Bab 16

Drama Series 77452

MAWAR yang sedang tekun menonton televisyen itu di ganggu oleh ketiga tiga abangnya. Dia menepis tangan Fahmi apabila cuba untuk menarik telinganya. Manakala Fauzan pula cuba untuk mencubit pipi adiknya itu. Namun sempat tangannya ditepis oleh Mawar. Farhan pula tidak buat apa apa, tetapi dia sengaja menukar drama korea kepada rancangan sukar. Mawar mula naik berang.

"Ish, janganlah kacau orang!" jerit Mawar. Ketiga tiga abangnya di tatap dengan pandangan yang tajam.

"Along! Tukar balik cerita korea tu! Eeee, bencilah!" marah Mawar.

Menyakitkan hati Mawar lagi, apabila ketiga tiga abangnya itu hanya gelak dengan begitu kuat apabila melihat dia marah.

"Alolo, comelnya adik angah ni," kata Fahmi. Dagu adiknya dicuit cuit manja.

"Ish, tak payah lah! Korang suka kan kacau Mawar. Mawar report kat babah bila babah balik nanti," beritahu Mawar.

Tahu lah ketiga tiga insan itu bahawa Encik Sufian akan selalu membela adik perempuannya yang seorang itu.

"Eee... Budak manja. Macam mana Mawar nak kahwin? Kalau masih manja dengan babah," ujar Fauzan.

"Eleh, dia pun sama. Asyik asyik nak berkepit dengan ibu je. Macam mana nak kahwin kalau asyik nak manja dengan ibu?" soalan yang sama di ajukan semula pada alangnya itu.

"Eh... Prinsip kitaorang Mawar kena kahwin dulu, baru kitaorang kahwin," sampuk Fahmi.

"Yang satu ni pula apa cerita?" kata kata Mawar itu di tuju kepada Farhan.

Ekor mata kedua dua lelaki itu tepat menghala ke wajah Farhan. Lelaki itu dijeling.

"Lelaki ni tak payah cakap. Dia ni dah langgar prinsip kitaorang. Gatal sangat nak kahwin cepat. Ayat manis dia ni memang tak boleh pakai langsung!" balas Fahmi.

"Ye, betul tu! Ayat manis dia sejak 15 tahun yang lepas memang tak boleh pakai. Tup tup tiba tiba naik pelamin, bunyi kompang meriah satu rumah," sampuk Fauzan pula.

"Eh, diamlah korang! Dah jodoh nak buat macam mana? Takkan aku nak tolak!" pantas Farhan membela dirinya daripada terus dianiaya. Cehhh...

Mawar hanya terkekek ketawa melihat perbalahan antara ketiga tiga abangnya itu. Tapi dia sangat terharu dengan pengorbanan abang abangnya. Sanggup menunggu sehingga dia berkahwin, barulah mereka pula yang berkahwin. Mawar tersangatlah nak menangis.

"Bising betul tiga tiga anak bujang ibu ni...Eh silap yang seorang tu tak bujang lagi dah," sempat Puan Azlin mengusik Farhan. Dia berjalan beringin bersama Aimi sambil mereka membawa hidangan buat minum petang.

Farhan mencebik bibirnya. Ibu sama saja dengan Mawar. Terus isterinya, Aimi di hampiri. "Sayang, tengok dorang tu?" adunya, nadanya seperti anak kecil yang sedang mengadu kepada ibunya apabila dibuli.

"Ish, abang ni. Mengada lah! Dah lah jom kita minum petang. Aimi ada goreng pisang goreng tau," ujae Aimi kepada suaminya itu.

"Nak!" ujar Farhan dalam nadanya yang teruja.

"Euwww... Gediknya kau along! Geli geleman aku dibuatnya," ejek Fahmi.

"Entah! Geli aku tengok. Mengada ada je lebih," kata Fauzan pula.

"Eleh, kamu berdua tu geli ke cemburu?" soal Puan Azlin, nadanya berbaur sindiran.

"Hahaha, cemburu tu ibu. Patutnya umur macam korang dah kahwin," sampuk Farhan. Tersenyum lebar dia saat kemenangan berpihak kepada dia.

Puan Azlin hanya menggeleng kepalanya apabila melihat perbalahan manja antara empat beradik itu. Sekurang kurangnya sehingga kini hubungan mereka tetap rapat.

"Mawar..." nama anak gadisnya itu dipanggil.

"Ya, ibu!" sahut Mawar, mulutnya dipenuhi dengan pisang goreng.

"Nanti kamu telefon lah Syikin. Rindu ibu kat dia," ujar Puan Azlin kepada Mawar.

"Kenapa pula nak telefon Syikin?" tanya Mawar.

"Telefon dia. Ajak dia makan malam kat sini. Lagipun dah lama tak jumpa dia," beritahu ibu.

Mawar hanya mengangguk sahaja. "Hah, nanti Mawar call dia."

•
•
•

"HELLO, my best friend dunia akhirat."

"Siapa best friend kau? Eee, perasan," balas Syikin. Sengaja mahu mengusik.

Tetapi Mawar langsung tidak mengambil hati.

"Ish, kau ni! Kau kat mana ni Syikin?" soal Mawar.

"Aku kat rumah lah. Baru saja balik kerja. Kenapa tanya?" soal Syikin pula.

"Ouh, saja tanya. Kau free tak malam ni?" soal Mawar lagi.

"Free... Asal weh?"

"Ibu ajak kau makan malam kat rumah," balas Mawar.

"Hah, serius lah weh! Siapa je ada nanti?" soal Syikin dengan nadanya yang teruja.

"Ada abang-abang aku, ada Mawar, ada kakak ipar aku dengan anak buah aku, lepas tu ada ibu dan babah. Itu jelah," jawab Mawar. Semua sekali ahli keluarganya disenaraikan kepada Syikin.

"Abang-abang? Maknanya abang Fahmi pun ada lah ye?" soal Syikin.

"Kau asal Eh? Setiap kali nak datang rumah aku mesti tanya fasal angah. Eh, kau cakap! Kau ada apa apa ke dengan angah aku?" soal Mawar dalam nada yang kasar. Tapi dia saja mahu menggertak Syikin. Dia tidak kisah pun jika Syikin bercinta dengan angahnya itu.

"Eh, eh. Janganlah marah. Aku mana ada apa-apa dengan abang Fahmi," nafi Syikin.

"Nasib baik, hehe."

"Weh, Mawar... Tadi kan buat selama 2 tahun aku bekerja dengan Tuan Hazriq. Ini kali pertama dia suruh aku cancel semua meeting penting dia sebab dia kata dia tak ada mood nak datang ofis," cerita Syikin, bersungguh.

"Lepas tu? Ada kena mengena dengan aku ke?" soal Mawar.

"Mestilah ada. Tak benda lain, mesti kau puncanya," balas Syikin.

"Eh, aku pula dipersalahkan."

"Ya lah ni semua salah kau." kata Syikin, sekali lagi dengan ayat yang sama.

"Dah kenapa pula dengan aku?" soal Mawar, dahinya berkerut seribu. Dah kenapa pula dia dipersalahkan dalam hal ini?

"Sebab Tuan Hazriq dah angau kan kau..." jawab Syikin dalam nada yang seperti berbisik.

"Fakta mana yang kau kutip ni?" soal Mawar, marah tapi taklah marah sangat.

"Kau dengar apa aku nak cerita ni Mawar. Bila aku masuk bilik dia je, mesti dia akan tersasul panggil aku dengan nama kau." kata Syikin.

"Pula dah..." Dah kenapa pula dengan Tuan Hazriq nya itu. Ish, minta simpang lah. Janganlah Tuan Hazriq nya itu tiba tiba jatuh cinta dengan dia.

"Ya weh. Hah, kau! Jampi apa kau pakai ni sampai Tuan Hazriq kita tu dah mula angau kat kau?" soal Syikin, tegas.

"Eh, tak ada jampi jampi eh. Sorry sikit. Setakat aku nyanyi lagi Jampi Hael Husaini tu ada lah," balas Mawar dengan selamba.

"Ish! Menyampah betul cakap dengan Mawar Arissa ni. Dah lah aku nak tutup."

"Jangan lupa ya datang makan malam. Kalau ikutkan hati aku taknak pun jemput kau," sempat kata kata mengusik itu di tuju kepada sahabatnya, Syikin.

"Eleh... Dah lah, bye!" balas Syikin.

"Bye!" terus talian di antara mereka di putuskan.

Mawar mencampakkan telefon bimbitnya ke atas tilam lalu tubuhnya direbahkan ke atas tilam empuk itu.

Tangan sebelah kanan di letakkan di atas dahi manakala tangan kiri diletakkan di atas perut sambil matanya merenung siling.

'Tuan Hazriq angau kan aku? Dia suka aku ke?' bisik hati gadis itu. Persoalan itu menjadi tanda tanya kepada dirinya.

Sorry korang saya lambat update huhu.. sorry sangat sangat.. harap korang suka dengan bab ni. bab ni tkde scene Hazriq. nanti next chapter kita buat ada scene Hazriq, Mawar and Faliq pula.

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-10-28 23:11:26 

hi hi hi

YAZNI-ERNIE
2020-10-28 23:10:21 

omg. tqvm dear. love u.

YAZNI-ERNIE
2020-10-28 21:14:29 

tqvm my dear. lg satu chapter plz....


NovelPlus Premium

The best ads free experience