Bab 20

Drama Series 77452

ANGIN malam yang menyapa lembut menambahkan lagi kedinginan pada tubuh lelaki itu. Dada langit yang dipenuhi dengan jutaan sinaran bintang menyuluhkan dirinya yang berada dalam kegelapan malam.

Gitar di tangan di petik. Lagu yang ingin di mainkan mula kedengaran. Bibirnya mula bergerak-gerak menyanyikan setiap bait lirik lagu yang ingin di nyanyikan itu.

Lagu berjudul Bila Rasaku Ini, Rasamu nyanyian asal Kerispatih menjadi pilihannya.

"Aku Memang Terlanjur Mencintaimu
Dan Tak Pernah Ku Sesali Itu
Seluruh Jiwa Telah Ku Serahkan
Menggenggam Janji Setiaku
Kumohon Jangan Jadikan Semua Ini
Alasan Kau Menyakitiku
Meskipun Cintamu Tak Hanya Untukku
Tapi Cobalah Sejenak Mengerti

Bila Rasaku Ini Rasamu
Sanggupkah Engkau Menahan Sakitnya
Terkhianati Cinta Yang Kau Jaga
Coba Bayangkan Kembali
Betapa Hancurnya Hati Ini Kasih
Semua Telah Terjadi"

Setiap bait lirik di hayati dengan penuh perasaan. Lagu itu lagu kegemarannya sejak dulu lagi. Entah apa yang terdetik di hatinya sehingga dia ingin menyanyikan lagu ini kembali setelah sekian lama tali gitar tidak di petik.

Lagu itu seolah olah terkesan pada lubuk hatinya yang paling dalam. Entahlah mengapa seorang Hazriq yang dingin tiba-tiba saja bertukar jiwang pada malam ini. Adakah mungkin---

Petikan gitar perlahan lahan mula berhenti. Rumput yang sedang bergoyang itu seolah olah mengerti akan perasaannya. Angin yang meniup sayu menambahkan lagi rasa yang semakin mencengkam. Satu keluhan berat dilepaskan.

Dada langit di tatap. Bibirnya mula bertutur mengikut rasa hati.

"Mawar... Kalau kau dengar ni mesti kau tak percaya aku. Aku tak tahu nak mula macam mana? Cuma apa yang pasti, hati aku dah mula terpaut pada kau," luahnya sambil mata tak lekang merenung dada langit.

"Aisyah... Maafkan abang sebab abang tak dapat nak hapuskan rasa ni. Tapi percayalah sayang... Hati abang tak pernah berubah buat Aisyah. Abang harap Aisyah dengar luahan abang ni. Abang minta maaf, sayang,"tuturnya dengan perlahan. Hanya dia sahaja yang mendengar setiap butir bicara yang terbit daripada bibirnya.

Dia termenung seketika.

"Hazriq!"

Hazriq segera menoleh ke belakang apabila namanya dipanggil oleh seseorang.

"Faliq..." nama adiknya itu disebut.

Faliq duduk bersebelahan abangnya. Wajah milik Hazriq di pandang kejap.

"Aku tahu Hazriq..." tutur Faliq, penuh makna.

"Tahu? Tahu apa?" soal Hazriq, tidak mengerti.

Faliq mengukir senyum tipis.

"Aku tahu kau suka kan Mawar. Selama hampir lima bulan pemerhatian aku ni, jelas sangat di mata kau tu kau suka kan Mawar," balas Faliq.

"Apa kau merepek ni? Hati aku takkan berubah pada sesiapa," nafi Hazriq.

"Masih lagi nak tipu diri sendiri ke? Mulut kau kata macam ni. Tapi, hati kau macam tu. Haz... Aku kenal kau dah lama. Daripada kecil lagi kita hidup bersama. Luar dalam kau aku tahu. Kau abang aku," balas Faliq.

"Aku tahu kau nampak apa tadi," sambung Faliq.

Hazriq yang jelas terkejut itu terus memandang wajah adiknya.

"Kau tahu? Kau nampak?" tanya Hazriq.

Faliq hanya mengangguk sebagai jawapan.

"Kau cemburu ke Haz?" soal Faliq, terus tanpa berselindung.

Hazriq tidak menjawab. Dia lebih memilih untuk berdiam.

Kepala Faliq terangguk angguk apabila abangnya itu tidak menjawab pertanyaan nya. Tahulah dia bahawa lelaki itu sedang cemburu.

"Aku tahu kau cemburu. Apa kata kau tanyalah dia. Kut-kut lelaki itu kawan dia ke adik beradik dia ke? Kita tak tahu Haz. Kalau kau betul-betul cintakan dia. Kau perjuangkan cinta kau tu. Macam mana kau perjuangankan cinta kau buat Kak Aisyah suatu ketika dahulu," tutur Faliq dengan tenang. Bahu Hazriq dipeluk.

Hazriq sedari tadi hanya menadah telinga saja. Mulutnya seolah olah terkunci.

"Kau nak tahu tak Haz?".

Diam.

"Kau ni ego. Dingin. Beku. Sombong. Tak pernah nak jaga hati orang," ejek Faliq. Dada kiri abangnya ditepuk geram.

"Ish, tak payah lah tepuk dada aku! Geli lah!" marah Hazriq. Segera tangan adiknya itu ditepis kasar.

"Tengok! Kau ni kasar. Dengan aku boleh lah. Tapi dengan perempuan pun kau kasar. Macam mana lah Mawar nak suka kat kau?" soal Faliq, tegas.

"Hairan pula aku. Kau! Aku nak start esok kau masuk ofis! Hari cuti kau dah tamat. Jangan nak duduk melepak je kerja kat rumah. Serabut aku tengok," Kata-kata itu di tuju kepada Faliq. Sikap dingin Hazriq kembali.

"Eleh, tukar topik nampak!" perli Faliq sambil tersengih sumbing.

"Aku serius. Esok lapor diri kat pejabat. Pukul 8. Sharp!" pesan Hazriq, tegas. Selepas itu dia terus meninggalkan Faliq keseorangan di situ.

"Eleh, nak lari tu! Aku janji Haz. Aku akan buat sampai Mawar jatuh cinta kat kau. Aku yakin dia yang terbaik buat kau dan anak-anak kau," tutur Faliq, perlahan. Langkah Hazriq di hantar dengan ekor mata.

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-11-01 02:27:16 

hi dear

YAZNI-ERNIE
2020-11-01 00:19:34 

morning dear. x uodate ker

YAZNI-ERNIE
2020-10-31 09:51:42 

hi dear. uodate x, pg ni.....


NovelPlus Premium

The best ads free experience