"HARI ini aku sibuk sangat-sangat. So, kau tak perlu call aku kalau tak ada hal yang penting. Faham?" kata Hazriq di hujung talian dengan nadanya yang tegas.
Mawar mengangguk faham dengan apa yang dikatakan oleh majikannya itu. Walaupun Tuan Hazriq tidak nampak tingkah lakunya itu namun dia tetap mengangguk saja dengan apa yang diperkatakan oleh lelaki itu.
"Baiklah, tuan!" balas Mawar.
"Jangan lupa ambil Umar nanti. Jangan pula lambat macam haritu, tak pasal-pasal kena maki free dengan aku," pesan Hazriq kepada Mawar. Dia berpesan sebegitu pun disebabkan hal tempoh hari, di mana Mawar terlupa menjemput Umar daripada taska. Tak pasal-pasal dapat makian percuma daripada dia. Apabila terlihat air mata gadis itu yang hampir menitis tak jadi dia hendak marah lebih-lebih.
"Hah, okey!" balas Mawar dengan malas. Saja lah tu mahu ungkit kejadian yang lepas. Dia tahulah dia cuai. Tak perlu ungkit kut.
"Kau jangan okey, okey pula. Kalau aku tahu lagi sekali kau ulang perkara yang sama, siap kau! Aku tak teragak-agak nak pecat kau!" sengaja gadis itu diugutnya. Dia tak maksudkan dengan kata-katanya itu.
Mawar mencebik bibir mungilnya itu.
"Eleh, nak pecat aku konon. Berani buatlah!" kata Mawar sendirian dalam nada yang berbisik agar tidak didengari oleh Tuan Hazriqnya itu.
"Aku dengar apa yang kau cakap! Jangan sampai aku pecat kau betul-betul baru kau tahu!" ujar Hazriq. Kedengaran dingin nadanya seperti kebiasaannya.
Mawar diam. Malas mahu berbicara. Lagi-lagi mendengar suara tuannya yang dingin itu. Kadang-kadang dia hairan dengan sikap Tuan Hazriqnya itu. Sekejap baik, sekejap lagi mula lah nak marah-marah. Kadang pula dingin lepas itu tiba-tiba bertukar romantik. Pelik.
"Mawar..." panggil Hazriq. Nadanya lembut tidak sedingin tadi.
Mawar mengeluh perlahan. Tadi baru saja bersikap dingin, ini tiba-tiba saja baik. Kadang dia rasa tuannya itu mempunyai masalah split personality. Itulah sekejap ok, lepastu k.o.
"Ye, tuan?" acuh tak acuh saja bunyinya.
"Kau jaga diri elok-elok kat rumah tu," ucap Hazriq secara tiba-tiba.
Mawar mengerut dahi. Jarang sekali Tuan Hazriq mahu mengambil berat tentang dirinya. "Kenapa tuan tiba-tiba kata macam tu? Peliklah..."
"Hah! Apa yang peliknya? Aku pesan sebab kau kan sorang-sorang kat rumah. Mama, papa, Umairah kan keluar. Itulah aku pesan. Manalah tahu tiba-tiba kena culik ke rompak ke? Kan dah menyusahkan aku." Penafian panjang Hazriq itu membuatkan Mawar mengerut keningnya.
"Apa tuan merepek ni?! Culik rompak bagai. Lagipun kan tuan, Mak Jah kan ada sekali kat rumah. Tuan tak payah risaulah. Saya okey. Terima kasih sebab risaukan saya," ucap Mawar sambil tersengih suka.
"Eh, eh! Tolong sikit...aku tak risau pasal kau ek. Jangan nak perasan sangat!" nafi Hazriq lagi.
"Eleh!" Buat pening sajalah Tuan Hazriq nya ini.
"Dah! Jangan lupa jemput Umar. Kalau kau lambat lagi, siap kau! Aku tak teragak-agak nak pecat kau. Bye!" Talian terus dimatikan tanpa sempat Mawar membalas apa-apa.
Mawar mencebik bibirnya. Skrin telefon bimbitnya yang kosong itu dipandang geram.
"Aku tak teragak-agak nak pecat kau. Bye!" Mawar mengajuk kata-kata Hazriq sambil suaranya dibuat-buat seperti Hazriq.
"Eleh... Dia fikir dia bos dia baguslah. Dia boleh dingin dengan semua orang? Hm... Tak apa, tak apa. Eee...rasa nak cekik-cekik jelah!" kata Mawar dengan penuh geram.
Langkah kaki di bawa ke taman mini milik Puan Sabrina. Lebih baik tenangkan diri sebentar sambil mencuci mata melihat permandangan di sekitar kawasan perumahan itu.. Mana tahu tiba-tiba ada lelaki kaya dan kacak lalu di hadapan rumah majikannya ini. Boleh jual minyak urat.
RIYANA mencapai kunci keretanya sebelum dia keluar menyarung kasut tumit tinggi pada kaki. Kebetulan pula Puan Sri Azizah nampak anak gadisnya yang mahu keluar itu terus datang menegur.
"Ana nak ke mana ni?" soal Puan Sri Azizah kepada Riyana.
"Ana nak keluar kejap," jawab Riyana. Handbag yang diletakkan di atas bangku tadi dicapai sebelum disangkut pada bahunya.
"Pergi mana?" soal Puan Sri Azizah lagi.
"Jumpa Emir." Balasnya dua patah.
"Buat apa jumpa Emir?" tanya Puan Sri Azizah mula rasa kurang senang dengan jawapan anak gadisnya itu.
"Saja. Ana rindu dia. Dah tiga tahun kan kitaorang tak jumpa," jawab Riyana. Terpancar keterujaan di wajahnya. Tak sabar dia mahu bertemu dengan Emir Hazriq.
Puan Sri Azizah diam membisu.
"Okeylah ma. Ana pergi dulu. Bye!" pamit Riyana lalu terus berlalu pergi.
Puan Sri Azizah cuma melihat saja tanpa berkata apa-apa sehingga kereta milik Riyana hilang dari pandangan matanya.
SETELAH hampir setengah jam memandu, Riyana tiba di pejabat milik kekasih hatinya itu. Dia berjalan penuh diva menuju ke lif. Semua mata-mata yang berada di situ terarah kepadanya.
Tiba saja di tingkat 10 dia terus berjalan mendekati meja setiausaha. Apa yang dilihat tak banyak berubah tempat ini dengan tiga tahun yang lepas.
"Hello! Excuse me?" Cermin mata hitamnya ditanggalkan lalu di masukkan ke dalam handbag miliknya. Matanya memandang tepat pada wajah Syikin.
"Ye cik. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" soal Syikin penuh ramah.
"I nak jumpa dengan Emir Hazriq," jawabnya sambil ekor matanya melihat sekeliling ruangan pejabat itu.
"Maaf cik. Tuan Hazriq tak ada," jawab Syikin dengan sopan.
"Dia pergi mana?" Wajah berangnya terlihat jelas.
"Err Tuan Hazriq dia keluar meeting di luar mungkin sampai lewat petang dia tak akan masuk pejabat."
"You tipu I ke? Jangan nak berani tipu I ya!" marah Riyana tiba-tiba.
"Tipu? Mana ada cik saya nak tipu. Tak ada masa saya nak menipu. Betul, Tuan Hazriq memang tak ada sekarang," balas Syikin, masih bersopan walau Riyana berkasar dengannya tadi.
"Kalau cik nak jumpa dengan Tuan Hazriq, cik boleh buat appoiment dulu," kata Syikin kepada gadis tinggi lampai dengan berpakaian seksi itu.
"No need. I nak balik. Thank you sajalah! Bye!" kata Riyana penuh kesombongan dan terus berlalu pergi meninggalkan tempat itu. Buang masanya saja datang ke sini.
"Ish, berlagaknya! Acah diva betul!" kutuk Syikin setelah bayangan Riyana hilang dari pandangan matanya.
"Siapa tu Syikin?" Datang Ain tiba-tiba saja menyibuk.
"Entah. Manalah aku tahu. Tiba-tiba saja nak marah aku bila aku cakap Tuan Hazriq tak ada," balas Syikin kepada Ain.
"Korang tak tahu ke?" sampuk Laila secara tiba-tiba.
"Tahu? Tahu apa?" tanya Syikin dan Ain serentak.
"Itukan Cik Riyana tak silap akulah. Dialah penyebab arwah isteri Tuan Hazriq, Puan Aisyah meninggal dunia. Kecoh jugalah waktu tu. Sejak tu lah tuan kita tu bersikap dingin dengan semua orang," cerita Laila kepada Syikin dan Ain.
Bukan main terkejut kedua-dua wanita itu saat mendengar cerita yang disampaikan oleh rakan sekerja mereka itu.
"Seriuslah Laila?" soal Ain seolah tidak percaya.
Laila hanya mengangguk sebagai jawapan.
"Mana kau tahu semua cerita ni?" soal Syikin pula.
"Aku kan dah kerja kat sini nak dekat 4 tahun dah. Mestilah aku tahu pasal kes tu," jawab Laila.
"Apa yang terjadi sebenarnya weh?" tanya Ain kepada Laila.
"Hah, hah! Apa yang jadi sebenarnya? " sampuk Syikin.
"Aku tak lah ingat sangat apa puncanya terjadi perkara ni. Setahu aku Cik Riyana tu berdendam dengan Puan Aisyah sebab Puan Aisyah kahwin dengan Tuan Hazriq. Boleh dikatakan Cik Riyana tu sukakan Tuan Hazriq lah. Masa hari kejadian tu pula Cik Riyana bergelut dengan Puan Aisyah lepas tu dia tertolak Puan Aisyah dan pada saat itu Puan Aisyah tumpah darah," cerita Laila dengan penuh semangat.
Manakala Ain dan Syikin pula tekun mendengar setiap yang Laila ceritakan kepada mereka.
"Wait! Waktu tu Puan Aisyah mengandung ke?" sampuk Syikin.
"Haah. Seingat akulah waktu tu arwah Puan Aisyah mengandung dah masuk 8 bulan," balas Laila.
"Tapi, mana Tuan Hazriq waktu tu?" soal Syikin ingin tahu.
"Oh waktu tu Tuan Hazriq kat luar dan waktu tu Puan Aisyah datang ke sini nak berjumpa dengan Tuan Hazriq tapi tu lah tak sempat. Kau tahu sebab apa Puan Aisyah tu datang ke sini?"
Mereka menggelengkan kepala tanda tidak tahu.
"Sebab nak suprise kan Tuan Hazriq semperna ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-4. Tapi tak sangka kan semuanya berakhir macam itu saja. Kesian Tuan Hazriq," ucap Laila.
Ain pula hanya mengangguk saja kepalanya.
"Hm, kesiannya." Syikin meluahkan rasa simpati terhadap nasib Tuan Hazriq nya itu. Dia tak sangka rupanya Tuan Hazriq pernah melalui detik sebegitu. Jatuh kasihannya pada majikannya itu.
Tanpa mereka bertiga sedar, Faliq teedengar perbualan antara ketiga-tiga gadis itu. Dia tak sangka dengan apa yang dia dengari. Pelbagai tanda tanya yang menerjah kotak fikirannya kini.
"Ana dah kembali?" bisiknya, perlahan.
Sorry lambat update.. ini untuk korang❤ maaf kalau bosan❤
Share this novel