KERETANYA di berhentikan betul-betul di hadapan sebuah rumah banglo dua tingkat itu. Handbreak ditarik lalu alamat pada skrin telefon bimbitnya itu dilihat.
"Kalau diikutkan alamat ni, betul lah kut," katanya sendirian. Alamat yang tertera di dalam skrin telefon bimbit dipandang silih berganti dengan rumah banglo dua tingkat itu.
Macam tak percaya pula dia, besar juga rumah Tuan Hazriq ini. Yelah, kalau syarikat dia pun besar mestilah rumah pun kena besar-besar kan? Tak begitu...
Mawar mengeluarkan gincu daripada tas tangannya lalu dicalit sedikit ke bibir agar kelihatan pink. Rambut panjangnya yang kelihatan sedikit kusut masai itu dirapikan supaya kelihatan lebih kemas.
Untuk pengetahuan semua, Mawar Arissa diterima bekerja dengan Tuan Emir Hazriq. Happy tak?
Mawar mematikan enjin kereta sebelum dia menapak keluar dari perut kereta. Pintu kereta ditutup lalu punat lock ditekan.
Mawar cuba melangkah tetapi seperti ada sesuatu yang menyekat pergerakan dia. Dia cuba dan cuba lagi. Tetapi masih lagi tidak boleh bergerak.
"Apahal ni? Aku betul-betul kena jampi dengan hael husaini ke?" gumamnya perlahan. Dia masih mencuba untuk bergerak tanpa mengenal erti putus asa.
Tiba-tiba...
Srechhhh...
Matanya segera beralih ke arah bunyi itu. Terbuntang matanya saat melihat kain kurung yang dipakainya terbelah sedikit di bahagian tepi. Serasakan kini dia mahu menangis saja. Apalah nasih malang seorang Mawar Arissa.
Mawar menekan punat 'unlock' lalu pintu keretanya itu dibuka. Air matanya rasa mahu menitik. Dilihat kainnya yang terbelah itu.
"Arghhh! Apalah nasib aku hari ini... Huwahhh..." katanya sendiri.
Namun langkah kaki tetap diteruskan juga. Demi kerja dia sanggup walaupun kainnya terbelah sedikit akibat tersangkut di pintu. Sesungguhnya Mawar menyesal memakai baju kurung. Kalau dia tahu dia hanya memakai baju blouse biasa saja.
Mawar segera menekan loceng di sebelah pagar besar itu. Sebanyak tiga kali dia menekan namun tiada respon daripada penghuni dalam banglo itu.
Dia berkira-kira mahu beredar tapi sebelum dia melangkah ada seseorang yang memanggilnya dari dalam pagar itu.
"Tunggu!" Mawar segera berpaling. Dia melihat ada seorang wanita tua dalam lingkungan awal 50-an disitu.
"Cik ni Cik Mawar ke?" soal wanita tua itu.
"Ya, saya Mawar," balas Mawar bersama senyuman manisnya.
Wanita tua itu terus menekan butang di remote yang dipegangnya itu lalu pagar besar itu terbuka dengan luas.
"Jemput masuk cik," pelawa wanita tua itu.
Tanpa berlengah lagi, Mawar menghayun langkah kaki memasuki kawasan rumah banglo dua tingkat itu.
Mewah.
Perkataan itu sangat sesuai dikaitkan dengan keadaan sekeliling rumah ini. Lebih menarik perhatian dihujung sana mempunyai taman mini yang dipenuhi dengan bunga bungaan.
"Wow, kayanya..." kata kata itu terpacul daripada mulutnya secara spontan.
Mawar terlalu terpegun dengan suasana di situ sehingga dia tidak sedar bahawa dia sudah di hadapan pintu utama rumah ini.
"Jemput masuk Cik Mawar."
Mawar tersentak lalu senyuman manis diberi kepada wanita tua itu.
Sandal kegemarannya itu dibuka lalu disusun elok sebelum dia menapak masuk ke dalam rumah banglo itu.
Setiap inci banglo itu diteliti dengan terperinci. Dirasakan seperti berada di istana. Al maklumlah dia ni anak orang biasa-biasa sahaja. Itulah nampak jakun sikit.
"Puas tenung rumah aku ni?" sapa satu suara garau dari arah belakangnya.
Mawar segera berpaling. Matanya tepat memandang segenap wajah lelaki itu. Si duda dingin.
Hari ini dilihat daripada mata kasarnya, lelaki dihadapannya itu sungguh kacak. Baju kemeja berwarna biru langit dengan seluar slack berwarna hitam menyerlahkan lagi ketampanan lelaki itu. Ditambah pula dengan tali leher berwarna kuning keemasan itu menambahkan lagi auranya. Rambutnya itu disikat dengan kemas dan rapi menggunakan gel rambut. Senang cerita Tuan Hazriq nya itu memang perfect!
Wajah milik si duda itu terus ditenungnya sehingga menimbulkan rasa kurang selesa pada Hazriq. Sah! Mawar angau.
'Gila ke minah ni?' detik Hazriq dalam hati.
"Woi minah?!" panggil Hazriq dalam nada yang sederhana kuat.
Mawar masih lagi tersenyum-senyum sambil merenung wajah Hazriq.
Hazriq merengus kasar. Apahal pula perempuan gila ni?
"Mawar Arissa!" suaranya dinaikkan seoktaf.
Mawar tersentak. Dia sudah kembali ke dunia yang nyata.
"Encik... Eh, maksud saya tuan... Err, Tuan Hazriq," ujar Mawar. Dia gugup apabila mata tajam lelaki itu sedang menikam anak matanya. Seram betul.
"Dah puas tenung muka aku yang kacak ni? " soal Hazriq, dingin.
"Err, puas lah juga. Cuci mata pagi pagi macam ni," jawab Mawar dengan selamba.
Hazriq tersenyum kecil tapi cepat-cepat senyuman itu disembunyikan agar tidak dilihat oleh sesiapa. Dah nama pun dingin mestilah ego itu harus dipertahankan.
"Kenapa lambat?" soal Hazriq. Serius.
Mawar mengerutkan dahinya. Lambat? Dia lambat?
"Saya lambat? Mana ada saya lambat... On time saya datang tau," jawab Mawar dengan begitu yakin.
"Kau tahu tak sekarang pukul berapa?" nadanya kedengaran serius.
Mawar mengerling jam di pergelangan tangannya. Dilihat kini jam baru sahaja menunjukkan pukul 7.32 pagi. Apa yang lambatnya?
"Lama betul tengok jam. Ke tak reti baca nombor?" soalan lelaki itu kedengaran sinis.
"Elok sikit cakap tu eh... Saya pandailah!" jawab Mawar. Kalau dia tak reti baca nombor tak akan lah dia mendapat A+ matematik semasa SPM dulu.
"So?"
Mawar yang faham akan maksud itu terus menjawab. "2 minit je kut tuan. Bukannya 2 jam."
"Lambat tetap lambat." Hazriq menyilangkan tangannya ke dada.
"Aku tak suka orang yang tak tepati masa," sambung Hazriq. Nadanya kedengaran tegas.
Emir Hazriq memang seorang yang pantang apabila orang tidak menepati masa. Dia sangatlah peka dengan soal masa ini kerana masa itu emas.
Mawar hanya menundukkan kepalanya. Setahu dia, tepat pukul 7:28 pagi dia sampai di hadapan pagar banglo Tuan Hazriq nya itu. Salah bosnya itu juga. Siapa suruh buat rumah besar-besar? Kan dah lambat nak jalan masuk. Lepas itu menyalahkan orang lain pula.
Hazriq malas mahu mengambil masa yang panjang untuk berkata soal masa ini. Sebentar lagi dia ingin masuk pejabat. Banyak hal lagi yang perlu di selesaikan dengan gadis ini.
"Dah jom ikut aku," arah Hazriq.
Mawar hanya diam sambil membuntuti Hazriq dari belakang.
Beberapa langkah mereka melangkah akhirnya mereka tiba di ruang tamu. Di situ riuh kedengaran suara dua orang kanak-kanak yang sedang bermain bersama.
"Duduklah. Kau nak tercegat kat situ je ke?" tegur Hazriq.
Mawar berasa segan pula ingin duduk di atas sofa yang mahal itu. Namun dia tetap melabuhkan punggungnya disitu.
"Mawar, ni anak-anak aku yang kau akan jaga nanti. Dua ketul kesayangan aku. Umar Raiqal dan Umairah Batrisyia." Hazriq memperkenalkan anak-anaknya itu kepada Mawar.
Mawar hanya mengangguk lalu senyuman manis dihadiahkan buat dua anak kecil itu. Mereka kelihatan begitu comel.
"Umar... Mairah... Salam kakak Mawar cepat," arah Hazriq kepada kedua dua anaknya itu.
"Mairah tak nak papa," tergeleng geleng kepala anak kecil itu tanda dia tidak mahu. Umar pula buat tak tahu saja dengan arahan papanya itu. Dia seperti hilang dalam dunianya sendiri. Lansung orang sekelilingnya tidak dipedulikan.
"Kenapa pula?"
"Takut," jawab Umairah.
Hazriq memandang wajah Mawar sebelum satu keluhan berat dilepaskan.
"Sorry Mawar. Mairah ni memang macam ni. Dia tak suka dekat dengan orang yang dia tak kenal," ujar Hazriq.
"Ouh tak apa tuan. Budak budak memang macam tu dengan orang yang tak kenal dia akan rasa takut," balas Mawar sambil tersenyum.
"Hm... Aku nak beritahu kau hari ni Umar tak pergi taska. Kebiasaannya dia akan pergi tapi disebabkan dia meragam sakit perut tadi aku decide untuk dia tak payah ke taska," beritahu Haziq kepada Mawar.
Mawar hanya mengangguk faham. Wajah kedua dua anak kecil itu ditatapnya.
"Satu lagi, macam yang aku cakap semalam mama aku tak ada dalam minggu ni. Dia pergi London dengan papa aku sebab nak lawat adik aku kat sana. So, buat masa ni kau terpaksa jaga dua ketul ni sendiri dulu. Okay?" sambung Hazriq.
"Baik tuan!"
"Aku kena pergi dulu. Aku dah lambat ni nak masuk ofis. Kau jaga anak-anak aku elok-elok. Jangan tiba-tiba sisi gila kau tu keluar pula. Habis anak-anak aku nanti," pesan Hazriq kepada Mawar.
Mawar menjeling lelaki itu. Suka hati dia je nak kata kita gila.
"Saya tahulah tuan! Untuk pengetahuan tuan saya tak gila okay!" marah Mawar.
"Bagi aku kau tetap gila."
Mawar menjulingkan matanya ke atas. Menyampah pula dia dengan Tuan Hazriq ini.
"By the way, terima kasih belanja..." kata Hazriq tiba-tiba. Matanya tepat menghala ke bawah kaki Mawar.
Mawar mengerutkan keningnya. Dia? Belanja? Sejak bila dia belanja Tuan Hazriq?
"Saya---" belum sempat dia meneruskan ayatnya, Hazriq mendekatinya lalu berbisik di hujung telinga.
"Kau nampak seksi sangat," bisik Hazriq.
Jantung Mawar berhenti berdetak. Jaraknya dengan Hazriq begitu dekat sekali. Tapi itu tidak membuatkan dia terkejut. Apa yang lebih dia terkejut ialah perkataan seksi yang disebut oleh Hazriq. Serta merta dia teringat akan kejadian kain kurungnya yang tersangkut tadi.
'Dia perasan!'
"Jangan lupa nanti minta baju ganti kat Mak Jah. Aku pergi dulu. Selamat maju jaya untuk first day kau," ucap Hazriq kepada Mawar. Mawar pula masih lagi kaku di tempatnya. Sebelum itu sempat dua ketul kesayangannya itu dipeluk kejap.
Setelah kelibat Hazriq hilang daripada pandangan mata, dia cepat cepat menarik nafas lega.
'Malunya ya Allah,' bisiknya dalam hati. Rona wajahnya usah dikata. Pucat lesi. Baru saja hari pertama dia sudah menanggung malu.
Share this novel