"MAWAR..."
Mawar yang baru saja keluar dari bilik tidur Umar itu, terus menoleh ke belakang apabila namanya dipanggil.
"Tuan Hazriq..." nama itu terpacul daripada bibirnya.
"Dah lama ke tuan kat depan bilik ni? Tuan dengar?" soal Mawar. Wajah Hazriq di pandang.
Hazriq diam. Dia tidak menjawab soalan yang di tanya oleh Mawar. Tangan kanan di seluk ke dalam saku seluarnya sebelum anak mata milik gadis itu ditenung dalam.
"Aku nak jumpa dengan kau dekat bawah. Aku tunggu dekat gazebo laman rumah," kata Hazriq sebelum dia berlalu pergi meninggalkan Mawar sendirian.
Mawar hanya mengangguk perlahan. Pintu bilik Umar di tutup rapat sebelum dia pun turut melangkah mengikuti langkah Hazriq.
•
•
•
DARI jauh sudah terlihat Hazriq yang sedang duduk di gazebo yang terletak di laman rumah. Dia segera melangkah mendekati lelaki itu.
"Ada apa Tuan Hazriq nak jumpa saya?" tanya Mawar kepada Hazriq.
"Duduklah dulu." arah Hazriq. Soalan Mawar dia tidak jawab.
Mawar segera melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Tuan Hazriq nya itu. Pelik pula dia dengan Tuan Hazriq nya itu. Biasanya tak mahu bercakap dengan dia. Hari ini tiba tiba saja ajak duduk bersebelahan.
"Ada apa tuan suruh saya datang sini? Ada apa-apa yang tuan nak cakap ke?" soal Mawar lagi.
Hazriq mengeluh perlahan. Dia tidak tahu mahu mula daripada mana.
"Tuan..." lembut suaranya memanggil.
Hazriq menundukkan kepalanya lalu matanya di pejam rapat.
"Mawar, aku nak minta maaf," ucapnya. Akhirnya, Hazriq menurunkan egonya.
"Minta maaf? Sebab?"
"Aku nak minta maaf sebab selama dua bulan ni aku bersikap dingin dengan kau. Aku, aku tak tahu kenapa tapi aku nak minta maaf," jelas Hazriq.
Mawar tersenyum kecil.
"Walaupun saya tak tahu sebab kenapa tuan dingin dengan saya. Tapi saya tetap maafkan tuan. Lagipun saya tak lah ambil hati sangat. Sikit tu ada lah. Tapi tak sangat," kata Mawar bersama senyuman tipis yang tak lekang dari bibir.
"Betul ke kau maafkan aku? Ikhlas?" soal Hazriq bertalu talu. Anak mata Mawar ditenung dalam.
"Ya, saya maafkan."
Hazriq tersenyum tipis.
"Tuan..." panggil Mawar.
"Ya."
"Tuan dengar ke tadi?" soal Mawar ragu ragu.
"Dengar," balas Hazriq.
"Aku terkejut. Aku tak sangka sampai macam tu sekali Umar kena tempias. Dia kecil lagi. Mungkin dia tak faham lagi dengan semua ni. Tapi, kenapa dia perlu rasa macam ni?" luah Hazriq.
Mawar hanya diam. Dia turut simpati atas nasib anak yang masih kecil itu. Kecil kecil lagi sudah di uji dengan dugaan yang hebat.
"Aku tak minta semua ni jadi Mawar. Aku tak minta untuk anak-anak aku hidup tanpa kasih sayang ibu mereka. Tapi dah takdir. Aku tak mampu nak lawan takdir Tuhan," sambung Hazriq. Nadanya kedengaran sayu.
"Tuan... Saya tahu tuan tak minta semua ni terjadi. Dan saya yakin suatu hari nanti tuan akan jumpa seseorang yang boleh menggantikan tempat arwah isteri tuan dan ibu yang terbaik kepada Umar dan Umairah. Insha-Allah," ucap Mawar. Dia berdoa supaya suatu hari nanti Tuan Hazriq nya itu akan bertemu seseorang yang mampu menyayangi anak-anak tuannya itu.
"Siapa Mawar? Ada ke lagi perempuan yang macam tu?" soal Hazriq.
"Ada!" jawab Mawar.
"Siapa?" terjengket kening Hazriq dibuatnya.
"Saya lah," balas Mawar. Dia cuma bergurau saja. Niat cuma ingin menceriakan keadaan.
"Eee... Perasan kau eh? Dah lah tak cantik. Ada hati nak berangan jadi isteri aku," balas Hazriq, selamba. Padahal itu bukanlah yang dimaksudkan oleh hatinya. Nampak sangat mulut tak seiring dengan kata hati.
"Eleh, saya pun tak mahu lah dengan tuan. Baik saya pilih Tuan Faliq. Dahlah handsome, baik, penyayang dan dia tu kelakar tau!" kata Mawar. Adik kepada Tuan Hazriq nya itu di puji melambung lambung.
"Bukan macam Tuan Hazriq! Dah lah dingin, garang, tak romantik pula tu. Kelakar, jauh sekali!" selamba dia mengutuk Hazriq. Tapi memang benar. Baginya Tuan Hazriq dan Tuan Faliq jauh sangat bezanya. Bagai langit dengan bumi.
"Elehhh kau nak kutuk kutuk aku eh? Sedar sikit siapa yang bayar gaji kau. Aku potong karang baru tahu," nadanya berbaur ugutan.
"Ish, tuan ni! Sikit-sikit ugut nak potong gaji. Mana aci?" marah Mawar.
"Aci kat India bukan kat sini," balas Hazriq, sengaja ingin menyakitkan hati Mawar.
"Ish, menyampah lah cakap dengan tuan ni! Baik saya masuk dalam lepas tu makan," ujar Mawar. Dia bangun dari duduknya sebelum kakinya segera menapak ingin masuk ke dalam rumah.
"Makan je kerja kau! Macam mana tak gemuk?" jerit Hazriq.
"Diamlah!" balas Mawar dalam nada yang marah. Berani nak kata dia gemuk?
Hazriq memandang rumput yang sedang bergoyang mengikut arah angin itu. Dia tersenyum kelat. Sedikit sebanyak rasa cemburu meresap ke dalam hatinya. Jujur dia cemburu apabila Mawar bersungguh memuji sikap Faliq yang baik dengan gadis itu.
'Adakah Mawar suka pada Faliq?'
'Tiadakah secebis harapan untukku?'
Semakin penuh tanda tanya yang menerjah ke fikirannya.
Sorry lambat huhu.. saya semalam leka main game sampai lupa nak update.. hehe sorry tau.. ni untuk korang.. maaf kalau bosan... cerita saya makin lama makin sendu huhu
Share this novel
hi dear. uodate olzz....
hi dear. uodate olzz....
dear...... bila nk update lg satu chapter ni...