ENJIN kereta di matikan sebelum dia melangkah keluar dari perut kereta. Sekeliling garaj di perhatikan olehnya. Ada sesuatu yang berbeza. Kereta bertambah. Biasa ada empat buah saja. Tetapi hari ini ada 5 buah kereta. Persoalannya, kereta siapakah itu?
Mawar malas hendak memikirkan hal itu lalu segera bagasinya di keluarkan daripada kereta. Bagasi miliknya itu di tarik sehingga tiba di hadapan pintu utama. Sebelum itu dia menanggalkan sandalnya sebelum salam diberi sebanyak tiga kali.
"Assalamualaikum! Ibu oh ibu! Assalamualaikum ibu! Oh assalamualaikum ibu!" jerit Mawar. Bikin malu saja kalau jiran tetangga melihat perangainya yang tidak senonoh ini. Ini kalau mak mertua nampak, auto kena blacklist daripada senarai calon calon menantu.
"Lambatlah ibu ni," rungut Mawar apabila sudah 2 minit dia menunggu di luar namun tiada siapa yang ingin membuka pintu.
"Assalamu---" belum sempat salam habis diberi, pintu tiba-tiba terkuak dari arah dalam.
"Ish, anak dara ni. Terpekik, terlolong. Tak reti menyabar ke? Malu jiran dengar nanti," marah Puan Azlin.
"Hehe, sorry ibu. Ibu lah lambat buka pintu." balik-balik ibunya juga yang dipersalahkan. Itulah Mawar Arissa.
"Kalau nak cepat lain kali bawa kunci pintu sendiri,"marah Puan Azlin lalu terus meninggalkan Mawar seorang diri di hadapan pintu.
"Sorry lah ibu. Orang lupa nak bawa," jawab Mawar. Dia menarik bagasinya masuk ke dalam lalu daun pintu ditolak tutup.
"Mak Usu!"
Terkebil kebil mata Mawar melihat dua orang anak kecil yang tiba-tiba saja datang menyapanya.
"Ibu! Anak siapa ni?" soal Mawar, pura-pura tak kenal. Walhal saja mahu mengusik anak buahnya itu.
"Ish, Mak Usu ni! Sampai hati lupa kitaorang!" luah Miya bersama rasa tidak puas hati terhadap Mawar.
Mawar tergelak perlahan mendengar luahan anak buahnya yang sulung itu.
"Eh, tepi, tepi. Saya tak kenal awak berdua." saja Mawar mahu mengusik dua beradik itu lagi. Dia terkekek kekek apabila melihat wajah cemberut dua beradik itu.
Jelas kedua duanya sudah mula membuat muncung yang panjang sambil gaya memeluk tubuh. Merajuk sangat ni.
"Miya dengan Maya tak mau kawan dengan Mak Usu lagi!" ujar si kakak lalu si adik, Maya ditarik pergi ke ruang tamu. Mereka bertekad untuk tidak menegur Mawar selama sehari.
"Hahaha, comel lah!" langkah kedua dua anak buahnya dihantar dengan ekor mata. Sebentar lagi dia pujuk lah. Tahu lah dia bagaimana nanti mahu memujuk dua beradik itu.
"Mawar, mawar. Kerja mengusik anak along saja kan?" tegur Farhan sambil kepalanya tergeleng geleng apabila melihat tingkah adiknya itu tadi.
"Eh, along! Patutlah rasa garaj penuh tadi. Rupanya along ada sekali. Bila along sampai?" soalan itu di ajukan kepada abang sulungnya itu.
"Pagi tadi along sampai." balas Farhan.
"Ouh... Tak kerja lah ni?" soal Mawar lagi.
"Tak. Saja bawa budak budak ni jenguk datuk dengan nenek mereka," jawab Farhan.
"Mak Usu dia? Tak jenguk sekali ke?" soal Mawar. Muka kesian di tayang pada abangnya itu.
"Mak Usu dia tak payah. Tak penting pun," jawab Farhan dengan selamba. Lalu jarinya naik menjentik dahi Mawar dengan sengajanya.
"Ish apa ni jentik dahi orang!" marah Mawar.
"Padan muka! Werk!" Farhan terus melarikan diri daripada dicubit oleh ibu ketam. Siapa lagi kalau bukan Mawar. Dia kalau cubit, kalah ibu ketam.
"Mawar bagi tahu babah! Biar babah marah along!"
Farhan menjelirkan lidahnya. "Bagi lah tahu babah. Dah tua tua pun nak mengadu kat babah lagi ke?" ejek Farhan.
Mawar memandang tajam abang sulung itu. Suka sangat mengusik dia. Benci betul! Jelaslah bahawa seorang Mawar senang dibuli.
"Mawar, Farhan...apa bising-bising ni?" sapa Encik Sufian. Dia ke ruang tamu ini pun sebab terdengar suasana riuh rendah di sini.
"Babah! Tengok dia ni! Dia jentik dahi Mawar, hm" adu Mawar kepada Encik Sufian. Lengan babahnya itu terus dipaut erat.
"Dasar anak manja," gumam Farhan perlahan. Tetapi cukup sampai ke pendengaran Mawar.
"Babah, tengok tu!" jari telunjuknya tepat di hala ke arah abangnya itu.
Encik Sufian hanya mampu mengeluh saja melihat telatah tak matang anak-anaknya itu. Memang Mawar ini sejak kecil selalu dibuli oleh abang-abangnya. Tapi tak dinafikan juga yang abang-abangnya itu sangat menyayangi dia.
"Dah, dah. Mawar... Farhan... Dah cukup. Tak perlu bergaduh. Kamu berdua kan dah besar. Hah, Farhan kamu tu dah jadi bapak orang dah. Dah Mawar pergi naik atas. Kamu kan baru balik...mesti penat kan," arah Encik Sufian kepada Mawar. Mawar hanya menurut saja.
Pautan lengan di lepaskan. Mawar menayangkan muncung sedepa. Babah tak mahu melayan dia.
Mawar menarik bagasi untuk di bawa ke bilik tidurnya. Dia ingin berehat secukupnya setelah seminggu bekerja dengan penuh kesabaran. Yelah, kesabaran dalam melayan karenah Umar Raiqal. Boleh meletup kepala dia ini jika setiap hari melayan karenah Umar yang bermacam ragam. Balik rumah kena layan perangai sakai abangnya itu. Ini baru seorang. Kalau tiga-tiga sekali mahu naik gila Mawar Arissa.
Sebelum dia naik ke atas sempat abangnya itu dijeling tajam. "I hate you!"
Walau dibibir mengungkapkan kata kata benci, namun dia tetap sayang abangnya itu.
•
•
•
HAZRIQ duduk di tepi kolam renang sambil merenung seorang diri. Entah apa yang membelenggu fikirannya pun dia sendiri tidak pasti. Yang pasti dia rasa sesuatu yang aneh dalam dirinya.
"Haz... Menung apa tu, sayang?" tegur Puan Sabrina. Bahu anaknya itu di sentuh.
"Mama..." wajah milik Puan Sabrina di pandang.
"Boleh mama duduk sini?" soal Puan Sabrina kepada Hazriq.
Hazriq hanya mengangguk sahaja tanda dia memberi kebenaran kepada mamanya itu.
Puan Sabrina duduk berhadapan dengan anaknya. Wajah anak sulungnya itu di tatap. Dia sedar akan kegusaran yang di alami oleh Hazriq. Dia kenal anaknya itu lebih daripada segalanya.
"Haz ada masalah ke? Tak mahu share dengan mama?" soal Puan Sabrina.
Hazriq hanya menggeleng kepalanya sebagai jawapan.
Puan Sabrina mengeluh perlahan. Dia tahu Hazriq bukan seorang yang mudah untuk meluahkan segala perasaannya kepada seseorang.
"Haz tak kerja hari ni?" soal Puan Sabrina.
"Tak. Lagipun saja nak luangkan masa dengan mama and papa. Lagipun sekejap lagi kan solat jumaat. Boleh lah pergi sekali dengan papa dan Faliq," jawab Hazriq.
Puan Sabrina hanya mengangguk faham sahaja.
"Mawar tu baik kan orang nya?" sengaja topik Mawar di pertengahkan dalam perbualan mereka.
Hazriq memandang Puan Sabrina bersama kerutan di dahi. Kenapa tiba tiba saja soal Mawar menjadi topik perbualan antara mereka?
"Mana mama tahu dia baik?" balas Hazriq dengan soalan.
"Mama dah tua Haz. Mama boleh nilai seseorang tu macam mana," balas Puan Sabrina dengan nadanya yang lembut.
"Mama tahu, dia memang seorang gadis yang baik. Mama pun tengok dia seronok kerja sebagai pengasuh anak anak kamu," kata Puan Sabrina.
Hazriq hanya diam. Hanya telinganya saja mendengar butir bicara mamanya itu.
"Dia seorang yang sopan santun , penyayang, jujur pula tu budaknya. Cantik lagi. Dan selama sehari mama kenal dia, mama nampak dia seorang yang sangat sayangkan anak-anak kamu. Bila sekali pandang dia tu sebiji macam arwah Aisy---"
"Okay, stop ma! Mawar tak sama dengan Aisyah okay. Aisyah and Mawar totally different. So, stop samakan diorang. Haz tak suka!" tiba tiba saja Hazriq melenting. Dia terus bangun dari duduknya lalu segera melangkah masuk ke dalam. Dia tak suka apabila mamanya itu menyamakan arwah Aisyah dengan Mawar.
Bab ni serius bosan gila.. Korang janganlah kecam saya eh... takot pula kita huhu... maaf kalau kurang... saya kekurangan idea... maaf
Share this novel
hi. my dear. bila nk updateni
hi dear. semalam updTe 1 chapter jer....
ki ki ki.....never mind, dear