BETUL ke dengan apa yang dia dengar siang tadi? Apakah benar yang Riyana sudah pulang ke Malaysia? Mengapa dia ke pejabat Hazriq siang tadi? Apa sebenarnya niat dia kembali dan munculkan diri semula setelah tiga tahun menyepi? Pelbagai persoalan yang menerjah ke ruangan fikirannya.
"Pasti ada agenda di sebaliknya. Tak mungkin dia saja-saja kembali ke sini," fikir Faliq.
Otaknya masih terganggu tentang Riyana. Perlukah dia berterus terang kepada Hazriq perihal Riyana? Bimbang juga jika nanti bakal mengundang amarah Hazriq dengan apa yang pernah berlaku tiga tahun yang lalu. Dia yakin Hazriq masih lagi tidak lupa akan perbuatan Riyana dulu. Dan dia yakin masih ada lagi sisa amarah itu.
"Aku yakin pasti ada sesuatu yang tak kena," bicaranya sendiri.
"Ehem!" Deheman daripada Hazriq mengejutkan Faliq yang sedang bersendirian di taman mini milik ibu mereka itu.
Tanpa di ajak Hazriq melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Faliq di atas buaian yang terletak di taman mini itu.
"Haz... Kau ni buat aku terkejut saja lah," marah Faliq. Abangnya itu di jeling tajam.
"Hahaha...by the way, tadi aku dengar kau ada cakap sesuatu," ujar Hazriq.
"Apa yang kau dengar?" tanya Faliq.
"Kau cakap kau yakin ada sesuatu tak kena. Apa yang tak kena tu?" tanya Hazriq. Dia ingin tahu.
Faliq kelu lidah. Tak tahu bagaimana hendak mulakan bicaranya. Wajarkah dia berterus terang dengan lelaki itu soal kepulangan Riyana. Atau mungkin dia harus berdiam tanpa mengkhabarkan kepulangan Riyana ke Malaysia. Tanpa sedar dia melamun jauh.
Tingkah Faliq yang melamun jauh itu disedari oleh Hazriq apabila soalannya tadi dibiarkan sepi oleh lelaki itu. Lalu lelaki itu ditegurnya.
"Faliq!"
Faliq tersentak dari lamunan. Hazriq disebelah di pandang kejap sebelum anak matanya menatap dada langit yang gelap dan cuma di sinari dengan cahaya purnama.
"Kau kenapa ni Faliq? Ada apa-apa yang berlaku ke sampai kau macam bad mood je hari ni," tutur Hazriq dalam penuh kerisauan.
Mana tidak risaunya. Faliq satu-satu adik lelaki yang dia ada. Dan Faliq satu-satunya tempat dia meluahkan rasa. Hanya Faliq teman dan pendengar baik buat dia. Dia sayang lelaki itu.
"Hazriq..." nama lelaki itu di seru perlahan.
"Anything kau nak share dengan aku? Aku sudi mendengarnya..." kata Hazriq.
Faliq menghela nafas perlahan sebelum dia memulakan kata.
"Haz...kau tahu kan macam mana sayang nya aku pada kau?"
Angguk tidak, geleng pun tidak. Hazriq hanya diam. Hanya telinganya dipasang menjadi pendengar. Dia memberi ruang untuk adiknya itu berbicara.
"Jadi, aku tak mahu sekali lagi kau terluka angkara seseorang. Cukuplah hanya sekali itu. Aku rasa kesakitan tu walau aku tak berada di sisi kau waktu tu. Siang malam kau berteman air mata bersama bayangan arwah..."
Dahi Hazriq semakin berkerut saat mendengar kata-kata Faliq itu. Hatinya mula diburu rasa tidak enak.
"...hampir setiap hari kau luah rasa sakit ditinggalkan orang yang kau sayang pada aku. Jadi aku tak mah---"
Belum sempat Faliq menghabiskan kata-katanya Hazriq sudah memotong.
"Kejap, kejap. Aku tak faham. Apa yang kau cuba nak sampaikan ni Faliq?" soal Hazriq dengan pelbagai tanda tanya di benak fikirannya.
"Nothing. Aku cuma tak nak kau terluka untuk sekali lagi kerana perempuan tu. Cukup dulu. Cukup tiga tahun aku hilang abang aku. Aku tak sanggup lagi," tutur Faliq dengan penuh emosi.
Hazriq diam. Dia tidak mengerti dengan apa yang cuba disampaikan oleh Faliq. Ada sesuatu yang tidak kena.
"Aku tak faham," luah Hazriq.
"Kau tak perlu faham. Cukup kau tahu yang aku nak tengok kau bahagia dengan orang yang kau cintai. Aku yakin Mawar Arissa adalah ditakdirkan untuk kau. Jadi aku nak kau tawan hatinya sampai dapat," tutur Faliq, panjang.
"Aku naik bilik dulu," pamit Faliq. Bahu Hazriq ditepuk perlahan sebelum dia menapak pergi ke kamarnya.
Hazriq tidak memberi sebarang reaksi. Pemergian adiknya dibiarkan saja. Kata-kata Faliq tadi cuba dihadam satu persatu.
Apa sebenarnya yang sedang bermain di fikiran Faliq?
Dia perlu cari tahu hal yang membuatkan Faliq sedemikian.
Dia tekad.
"TIBA-TIBA datang sendiri. Biasa kalau pelawa datang pun susah sangat. Ini tiba-tiba datang sendiri tanpa dipelawa? Pelik, pelik..." sindir Mawar kepada Syikin. Syikin yang duduk disebelah Fahmi itu dijeling tajam. Perasaan marah tempoh hari masih lagi tersisa.
"Mawar Arissa binti Ahmad Sufian!" tegas Puan Azlin menegur anak gadisnya itu. Peha gadis itu dicubit geram.
"Apa ibu ni? Sakitlah..." adu Mawar. Pehanya itu di usap-usap perlahan untuk menghilangkan rasa pedih dicubit.
"Bahasa tu jaga sikit depan tetamu walaupun Syikin tu kawan awak," tegur Puan Azlin lagi.
Encik Sufian hanya mampu menggeleng kepala dengan kelakuan anak gadisnya itu. Nama saja anak dara.
"Biarlah! Siapa suruh dia tipu Mawar. Kan dah men--- Auch! Ibu sakitlah!" tanpa sempat dia habis berbicara sekali lagi pehanya dicubit. Adui kalau kena cubit sepuluh kali mahu lebam pehanya itu.
Mawar mencebik bibir. Cubitan ibu macam sepit ketam tu. Pedih lagi memilukan. Ceh!
"Ada apa Syikin datang ke sini?" soal Puan Azlin, penuh ramah. Dia sudah anggap Syikin seperti anaknya sendiri. Gadis itu dikenalinya sejak Mawar dan Syikin di bangku sekolah menengah lagi.
"Saya---"
"Datang nak minta maaf lah tu. Sorry to say, lambat lagi aku nak terima maaf kau," pintas Mawar tanpa sempat Syikin membalas soalan Puan Azlin itu.
"Mawar...cuba Mawar ni bersikap elok sikit. Bukan saja kami nak rahsiakan semua ni." Fahmi mencelah.
"Rahsia apa ni? Ibu tak fahamlah. Angah?" soal Puan Azlin tidak mengerti dengan apa yang sedang berlaku di antara dua beradik itu.
"Sebenarnya kan ibu, angah dengan Syikin ni---"
"Mawar boleh tak diam kejap. Ibu nak dengar daripada angah bukan awak," potong Puan Azlin.
"Boleh tak jangan menjawab. Pedas betul bicara awak tu ye," Puan Azlin mencerlung tajam kepada anak gadis itu.
"Ibu, babah..." kedua-dua orang tuanya dipandang silih berganti.
"Angah nak kahwin," tutur Fahmi.
"Hah, baguslah kalau macam tu. Kamu dah lama sangat membujang. Siapa calon isteri kamu tu?" soal Encik Sufian. Dia memanjatkan kesyukuran dalam hati atas hasrat anak keduanya itu untuk berumah tangga. Akhirnya terbuka juga hati anak lelakinya itu.
"Dengan Syikin lah... Siapa lagi?" gumam Mawar, perlahan. Tak mahu kata-katanya didengari oleh orang lain.
"Ya, angah. Siapa calonnya?" soal Puan Azlin pula.
"Naurah Asyikin..." sebaris nama itu terbit dari bibirnya.
Syikin menundukkan wajahnya. Malu pula apabila namanya disebut oleh lelaki di sebelah di hadapan keluarga lelaki itu.
"Syikin?" soal Puan Azlin seolah tidak percaya.
Fahmi mengangguk mengiyakannya.
Puan Azlin tersenyum senang apabila mendengar perkhabaran itu. Begitu juga dengan Encik Sufian sedari tadi senyuman di bibir tidak lekang.
"Alhamdulillah... Bila nak langsungnya?" soal Puan Azlin tanpa menyempat.
"Ish, awak ni. Bawalah bersabar sikit. Apa-apa pun kita kenalah ikut adat. Merisik, meminang dulu barulah bincang fikir tarikh langsungnya," tegur Encik Sufian kepada isterinya itu.
"Yelah. Saya cuma excited nak sambut menantu yang kedua. Last kita sambut menantu enam tahun lepas kan?" ujar Puan Azlin. Jelas sekali terpancar keterujaan di wajahnya.
"Jap! Mawar tak setuju," celah Mawar dalam perbualan anak beranak itu. Dia membantah dengan keputusan angahnya.
"Dah buang tebiat ke apa kamu ni Mawar? Apa yang kamu marahkan sangat ni?" tegur Encik Sufian.
Mawar berpeluk tubuh. "Mawar tak setuju dengan semua ni!"
"Mawar aku minta maaf sebab berahsia dengan kau selama ni. Aku minta maaf," ucap Syikin penuh kesal.
"Sejak dulu kita dah janji kan tiada rahsia antara kita tapi ternyata kau...kau berahsia dengan aku tentang perkara ini. Mana pergi janji itu?" luah Mawar dengan penuh terkilan.
"Ye aku tahu. Aku salah. Aku minta maaf, okey? Tolong maafkan aku Mawar," rayunya.
Mawar mengeluh perlahan. Dia bukanlah terlalu marah tetapi dia cuma rasa terkilan dengan sahabat baiknya itu.
"Yelah... Aku maafkan kau. Tapi, janji dengan aku jangan ulangi lagi. Kalau tidak, siap kau!" Amaran keras diberikan kepada Syikin.
Syikin tersengih. Segera Mawar yang tidak jauh darinya itu dipeluk dengan erat.
"Terima kasih Mawar..."
"Eee, lepaslah! Rimas aku!" marah Mawar apabila Syikin semakin mengeratkan pelukan.
Fahmi hanya ketawa melihat telatah dua sahabat baik itu. Dia tahu Mawar seorang adik yang baik. Sekeras-keras hati gadis itu pun pasti akan lembut juga hatinya dengan kata-kata yang menyenangkan.
Share this novel