Bab 24

Drama Series 77452

MAWAR mengeluh berat saat keretanya langsung tidak boleh start. Sudah di cuba berkali kali namun masih tidak boleh. Dahlah jam sekarang sudah hampir menunjukkan pukul 7:30 pagi. Kalau diikutkan waktu sekarang, dia sudah sampai ke rumah Tuan Hazriq. Tapi apakan daya keretanya tiba-tiba saja buat hal.

"Ish, kau ni! Time aku nak pergi kerja lah kau nak rosak eh?" stereng kereta itu diketuk ketuk sebagai tanda protes. Buat hilang mood ceria dia saja pagi-pagi begini.

"Kenapa ni Mawar? Angah tengok daripada tadi tak gerak-gerak," sapa Fahmi yang baru saja siap menyarungkan kasut kerjanya.

"Angah! Ni kereta Mawar saja buat hal," adu Mawar kepada Fahmi. Bibirnya muncung panjang.

"Laa... Kenapa pula dengan kereta awak ni?" soal Fahmi.

"Dia tak boleh nak start. Mawar tak tahu lah kenapa. Saja je nak buat hal dengan Mawar," balas Mawar. Kereta axia miliknya itu dipandang geram. Nasib kereta ni hadiah hari jadi daripada abang-abangnya dua tahun lepas. Kalau tidak, dah lama kereta ni dia campak dalam Sungai Klang.

"Ye ke? Kesian nya adik kesayangan angah ni. Bila last adik servis kereta?" soal Fahmi. Dia masuk ke dalam kereta Mawar lalu cuba menghidupkan enjin kereta. Kali ketiga dia mencuba, masih tidak boleh.

"Err, Mawar tak ingatlah angah. Last sekali, tahun lepas kut. Itupun masa tu alang yang tolong Mawar. Entahlah Mawar. Mawar bukan tahu pun fasal kereta ni semua," jawab Mawar sambil bahunya terangkat.

"Hmm, patutlah. Angah rasa dah lama kut Mawar tak servis tak tukar itu ini, itulah kereta ni tak boleh start," ujar Fahmi kepada adiknya itu. Tergeleng geleng kepalanya dengan sikap Mawar yang mengambil sambil lewa akan keretanya ini.

"Lain kali, Mawar kenalah peka sedikit. Jangan ambil sambil lewa. Dua kali setahun kena servis. Tukar bateri, tukar anythinglah. Kalau tak ini lah padahnya. Faham tak Mawar Arissa?" sambung Fahmi panjang lebar. Sedikit kata-kata nasihat di beri buat si adik.

"Ye, Mawar faham. Mawar janji nanti Mawar  selalu peka dengan keadaan kereta Mawar ni," janji Mawar. Dia sedar akan kelekaan dirinya itu.

"Tapi, angah... Macam mana Mawar nak pergi kerja? Mawar dah lambat ni. Mesti bos Mawar marah nanti," suaranya kedengaran sayu. Wajah Fahmi dipandang bersama dengan kerdipan mata yang comel.

Fahmi tersenyum melihat taktik adiknya itu. Tahu sangatlah dia yang Mawar sedang cuba meraih simpati daripadanya.

"Yelah, jom! Angah hantar Mawar," putus Fahmi.

"Yeay! Thank you, angah! Sayang angah banyak-banyak," ucap Mawar, penuh gembira lantas tubuh abangnya itu dipeluk erat.

Fahmi tersenyum lebar melihat akan keterujaan adiknya itu. Comel saja.

"Ya, sama-sama. Dah cepat masuk. Nanti lambat marah pula bos adik tu," ujar Fahmi sebelum enjin keretanya dihidupkan.

"Okay!"

Beberapa minit kemudian, kereta Honda milik Fahmi keluar daripada perkarangan rumah dan terus memecut laju membelah jalan raya.

•
•
•

HAZRIQ sejak tadi asyik merenung telefon bimbitnya itu. Sedari tadi sudah berpuluh puluh panggilan dibuat kepada seseorang. Namun, langsung tiada jawapan.

"Perempuan ni memang susah betul nak angkat call," marah Hazriq. Telefon bimbit miliknya itu direnung dengan pandangan yang geram. Sesekali matanya melihat ke arah pagar rumahnya itu.

Faliq yang dari tadi melihat kelakuan Hazriq itu pun naik pening. Dia tertanya-tanya dengan kelakuan pelik abangnya itu. Tak pernah-pernah Hazriq jadi begini. Sekejap-kejap melihat ke arah pagar depan, sekejap lagi pula tengok telefon bimbitnya.

"Haz.. Kau ni duk jenguk kat pagar tu dah kenapa? Kau tunggu siapa datang sebenarnya ni?" tegur Faliq.

"Mawar Arissa." sebaris nama itu terpacul daripada bibirnya.

"Mawar? Asal dengan dia?" soal Faliq, hairan.

"Dia tak sampai sampai lagi. Nak dekat pukul 8 dah ni. Tapi, batang hidung dia tak nampak-nampak langsung," ucap Hazriq kepada Faliq.

"Ouh wait! Kau risau ke?" serkap Faliq. Dia tersengih.

"Aku? Risau? Tak ada lah. Merepek je kau," nafi Hazriq.

"Eleh, yelah tu. Tak nak mengaku konon," sindir Faliq. Lengan Hazriq dicucuk cucuk manja.

Tangan Faliq ditepis kasar sebelum dia membalas sindiran adiknya itu.

"Betul lah. Kejap lagi kan Umar nak ke taska. Siapa nak hantar dia kalau bukan Mawar?" dalih Hazriq. Anak matanya masih statik pada pagar rumahnya itu. Kehadiran Mawar masih dinantinya.

"Eleh, berdalih dengan aku konon. Padahal di hati sudah terbit rasa kerisauan yang menggunung. Tak gitu Tuan Hazriq?" tanya Faliq diselangi gelak ketawanya.

"Diamlah bodoh! Menyemak je kau ni. Blah lah!" marah Hazriq. Tubuh Faliq ditolak agar menjauh darinya. Setan harus dijauhi.

"Hahaha. Siapa nak tahu Hazriq dia risau kat seseorang!" jerit Faliq dengan kuat. Untung saja penghuni yang berada di dalam rumah tidak mendengar.

"Diamlah Faliq!" adiknya itu dijeling tajam. Ya Tuhan, macam manalah dia boleh dapat adik yang gila seperti Faliq ini?

Faliq hanya mampu menghambur tawanya sahaja. Seronok apabila dapat mengusik abangnya itu.

Seketika kemudian terdengar deruman enjin kereta di hadapan pagar rumahnya. Hazriq membuka pagar menggunakan remote control sehingga pagar rumahnya itu terbuka dengan luas. Terlihat sebuah kereta berjenama Honda berhenti di hadapan rumah banglonya itu.

"Siapa tu, Haz?" soal Faliq.

Hazriq tidak menjawab pertanyaan Faliq malah dia terus melangkah mendekati kereta itu. Faliq turut membuntuti Hazriq.

.•
•
•

"TERIMA kasih angah sebab hantar Mawar pergi kerja," ucap Mawar kepada Fahmi.

"Sama-sama sayang," balas Fahmi.

"Itu bos Mawar kut dah tunggu depan pagar tu," ujar Fahmi kepada adiknya itu.

Mawar menoleh ke luar tingkap. Terlihat susuk tubuh Tuan Hazriq sedang berdiri tegak di hadapan pagar bersama dengan Tuan Faliq di belakangnya.

Amboi, tak pernah pernah Tuan Hazriq nya itu tunggu dia datang. Mesti nanti dia akan kena marah sebab lewat.

"Angah teman Mawar keluar jom," pinta Mawar.

"Laa.. Kenapa pula?" soal Fahmi.

"Ala, jom jelah..."

"Yelah, yelah." balas Fahmi.

Mawar mencapi tas tangannya lalu segera keluar dari perut kereta diikuti dengan Fahmi.

"Hai, Tuan Hazriq!" sapa Mawar. Segaris senyuman manis diukir buat Hazriq.

"Hai, kenapa lambat?" soal Hazriq terus. Serius.

"Err, kereta saya rosak lepastu--"

Belum sempat Mawar menghabiskan ayatnya, Fahmi tiba-tiba mencelah.

"Lepastu aku hantar dia. Itulah lambat sikit, bro," celah Fahmi.

Hazriq memandang lelaki yang sedang berdiri di sebelah Mawar itu. Wajah lelaki itu seperti dia pernah lihat. Tapi, tidak pasti di mana.

"Ouh, kau siapa?" soal Hazriq dengan penuh lagak.

"Hai, bro. Aku Fahmi. Boyfriend Mawar," jawab Fahmi dengan selamba. Walhal dalam sudah hampir tergelak apabila melihat raut wajah cemberut Hazriq. Tangan dihulurkan kepada Hazriq.

Hazriq menyambut lambat. Tak boleh disangkal lagi, lelaki ini memang pernah di lihatnya sewaktu dia ternampak Mawar di sebuah restoran hari itu.

"Boyfriend Mawar," hujung ayat Fahmi diulang Hazriq.

"Yup, boyfriend Mawar. Kan sayang?" wajah Mawar dipandang.

Mawar hanya tersenyum tipis saja. Tak tahu mahu menjawab apa.

Hazriq terasa sedikit tercabar dengan Fahmi. Lagi-lagi apabila lelaki itu memanggil Mawar dengan panggilan sayang.

"Okaylah Mawar. Abang pergi dulu, ya? Nanti lambat, jem pula jalan. Bye!" ucap Fahmi kepada Mawar sebelum dia ingin berlalu pergi.

"Okay!" jawab Mawar, sepatah

"Okay, bro! Jaga girlfriend aku ni elok-elok ya?" pesan Fahmi kepada Hazriq.

"Tak payah risau. Aku selalu jaga dia," jawab Hazriq tanpa memandang muka Fahmi.

Fahmi hanya mengangguk saja sebelum dia memasuki ke dalam kereta dan terus meninggalkan kawasan itu.

"Saya minta maaf sebab lambat, tuan," ucap Mawar kepada Hazriq.

"Hm," balas Hazriq acuh tak acuh dan dia terus berlalu pergi.

Mawar terkedu seketika. Langkah lelaki itu dihantar dengan ekor mata.

"Tuan Hazriq awak tu Mawar tengah panas. Hahaha, padan muka dia!" kata Faliq sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah untuk mengambil kunci kereta miliknya.

"Panas? Apa tak cukup sejuk ke pagi-pagi macam ni?" soal Mawar pada dirinya sendiri. Angin di kawasan itu cuba dirasainya.

"Sejuk je. Pelik betul," bicara Mawar sendiri sebelum dia pun turut melangkah masuk. Rutin hariannya harus dimulakan dengan segera.

Sorry guys lambat update

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience