"ASSALAMUALAIKUM, ma!"
"Waalaikumsalam..." Jawab Puan Sabrina.
Hazriq dan Mawar beriringan masuk ke ruangan dapur sambil masing-masing menjinjing beberapa beg plastik di tangan.
"Lamanya kamu berdua pergi. Jenuh mama menunggu sampai satu hidangan sempat siap," ujar Puan Sabrina kepada kedua-duanya.
"Tadi sesak sikit kat pasar tu. So, tu lah lambat. Ala, ma...lambat sikit je pun. Bukannya kitaorang tak balik langsung." Hazriq menjawab. Segala barang yang dibelinya tadi diletakkan di atas island kitchen.
"Hah kamu beli tak bunga kantan?" soal Puan Sabrina.
"Apa yang ada dalam list yang mama bagi tu semua Haz beli. Tak ada satu pun yang miss. Confirm!" balas Hazriq, yakin.
"Sure?"
"Yes ma'am!" ibu jarinya ditayang tanda semuanya complete dan beres.
Mawar yang sedari tadi hanya memasang telinga, berkira-kira mahu melangkah keluar dari ruangan itu. Baik dia segera cabut lari daripada terus menjadi tiang di situ.
"Hah, Mawar! Kamu nak ke mana tu?" tegur Puan Sabrina. Langkah Mawar terhenti.
Mawar menggigit hujung bibirnya.
"Ala...tak sempat nak lari," ngomel Mawar, perlahan. Dia memusingkan tubuhnya menghadap Puan Sabrina dan Tuan Hazriq. Apabila anak matanya bersabung dengan anak mata Tuan Hazriq, cepat-cepat dia larikan pandangan.
"Tak ke mana puan. Saya nak pergi jenguk Umar dengan Umairah kat atas kejap. Ye lah lama saya tinggalkan dorang...tengah buat apa lah agaknya dua beradik tu ya?" Mawar berpura-pura bertanya tentang dua beradik itu. Walhal dia mahu melarikan diri daripada terus menjadi tatapan Tuan Hazriq. Sudahlah malu tadi tak habis lagi. Bagaimana dia mahu berhadapan dengan lelaki itu untuk hari-hari seterusnya?
"Umar dengan Umai dah tidur. Tadi dia cari kamu. Last, last saya jenguk kat atas tidur dah dua beradik tu. Sayang betul budak-budak tu dengan kamu," kata Puan Sabrina sambil dia ketawa kecil.
Mawar ikut ketawa. Tidak tahu kenapa dia ikut saja Puan Sabrina ketawa. Dia tak boleh kawal emosi serta fizikalnya kini. Dirasakan seperti tak tentu arah.
"Korang berdua ni diam je. Tak bertegur pun dari balik tadi sampai sekarang. Kenapa?" soalan Puan Sabrina itu membuatkan kedua-duanya kelu lidah.
Masing-masing tak tahu nak jawab apa.
"Errr..." Mawar bermain dengan jari jemarinya.
Hazriq memandang Mawar sekejap sebelum dia memandang mamanya semula.
"Sebenarnya...Haz err Haz..." Hazriq cuba menjawab tetapi dia gugup.
"Haz apa? Kenapa muka korang berdua merah?" soal Puan Sabrina lagi.
"Hah merah? Hahaha...panas kut puan? Sekarang kan cuaca panas, itulah muka kitaorang merah. Lagipun kitaorang kan baru balik dari pasar," jawab Mawar tanpa gugup. Nasib idea itu terlintas di fikirannya. Kalau tidak termenunglah dia di situ.
Hazriq mengangguk iya.
"Betul tu ma! Kan kat luar panas terik. Normal lah kalau muka merah-merah," Hazriq menambah perasa lagi.
"Yeke? Sesuatu lah korang berdua ni..." Puan Sabrina sepertinya curiga dengan mereka.
Mereka serentak mengangguk sambil tersengih sumbing.
"Dahlah...Mawar mari tolong saya masak. Tak menang tangan saya dengan Mak Jah nak siapkan semua ni," pinta Puan Sabrina.
Mawar mengangguk kepalanya sambil menggigit hujung bibirnya. Apabila diingatkan kembali rasa macam nak terjun bangunan saja. Malu.
.
.
.
.
"KAN aku dah cakap hati-hati..." ucap Hazriq penuh kelembutan.
Mawar leka merenung wajah tampan milik Hazriq sehingga dia tidak sedar bahawa tangan Hazriq sudah lenguh memaut pinggangnya.
'Aku...jatuh cinta ke?' bisik Mawar dalam hati. Bibirnya tak henti mengukirkan senyuman. Dia seolah-olah terpukau. Terpesona dengan permandangan indah itu.
Hazriq semakin tidak selesa apabila ditenung sebegitu. Namun, secara tidak sengaja dia telah membalas renungan mata itu lagi. Mata gadis itu kelihatan indah dengan anak matanya yang berwarna coklat.
"Ehem!" Hazriq berdehem dengan begitu kuat supaya Mawar sedar yang dia masih lagi di dunia nyata. Jantungnya berdegup laju.
Mawar tersentak dan dia baru saja tersedar daripada lamunannya. Mawar memejamkan matanya sambil mengemam bibirnya. Perasaan malu mula menerjah ke dalam hatinya.
"Sampai bila kita nak dalam keadaan macam ni?" tegur Hazriq. Matanya tak lepas merenung Mawar yang sedang memejamkan mata itu.
Mawar diam.
Dan masih diam.
"Berdiri boleh tak? Berat ni..." adu Hazriq. Tangannya sudah mula lenguh. Padahal dia tak kisah pun jika nak berlama dalam keadaan sebegitu. Tetapi mereka berada di tempat yang tidak sesuai. Ini bukan drama melayu.
Mawar membuka kelopak matanya dan terus berdiri membelakangkan Hazriq. Rambut panjangnya dikemaskan agar kelihatan rapi.
Nafas ditarik dalam. Perasaan malu yang menebal cuba ditepis jauh. Dia cuba menenangkan hatinya.
"Fuh!" Jantung Mawar Arissa semakin laju berdegup. Buat pertama kali dia merasakan perasaan sebegini.
"Mawar...kau okey tak?" soalan itu dilemparkan buat gadis itu kerana sedari tadi Mawar asyik menarik nafas.
"Sa...sa...saya okey!" balas Mawar, gugup. Kepalanya ditundukkan dari terus menatap wajah Hazriq.
Hazriq tersenyum dalam diam. Comel pula melihat Mawar dalam keadaan malu. Wajahnya pun tak lagi sudi dipandang.
"Saya minta maaf, tuan." ucapan itu terbit dari bibir gadis itu.
"Takpe...dah jom kita cari barang. Nanti lambat mama bising pula..." balas Hazriq, tenang. Tanpa menunggu apa-apa balasan daripada Mawar dia terus melangkah ke tempat menjual ayam segar.
Mawar mengangkat wajahnya. Belakang tubuh Hazriq dipandang. Dia tak tahu nak ungkapkan bagaimana perasaannya sekarang. Tapi...
sorry chapter ni bosan??
Share this novel