JARI JEMARI Hazriq laju bermain di atas papan kekunci komputer riba miliknya itu. Kerja yang bertimbun perlu disiapkan dengan segera. Sesekali pelipisnya di urut perlahan agar peningnya sedikit beransur pulih. Bila kerja terlalu banyak, kepala juga turut berasa pening apabila terlalu lama menghadap kerja.
Jam yang tertera pada skrin laptop itu dikerling sekilas. Jam kini sudah berganjak ke pukul 10.36 malam. Pasti anak-anaknya sudah ditidurkan oleh Mawar. Sedikit sebanyak bila ada Mawar meringankan bebanan yang ditanggungnya. Pejam celik, pejam celik sudah 4 hari Mawar tinggal di rumahnya. Esok merupakan hari terakhir Mawar di sini.
Kerja menaip dibiarkan seketika. Bingkai foto yang berada di sebelah lampu meja itu dicapainya. Insan yang berada dalam foto itu ditatap lama. Tipulah jika dia bilang dia tidak rindu pada pemilik gambar itu.
"Aisyah... Abang rindu awak. Anak-anak semua rindukan awak. Kalau lah awak ada sekarang ni, mesti kita akan hidup bahagia kan, sayang? Kenapa awak pergi terlalu awal?" soalnya sendirian. Tidak semena mena air matanya mengalir perlahan di pipi tanpa disedari. Bila berkaitan dengan arwah isterinya itu sungguh dia tak kuat. Walau bagaimanapun dia harus menerima kenyataan bahawa isterinya itu sudah tiada di dunia. Walaupun perit tapi harus di telan jua.
"Huh!" Hazriq mengeluh perlahan tapi kedengaran berat. Bingkai foto itu diletakkan semula pada tempat asalnya. Air mata yang tersisa di pipinya dilap menggunakan belakang tangan sebelum laptopnya di off kan.
Hazriq bangun dari tempat duduknya lalu kakinya menapak keluar dari bilik. Dia ingin ke dapur kerana tekaknya haus sedari tadi.
Dia memberhentikan langkahnya apabila tiba di hadapan bilik yang diduduki oleh Mawar.
'Pasti Mawar sudah tidur,' detik hatinya.
Tanpa berlengah lagi, dia terus melangkah menuruni anak tangga lalu menuju ke arah dapur.
Ketika dia sampai ke ruangan dapur, dia ternampak seperti lembaga seorang wanita yang sedang berdiri berdekatan dengan peti sejuk.
"Hantu mana pula ni dah?" katanya sendirian.
Hazriq semakin seram sejuk apabila lembaga itu memusingkan badannya sambil ditangannya memegang sebilah pisau. Hazriq semakin cemas. Tapi dia cuba bertenang.
Dia melangkah perlahan lahan agar kehadirannya tidak sedari oleh lembaga itu. Suis lampu di cari. Setelah menjumpai, suis lampu terus ditekan.
"Eh, Tuan Hazriq!" sapa lembaga itu. Potongan buah epal yang baru saja dibelah itu digigit sedikit.
Lembaga itu sungguh selamba. Siapa lagi kalau bukan Mawar Arissa.
Hazriq menarik nafas lega sebelum Mawar dipandang dengan pandangan yang tajam. Mati mati dia ingat hantu ataupun pencuri tadi. Hampir gugur jantungnya tadi.
"Mawar! Kau ni memang tak reti nak buka lampu ke? Aku ingatkan hantu lah tadi. Kalau aku ada sakit jantung macam mana, huh?" marah Hazriq. Dia melangkah mendekati ke arah Mawar.
Mawar hanya tersengih saja. "Ada ke hantu yang cantik macam saya ni?"
"Ada. Kaulah tu!" Mawar terus mencebikkan bibir mungilnya itu.
"Asal kau tak buka lampu huh?" soal Hazriq, kasar.
"Maaf, tuan. Saya lupa nak on suis lampu tadi. Tuan nak apa malam malam turun dapur ni?" soal Mawar. Wajah Hazriq di tenung tanpa rasa bersalah.
"Suka hati aku lah. Dapur rumah aku, bukan dapur rumah kau," balas Hazriq selamba.
Mawar menjeling menyampah. "Berlagak! Tahulah ni rumah dia, tak payah lah nak berlagak sangat," omel Mawar dalam nada yang perlahan tapi cukup sampai ke pendengaran Hazriq.
"Apa kau cakap? Aku tak dengar," soal Hazriq, sengaja. Walhal dia dengar apa yang diperkatakan oleh gadis itu.
"Hehe, tak ada apa lah tuan." Mawar menayangkan senyuman paksa kepada Hazriq.
Hazriq melabuhkan duduk sebelahan dengan Mawar lalu potongan buah epal Mawar di ambil satu tanpa rasa bersalah.
"Tuan! Epal saya tu! Penat saya potong!" marah Mawar. Dia tidak suka jika seseorang ambil makanan yang sedang dimakan olehnya.
"Epal ni aku yang beli. So tak ada istilah kau yang punya," jawab Hazriq dengan selamba. Saja dia mahu membakar hati gadis itu.
"Ish! Saya tahulah!" Mawar menyilangkan kedua dua belah tangan ke dada. Benci betul dia dengan sikap Tuan Hazriqnya itu. Dahlah dingin lepas itu berlagak pula tu. Muka saja handsome.
Hazriq memandang wajah Mawar yang cemberut dari sisi. Suka dia melihat wajah itu. Entah mengapa dia sendiri tak pasti. Bila melihat diri Mawar, seolah olah terdapat diri seseorang yang dia rindui di dalam diri gadis itu.
"Tuan Hazriq...oh...Tuan Hazriq..." Mawar mengerutkan dahinya apabila Hazriq buat tak tahu saja dengan panggilannya. Lelaki itu seperti berada di dalam dunianya sendiri. Sudahlah pandang wajahnya dengan pandangan yang tidak berkelip.
"Tuan Hazriq!" nadanya dinaikkan seoktaf.
Hazriq yang tersedar daripada lamunannya itu terus mengalihkan pandangan matanya dari terus menatap wajah Mawar.
"Kau nak apa?" suaranya dikawal agar tidak gugup.
"Saya nak masuk tidur dah ni," ujar Mawar.
"Err, Mawar..."
"Apa?" balas Mawar
"Tolong buatkan aku nescafe," pinta Hazriq.
"Saya pengasuh anak-anak tuan. Bukan pengasuh tuan. Buatlah sendiri," balas Mawar. Jawapannya bikin jelingan padu daripada Hazriq.
"Ingat sikit ya. Siapa yang bayar gaji kau? Aku ke anak-anak aku?" soal Hazriq.
"Tuan yang bayar." tiga patah dia membalas.
"So, automatik kat sini segala arahan aku kau kena ikut," balas Hazriq senada.
"Tapi saya kan--" belum sempat Mawar membalas, percakapannya itu selamba dipotong oleh Hazriq.
"Tak ada tapi, tapi. Buat cepat!" arah Hazriq.
"Ye lah, ye lah. Gaji naik sikit," pinta Mawar. Lalu tangannya mencapai sebuah cawan bersama serbuk nescafe.
"Suka hati kau je eh? Baru seminggu kerja dah demand nak naikkan gaji," kata Hazriq bersama nada kerek nya itu.
"Mestilah. Saya bukan isteri, tuan. Kalau saya isteri tuan tak apa lah. Dengan rela hati saya buat," balas Mawar tanpa dia sedari akan percakapannya itu. Selesai saja meletakkan air suam ke dalam cawan nescafe itu, dia mengacau nya dengan berhati hati agar tidak tertumpah.
"Kalau macam tu kita kahwinlah. Kau jadi isteri aku. Tiap tiap malam aku minta kau buat nescafe. Kalau aku minta lebih-lebih pun boleh kan?" soal Hazriq. Nadanya kedengaran seperti serius.
Tangan Mawar yang lincah mengacau air nescafe itu terhenti serta merta. Dia menoleh ke belakang melihat raut wajah milik Hazriq.
"Merepek lah tuan ni," ujarnya. Cawan nescafe itu dihulurkan kepada Hazriq.
"Kalau betul-betul?" soal Hazriq.
Serta merta lidah Mawar kelu. Dia terdiam seribu bahasa.
Share this novel
tapi .....chspter nyer very short la....x puas i baca....agak agak.....pg sok.....u update lg x....plzzz...my dear
hi dear. tqvm update. love u