Bab 23

Drama Series 77452

"MACAM mana Haz? Kau dah tanya ke?" soal Faliq apabila terlihat Hazriq menapak masuk ke dalam rumah.

Hazriq merengus kasar.

"Susahlah aku nak jadi lembut. Eh, maksud aku lemah lembut," ujar Hazriq kepada Faliq.

Faliq menayangkan riak muka menyampah. Dia agak pasti rancangannya itu gagal. Wajah abang yang disayangi sangat itu di pandang kejap.

"Then? Macam mana? Okay tak? Ke tak okay? Ke kau buat hal?" soal Faliq bertalu talu.

"Entah," sepatah dia menjawab.

Faliq mengeluh berat. Sudah dia agak dah. Hazriq memang tak boleh pakai.

"Kau dah tanya ke apa yang aku cakap petang tadi tu?" tanya Faliq kepada Hazriq.

"Dah."

"Kau tanya apa je?" tanya Faliq lagi.

"Aku tanya apa yang dia suka, apa dia nak suatu hari nanti. Itu saja lah," balas Hazriq dalam nada yang malas.

Faliq mengangguk perlahan.

"Dah tu, apa dia jawab?" soal Faliq.

"Dia jawab dia suka sesuatu yang romantik. Dan dia jawab apa yang dia nak nanti ialah kahwin," jawab Hazriq dengan tenang.

Terangguk angguk kepala Faliq saat mendengar jawapan daripada Hazriq. Tiba-tiba satu akal cerdik nya menerjah ke kotak fikirannya.

"Hazriq, aku ada satu idea!" jerit Faliq secara tiba-tiba.

Hazriq yang jelas terkejut dengan suara nyaring Faliq itu terus menayangkan riak muka geram.

"Idea apa tu?" sampuk satu suara dari arah belakang mereka.

Lantas kedua dua jejaka itu terus menoleh ke belakang melihat gerangan yang menyampuk perbualan antara mereka.

"Mawar..." gumam Hazriq dalam nada yang perlahan. Wajah gadis yang tegak berdiri itu ralit di tenung olehnya.

"Eh, saya nak join dengar idea korang boleh tak? Macam best je," kata Mawar dengan teruja. Tadi kebetulan saja dia ingin ke ruangan dapur. Tiba-tiba dia dengar suara rancak antara Tuan Hazriq dan Tuan Faliq sedang berbual-bual. Tapi dia tidak pasti apa yang dibual oleh kedua dua jejaka ini.

"Err... Mawar," Faliq terkelu.

Mawar asyik tersenyum sambil menunggu balasan kedua dua lelaki itu.

Faliq memandang abangnya dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan. Hazriq pula mengerut dahinya apabila melihat pandangan pelik si Faliq. Seketika kemudian, barulah dia mengerti. Mawar dipandang sebelum dia membuka mulut.

"Kau tak payah nak sibuk kot. Bukan ada kena mengena dengan hidup kau pun. So, kau boleh belah tak? Semak ah aku tengok muka kau!" kata-kata Hazriq seperti menghalau Mawar daripada mengganggu mereka berdua. Nadanya kedengaran keras di hujung ayat.

Mawar mencebik bibirnya. "Sampai hati Tuan Hazriq cakap saya semak," nadanya berbaur merajuk.

Faliq memandang abangnya dengan pandangan yang tak percaya. Hazriq memang nak kena! Lantas, kaki Hazriq di pijak dengan begitu kuat.

Belum sempat Hazriq membalas kata-kata Mawar, kakinya rasa seperti dipijak dengan begitu kuat oleh seseorang.

"Auch! Sakitlah bodoh!" jerkah Hazriq.

"Saya tak buat apa-apa pun tuan tiba-tiba panggil saya bodoh," sayu kedengaran suara Mawar.

"Kau jangan perasan boleh tak? Aku bukan cakap bodoh kat kau. Aku cakap kat bapak gajah sebelah aku ni," balas Hazriq lalu Faliq yang duduk bersebelahan dengannya itu dijeling geram.

"Bapak gajah? Err, apa-apa sajalah. Hm, Tuan Hazriq. Saya balik dulu, ya? Lagipun dah nak dekat pukul 6 ni. Nanti risau pula ibu saya tengok anak dara dia ni tak sampai sampai rumah lagi," ujar Mawar kepada Hazriq.

"Hm, yelah." ringkas sahaja balasan Hazriq.

"Saya balik dulu tau, Tuan Faliq. Bye!" pamit Mawar sebelum dia berlalu meninggalkan ruangan dapur itu.

Hazriq menghantar langkah pergi Mawar dengan ekor mata sehingga bayangan gadis itu hilang daripada pandangan matanya.

Seketika kemudian, wajah milik Faliq di pandang dengan pandangan yang tajam bercampur geram.

"Kau asal pijak kaki aku?" soal Hazriq, kasar.

"Padan muka!" ejek Faliq. Nadanya seolah olah berbisik.

"Aku tanya ni Faliq. Asal kau pijak kaki aku? Sakit tau gila!" marah Hazriq.

Faliq hanya buat tak tahu saja. Dalam hatinya tak habis habis mengutuk abangnya itu.

"Kau tu, kan aku dah cakap jangan cakap kasar kasar dengan Mawar," ucap Faliq, tenang.

"Suka hati aku lah..." balas Hazriq, selamba.

"Ouh, suka hati? Kalau macam tu suka hati aku jugalah nak rembat Mawar daripada kau?" nadanya seperti ingin menyakitkan hati lelaki itu.

Jelas pada riak wajah Hazriq yang dia tidak berpuas hati denagn kata kata Faliq itu.

"Berani ke kau nak buat macam tu?" soal Hazriq seperti mencabar.

"Eh, mestilah berani. Kalau kau terus terusan macam ni, sesiapa pun berani nak rembat Mawar. Jangan sampai masa tu kau nak minta tolong aku pun dah tak guna," ucap Faliq dengan penuh kematangan.

Hazriq diam seribu bahasa. Sedikit sebanyak kata-kata Faliq menyerap ke dalam hatinya.

"Dahlah. Lepas maghrib nanti masuk bilik aku. Kita sambung cakap fasal tadi," sempat arahan itu diberi kepada Faliq sebelum dia melangkah menuju ke tingkat atas.

Faliq menggeleng gelengkan kepalanya.

"Susah betul nak lembutkan hati kau ni Haz... Kalau lah, tak di sebabkan perempuan kejam tu... Mesti kau tak macam ni. Aku rindu abang aku yang dulu, huh," keluh Faliq.

sorry lambat update huhu.. dua hari takde internet..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience