"SAYA rasa kita kena bagitahu semua orang pasal hubungan kita. Sampai bila kita nak berahsia? Dah lama sangat kita simpan..." kata Syikin kepada kekasihnya itu.
Yalah, mana tidaknya. Sudah hampir setahun setengah mereka bercinta tetapi tiada siapa yang tahu akan hubungan mereka sehingga kini.
"Ala... Sabarlah sayang. Bila tiba waktunya nanti saya akan bagitahu semua orang tentang hubungan kita ni. Okey, sayang? Saya janji," balas Fahmi kepada buah hati kesayangannya itu.
"Awak tahu tak, dah lah bos saya yang seorang tu cuba nak mengorat saya. Rimas tau saya. Asyik-asyik nak mengganggu saya je kerja!" adu Syikin kepada Fahmi tentang perihal Faliq yang sering kali mengganggu dirinya.
"Siapa bos awak tu? Meh, saya nak jumpa dia. Berani dia kacau buah hati saya. Dia tak tahu ke awak tu kekasih hati saya?" marah Fahmi.
Syikin hanya menjeling menyampah kepada Fahmi.
"Eleh...memanglah dia tak tahu. Sebab awak kan pernah cakap sebelum ni, jangan bagitahu sesiapa pasal hubungan kita. Jadi, saya tak bagitahu lah yang awak boyfriend saya," jawab Syikin, selamba.
"Hihi, sorry sayang. Alah, awak jangan risau. Saya janji dalam masa terdekat ni saya akan bagitahu semua orang tentang hubungan kita. Saya ingat janji saya dari dulu lagi. Don't worry, okay!" pujuk Fahmi. Dia sudah berjanji dan janji itu takkan dia lupai.
Syikin mengukir senyum tipis. Sedikit sebanyak kata-kata lelaki itu menenangkan hatinya yang kacau itu. Tetapi, ada sesuatu yang mengganggu fikirannya sejak dulu lagi. Tentang Mawar.
"Awak macam mana kalau Mawar marah saya sebab saya bercinta dengan awak? Mesti lepas tu dia tak mahu lagi berkawan dengan saya. Macam mana ni awak? Matilah saya kalau macamtu. Saya tak nak putus kawan dengan Mawar disebabkan hubungan kita ni," ujar Syikin penuh kerisauan.
Dia bimbang jika Mawar tidak sudi berkawan lagi dengannya hanya disebabkan dia bercinta dengan abang sahabat baiknya itu. Dia tak mahu hal itu berlaku. Dia sayang akan hubungan persahabatan mereka. Dia tak mahu terputus akibat perkara sebegitu.
Fahmi ketawa kecil melihat telatah gadis kesayangannya yang penuh dengan kerisauan. Haih..comel sungguh!
"Asyikin... Awak jangan lah bimbang. Saya yakin Mawar akan okey dengan semua ni. Dia seorang yang baik. Saya kenal sangat dengan adik perempuan saya tu. Awak tak perlu risaukan apa-apa pasal Mawar. Insha-Allah dia boleh terima semua ni. Mawar Arissa seorang yang berfikiran matang walaupun perwatakan dia macam budak-budak. Jangan risau. Okey, sayang?" kata Fahmi dalam intonasi yang lemah lembut.
Dia kenal bagaimana adik perempuannya itu. Mawar seorang gadis yang baik dan lemah lembut orangnya. Dia yakin Mawar bukan apa yang difikirkan oleh Syikin. Dia sungguh kenal dengan perwatakan satu-satu adik perempuannya itu.
Syikin mengangguk kepalanya tanda dia mengerti dengan apa yang diperkatakan oleh Fahmi. Mawar memang baik walaupun otaknya tak beberapa nak center. Tapi, dia memang seorang kawan yang sangat penyayang.
"Janji ya? Lepas ni awak bagitahu semua orang," kata Syikin.
"Ya, sayang... Saya janji. Lepas je saya bagitahu tentang hubungan kita, saya akan masuk meminang awak. Lepastu kita kahwin," balas Fahmi penuh bersungguh. Dia janji pada dirinya yang dia akan halalkan gadis itu dalam masa terdekat ini.
"What?! Meminang? Kahwin?" jeritan suara itu membuatkan kedua-dua pasangan sejoli itu terkejut besar.
"Eh, Mawar!" sapa Syikin, mesra.
"Siapa Mawar? Explain sekarang! Apa meminang, kahwin bagai ni? Huh, angah?" soal Mawar dengan mimik wajahnya yang garang. Jarang mahu melihat Mawar dalam keadaan begitu. Sampai cakap pun dah berbelit lidah.
Pasangan kekasih itu jelas sekali terkaku membisu. Seperti lidah mereka kelu untuk berkata-kata.
"Kenapa diam? Bisu?" kini Mawar duduk bertentangan di hadapan sahabatnya dan abangnya itu.
"Angah boleh explain semua ni," kata Fahmi kepada adiknya itu.
"Hah, explain lah! Nak dengar ni," balas Mawar sambil menyilang kedua belah tangannya ke dada.
"Sebenarnya, kitaorang dah lama bercinta," kata Fahmi, perlahan.
"Hah! Bercinta?!" Jelas riak terkejut di wajah Mawar Arissa. Jeritannya itu mengundang perhatian orang di sekeliling mereka. Tapi, apa Mawar hairan? Pandangan orang tak penting daripada berita yang baru saja dia tahu ini!
.
.
.
.
LANGKAH kaki di atur penuh cermat sambil tangan kirinya menarik bagasi bersaiz sederhana. Ekor matanya melilau mencari kelibat keluarganya di sekitar kawasan KLIA (Kuala Lumpur International Airport).
Setelah ternampak akan kelibat keluarganya, lambaian tangan diberikan sebelum langkah kaki di hayun dengan laju mendekati mereka.
"Mama! Papa!" jerit Riyana penuh teruja.
Kekura kedua-dua orang tuanya itu dikucup lembut sebelum kedua belah pipi mamanya dikucup sayang. Tubuh papanya dipeluk erat melepaskan kerinduan setelah hampir 3 tahun dia tidak pulang ke tanah air.
"Riyana macam mana? Mama ingat dah tak mahu balik Malaysia dah. Ingat nak tinggal kat UK tu terus," ujar Puan Sri Azizah seolah memerli anaknya itu.
"Ish, mama ni! Ni Ana balik dah kan? Ana patah balik karang, baru tahu," balas Riyana sengaja ingin mengugut mamanya itu.
"Alah, mama gurau je. Janganlah patah balik. Tak ada teman mama kat sini seorang diri saja. Nak harapkan papa kamu teman...sibuk memanjang dengan kerjanya." Sempat suaminya, Tan Sri Aminuddin di jeling manja.
Riyana hanya tersenyum melihat gelagat mama dan papanya itu.
"Macam mana dengan UK? Best ke duduk sana? Ke dah ada boyfriend sampai tak mau balik Malaysia?" Sempat anak daranya itu di usik.
Riyana mencebik tidak suka. Seperti kurang senang dengan soalan papanya itu.
"Ish, papa ni! Mana ada lah! Ana single lagi okey!" tegas Riyana berkata kepada Tan Sri Aminuddin. Dia tahu yang papanya itu hanya bergurau.
"Hahaha yelah, yelah. Dah jom kita balik," ajak Tan Sri Aminuddin.
"Hah ya. Jomlah balik. Duduk kat sini lama-lama buat apa? Baik kita balik rumah boleh sembang panjang," balas Puan Sri Azizah sambil menarik tangan Riyana bersama.
Baru saja beberapa langkah, Riyana tiba-tiba bersuara.
"Err, ma, pa... Mama dengan papa baliklah dulu. Ana nak jumpa kawan lah sekarang. Ana dah janji dengan dia," ujar Riyana kepada kedua-dua ibu bapa nya.
"Alah... Ana baru saja sampai Malaysia, dah nak pergi jumpa kawan. Balik rumah pun tak sempat lagi," kata Puan Sri Azizah penuh sayu. Mana tidaknya, baru saja pulang sudah mahu bertemu kawan.
"Haih, kamu ni Zah. Biarlah Ana tu nak jumpa kawan dia. Lagipun dia baru je sampai mestilah nak jumpa kawan yang dah lama tak jumpa. Apa salahnya..." sampuk Tan Sri Aminuddin.
"Betul tu, ma. Ana janji Ana akan balik secepat yang mungkin," ucap Riyana kepada mamanya.
"Hm, yelah, yelah. Balik cepat, okey! Lepas jumpa kawan tu terus balik, jangam merayap pula!" pesan Puan Sri Azizah.
"Baiklah mem besar!" kata Riyana sambil ketawa kecil.
Riyana menghantar mama dan papanya sehingga ke parkir kereta. Bagasinya juga telah dibawa pulang sekali oleh mereka. Setelah kereta yang dipandu oleh driver papanya itu hilang daripada pandangan mata, segera nombor rakan baiknya di dail.
"Helo, jemput aku kat airport sekarang. Aku tunggu. Cepat sikit, tau!" terus talian diputuskan tanpa sempat mendengar balasan rakannya itu.
Sebelum dia mematikan telefon bimbitnya, gambar seseorang yang menjadi latar belakang skrin telefonnya itu ditatap penuh kerindui. Seorang yang amat dia cintai dan dia rindui. Dia berjanji akan merebut semula hati jejaka itu. Dia tekad.
"I'm back, Emir. I rindukan you sangat-sangat. And I tak sabar nak jumpa you balik, Emir Hazriq..." bisiknya, perlahan. Segaris senyuman sinis terleret dibibirnya. Kenangan yang lalu masih lagi terbayang di ruang ingatannya dan membuatkan dirinya masih lagi berdendam dengan seseorang yang amat dibencinya. Walaupun orang itu sudah tiada lagi di dunia ini.
sorry if lambat update.. sorry juga kalau bab ni bosan bagi korang..sebab saya kekeringan idea hehe.. selamat menjalani online class bagi kawan2 semua termasuklah saya huhu.. selamat bersekolah kepada kakak abang yang akan menduduki SPM 2020 nanti..jaga diri, jaga SOP okey ;-) stay safe and stay at home semua orang.. love u guys muahh hehe
Share this novel