"SYIKIN! Kau kat mana? Aku dah sampai ni..." sergah Mawar tanpa sempat memberi salam.
Syikin yang berada di hujung talian itu hanya mampu menayangkan riak wajah menyampah. Jarang-jaranglah Mawar Arissa dia nak bagi salam kalau call sesiapa pun. Main sergah saja.
"Salam mana salam?"
"Hehe, soghi Syikin. Alaa... weh aku dah sampai ni? So, aku kena naik tingkat berapa?" soal Mawar. Dia sekarang betul-betul berdiri di hadapan pintu lif.
"Kau tak tanya orang kat lobi tu ke, Mawar?" soalan di balas dengan soalan.
"Orang lobi? Ada orang ke tadi?" soalan, soalan dan soalan.
Syikin menepuk dahinya perlahan. Apa senget sangat kawannya ini? Macam manalah dulu dia boleh kawan dengan Mawar Arissa ni? Haih...
"Mestilah ada. Kat bawah tu kita panggil orang yang jaga kaunter pertanyaan. Ish, kau ni Mawar," bebel Syikin kepada Mawar. Mawar hanya mampu tersengih di hujung talian sambil mengusap belakang tengkuknya.
"Tadi aku ada gaduh dengan seorang mamat ni. Itulah aku tak ada masa nak pandang kiri kanan mahupun bertanya. Hahaha," balas Mawar, masih lagi tersengih panjang.
"Kau ni kan ada ada saja lah. So, sekarang ni kau kat mana?" soal Syikin.
"Ouh, sekarang ni aku tengah tercegat berdiri kat depan lif."
"Ouh, okay. Kau naik lif sampai tingkat 10.Nanti aku ada tunggu kat depan lif tingkat 10," ujar Syikin.
"Hah, okay okay. Sat lagi aku sampai. Bye, weh!"
"Bye!"
Mawar memutuskan talian lalu punat naik ditekan. Beberapa saat kemudian, pintu lif itu ternganga luas lantas dia terus melangkah masuk dan butang nombor 10 ditekan olehnya.
Semasa di dalam lif, sempat doa di baca lalu di sembur ke kiri dan ke kanan nya. Penghuni di dalam lif itu hampir ketawa melihat tindakan Mawar. Ada yang memandang lalu berbisik sesama sendiri.
Mawar yang menyedari hal itu terus menyergah orang-orang yang sedang berbisik tentang dirinya.
"Apa bisik-bisik, hah? Tak pernah nampak orang jampi eh? Balik rumah nanti tengok youtube lagu Jampi Hael Husaini lah! " sergah Mawar sempat juga lawak hambar diselit.
Rata-rata penghuni dalam lif itu mentertawakan dirinya. Mawar termalu sendiri. Fail resume yang berada di tangannya dibuat sebagai pelindung untuk menutup wajahnya yang kini mungkin sudah berubah menjadi warna tomato.
"Aku jampi semua orang dalam ni baru tahu," gumamnya perlahan.
Ting!
Mawar mengucap syukur di dalam hati. Akhirnya, dia tiba juga di tingkat 10.Kalau tidak pasti dia akan ditertawakan dengan lebih teruk lagi.
HAZRIQ masih lagi bengang soal gadis tadi. Entah apa yang dia terlalu bengang sangat dia sendiri tak pasti. Yang pastinya tadi perempuan gila itu ada masuk ke dalam bangunan pejabatnya ini. Bahaya jika dibiarkan perempuan gila itu membuat onar di sini.
Tanpa berlengah lagi dia terus menuju ke kaunter pertanyaan lalu gadis yang bertugas di situ di sapa olehnya.
"Hey, you!"
"Tuan Hazriq!" kelam kabut gadis itu dibuatnya. Yelah, jarang Tuan Emir Hazriq mahu menegur staf bawahan seperti dirinya ini.
"Ada nampak tak mana-mana perempuan gila terlepas masuk dalam bangunan syarikat saya ni?" soal Hazriq dalam nada dinginnya itu.
Berkerut seribu dahi gadis itu dengan soalan majikannya yang pelik itu. "Perempuan gila?" hairan pula gadis penjaga kaunter itu. Ada ke perempuan gila yang masuk ke sini tadi?
"Ya, perempuan gila. Nampak tak?" soal Hazriq lagi.
"Err, tak ada lah pula Tuan Hazriq," balas gadis itu takut-takut.
Hazriq merengus kasar.
"Tak boleh di harap langsung!" marahnya lalu terus meninggalkan gadis penjaga kaunter itu dalam keadaan yang terpinga-pinga.
"Eh, eh kenapa aku pula dimarahnya? Nak carilah sendiri. Nasib baik handsome. Kalau tak dah lama aku maki. Eh, macamlah kau berani nak maki Tuan Hazriq yang dingin tu," gumam gadis itu perlahan. Kerja yang tertangguh tadi disambung semula.
"KAU duduk kat sini dulu," arah Syikin. Mawar hanya mengikut sahaja. Punggungnya dilabukan di atas sofa yang empuk itu.
"Eh, Syikin! Bos kau tu ada kat dalam ke? Takutlah aku... Dahlah aku terlewat 10 minit ni," resah Mawar dibuatnya. Kalau lambat 10 saat tak apa lagi. Ini lambat 10 minit. Mesti nanti dia akan di reject kerana tak menepati masa. Huhu, takutnya.
"Kau jangan risaulah. Nasib kau baik harini. Bos aku tu tak sampai ofis lagi. Kejap lagi sampai lah tu kut," balas Syikin.
Mawar menarik nafas lega setelah mendengar balasan positif daripada Syikin.
"Okay lah weyh, kau duduk dulu. Aku ada kerja sikit nak buat. Nanti kalau bos dah sampai, aku panggil kau," beritahu Syikin sebelum dia ingin menyambung semula tugasannya yang tertangguh sebentar tadi.
"Okay!" balas Mawar, ringkas. Kelibat kawan baiknya itu dihantar dengan ekor mata.
SETELAH tiba di tingkat 10, Hazriq terus berjalan menuju ke arah biliknya. Sebelum itu meja setiausahanya dituju dulu. Soal perempuan gila itu dilupakan sekejap.
"Selamat pagi, Syikin." ucapan selamat pagi di ucapkan kepada setiausahanya.
Syikin terus bangun dari duduknya lalu sapaan Hazriq dibalasnya. "Selamat pagi juga, Tuan Hazriq."
"So, mana budak yang nak interview tu?" soal Hazriq.
"Ouh, tu dia ada kat situ. Dari tadi lagi dia tunggu tuan," ujar Syikin kepada bosnya itu. Jari telunjuknya dihala pada Mawar yang sedang duduk di sofa yang tidak jauh dari tempatnya.
Hazriq tidak memandang ke arah yang Syikin tunjuk itu. Dia lebih berminat dengan telefon bimbit yang berada di tangannya.
"Hm, okay! Suruh dia masuk sekarang," arahnya dan terus berlalu masuk ke dalam biliknya.
Syikin bergegas mendekati Mawar lalu kawannya itu di tegur. "Mawar!"
Mawar mengangkat wajahnya lalu matanya tepat menghala ke segenap wajah Syikin.
"Hm, apa?"
"Bos dah sampai. Dia suruh kau masuk," beritahu Syikin.
"Sekarang ke?" soal Mawar.
"Haah, sekarang," balas Syikin.
Mawar segera bangun dari duduknya. Baju kurung yang dipakai itu di betulkan sedikit. Rambut panjangnya itu dikemaskan sebelum dia ingin melangkah masuk ke dalam bilik itu.
"Weh, doakan aku tau! Nervous teruk ni," pinta Mawar.
"Ya, ya aku doakan kau. Dah, dah pergi. Bilik dia pintu yang ketiga tu. Good luck, beb!"
Langkah di hala menuju arah seperti yang dikatakan oleh Syikin. Mawar menarik nafas panjang sebelum pintu itu diketuk.
"Masuk!"
Setelah mendengar arahan itu, dia segera memulas tombol pintu itu dan melangkah masuk ke dalam.
Mawar berdiri betul betul di hadapan lelaki itu. Tetapi malang sekali wajah lelaki itu tidak dapat dilihatnya kerana lelaki itu sedang menunduk sambil tangan lincah mencatat sesuatu di atas kertas. Tapi lihat daripada rambut, dia yakin bakal bosnya ini pasti kacak. Hehe, gediklah kau ni Mawar!
"Duduklah. Tak akan nak tercegat berdiri je," tegur Hazriq.
Tanpa berlengah lagi Mawar segera menarik kerusi di hadapannya itu dan duduk.
"So, boleh memperkenalkan diri anda." wajahnya diangkat lalu anak matanya tetap memanah ke wajah Mawar.
Terkejut. Jelas terpapar di wajah kedua dua insan itu.
Hazriq cepat-cepat mengawal riak wajahnya lalu senyuman sinis meleret di bibirnya. "Kau? Perempuan gila?"
"Err..." Mawar kelu lidah. Dirasakan seperti sebuah batu besar menghempap kepalanya.
'Itulah Mawar. Silap kau nak cari fasal pun,' gumamnya. Namun kata-kata itu hanya mampu dikatakan dalam hati.
Hazriq memandang Mawar dengan pandangan yang begitu tajam. Mawar yang menyedari hal itu segera menundukkan kepalanya daripada terus menjadi tatapan lelaki itu.
'Matilah aku,' getus Mawar di dalam hati.
don't forget to vote
Share this novel