjeling Faliq.

Hazriq menarik nafas dalam sebelum dia melangkah mendekati Mawar. Jarak di antara mereka sengaja dirapatkan agar Mawar menyedari kehadirannya.

"Ya, tuan nak apa?" soal Mawar, nadanya lembut.

"Ehem! Nah," Hazriq berdehem sebelum sebuah beg kertas dihulurkan kepada gadis itu.

"Huh? Apa ni tuan?" soal Mawar, kehairanan. Huluran majikannya itu dibiarkan tidak bersambut.

"Hadiah." Sepatah dia membalas.

"Err, Haz aku nak naik bilik kejap lah!" pamit Faliq sebelum dia pergi meninggalkan Mawar dan Hazriq berdua duaan di ruangan makan itu.

Mereka saling memandang ke arah Faliq. Setelah kelibat lelaki itu hilang, anak mata Mawar tepat memanah ke wajah Hazriq.

"Hadiah? Untuk saya ke? Tapi...hari jadi saya bulan depan bukan hari ni," ujar Mawar sambil anak matanya menatap beg kertas itu dan Hazriq silih berganti.

"Yelah untuk kau. Takkanlah nak tunggu hari jadi baru nak bagi hadiah. Hadiah ni bila-bila kita boleh bagi. Hadiah ni adalah untuk meraikan seseorang tu. Adakalanya apabila seseorang itu berikan hadiah kepada kita ada dua sebab...sebab dia sayang atau dia hargai kita." kata Hazriq, panjang.

Mawar mengukir senyum tipis.

"Jadi, Tuan Hazriq bagi hadiah kat saya ni sebab tuan sayang saya atau tuan hargai saya?" soal Mawar.

"Errr... Aku bagi sebab...hm sebab aku hargailah! Takkan sayang pula. Lambat lagi aku nak sayang kau, kan?" Soalan cepumas Mawar membuatkan Hazriq gugup untuk menjawabnya.

"Hargai sebab?" Mawar tersengih sumbing. Segenap wajah milik Hazriq ditatap kejap.

"Sebab kau dah jaga Umar dengan Umairah. Kau sanggup tahan karenah dorang sampai dorang boleh jadi serapat macam ni dengan kau sekarang. Terima kasih sebab sudi jaga anak-anak aku dan sayang mereka macam anak kau sendiri. Tiada apa yang aku boleh balas melainkan dengan beri hadiah yang tak seberapa ni," ucap Hazriq. Ikhlas. Dia benar-benar maksudkan dengan kata-katanya itu.

Hanya dengan senyuman sahaja yang mampu Mawar ukirkan. Semakin lama, semakin lebar. Senyuman yang buat dia gembira. Dan dia berasa benar-benar di hargai oleh seseorang lelaki yang dingin dan keras hatinya itu. Dia duda dingin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience