Bab 8

Drama Series 77452

(idk why but this chapter terlalu lah boring okiesss.. sekian darpd saya :))

SUASANA di dalam banglo dua tingkat itu semakin tegang. Wajah bengis Hazriq jelas kelihatan sehingga menimbulkan ketakutan pada sesiapa sahaja. Nasib baik Umairah sudah di bawa masuk ke dalam bilik oleh Mak Jah.

"Kenapa Umar buat macam ni?" soal Hazriq, tegas. Matanya tepat menikam wajah anak lelakinya itu.

Umar diam. Kepalanya menunduk menekur lantai. Dia takut ingin menatap wajah singa papanya itu.

"Papa tanya ni. Jawablah!" nadanya naik seoktaf. Geram pula apabila anak kecil itu tidak mahu menjawab persoalannya.

Terangkat bahu Mawar apabila mendengar suara kuat Hazriq yang memarahi anaknya itu. Mawar melihat Umar sudah tercebik cebik bibir seperti mahu menangis.

"Tuan..."

Wajah Mawar dipandang. "Kau diam!" jerkah Hazriq.

Mawar mengeluh perlahan. Kepalanya ditundukkan. Tak berani nak menatap wajah Hazriq yang seperti singa itu.

"Kalau Umar tak nak cakap kenapa Umar buat macam tu, papa rotan Umar. Umar nak?!" acah Hazriq.

Umar mengangkat wajahnya lalu wajah papanya itu dipandang.

"Umar tak nak." menggeleng geleng kepala anak kecil itu tanda dia tidak mahu.

"Kalau tak nak cakap cepat!"

"Fine! Umar tak suka kakak tu," ujar Umar. Jari telunjuknya tepat dihala pada Mawar yang sedang duduk tidak jauh darinya.

Hazriq mengeluh. "Kenapa Umar? Kalau tak suka pun tak perlu kenakan kakak Mawar sampai macam tu sekali..." ujar Hazriq. Wajah anak lelakinya itu ditatap.

"Sebab dia tak sama macam mama!" ujar Umar.

Hazriq mula berang. "Tak habis-habis mama, mama, mama! Mama kau tu dah tak ada!  Faham tak?" jerkah Hazriq.

Terhinjut bahu anak kecil itu dibuatnya. Air matanya perlahan lahan mengalir di pipi.

"Umar tak suka papa!  Umar tak suka kakak tak cantik tu!" bentak Umar. Dia terus berlalu pergi sempat kata-kata benci di aju kepada Mawar.

"I hate you!" dia terus berlalu pergi mendaki anak tangga untuk naik ke biliknya.

"Umar! Umar!  Umar Raiqal!" jerit Hazriq. Tapi langsung panggilan tidak diendahkan.

Hazriq mengeluh. Rambutnya yang terjuntai ke depan dikuak kasar.

"Tuan... Saya rasa tuan tak perlu lah marah dia macam tu. Kesian dia... Dia masih kecil lagi. Lagipun saya okay je la. Setakat tersadung dengan tepung tu apa lah sangat," kata Mawar cuba memujuk Hazriq.

Namun Hazriq hanya membuat tak endah saja kata-katanya. Mawar mengeluh perlahan. Dia perlu buat Tuan Hazriq nya tersenyum semula.

"Tuan!"

"Kau nak apa lagi, Mawar? Jangan bising boleh tak?" rengus Hazriq. Stres dia apabila Mawar cuba mengganggunya.

"Tuan tengoklah muka saya ni!" paksa Mawar.

Dengan keadaan terpaksa, wajah Mawar dilihatnya.

Hazriq hampir tergelak. Muka Mawar sudah hampir sama dengan anak panda. Wajahnya yang sudah bertepung itu ditambah pula dengan maskaranya cair kerana dia menangis tadi. Tak tahan kena buli punya fasal.

"Comel kan saya? Macam anak panda... Hehe," Mawar memuji dirinya sendiri.

"Banyaklah kau Mawar!" Hazriq ketawa kecil.

"Tengok... Kan tuan dah ketawa. Cakap jelah saya ada bakat jadi pelawak," sempat lagi dia.

"Apa-apa jelah. Aku gelak sebab muka kau buruk sangat. Sesuai sangat dengan diri kau yang gila tu," kata Hazriq, selamba.

"Ish, tuan ni! Saya tak gila lah!" marah Mawar. Asyik-asyik kata kita gila je.

"Mawar..." panggil Hazriq dengan nada yang lembut.

"Ya..."

"Aku nak minta maaf fasal kelakuan anak aku tu. Umar memang macam tu," ucap Hazriq.

Mawar mengukirkan senyum manis. "Tak apa Tuan Hazriq... Saya okay je. Tuan tak perlu nak minta maaf pun," balas Mawar.

Hazriq tersenyum kecil. Baguslah kalau Mawar okay saja.

"Mawar, kalau kau nak balik. Balik lah... Hari ni aku bagi kau balik awal, tapi ingat esok kena datang on time!" kata Hazriq, tegas.

"Seriuslah tuan?" soal Mawar.

"Ye, serius." jawab Hazriq acuh tak acuh.

"Kalau macam tu saya balik dulu lah..." tas tangannya dicapai lalu disangkut pada bahu sebelah kanan.

"Tuan..."

"hmm..."

"Saya cuma nak beritahu, jangan lupa pujuk Umar. Kesian dia... Mesti dia nak tuan pujuk dia. Lagipun dia tak salah. Biasalah budak budak nak membesar kan? Hehe," ujar Mawar.

Diam.

"Dia terlalu kecil, tuan. Dia mungkin tak tahu apa-apa lagi. Yang dia tahu memberontak je. Fasal saya tuan tak usah risau. Lambat laun nanti dia akan terima saya. Insha-Allah," sambung Mawar. Dia tersenyum.

Namun Hazriq tetap diam lagi.

Mawar mengeluh. Mungkin Tuan Hazriq nya itu perlukan ketenangan. Baik dia beredar dulu.

"Saya balik dulu... Assalamualaikum," ucapnya. Langkah kaki terus di atur ke pintu utama.

"Mawar! Tunggu..."

Mawar segera berpaling menghadap Hazriq. "Ya, tuan."

"Terima kasih. And lagi satu, aku nak pesan esok bawa pakaian lebih sekali," ujar Hazriq.

"Kenapa pula?" soal Mawar. Dahinya berkerut seribu.

"Sementara seminggu ni mama aku tak ada, kau kena stay sini. Kalau kau ada senang sikit," balas Hazriq.

"Saya stay sini? Dengan tuan? Berdua? Eh... Tak mahu saya. Karang nanti kena tangkap basah uuu naya, naya," kata Mawar sambil kepalanya terteleng teleng.

"Bukanlah! Kalau tinggal berdua dengan aku, tak ada nya aku berani mati suruh kau stay sini. Mak Jah ada sekali dalam rumah ni. Kau tak perlu risau," balas Hazriq.

"Manalah tahu kan?" balas Mawar dalam nada yang perlahan.

"Apa kau cakap? Tak dengar?" soal Hazriq. Dia seperti terdengar Mawar ada katakan sesuatu tapi tidak jelas.

"Tak ada apa lah tuan. Hehe," ujar Mawar lalu tersengih.

Hazriq hanya menggeleng. Pelik-pelik saja lah perempuan ini.

.
. .
.

HAZRIQ berdiri di hadapan bilik anak lelakinya sambil berkira kira mahu masuk atau tidak. Misi memujuk harus diteruskan.

Tombol pintu dipulas perlahan lalu dia melangkah masuk. Terlihat Umar sedang berselubung dalam selimut.

"Umar..." Hazriq mendekati anaknya itu. Punggung dilabuhkan pada birai katil.

"Umar Raiqal," panggil Hazriq lagi.

"Jangan kacau Umar..." dingin sekali nadanya. Tapi kedengaran sedu dihujung katanya.

"Umar janganlah macam ni... Papa minta maaf okay!" ucap Hazriq cuba memujuk.

Diam.

"Umar sayang..."

"Papa tak sayang Umar dah..." tangisan kecil kedengaran pada pendengaran Hazriq.

"Siapa kata papa tak sayang Umar? Meh sini papa rotan dia," jawab Hazriq. Sempat lagi dia bergurau.

Umar menolak selimutnya itu lalu wajah papanya dipandang. "Kenapa papa marah Umar? Papa kata papa sayang Umar..." lirih suara anak kecil itu berkata.

"Papa marah sebab papa sayang. Umar nakal papa marahlah. Kalau Umar tak nakal papa tak marah. Got it?"

Umar mengangguk perlahan.

"Papa nak tanya, kenapa Umar buat kakak Mawar macam tu? Kesian dia..." soal Hazriq kepada Umar.

Umar mencebik bibirnya. "Umar tak suka dia!"

"Kenapa pula?"

"Sebab dia tak macam mama... Umar, Umar rindu mama..." suara Umar kedengaran lirih pada pendengaran Hazriq.

Hazriq tersentak dengan luahan anak lelakinya itu. Selama tiga tahun, tak pernah anak kecilnya itu meluahkan rasa rindu terhadap arwah isterinya. Baru hari ini kalimat itu didengari nya.

Terus tubuh Umar dipeluk erat.

"Umar... Papa pun rindu mama. Setiap hari, setiap saat papa rindu kan mama. Papa rasa macam baru semalam je mama pergi. Tapi Papa kena kuat. Sebab papa tak nak sedih sedih depan Umar dengan Mairah. Jadi, Umar pun kena jadi strong boy macam papa okay?" air mata yang mahu menitik cepat cepat diseka.

Umar mengangguk angguk kepalanya. Dia akan jadi strong boy macam papanya.

Jujur di hati dia juga merindui arwah isterinya, Aisyah. Tiga tahun dia menanggung beban rindu yang terlalu berat sampai ke hari ini.

'Awak dengar kan Aisyah? Umar rindukan awak...' kata-kata itu hanya diluahkan dalam hati saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience