PUAN SABRINA resah apabila barang masakan yang ingin dimasaknya tidak mencukupi. Sudahlah sebentar lagi keluarganya mahu bertandang ke rumah. Nak beli sendiri tapi takut lambat pula.
Kebetulan Hazriq yang masuk ke ruangan dapur pada ketika itu terus disapa oleh Puan Sabrina secara mengejut.
"Haz!"
"Ish, ma ni...kenapa?" soal Hazriq. Dia membuka pintu peti sejuk lalu sebotol air kosong dikeluarkan dari ruang itu.
"Tolong mama pergi pasar," pinta Puan Sabrina.
"Buat apa pergi pasar?" soal Hazriq sebelum dia meneguk air kosong itu.
"Pergi beli barang masaklah. Takkan pergi cari menantu untuk mama pula," sindir Puan Sabrina.
Tersedak Hazriq dibuatnya.
"Ish mama ni...suruhlah Faliq. Dia tu macam tak berguna je duduk rumah. Lagipun Haz baru balik joging. Penat pun tak hilang lagi," Hazriq memberi alasan. Pasar adalah tempat yang paling tidak disukainya.
"Ala Haz...tolonglah mama. Kejap lagi keluarga belah papa nak datang rumah kita," kata Puan Sabrina.
"Suruhlah dorang takyah datang." Selamba Hazriq menjawab.
"Budak ni kan..." cubitan padu dihadiahkan kepada Hazriq. Ada saja jawapannya.
"Aduh! Sakitlah ma. Kejam betul," adu Hazriq.
"Lagipun Haz tak tau lah nak pilih-pilih barang masak ni apa semua," beritahu Hazriq. Memang jujur dia tidak pandai.
Puan Sabrina cuba memikirkan sesuatu.
"Hah! Haz ajaklah Mawar sekali. Mawar mesti boleh tolong Haz pilih-pilih barang masak ni semua," ujar Puan Sabrina.
"Mawar? Dia reti ke? Masak pun ke laut. Ini nak pilih barang dapur," kutuk Hazriq.
"Uhuk! Uhuk! Cakap baik sikit ya. Walaupun masakan saya ke laut tapi bab beli barang dapur ni saya A+ tau!" Penuh lagak dan riak Mawar menyampuk.
Kebetulan dia ingin ke dapur untuk membancuh susu Umairah dan tanpa sengaja dia mendengar perbualan antara dua beranak itu. Boleh pula Tuan Hazriqnya itu mengutuknya. Pantang ada peluang buat dosa je kerja.
"Kau? Sembanglah kau Mawar..." Hazriq memandang rendah terhadap Mawar.
"Apa? Tuan cakap saya sembang? Baik sikit eh? Kalau kejap lagi tuhan tarik nyawa tuan, saat tu lah tuan menyesal gila sebab tak sempat minta maaf kat saya tau! Baik tuan tarik balik kata-kata tuan tadi," balas Mawar penuh emosi. Pantang betul keturunannya dicabar.
"Apa-apa sajalah Mawar. Dah semua ke laut memang ke laut lah juga." Hazriq masih lagi membalas dengan kata-kata yang sebegitu rupa yang membuatkan Mawar mahu naik hantu.
"Eh, dah dah lah tu gaduh! Ish, korang berdua ni...macam budak-budak," tegur Puan Sabrina. Pening kepalanya melihat perbalahan mulut antara Hazriq dan Mawar.
Hazriq menjeling Mawar. Mawar menjeling Hazriq.
"Dah mama dah buat keputusan. Dua-dua kena pergi pasar beli barang," putus Puan Sabrina.
"Tapi siapa nak jaga Umai---"
Belum sempat Mawar melanjutkan bicaranya tapi sudah dipotong oleh Puan Sabrina.
"Tiada bantahan!" tegas Puan Sabrina.
"Ma, Haz pe---"
"Mama cakap tiada bantahan kan? Full stop! So, dua-dua pergi bersiap dan pergi ke pasar sekarang. Karang mama pula yang naik hantu," ugut Puan Sabrina.
Hazriq mengeluh kecil.
"Baiklah Puan..."
"Yelah ma..."
Jawab kedua-dua insan itu serentak.
.
.
.
SUASANA di dalam kereta begitu sepi. Hanya kedengaran suara DJ radio yang sedang berceloteh tentang apa pun dia tak tahu.
"Cepatlah putarkan lagu. Tak boleh ke berhenti bercakap kejap," ngomel Mawar sendiri. Geram pula Mawar dibuatnya. DJ ini bercakap saja lebih tapi lagunya tak diputar putarkan juga.
Hazriq tersenyum kecil mendengar ngomelan Mawar itu. Gadis ini memang petah bercakap. Sejak awal mereka bertemu lagi. Asyik nak bercakap saja. Pandai menjawab. Tapi dia comel.
"Terimalah lagu seterusnya, I Lay My Love On You yang dinyanyikan oleh Westlife..."
Mawar tersenyum lebar. Lagu ini disukainya sejak dia berusia 15 tahun. Lama tidak di dengarinya.
"I lay my love on you, it's all I wanna do---" Hazriq menyanyikan bait lagu itu.
Mawar yang mendengarkan nyanyian itu terus tertumpu ke arah Hazriq.
"Tuan tau lagu ni?" soal Mawar penuh teruja.
"Aku hidup dulu daripada kau. Mestilah aku tau," balas Hazriq.
"Heh! Berlagak betul dia ni..." kata Mawar dalam nada yang perlahan.
Hazriq hanya tersenyum kecil saja sambil matanya tak lepas fokus pada jalan raya.
"Saya nak kuatkan volume radio boleh?" Pinta Mawar.
"Hm." Hazriq mengangguk iya.
Tanpa berlengah lagi, volume radio dinaikkan.
"I lay my love on you
It's all I wanna do
Everytime I breathe
I feel brand new
You open up my heart
Show me all your love and walk right through
As I lay my love on you---"
Hazriq menoleh ke sebelah sekilas. Gembira betul gadis itu sambil bibirnya bergerak menyanyikan bait-bait lirik lagu itu.
Kekalkanlah permandangan itu.
Dia suka.
.
.
.
"KITA nak beli apa tuan?" tanya Mawar setelah mereka menapak masuk ke dalam sebuah pasar yang berdekatan dengan rumah Hazriq.
"Kejap. Aku tengok list yang mama send tadi," balas Hazriq.
Hazriq membuka aplikasi WhatsApp lalu mencari mesej dari mamanya itu.
Terbuntang luas matanya saat melihat senarai barang yang ingin dibelinya itu.
"Ini nak buat kenduri ke apa?" Gumam Hazriq, perlahan.
"Dah ke tuan?" soal Mawar yang sudah lama menunggu.
"Mula-mula kita cari 5 ekor ayam segar," kata Hazriq.
"Mak aih! Lima ekor? Puan Sabrina nak buat kenduri doa selamat ke apa?"
"Ish, takyah banyak bunyilah. Pergi cari ayam cepat!" arah Hazriq.
"Sabarlah..." jelingan padu dihadiahkan kepada Hazriq.
"Huh jeling, jeling. Aku potong gaji kau karang," ugut Hazriq.
Mawar buat bodoh saja. Langkah kaki dihayun laju mencari tempat menjual ayam.
"Laju betul dia jalan." Ngomel Hazriq.
"Mawar... hati-hati kat depan tu ada lopak air," Hazriq memberi amaran sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.
"Saya tahu la--- argh!"
Belum sempat apa-apa lagi, Mawar terpijak lopak air tersebut dan dia hampir saja ingin jatuh.
Mawar memejam rapat matanya. Dia dapat rasakan yang dia bakal jatuh seperti nangka busuk ditengah-tengah pasar ini. Dia reda jika perkara itu benar-benar berlaku.
Beberapa saat kemudian...
"Eh, tak rasa sakit pun ni..." bicara Mawar dalam hati. Kebiasaannya kalau dia terjatuh mesti sakit. Ini tak rasa langsung seperti dia berada di awangan.
Mawar cuba membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Apabila sudah terbuka seluasnya, pertama yang dilihatnya adalah wajah seseorang yang begitu dekat dengan wajahnya.
Dia...Tuan Hazriq.
Anak mata mereka bertaut. Lama. Mereka merenung antara satu sama lain sehingga tidak sedar banyak mata memerhati perlakuan mereka itu.
"Kan aku dah cakap, hati-hati..." ucap Hazriq dengan penuh kelembutan.
Tangannya masih lagi tidak lepas memaut pinggang Mawar daripada terjatuh.
Dengan jarak lebih kurang seinci itu, cukup membuatkan Mawar mendengar deruan nafas Hazriq di telinganya. Wajah tampan lelaki itu ditatap dalam-dalam. Jujur dari sudut hatinya dia ingin mengatakan lelaki itu sungguh kacak.
"Aku...jatuh cinta ke?" Bisik hati naluri Mawar.
Share this novel