Bab 31

Drama Series 77452

HAZRIQ berjalan laju menuju ke meja setiausahanya, Ashikin setelah dia tiba di tingkat sepuluh di mana ruangan pejabatnya diletakkan. Shikin terus disergah sehingga menyebabkan gadis itu kelihatan sedikit terkejut.

"Asyikin!"

"Eh, Tuan Hazriq! Selamat pagi," ucap Syikin kepada majikannya itu.

"Selamat pagi... Saya nak awak masuk dalam bilik saya sekarang. Ada banyak benda saya nak tanya pasal semalam," beritahu Hazriq lalu terus membuka langkah meninggalkan Syikin dalam keadaan terpinga-pinga.

"Pasal semalam? Errr, jangan kata Tuan Hazriq tau aku bergosip pasal dia sudah. Oi, matilah nak!" kata Syikin sambil kepalanya di sebalik tudung itu digaru walaupun tidak gatal.

"Kau nak ke mana Syikin?" Soal Laila apabila ternampak kelibat Syikin melintasi mejanya.

"Aku nak jumpa Tuan Hazriq kejap. Dia kata nak soal pasal semalam. Eh, seram pula aku tiba-tiba," ujar Syikin dengan keadaannya yang sedikit kelam-kabut. Dia terus berlalu pergi tanpa mendengar dulu balasan dari Laila.

"Eh, Syikin tunggu jap!" panggil Laila apabila melihat Syikin tergesa-gesa pergi meninggalkannya.

"Hai, Syikin ni! Hm...takkanlah sebab gosip semalam kut?" persoalan itu terus menerjah ke fikiran Laila.

"Siapa pula jadi tukang report ni? Ini mesti kerja si Saiful sotong tu!" Nama rakan sekerjanya itu terbit di bibirnya. Dia tahu hanya Saiful itu saja yang suka menjaja cerita sana sini. Semua cerita atau rahsia orang dia nak beritahu satu dunia.

"Oi, nyah! Kau kutuk aku ya?" sergah Saiful yang baru saja keluar dari pantri. Kebetulan pula dia bejalan berhadapan dengan meja Laila lalu terdengar namanya disebut oleh wanita itu.

Laila mengurut perlahan dadanya apabila mendengar satu suara kepit menyergahnya.

"Eh, nyah! Kau ni buat terkejut aku je lah," ujar Laila. Saiful dijeling tajam.

"Kau kutuk aku eh nyah?" soal Saiful sambil bercekak pinggang.

"Bila masa pula aku kutuk kau? Tak kuasa aku," nafi Laila.

"Kau dok sebut nama aku tu, bukan mengutuk lah?" serkap Saiful.

"Ish kau ni nyah! Sibuk jelah! Pergi buat kerja." Laila buat mimik muka malas layan.

"Baik kau bagi tahu sebelum aku lenyek kau macam cekodok pisang nyah. Jangan main-main," ugut Saiful dalam nada kepitnya itu. Langsung tak takut jika dengar dek orang.

"Kau lenyek aku? Boleh ke? Eleh...baru tersangkut dalam lif dah melalak macam itu hari terakhir kau hidup. Ada hati nak lenyek aku macam cekodok pisang," ejek Laila dalam nadanya yang sinis.

"Suka hati kau lah nyah. Menyampah aku! Dah lah, bye!" Saiful terus berjalan pergi ke mejanya semula sambil kakinya dihentak-hetak tanda marah.

"Eleh, sentap ke nyah?" ejek Laila sambil ekor matanya tak lepas melihat kelakuan Saiful yang seperti marah itu.

.
. .

Tok! Tok! Tok!

"Masuk!" Arah Hazriq apabila terdengar bunyi ketukan pintu dari arah luar. Pasti itu setiausahanya.

Syikin memulas tombol pintu setelah arahan masuk diberi oleh Hazriq. Dia melangkah masuk dengan penuh berhati-hati sambil tangan memegang buku catatan yang selalu dibawanya ke mana saja.

"Assalamualaikum, Tuan Hazriq. Ada apa tuan nak berjumpa dengan saya, ya?" soal Syikin.

"Waalaikumsalam. Sila duduk Syikin," arah Hazriq.

Tanpa berlengah Syikin mengambil tempat berhadapan dengan Hazriq.

Kedudukannya dibetulkan sehingga mendapat posisi yang selesa sebelum dia menghadap wajah Hazriq.

"Maaflah kalau saya mengganggu waktu kerja awak. Saya ada nak bertanya sedikit tentang kejadian semalam. Ada apa-apa yang berlaku ke masa saya tiada di pejabat?" soal Hazriq penuh serius.

"Semalam?"

Hazriq mengangguk.

Syikin cuba mengingati semula apa yang terjadi semalam swaktu di pejabat. Oh, ya! Dia ingat semalam yang ada seorang wanita persis model ala-ala seperti diva datang ingin berjumpa dengan Tuan Hazriqnya.

"Semalam tuan ada seorang wanita ni datang ke pejabat cari tuan. Tapi saya jawablah yang Tuan Hazriq tak ada di pejabat. Dia marah-marah saya kata saya ni tipu dia. Saya minta dia buat temu janji kalau dia nak jumpa dengan tuan tapi dia marah-marah lepastu dia pun terus balik macam tu saja," cerita Syikin kepada Hazriq.

Hazriq mengangguk faham.

"Siapa wanita tu?" soal Hazriq.

"Alamak! Maaf Tuan Hazriq saya tak sempat nak tanya nama wanita tu apa. Saya minta maaf tuan," ucap Syikin sambil tersengih sumbing.

"Tak apa. Tapi awak ingat tak rupa wanita tu?" soal Hazriq. Dia berharap gerangan siapa yang mengacau fikiran adiknya itu tepat dengan apa yang sedang berlegar di fikrannya kini.

"Ingat! Dia tinggi lampai ala-ala model. Kulit dia cerah tak ada sealit pun cacat cela dan dia berpakaian seksi ala- ala diva gitu. Dan yang paling penting dekat tepi hujung bibir dia ada tahi lalat kecil," terang Syikin kepada Hazriq.

Hazriq mengangguk faham. Tiba-tiba dia tersentak. Ingatannya teringat akan seseorang. Tak salah lagi. Tetap tanggapannya.

"Riyana..." nama itu terbit dari bibir Hazriq.

"Riyana?" Soal Syikin.

"Siapa Riyana? Soal Syikin lagi. Dia tahu tapi pura-pura tidak mahu nampak seperti tahu tentang wanita yang bernama Riyana itu.

"Dia---" belum sempat Hazriq menjawab soalan Syikin, tiba-tiba saja telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk.

Dia melihat skrin telefon pintarnya.

'Mawar?' detik hatinya.

Tanpa menunggu lama panggilan itu diangkat.

"Helo, Mawar..."

"Papa tolong! Ada perempuan gila tarik rambut kakak Mawar," ujar Umar disebalik panggilan itu. Dia cemas.

"Perempuan gila?" soal Hazriq separuh menjerit kepada anaknya itu.

"Papa, cepat balik! Nanti kakak Mawar makin sakit. Papa cepat tau!" gesa Umar menyuruh Hazriq pulang dengan cepat.

"Mana tok ma dengan tok pa?"

"Papa, cepat balik..." gesa Umar lagi. Dia risau apabila melihat kakak Mawarnya itu dalam keadaan seperti itu. Kalau dia besar dah lama perempuan gila tu dia pukul.

"Ya, papa balik. Tunggu kejap. Kejap lagi papa sampai tau," balas Hazriq sebelum dia memutuskan talian.

Dalam keadaan yang tergesa-gesa dia terus mencapai kunci kereta dan dompet.

"Syikin, apa-apa meeting atau perjumpaan sekalipun awak batalkan semuanya. Buat tarikh yang baru. Saya kena balik dulu," pesan Hazriq kepada setiausahanya itu sebelum dia terus pergi meninggalkan ruang pejabat itu.

Terbit di sudut hatinya rasa bimbang dan risau akan keselamatan Mawar kini. Harap baik-baik saja sebelum dia tiba ke rumah.

Share this novel

kuciq2902
2021-02-12 17:41:34 

chapter 31 & 32 memang kosong ke?


NovelPlus Premium

The best ads free experience