Bab 19

Drama Series 77452

TEKUN sekali Syikin mendengar setiap butir bicara Mawar itu. Bersungguh betul gadis itu bercerita. Dari awal perjalanan sehinggalah sekarang.

"Biar betul kau ni Mawar?" soal Syikin seolah olah tidak percaya dengan apa yang diceritakan oleh Mawar.

Mawar mengangguk kepalanya.

"Iya, weh. Betul. Aku sendiri pun tak percaya tau!" balas Mawar. Matanya masih sedang fokus pada pemanduannya.

"Tuan Hazriq minta maaf? Dekat kau? Tak percayalah aku," tutur Syikin. Dia seolah olah meragui dengan apa yang diceritakan oleh Mawar. Pelik. Tuan Hazriq minta maaf?

"Ya. Kalau ada tayangan, dah lama aku tayang kat kau," balas Mawar.

"Ngeh. Mawar kita nak ke mana sebenarnya ni? Dari tadi jalan tak sampai sampai," soal Syikin kepada Mawar. Sudahlah pagi pagi lagi gadis itu ajaknya keluar. Haih, apa mimpi pun dia tidak tahu.

"Heh heh, kita ke syurga," jawab Mawar, main-main.

"Betul betul lah Mawar!" peha Mawar di cubitnya.

"Aduh, sakitlah gila!" adu Mawar.

"Padan muka kau! Kita nak pergi mana sebenarnya ni?" soal Syikin lagi dengan soalan yang sama.

"Sabarlah. Dah nak sampai dah ni. Nanti kau tahulah," balas Mawar, sterengnya terus membelok ke kanan memasuki sebuah tempat.

"Hospital?" perkataan itu terpacul daripada bibir Syikin.

"Yup! Hospital," sampuk Mawar.

"Kita nak buat apa kat sini? Kau nak jumpa siapa Mawar? Ke kau sakit?" soal Syikin bertalu talu.

"Eh, eh sabar jap boleh tak? Satu-satu bagi soalan tu. Pening aku," ujar Mawar. Keretanya masih berjalan mencari parking di sekitar kawasan hospital itu. Hospital adalah kawasan paling sukar untuk mencari tempat letak kereta baginya.

"Yelah. Manalah tahu kau sakit. Aku risau lah," luah Syikin.

"Uyooo, sayang juga eh kau kat aku?" sangkal Mawar. Dia tersengih.

"Gila tak sayang. Kau kawan baik aku daripada sekolah menengah lagi kut," balas Syikin, ikhlas.

"Okay! Finally, kita jumpa parking!" kata Mawar dengan begitu teruja sekali. Cepat-cepat keretanya memasuki kotak parking itu.

Setelah menukarkan gear kepada P, hand break pula ditarik. Tas tangan yang berada di tempat duduk belakang segera dicapai.

"Eh, Mawar! Cakaplah kita nak jumpa siapa?" soal Syikin.

"Abang aku."

"Abang kau?"

"Hm, angah." jawab Mawar.

"Ouh, Fahmi?" tanya Syikin.

"Eh, eh jap. Fahmi? Amboi sejak bila panggil Fahmi ni? Biasa ada 'abang Fahmi'?" sindir Mawar.

"Eh, sorry. Tersasul," ucap Syikin. Fuh! Nasib tak kantoi apa-apa.

Setelah hampir 1 minit berjalan, akhirnya mereka telah memasuki bangunan hospital itu. Mereka memasuki lif lalu tingkat 4 di tuju.

Setelah tiba di tingkat 4 mereka terus menuju ke kaunter pertanyaan. Jururawat yang bertugas itu di sapa.

"Assalamualaikum, kak!" sapa Mawar.

"Eh, Mawar!" terkejut jururawat itu apabila melihat kehadiran Mawar di sini.

"Hehe, Kak Dayah... Angah ada kat dalam tak?" soal Mawar.

"Doktor Fahmi ada je kat dalam." balas jururawat yang bernama Hidayah.

"Ouh okay. Dia busy ke?" soal Mawar.

"Tak. Sebab sekejap lagi Doktor Fahmi dah nak balik," jawab Kak Hidayah.

Mawar mengangguk faham.

"Eh, siapa sebelah kamu ni Mawar?" soal Kak Hidayah, berbasa basi.

"Ouh, ni kawan Mawar. Saja bawa dia sini. Okaylah kak, Mawar masuk jumpa angah dulu tau! Bye," pinta Mawar sebelum dia dan Syikin berlalu melangkah ke bilik abangnya, Fahmi.

Pintu bilik abangnya itu diketuk sebelum tombol pintu di pulas.

"Angah!" sapa Mawar.

"Laa.. Mawar buat apa datang sini? Kejap lagi angah dah nak balik dah," kata Fahmi. Matanya teralih pula pada gadis yang berada di sebelah Mawar. Siapa lagi kalau bukan Syikin.

"Angah! Jom keluar," ajak Mawar.

"Dengan Mawar?"

"Tak. Dengan Syikin sekali. Hari ni kita ada special guest! Hehe," jawab Mawar.

"Alang-alang tu kita boleh lunch sekali," sambung Mawar.

Fahmi hanya mengangguk. Dia berfikir sejenak sebelum membuat keputusan.

"Ouh, okay. Jom! Tapi, lunch je tau! Lepas tu balik, okay?" kata Fahmi.

"Okay!" balas Mawar dengan begitu teruja. Jarang jarang dapat keluar dengan angah sebab dia selalu sibuk kerja.

Syikin hanya diam memerhati saja bual bicara dua beradik itu. Tiada benda dia mahu mencelah. Baik saja dia diam.



"HAZ... Jom keluar! Aku bosanlah," ajak Faliq.

"Nak pergi mana pukul 11 macam ni?" soal Hazriq, malas. Matanya tidak lekang dengan telefon bimbit di tangan.

"Kita pergi lunch kat luar nak tak?" soal Faliq kepada abangnya.

"Lunch? Mak Jah kan nanti masak. Makan saja lah kat rumah," balas Hazriq, acuh tak acuh.

"Ish pemalas lah kau ni Haz," kutuk Faliq. Abangnya itu di tenung dengan tajam. Nak ajak keluar pun susah. Bukan selalu nak spend time together.

"Ish, yelah, yelah! Aku siap kejap! Kacau je budak ni!" ujar Hazriq lalu dia segera melangkah masuk ke dalam kamarnya untuk bersiap.

Faliq hanya tersengih sambil menghantar pemergian abangnya.



MAWAR dan Syikin berjalan beriringan memasuki sebuah kedai makan kegemaran mereka. Fahmi pula hanya membuntuti kedua dua gadis itu. Layankan saja lah apa yang adik dia mahu.

"Angah! Kita duduk sini. Eh, angah. Cepatlah!" ujar Mawar. Tangan abangnya di tarik apabila lelaki itu terlalu lambat berjalan.

Mereka bertiga segera duduk di tempat masing masing. Seketika kemudian seorang pelayan restoran datang mendekati meja mereka.

"Angah dengan Syikin order je apa-apa. Hari ni Mawar belanja!" ujar Mawar dengan bangga. Al maklum lah sekarang duit dah berkepuk kepuk dalam bank. Hik, hik.

"Seriuslah Mawar?" soal Syikin tidak percaya.

"Iya. Kau tak percaya aku ke?" soal Mawar kembali.

"Sikitlah." Mawar menjeling Syikin. Eleh, tak percaya kita pula.

Fahmi hanya tersenyum saja. Malas hendak menyampuk. Mawar memang begitu. Kalau ada duit lebih pasti dia akan belanja orang di sekelilingnya.

"Err, Mawar! Aku nak ke tandas lah! Kau order kan untuk aku yang macam biasa punya," pesan Syikin sebelum dia memecut ke tandas.

"Hah, okay!"



HAZRIQ dan Faliq melangkah masuk ke dalam sebuah restoran yang baru bagi mereka. Saja mahu mencuba lain daripada yang lain. Kawasan sekeliling restoran itu di penuhi dengan ramai orang. Kata orang kalau sesebuah kedai makan tu ramai orang, maknanya makanan mereka sedap.

"Diorang kata restoran ni sedap. Aku tak tahu lah Haz. Sebab first time. Tengok ramai orang ni mesti sedap kut," kata Faliq kepada Hazriq.

Hazriq hanya mengangguk sambil matanya melilau mencari tempat untuk duduk. Seketika kemudian, matanya terlihat seseorang yang seperti dia kenali duduk berdua duaan di sebuah meja tidak jauh dari tempat mereka berdiri.

"Mawar..." sebaris nama itu terbit di bibirnya.

"Hah, Mawar? Mana?" soal Faliq apabila dia mendengar Hazriq menyebut nama Mawar. Matanya melilau mencari kelibat Mawar.

Anak mata Hazriq masih lagi fokus ke arah Mawar yang sedang bermesra mesraan dengan lelaki di hadapannya. Nampak sangat pasangan itu sungguh bahagia. Terbit satu perasaan yang menusuk ke dalam hatinya. Rasa itu sungguh sakit.

"Kita makan tempat lain lah," putus Hazriq, nadanya kedengaran mengendur. Terus kakinya menapak keluar daripada kawasan restoran itu.

"Eh, Hazriq! Tunggu lah aku!" jerit Faliq. Nama abangnya itu di panggil dengan kuat namun panggilannya itu langsung tidak dipedulikan.

Hazriq terus memboloskan diri ke dalam perut kereta. Badannya disandar pada kusyen kereta. Hatinya menjadi kacau apabila melihat Mawar bersama lelaki itu.

'Siapa lelaki tu sebenarnya? Boyfriend dia ke?' persoalan terus menjadi tanda tanya pada Hazriq.

Bosan hoho.. #jangankecam saya cuba yang terbaik walaupun ke laut dah story line dia. huhu

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-10-30 22:31:42 

tqvm my dear. muahh muahh


NovelPlus Premium

The best ads free experience