"TUAN! Kenapa kita nak pergi airport? Ada apa kat sana?" soal Mawar, memecahkan kesunyian di antara mereka yang membisu sedari tadi.
Hazriq merengus kasar. Daripada tadi Mawar tidak habis menanyakan soalan itu. Naik rimas telinga dia dibuatnya.
"Diam boleh tak Mawar?" pinta Hazriq. Nada suaranya kedengaran bengang
"Selagi tuan tak bagi tahu, selagi tu saya tak nak diam," ugut Mawar.
Hazriq mengeluh kasar. Susah betul kalau dah bercakap dengan orang seperti Mawar Arissa ini. Asyik dia saja mahu menang.
"Aku tengah drive ni, Mawar. Aku tak ada masa nak cakap," ujar Hazriq dengan tenang. Matanya masih tepat fokus pada jalan raya yang mulai sesak.
"Cakap saja lah. Bukan tuan cakap pakai tangan pun," balas Mawar. Wajah Hazriq dari sisi dipandangnya.
"Tak payah nak banyak tanya sangat boleh tak? Duduk diam diam sudah," marah Hazriq tetapi nadanya tidaklah kedengaran seperti marah. (faham faham jelah haha)
"Ala... Cakap je lah, tuan. Bukan susah pun," desak Mawar. Takkan dia nak tahu pun tak boleh?
"Bila dah sampai nanti kau akan tahu," jawab Hazriq, malas.
"Tapi saya nak tah----"
"Please, Mawar. Diam sekejap je. Sebelum kau aku tinggal tepi jalan, baik kau diam," potong Hazriq, nadanya berbaur ugutan.
Mawar menarik muncung panjang. Nak tahu pun tak boleh. Bukan susah pun. Cakap saja pakai mulut. Bukannya pakai tangan.
"Dasar kedekut," bisiknya perlahan. Sempat lagi dia mengutuk Tuan Hazriq nya itu.
Umairah yang di atas riba Mawar itu terkebil kebil matanya melihat perbalahan yang tak beberapa nak berbalah di antara papanya dan kakak Mawar. Dia tidak mengerti apa yang dibual oleh kedua dua orang dewasa itu.
Umar yang duduk di belakang apa dia hairan. Dia sibuk dengan dunianya sendiri. Lagi lagi apabila ada gajet di tangan. Lagilah dia diam dan buat hal sendiri tanpa mempedulikan sesiapa yang berada dekat dengannya.
•
•
•
•
•
HAZRIQ dan Mawar beriringan masuk ke balai ketibaan sambil Hazriq memimpin Umar manakala Mawar pula memimpin Umairah. Sekali pandang seperti pasangan suami isteri yang terlalu bahagia bersama dua orang cahaya mata mereka.
"Kita nak tunggu siapa kat sini, tuan?" soal Mawar kepada Hazriq.
"Kita tunggu mama dengan papa aku," Balas Hazriq.
"Aik, bukan hari tu tuan cakap mama dengan papa tuan balik esok ke?" soal Mawar, hairan.
"Mama dan papa ambil penerbangan awal. Sepatutnya kalau diorang balik hari ni pun driver papa yang akan jemput. Tapi... Tiba-tiba mama aku yang beria nak aku jemput. Katanya ada tetamu istimewa," jawab Hazriq. Umairah yang berada dalam dukungannya dipandang sebelum pipi anak kecil itu dikucup.
Umairah menggeliat kegelian apabila jambang papanya itu tergesel sikit pada pipi pau nya itu.
Mawar mengangguk angguk faham. Patutlah pagi tadi Tuan Hazriqnya itu kabut semacam. Barulah dia faham. Kan senang kalau beritahu saja tadi.
"Lamanya... Dah lah pukul 11 nanti aku ada meeting," rungut Hazriq. Jam di tangan dikerling. Jarum jam di tangannya kini menujukkan pukul 8:54 pagi. Sudah hampir setengah jam mereka menunggu. Namun, kelibat mama dan papanya masih lagi tidak kelihatan.
Mawar yang mendengar rungutan Tuan Hazriq nya terus menegur lelaki itu.
"Tak baik tau merungut. Sabar lah. Lagipun sabar tu kan separuh daripada iman. Tak lari punya lah meeting tuan tu," tegur Mawar.
Hazriq hanya memekakkan saja telinganya. Malas dia mahu mendengar walaupun ada benarnya kata kata gadis gila itu.
Beberapa saat kemudian...
"Tuan!"
"Apa?"
"Saya nak shi shi," kata Mawar, kakinya terkepit kepit. Dahinya pula berkerut seperti menahan sesuatu.
"Apa jadah shi shi ni pula? Cakap dalam bahasa yang aku boleh faham boleh tak Mawar," marah Hazriq.
"Ish, susah lah tuan ni. Maksud saya, saya nak ke tandas. Tuan jaga budak budak ni sekejap boleh kan? Sorry, tuan!" terus Mawar membawa langkah kakinya ke tandas. Tiba-tiba saja dia mahu terkencing. Buat hal betul Mawar Arissan ni.
Hazriq pula terpinga pinga apabila Mawar meninggalkan dirinya begitu saja. Kedua dua anaknya itu dipandang silih ganti.
"Upah pengasuh pun macam tak upah pengasuh," katanya sendirian. Ekor matanya masih melilau mencari kelibat mama dan papanya.
•
•
•
•
•
KETIKA Mawar sedang berjalan menuju ke tandas, tanpa sengaja bahunya terlanggar seseorang dari arah bertentangan.
"Cik, cik. Saya minta maaf," ucap orang itu, suaranya garau.
"Eh, tak apa. Lagi pun saya yang salah. Jalan tak pandang depan," balas Mawar. Senyuman manis di ukir buat lelaki itu.
"Cik, okay kan ni?" soal lelaki itu lagi. Wajah Mawar yang berkerut di pandang.
"Ye, ye saya okay. Awak tak perlu risau. Bye!" ucap Mawar dan dia terus memecut lari ke tandas wanita yang hanya 10 meter daripada tempatnya tadi. Lelaki itu ditinggalkan begitu saja.
Lelaki itu mengukirkan senyuman yang lebar. Satu perkataan tentang gadis itu terpancul di bibirnya.
"Comel." kakinya terus melangkah pergi meninggalkan kawasan itu.
•
•
•
•
•
"MACAM mana flight mama dengan papa?" soal Hazriq sekadar berbasa basi.
"Alhamdulillah okay," balas Puan Sabrina.
"Kenapa nak balik awal tak beritahu Haz awal-awal? Kan senang kalau Haz ambil cuti terus," ujar Hazriq kepada mamanya.
"Hm, mama kamu. Katanya nak buat suprise kat anak dia dengan cucu dia. Lagipun mama kamu ni dah terlalu rindu sangat kat cucu cucu dia yang comel ni. Tak boleh ditinggalkan lama," sampuk Tuan Emir.
Satu tamparan kuat diberi pada Tuan Emir.
"Apa ni sayang?" bahunya di usap perlahan.
"Tu lah makan dia. Suka hati je cakap saya macam tu. Padahal abang pun sama je kan. Rindukan cucu," marah Puan Sabrina. Umairah yang berada dalam dukungan di cium sayang.
Umar pula usah di kata, tak habis habis dengan gajet di tangannya itu.
"Ouh, ya. Mana pengasuh yang kamu cakap tu? Tak sabar mama nak jumpa dia," tanya Puan Sabrina kepada Hazriq.
"Dia ke tandas sekejap. Kejap lagi sampai lah tu," balas Hazriq.
"Tadi Haz dengar mama cakap ada tetamu istimewa. Siapa ma?" soal Hazriq. Tak sabar pula dia ingin tahu siapa tetamu istimewa yang dikatakan oleh mamanya itu.
"Ouh, kejap lagi sampai lah tu. Hah, tu dia!" jari telunjuk Puan Sabrina tepat menghala pada seorang lelaki yang sedang berjalan menuju ke arah mereka.
Hazriq cuba mengamati wajah lelaki itu. Seperti sangat dia kenali.
"Hey, my brother! Aku lah!" sapa lelaki itu.
Perlahan lahan senyuman di bibir Hazriq terukir dengan lebar. Lelaki itu adiknya yang sudah lama tidak pulang ke tanah air.
"Emir Faliq! Dah besar kau eh? Makin handsome tapi tak boleh nak lawan aku lagi," kata Hazriq dengan angkuh. Tubuh adiknya itu terus dipeluk dengan erat. Tipu lah jika dia tidak rindu pada lelaki itu. 4 tahun sudah lelaki itu tidak pulang.
"Eleh, berlagak eh kau?" pelukan di leraikan. Wajah abang sulungnya di pandang.
"Haz... Aku nak minta maaf sebab tak balik masa arwah kak Aisyah meninggal," ucap Faliq kepada abangnya itu.
"Tak apa, Faliq. Benda dah lepas. Arwah pun dah tenang kat sana," balas Hazriq. Nadanya sedikit tenggelam di hujung ayat.
"Aku tahu kau kuat, bro!" kata kata itu di tuju buat Hazriq.
Hazriq hanya mengangguk tanda dia mengiyakan saja.
"Tuan!" Mawar yang tiba tiba muncul terus menyapa Hazriq.
Hazriq menoleh ke belakang lalu Mawar di pandang geram. "Kau asal lama sangat pergi tandas? Kau kencing ke kau ambil part time jadi cleaner?" soal Hazriq.
"Jangan lah sebut kencing. Malu sayalah tuan. Mestilah saya pergi tandas untuk shi shi, takkanlah nak cuci tandas. Muka saya ni macam muka mak cik cleaner ke?" marah Mawar. Dia mula menarik muncung.
"Haah. Muka kau dengan berus jamban lebih kurang je," balas Hazriq, selamba.
Membulat mata Mawar apabila Tuan Hazriqnya samakan dia dengan berus jamban. Ini dikira biadap tau!
"Mawar... Perkenalkan ni mama aku Puan Sabrina. Dan ini papa aku Tuan Emir Ashraf." Hazriq memperkenalkan mama dan papanya kepada Mawar.
"Assalamualaikum puan, tuan," ucap Mawar. Puan Sabrina di dekati lalu kekura wanita itu dikucupnya.
"Waalaikumussalam. Ini ke pengasuh kepada anak-anak kamu?" soal Puan Sabrina. Matanya tak lekang memandang wajah Mawar.
"Haah, ma."
"Mama ingat bakal menantu mama lah tadi, hehe." Kata-kata Puan Sabrina mengundang jelingan tajam Hazriq pada Mawar.
"Bakal menantu macam hantu!" kata Hazriq dengan perlahan.
Mawar buat tak tahu saja dengan kata kata Hazriq itu. Apa ingat dia tak dengar? Kepalanya dipusingkan lalu matanya terarah pada seseorang yang seperti dia kenali.
"Hai, saya Emir Faliq. Kalau awak ingat saya yang terlanggar awak tadi," ujar Faliq kepada Mawar. Huluran tangan di hulur kepada Mawar
Mawar mengangguk angguk kepalanya. Sudah semestinya dia ingat.
Mawar ingin menyambut huluran tangan lelaki yang bernama Faliq itu. Namun, belum sempat dia menyambut Hazriq terus menepis tangannya.
"Tuan ni kenapa?" soal Mawar, berang.
"Tak tahu halal haram dah ke?" nadanya berbaur perlian.
Mawar hanya menjeling saja Tuan Hazriq nya itu.
"By the way, nama awak apa?" soal Faliq.
"Nama saya---"
"Nama dia Mawar Arissa. Panggil dia Mawar je," potong Hazriq sebelum sempat Mawar menjawab. Nadanya seperti cemburu.
Faliq hanya menganggukkan kepalanya saja. Pelik pula dia dengan sikap abang sulungnya itu.
Mawar mengeluh kecil. Tuan Hazriq dia ni sibuk saja. Semua benda nak sibuk. Benci betul!
Share this novel
ermmmm...pendek sangat chapter nyer...i x puas baca lah, my dear
tqvm my dear. love u, as usual....