HAZRIQ berdebar saat melihat Mawar yang sedang duduk di gazebo bersama anak-anaknya. Mereka kelihatan gembira bermain bersama.
Dia teragak-agak mahu mendekati gadis itu. Jika selama ini, baik saja. Tetapi entah mengapa hari ini debaran kuat berirama dalam hati.
"Ala, pergi je lah. Dia bukan makan kau pun," tegur Faliq saat melihat Hazriq seperti teragak-agak untuk mendekati Mawar.
"Ish, kau diam boleh tak! Memekak je," marah Hazriq.
Faliq menjeling geram abangnya itu. Eleh, orang nak tolong tu kira bersyukurlah. Ini tidak, di marah pula.
"Haz... Kau ni lembab lah. Pergi je tegur macam biasa. Wait, ke kau nervous huh?" soal Faliq bersama keningnya yang terjengket jengket.
"Tak ada lah! Aku okay je lah. Tengok ni, aku cool je. Kau je yang fikir jauh." Hazriq cuba menafi.
Faliq mencebik bibirnya apabila mendengar penafian abangnya itu. Semestinya dia langsung tidak percaya.
"Dah lah Haz... Pergi cepat. Sekejap lagi dia nak balik dah. Karang hancur plan yang aku cipta," ujar Faliq lalu tubuh Hazriq ditolak kuat.
Hazriq terdorong sedikit ke hadapan hasil tolakan Faliq tadi. Sempat dia menoleh ke belakang menjeling tajam lelaki itu sebelum dia mengatur langkah cermat mendekati Mawar yang sedang berbual mesra dengan anak-anaknya itu.
Faliq tersenyum senang saat Hazriq semakin menghampiri Mawar. Harap rancangan pertamanya itu menjadi.
"Assalamualaikum, Mawar." sapa Hazriq penuh lemah lembut. Dia kekok. Kata-kata Faliq di pejabatnya masih terngiang-ngiang di ingatan.
*imbas kembali*
"Sebagai langkah permulaan kau kena ubah sikap kau yang dingin, garang, beku tu kepada seorang yang lemah lembut, romantik dan penyayang. Kalau tiga-tiga ni tak ada dalam diri kau memang kau akan out!" kata Faliq dengan penuh keseriusan.
"Lemah lembut? Penyayang? Romantik? Aku ni kena jadi romantik?" Faliq mengangguk sebagai mengiyakan persoalan abangnya itu.
"Lemah lembut tu aku tak boleh nak accept. Macam gaya mak nyah dah! No, no and no!" bantah Hazriq sekeras kerasnya. Dia jadi lemah lembut? Macam mak nyah dekat luar sana tu? Memang tidaklah. Tak dapat dibayangkan.
"Come on Haz... Aku bukan suruh kau jadi lembut tapi "lemah lembut". Kau ni pura-pura bodoh ke atau memang bodoh? Simpan sikit eh bodoh tu untuk 7 keturunan kau akan datang," kata-kata kesat itu di tuju buat Hazriq. Nak kata lelaki itu kurang cerdik, tapi pernah mendapat anugerah dekan. Betul lah cakap orang, handsome tak semestinya cerdik.
"Biadap kau eh kata aku bodoh! Kau tu bijak sangat ke?" marah Hazriq. Dia mula naik berang.
"Tenang, bro. Lek ah jangan marah. Kau ni sikit-sikit nak marah. Cuba kawal sikit. Macam mana lah Mawar tu nak dekat dengan kau?" tanya Faliq sambil menggelengkan kepalanya.
Hazriq merengus kasar. Matanya merenung tajam wajah milik Faliq. "Cepatlah! Aku malas nak gaduh. Apa langkah permulaan kau tu?" tanya Hazriq, malas.
Faliq tersenyum menang. Seketika kemudian dia menerangkan kepada Hazriq apa plan yang sudah diatur olehnya.
"Langkah permulaannya adalah kau kena cuba mengambil tahu tentang diri dia. Macam hobi dia ke. Apa yang dia suka ke. Makanan, minuman. Anything lah. Janji berkait dengan apa yang aku cakap tadi," ujar Faliq sambil tersengih lebar.
*imbasan berakhir*
Pandangan Mawar terus beralih ke arah Hazriq yang sedang berdiri tegak 2 meter di hadapannya. Timbul sedikit rasa curiga di lubuk hatinya. Jarang Tuan Hazriq mahu menegurnya dengan salam. Biasanya lelaki itu tegur begitu saja.
"Waalaikumussalam, Tuan Hazriq. Awal tuan balik hari ni. Biasa sampai pukul 6, hari ni pukul 5," sapa Mawar semula.
"Salah ke aku balik awal? Lagipun aku rindu budak-budak ni," balas Hazriq. Kepala Umar diusap sayang kemudian ubun-ubun Umairah dikucup lembut.
Mawar hanya tersenyum saja melihat tingkah Hazriq itu. "Tak salah pun." jawab Mawar.
"Papa!" panggil Umar.
"Ya, sayang..." pandangannya teralih kepada Umar.
"Papa nak tahu tak kakak Mawar kan hari ni ajar Umar tambah nombor. Umar dah pandai tambah nombor tau, papa!" kata Umar kepada papanya dengan begitu bangga dengan pencapaiannya pada hari ini.
"Ye ke? Baguslah macam tu. Belajar sungguh-sungguh. Banggakan papa. Jangan malas macam Uncle Faliq tau!" Nama Faliq di sebut dengan kuat. Dia ingin lelaki itu dengar.
"Woi! Aku dengar eh apa kau cakap," marah Faliq yang tidak jauh daripada mereka. Sejak tadi lelaki itu berdiri di satu tempat menjadi pemerhati mereka saja.
Mawar hanya ketawa perlahan melihat tingkah kedua-dua tuan nya itu.
"Tuan... Saya nak tegur sikit boleh?" celah Mawar.
"Tegur? Tegur apa?" Hazriq tiba-tiba menjadi gugup.
"Ish, tuan ni. Janganlah gugup. Bukan saya nak tegur apa pun," kata Mawar diselangi gelak ketawa.
"Umar, Umairah. Jom, masuk!" Tiba-tiba Faliq datang mencelah.
"Kenapa pula Uncle? Umar nak duduk sini," rungut Umar. Umairah pula hanya terkebil kebil matanya melihat kejadian di situ.
"Tak apa lah, Tuan Faliq. Biarkan saja," sampuk Mawar.
"Eh, tak boleh. Umar, Umairah jom masuk! Hah, Uncle Faliq ada beli chocolate banyak tau! Siapa nak?" Faliq cuba memancing anak kecil itu. Tujuannya sebenarnya mahu memberi ruang kepada dua insan itu untuk berbual.
"Maiyah nak okelet!"(Mairah nak chocolate!) kata Umairah dalam loghatnya. Si kecil itu mendepa tangan minta di dukung.
"Umar pun nak!"
"Okay jom!" Umairah di dukung sambil tangan Umar di pimpin sebelah kanan. Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam rumah lalu membiarkan dua insan itu berbual sesama sendiri.
Sempat Faliq mengenyit mata kepada Hazriq. Hazriq pula hanya menjeling lelaki itu. Geli betul bila Faliq kenyit mata padanya.
Menggeleng kepala Mawar melihat telatah dua beradik itu apabila di offer dengan chocolate. Terus laju. Daripada tak mahu, terus jadi mahu.
"Mawar.. Fasal tegur tadi tu, kau nak tegur apa?" soal Hazriq, ingin tahu.
"Kenapa sejak dua tiga hari ni tuan makin jauh daripada saya? Macam nak mengelak. Tapi, tiba-tiba hari ni tuan tegur saya. Saya rasa pelik," ujar Mawar bersama luahan yang sudah beberapa hari dia pendam.
"Perasaan kau je kut." balas Hazriq.
"Tak, saya tak rasa ni perasaan saya," kata Mawar.
"Err, tak payah lah cakap fasal ni. Aku kan dah tegur kau. Kau tak perlu rasa apa-apa dah," ujar Hazriq.
"Hm," gumam Mawar.
"Mawar, boleh aku nak tanya sesuatu? Semua soalan ni memang kedengaran pelik dan kau akan rasa aku ni tak waras," ujar Hazriq. Dia ingin melancarkan rancangan ini dengan segera.
"Apa dia? Tanya lah. Saya okay je. Janji tak mengarut lah," balas Mawar. Segaris senyuman dihadiahkan kepada Hazriq.
"Aku nak tanya. Hm, apa tu. Ala, apa hm kau punya-- err," dia menjadi gugup. Kepalanya yang tidak gatal di garu.
"Apa dia tuan? Ish, yang tiba-tiba gugup ni kenapa? Pelik lah tuan ni," celah Mawar.
"Aku nak tanya apa benda yang paling kau nak dan benda tu belum lagi tercapai?" soal Hazriq, satu nafas.
"Hahaha. Tuan Hazriq nak tanya tu je? Tapi kenapa tiba-tiba?" soal Mawar. Dia sedikit meragui dengan sikap Hazriq pada hari ini.
"Salah ke aku nak tahu? Aku kan majikan kau. Cakap saja lah kau suka apa?" soal Hazriq, sedikit kasar. Jelaslah bahawa seorang Emir Hazriq tak mampu nak membuang sikapnya yang dingin, beku dan kasar itu.
"Okay, okay. Bunyinya pelik. Tapi, tak apa. Saya jawab."
Mata Hazriq tetap setia menatap segenap wajah milik Mawar. Jawapan Mawar sedang dia menanti.
"Benda yang suka ya? Hm saya suka kalau seseorang tu bawa saya ke satu tempat yang romantik. Penuh dengan bunga bungaan yang bertebaran di sana sini. Lepastu ada candle light dinner. Wah, romantiknya!" jawab Mawar dengan penuh dramatik.
"Klise sangat. Perempuan suka berangan," gumam Hazriq dalam nada yang perlahan. Nasib tidak didengari oleh Mawar.
"Dan benda yang saya nak capai nanti ialah kahwin," sambung Mawar lagi.
"Kahwin?" soal Hazriq semula.
"Yup, kahwin. Tapi, jap! Kenapa tuan tiba-tiba tanya ya? Ke Tuan nak kahwin dengan saya? Hehe," tersengih sumbing Mawar dibuatnya.
"Kenapa kau fikir macam tu?" soal Hazriq kembali.
"Entah. Tapi, dengan apa yang berlaku pada Tuan Hazriq sekarang ni. Macam ada sesuatu. Ouh... Tuan suka saya eh? Baik mengaku!" serkap Mawar.
Hazriq serta merta terkelu lidah. Haih, apa nak jawab ni?
"Orang tua-tua cakap kalau seseorang tu diam, maknanya betul lah yang tuan suka saya. Eee, bestnya!" ucap Mawar dengan teruja. Wajah kacak milik Hazriq di tatap seketika.
"Merepek lah kau. Buat apa aku nak suka kau? Dahlah gila," jawab Hazriq, selamba. Dia bangun dari duduknya dan ingin berlalu pergi.
"Eleh, walaupun saya gila saya cantik tau!" balas Mawar, geram.
"Perasan!" kata Hazriq sepatah sebelum dia pergi meninggalkan Mawar seorang diri.
Tak best weh! Saya ketandusan ideaaaaaaa huwahhhhhh..saya mahu nanesss huhu.. sorry guys if bosan hm
Share this novel
hi
hi
hi dear. bila nk update