HAZRIQ merenung tajam wajah di hadapannya itu. Ini lah perempuan gila yang tiba tiba saja memarahinya. Walhal itu salahnya sendiri. Nampak sahaja cantik rupawan tapi sayang ada sakit mental.
"Sebelum encik nak cakap apa-apa, saya nak minta maaf atas kejadian tadi. Saya betul-betul tak sengaja," ucap Mawar. Takut pula dia jika nanti tak diterima bekerja atas sebab kejadian tadi.
"Apa yang aku dapat kalau aku maafkan kau?" senyuman sinis terherot di bibirnya.
'Alahai, mamat ni... Banyak songeh betul! Orang dah minta maaf tu terima sajalah!' monolog Mawar di dalam hati. Kalau di ikutkan hati mahu saja di mengangkat kaki keluar dari kamar itu. Tapi kerana dia ingin bekerja, dia haruslah duduk kaku di sini.
"Kalau encik terima saya kerja, saya akan kerja sungguh-sungguh," balas Mawar.
"Okay! Kalau macam itu... Kenapa kau nak kerja?" soal Hazriq, tenang. Dia bangun daripada duduknya lalu melabuhkan punggung di atas meja betul betul dekat dengan Mawar.
"Sebab nak kerja lah," selamba saja Mawar menjawab.
Hazriq merengus kasar. Anak mata gadis itu ditenung dalam dalam sehingga timbul rasa takut di hati Mawar.
"Aku tahulah sebab kau nak kerja. Takkanlah sebab nak kahwin dengan aku," sindir Hazriq. Sakit hati pula dia bercakap dengan perempuan macam ini.
Mawar tersengih sumbing. Terus hilang rasa malunya tadi. "Kalau kahwin pun, apa salahnya. Kalau encik sudi, saya lagi sudi hehe..." serta merta dahinya dijentik. Siapa lagi yang jentik kalau bukan bakal bosnya itu.
"Sakitlah encik," adu Mawar. Dahinya itu di usap perlahan untuk menghilangkan rasa sakit.
"Padan muka kau! Menjawab je kerja."
Mawar menjeling lelaki itu. Sesuka hati dia saja jentik dahi orang. Ingat kita anak dia ke?
"By the way, jangan panggil aku encik. Panggil Tuan. Tuan Hazriq. Semua staf kat sini panggil aku macam tu. Jadi, kau sebagai bakal bekerja dengan aku, kau haruslah panggil aku Tuan Hazriq," terang Hazriq. Mawar mengangguk faham.
"Okay!"
"Bak sini resume kau tu," Mawar menghulurkan fail resume nya itu kepada Hazriq.
Huluran Mawar itu disambutnya. Lalu muka depan fail itu dibukanya. Setiap butiran itu diteliti nya. Terangguk angguk Hazriq membaca butiran tentang gadis itu.
"Mawar Arissa binti Ahmad Sufian." sebut Hazriq dalam nada yang perlahan tapi cukup sampai ke pendengaran Mawar.
"Ya, saya Mawar Arissa. Nama itu ibu saya yang bagi. Ibu kata dia bagi nama Mawar sebab masa mula mula babah nak mengorat ibu, babah bagi ibu bunga mawar. Sweet kan? Kalau nama Arissa tu, saya tak tahu pula. Sebab saya---" kata-kata Mawar terus terhenti apabila Hazriq memotong bicaranya.
"Shhh... Aku tak suruh pun kau cerita sejarah nama kau tu. Aku tak hairan pun," ujar Hazriq, dingin.
"Ouh okay," Mawar termalu sendiri. Mulutnya ditampar perlahan. Mulut yang ada saja ingin bicara.
"So, mengikut apa yang ada dalam resume ni kau merupakan ijazah sarjana muda matematik. Kenapa tak jadi cikgu je?" soal Hazriq. Hairan juga dia. Kenapa gadis ini tak terus menjadi seorang guru?
"Tak minat jadi cikgu," jawabnya.
"Dah tu kau minat apa?"
"Saya minat tuan. Cia, cia, cia..." sempat satu pickupline diberi buat si duda itu.
"Sorry, cuba lagi." Langsung pickupline itu tak terkesan di hatinya. Dah nama pun si dingin encik duda. Mestilah dingin, beku macam orang tak ada perasaan.
"Err, okay... "
"Kau tahukan aku nak cari pengasuh untuk anak-anak aku? Oh, ya. Untuk pengetahuan kau, aku duda dan mempunyai dua orang anak. So, sekarang ni anak-anak aku tinggal dengan mama aku. Mama aku yang jaga dua ketul tu buat masa sekarang ni. Makin mencabar sekarang ni bila dua ketul tu makin lasak. Untuk meringankan beban mama aku tu, aku nak hire seorang pengasuh untuk jaga anak-anak aku tu," ujar Hazriq panjang lebar.
Terangguk angguk Mawar mendengar setiap butir bicara Hazriq. Dia sudah sedia maklum bahawa lelaki itu merupakan duda dua anak.
"Dua ketul tu bukan senang nak jaga. Kalau senang, tak kabut aku nak cari pengasuh untuk jaga diaorang," sambung Hazriq lagi.
'Dia panggil anak-anak dia dua ketul je. Ingat anak dia tu kuih karipap ke?' monolog Mawar dalam hati.
"Aku ada soalan untuk kau," ujar Hazriq.
"Soalan apa tu?" soal Mawar. Gerun pula dia kalau soalan itu susah dan tak dapat dia jawab. Kalau exam masa sekolah dulu bolehlah soalan yang susah dia tinggalkan.
"Betul ke kau pandai jaga budak? Tak ada lah aku cuma takutlah kalau kalau kau dera anak aku. Kau kan ada sakit mental," terbuntang mata Mawar apabila mendengar kata-kata karut Hazriq itu.
"Saya mental? Suka hati Tuan Hazriq je cakap saya macam itu," jawab Mawar. Geram pula dia. Sesuka suki saja kata kita ada sakit mental.
"Whatever... So, please jawab soalan aku. Kau pandai ke jaga budak," soalnya lagi.
"Mestilah saya pandai. Kalau setiap kali cuti sekolah panjang je anak-anak buah saya akan balik rumah ibu saya. So, secara tak langsung saya lah bibik, saya lah juga pengasuh diaorang. Setakat budak-budak tu alahh small matter lah tuan. Saya dengan budak-budak ngam," balas Mawar dengan nada yang teruja. Setakat budak kecil, sebelah mata pun dia boleh jga.
"Kau jangan cakap besar... Anak-anak aku tak macam anak orang lain," ucap Hazriq.
"Okaylah tu. Cabaran untuk saya. Hehe..." ujar Mawar.
"Huh! Suka hati kau lah."
Mawar hanya tersengih lebar.
"Kau boleh balik dulu. Daripada kau kat sini buat sakit otak aku je. Kalau aku rasa nak terima kau bekerja, aku akan call kau malam ni sebelum pukul 11 malam," kata Hazriq. Fail resume milik Mawar itu diserahkan semula.
"Baik tuan, terima kasih!" ucap Mawar bersama senyuman yang terukir di wajahnya.
Tapi...
Ucapan terima kasihnya itu langsung tidak dibalas. Apatah lagi membalas senyuman. Lelaki itu sibuk membuat kerjanya tanpa mempedulikan dirinya lagi.
Segera langkah kaki di atur keluar. Daun pintu bilik itu ditarik sehingga tertutup rapat.
"Sombong betul! Memang betul dia ni si dingin encik duda. Sesuai sangat gelaran tu untuk dia. Memamg dasar duda dingin!" setelah luahan itu diluahkan dihadapan pintu kamar lelaki itu, Mawar terus menapak pergi dari situ.
Share this novel