Bab 12

Drama Series 77452

"KALAU betul-betul?" soal Hazriq. Riak wajahnya serius.

Serta merta lidah Mawar kelu. Dia terdiam seribu bahasa.

"Tuan, betul betul ke main main?" soal Mawar, teragak-agak.

"Kau rasa? Aku ni ada masa ke nak main-main?" soalan dibalas soalan.

Mawar kelu. Wajah Hazriq cuba ditatap dengan beraninya.

Sesaat kemudian, tawa Hazriq terletus dengan tiba tiba. Riuh ruangan dapur itu dengan gelak ketawa Hazriq saja.

Dahi Mawar berkerut seribu. Dia tertanya. Mengapa Tuan Hazriq nya itu tiba-tiba saja ketawa seperti orang tidak waras?

"Kau percaya aku ke Mawar?" soal Hazriq.

Mawar bingung. Namun dia anggukan saja kepalanya.

"Seriously Mawar? Aku main main je lah. Kau ingat aku hadap ke nak kahwin dengan kau? Lambat lagi lah..." ujar Hazriq tanpa memikirkan perasaan Mawar. Tawanya masih tersisa.

Barulah Mawar sedar dia di permainkan oleh lelaki itu. Ingin saja penumbuknya di layangkan pada wajah lelaki itu.

"Ish, Tuan ni! Suka main-main. Saya hampir termakan dengan kata-kata tuan tau! Eee, benci, benci!" kakinya dihentak hentak ke atas lantai tanda dia marah dengan lelaki itu.

Hazriq hanya bantai gelak saja. Suka dia melihat Mawar dalam keadaan marah. Comel saja.

Mawar menarik muncung panjang. Langkah kaki segera di atur ingin menuju ke kamarnya bersama Umairah.

"Mawar! Kau nak ke mana tu?" laung Hazriq dengan kuat apabila Mawar tiba-tiba saja pergi.

"Nak tidur lah! Daripada layan tuan bukan dapat faedah pun!" jawabnya. Anak tangga di daki berhati hati. Setelah tiba di kamarnya, pintu kamar itu terus dihempas kasar.

Bang!

Terhinjut bahu Hazriq dibuatnya.

"Hoi! Pintu tu bukan pintu kau eh nak hempas hempas bagai!" marah Hazriq. Seketika kemudian, sebuah senyuman yang sukar untuk ditafsirkan terukir di bibir pinknya. Air nescafe yang dibancuh oleh Mawar di cicip sedikit.

"Hm, sedap!" pujinya. Tak dinafikan nescafe yang dibuat oleh Mawar sedap. Rasanya lain daripada yang lain.

Tanpa disedari oleh mereka ada seseorang yang sedang memerhatikan mereka di sebalik dinding. Orang itu tersenyum bahagia saat melihat senyuman yang terukir di bibir Emir Hazriq.



MAWAR melipat telekung yang telah diguna olehnya lalu diletakkan elok di atas tilam. Ikatan getah rambut di buka lalu di ikat semula seperti ekor kuda. Apabila terkenangkan kejadian semalam, sungguh membuatkan dirinya tidak puas hati dengan Tuan Hazriq. Suka hati saja apabila lelaki itu sengaja mempermainkan dirinya. Dia fikirkan lelaki itu benar benar serius. Tapi...

"Ish, Mawar. Subuh subuh macam ni baik kau banyakkan istighfar daripada fikir fasal Tuan Hazriq tu," dia menegur dirinya sendiri.

Dia menoleh ke arah Umairah yang sedang lena diulit mimpi. Anak kecil itu didekati lalu kepala si kecil itu diusap penuh kasih sayang. Dia bersyukur kerana Umairah dapat menerima dirinya lain pula Umar, masih lagi tak mahu dekat dengan dirinya. Ada saja yang tidak di puas hati oleh si ketot itu.

"Kasihan dorang ni kecil-kecil dah tak ada mama. Kalau aku ibu dah hilang sekejap pun aku meroyan satu kampung. Macam mana lah kalau suatu hari nanti ibu tinggalkan aku? Mampukah aku setabah anak-anak kecil ni?" Mawar mengomel sendirian, perlahan. Wajah Umairah ditatap sayang sambil tangannya masih lagi membelai rambut si kecil itu. Sungguh dia jatuh simpati kepada dua beradik itu.

Bagaimana lah kalau perkara itu terjadi pada dirinya? Mampukah dia? Bersediakah dia? Di usia dia yang sudah dewasa ini dia akui dia tidak mampu menerima jika orang yang tersayang meninggalkan dirinya.

Kring... Kring... Kring...

Deringan telefon yang kuat menyentakkan Mawar daripada lamunannya. Telefon bimbit yang berada di atas meja segera dicapai lalu butang hijau yang tertera di skrin ditekan. Terus di lekapkan pada telinganya.

"Assalamualaikum Mawar..."

"Waalaikumussalam ibu. Ibu sihat tak?" soal Mawar. Teruja pula apabila Puan Azlin menelefon dia. Ini mesti kes rindu punya fasal.

"Alhamdulillah sihat je. Ini Mawar sihat tak? Macam mana dekat sana? Okay tak? Budak-budak tu buli Mawar lagi ke?" soal Puan Azlin bertalu talu.
Mawar ketawa kecil. Ish, comel pula apabila ibu tanya macam itu. Rasa diri di sayangi pula.

"Alhamdulillah... Mawar sihat je. Mawar okay je kat sini and yang paling best budak budak yang comel ni tak buli Mawar dah. Mereka dah mula ngam dengan Mawar. Cuma... Abangnya tu je yang tak beberapa nak okay dengan Mawar lagi." Mawar menceritakan pada ibunya.

"Tak apa lah. Pelan pelan. Lama lama nanti okaylah tu. Semua ni kan ambil masa juga," kata Puan Azlin kepada anak perempuannya itu.

Mawar hanya mengangguk perlahan.

"Hah, ni Mawar. Kamu balik esok kan?" soal Puan Azlin.

"Haah. Mawar balik esok. Lagipun esokkan hari khamis. Bos Mawar bagi cuti sampai hari ahad. Best nya!" ujar Mawar, teruja.

"Lepas tu, datang lah balik Mawar Arissa yang akan bangun bila matahari dah tegak," balas Puan Azlin. Nadanya berbaur perlian.

Mawar hanya tersengih saja. Apa mahu kata, dah itu memang dirinya.

"Okaylah ibu! Orang nak kena kejut budak-budak ni. Kejap lagi si abang nak ke taska."

"Hah yelah. Ibu letak dulu. Assalamualaikum," ucap Puan Azlin.

"Waalaikumussalam." setelah saja menjawab salam ibu, panggilan terus diputuskan.

Telefon bimbit miliknya diletak ke tepi. Umairah dikejut bangun. Selepas saja siapkan Umairah, dia mahu siapkan Umar pula.



HAZRIQ segera menuruni anak tangga sambil matanya melilau mencari kelibat Mawar. Di ruang tamu tidak ada, terus kakinya melangkah menjejaki ruangan dapur.

"Mawar!"

Mawar yang sedang menyuapkan makanan kepada Umairah, terkejut apabila namanya dipanggil oleh Tuan Hazriq.

"Ada apa tuan?" soal Mawar. Pelik pula Mawar dengan tuannya yang seorang itu. Pagi-pagi dah tayang wajah cemas.

"Umar tak payah pergi taska. Kau siapkan Umar dengan Umairah cepat sikit," arah Hazriq.

Mawar mengerutkan dahinya. "Nak ke mana ni tuan?" soal Mawar.

"Kita nak pergi airport,"balas Hazriq dengan tenang.

"Buat apa kita nak gi airport?" tanya Mawar lagi.

Hazriq menatap wajah Mawar dengan panahan mata yang tajam. Banyak tanya betul minah ni.

"Buat je apa yang aku suruh. Tak payah nak banyak tanya sangat," kata Hazriq, dingin. Dia segera berlalu pergi meninggalkan Mawar dalam keadaan yang terpinga pinga.

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-10-26 18:57:21 

alhamdullillah. tqvm my dear

YAZNI-ERNIE
2020-10-26 10:42:31 

hi dear.... bila nk update

YAZNI-ERNIE
2020-10-25 17:26:26 

hi dear. tqvm uodate. muahh muahhh


NovelPlus Premium

The best ads free experience