Bab 2

Drama Series 77452

PAGI yang cerah lagi indah ini buat dia tersenyum gembira. Siapa lagi kalau bukan Mawar Arissa. Dia gembira kerana hari ini dia bakal di temu duga. Tak sabar di hati rasanya ingin ke temu duga tersebut.

Hari ini dia bangun sendiri tanpa dikejut oleh Puan Azlin. Rasa berbangga diri kejap. Kalau tak kerana dek teruja dia, memang tidaklah dia bangun awal pagi begini. Perkhabaran Syikin petang semalam, sungguh membuat dirinya teruja tidak terhingga.

Mawar hanya mengenakan baju kurung moden dengan rambutnya diikat ekor kuda. Bedak dipakai bersama gincu yang dicalit sedikit ke bibir mungilnya.

Setelah berpuas hati dengan menampilannya, Mawar segera mencapai tas tangannya dan sebuah fail resume lalu menapak turun ke ruang makan.

Puan Azlin yang dilihat sedang menyediakan makanan itu disergah dari arah belakang.

"Bah!"

Puan Azlin mengusap lembut dadanya sebelum lengan anak perempuannya itu ditampar perlahan.

"Ish, Mawar! Terkejut ibu dibuatnya. Kalau ibu ada sakit jantung macam mana? Eee, budak bertuah ni," bebel Puan Azlin.

Mawar tersengih manja lalu belakang tubuh ibunya itu dipeluk erat.

"Sorry, ibu," ucapnya.

"Yelah, yelah. Ini wangi-wangi nak ke mana ni?" soal Puan Azlin, hairan.

"Orang nak pergi cari kerjalah ibu. Semalam ibu juga yang membebel suruh orang kerja. Ini hari ni orang nak pergilah," balas Mawar. Puan Azlin mengangguk faham.

Mereka berjalan beriringan menuju ke meja makan sambil Puan Azlin menatang dulang yang di atasnya mempunya teko teh.

"Baguslah, ibu baru ingat nak kejut tadi. First time ibu tengok anak dara ibu yang seorang ni bangun awal. Kalau tidak, selagi matahari tu tak tegak atas kepala selagi itulah Mawar Arissa tak bangkit."

Mawar tersengih sengih lalu air teh panas dicicip perlahan. "Eee, ibu ni malulah Mawar," ujarnya.

Puan Azlin hanya menjeling lalu tangannya tangkas mencedok nasi goreng ke dalam pinggan.

Mawar memandang sekeliling ruang makan itu. Sunyi. Kosong. Taklah kosong, yang ada cuma dia dan ibu. Mana yang lain?

"Ibu, mana yang lain? Babah? Angah? Alang?" soal Mawar bertalu talu.

"Babah awak tu macam biasalah, pagi-pagi lagi dah ke warung tempat dia lepak tu. Biasalah orang tua-tua melepak kat situ," balas Puan Azlin. Lali sudah dia dengan suaminya itu, Encik Ahmad Sufian. Setiap pagi kadang-kadang pasti saja orang tua itu keluar mengopi dengan kawan-kawannya di warung hujung simpang itu.

Mawar hanya meng-oh-kan sahaja. "Angah? Alang? Diaorang mana?"

"Angah, awal-awal lagi dia dah ke hospital. Alang pula ada kat atas tu. Tak turun lagi."

"Ouh,"

Mawar mempunya tiga orang abang. Ramai bukan abangnya? Along, angah dan alang. Alongnya, Farhan Nazmi sudah berkahwin sejak 5 tahun yang lalu bersama dengan Aimi Raudhah iaitu kakak ipar kesayangannya. Mempunyai 2 orang cahaya mata yang sangat comel seperti Mak Usu nya. Along kini sudah berganjak ke usia 32 tahun dan along merupakan seorang pensyarah di sebuah universiti awam sama seperti babahnya dulu, Encik Sufian. Angah merupakan abang kedua kepada Mawar. Namanya diberi Fahmi Arsyad. Kini, abangnya itu sudah berusia 29 tahun juga berkhidmat sebagai doktor di sebuah hospital kerajaan.

Last but not least, alang iaitu abang yang paling dia sayang. Dia sayang je semua tapi alang adalah favourite dia. Alang diberi nama Fauzan Haiqal. Alang kini berumur 27 tahun. Setahun yang lepas alang baru saja menamatkan masternya dan kini dia bekerja sebagai seorang engenieer di sebuah syarikat perkapalan.

Mawar Arissa merupakan adik kesayangan mereka. Siapa berani sentuh adik kesayangan mereka walau sejengkal, memang cari nahaslah orang itu. Sebab itulah Mawar sangat menyayangi abang-abangnya yang terlalu overprotective itu.

"Hah, Mawar. Bila kamu nak gerak?" soal Puan Azlin sekaligus menyentakkan Mawar dari lamunannya.

"Err, pukul 9 interview tu start. Sekejap lagi Mawar gerak, " jawab Mawar sambil dia mengerling jam di pergelangan tangannya itu. Jam baru menunjukkan pukul 7:41 pagi.

"Baik kamu gerak sekarang. Pagi-pagi macam ni mesti sesak jalan raya tu. Kalau kamu pergi awal, sampai awal," ujar Puan Azlin.

Tidak semena mena kata-kata Syikin semalam terlayar di kotak fikirannya. "Kalau kau lambat walaupun sesaat, kau terus kena reject. Bos aku tu dahlah dingin semacam."

Dia menggeleng gelengkan kepalanya apabila kata-kata itu berulang di kotak fikirannya. Lantas dia segera bangun. Sempat air teh panas itu dicicipnya.

"Orang pergi dululah ibu. Takut pula kalau lambat. Hehe, muah," kekura ibu dikucup dan pipi ibu dikucup sayang.

"Bye ibu, assalamualaikum," setelah salam diucap dia terus berlari anak menunu ke pintu utama. Tidak lupa dia mencapai kunci keretanya lalu sandal kegemarannya disarung ke kaki.

"Selamat pagi, ibu," ucap Fauzan yang baru saja tiba.

"Selamat pagi."

"Apa riuh sangat tadi tu, ibu?" soal Fauzan lalu dia melabuhkan punggungnya bersebelahan Puan Azlin.

"Mawar..." jawab Puan Azlin dengan tenang.

"Mawar? Bukan dia tengah tidur lagi ke?" soal Fauzan. Hairan pula dia hari ini. Kebiasaannya pagi-pagi begini Mawar masih lagi beradu.

"Ya, Mawar adik kesayangan kamu tu. Awal pagi lagi dia dah bangun," balas Puan Azlin.

"Seriuslah ibu? Mawar bangun awal? Apa mimpi dia bangun awal? Hahaha," soal Fauzan bertalu talu diselangi tawa dihujungnya. Sungguh dia tak percaya.

"Ish, kamu ni ketawa pula. Patutnya kamu bersyukur yang adik kamu tu bangun awal. Ini tak boleh pula dia ketawa," Puan Azlin turut tertawa kecil. Dia juga sebenarnya sukar hendak percaya bahawa Mawar Arissa bangun awal. Tak sia-sia dia 'basuh' otak anak perempuannya itu semalam.

"Alang tak tahu nak menangis gembira ke nak ketawa," ujar Fauzan. Nasi goreng buatan ibu itu disuap ke dalam mulutnya. Sedap sama seperti dulu.

Puan Azlin yang malas hendak melayan itu hanya menggelengkan kepala.

"Ouh, ya ibu. Mawar nak ke mana pagi-pagi macam ni?" soal Fauzan. Tertanya juga dia ke mana agaknya adik kesayangannya keluar di awal pagi sebegini.

"Mawar dia pergi cari kerja. Takkanlah dia nak menganggur sampai putera raja masuk minang dia? Itulah fasal semalam ibu nasihat dia pergi cari kerja daripada dia buang masa kat rumah. Makan, tidur, makan, tidur je," balas Puan Azlin.

"Baguslah kalau macam itu."

Fauzan bangun dari duduknya lalu menuju ke sinki dapur untuk mencuci pinggan kotor yang nidia pakai. Setelah selesai mencuci pinggan, Fauzan segera berjalan ke ruang makan semula.

"Bu, Alang nak pergi dah ni. Assalamualaikum," ucap Fauzan sebelum kedua dua belah pipi Puan Azlin dikucup sayang.

"Waalaikumussalam, hati-hati alang bawa kereta tu," pesanan itu dititip buat anak terunanya itu.

"Baik, ibu!" sahut Fauzan.

Setelah kelibat anaknya itu hilang daripada pandangan mata, dia segera bangun lalu kerja mengemas dilakukan seperti biasa. Itulah rutin harian Puan Azlin di awal pagi. Mengemas, memasak. Mengemas, memasak.

TEPAT pukul 8.42 pagi, Mawar tiba di hadapan sebuah bangunan berkaca seperti alamat yang diberi oleh kawannya, Syikin semalam. Dia melihat semula waze di tangannya sebelum dia yakin bahawa inilah tempat yang dicari.

Mawar segera keluar daripada perut keretanya. Tas tangannya disangkut ke bahu sebelah kanan manakala fail resume dipeluk pada tangan sebelah kiri. Punat "lock" kereta ditekan sebelum dia menapak berjalan menuju masuk ke dalam bangunan tinggi itu.

Sedang dia berjalan ingin menuju ke pintu masuk bangunan itu, sebuah kereta berjenama audi hampir melanggarnya. Serta merta dia kaku di tempat dia berdiri. Jantungnya serta merta berhenti berdegup.

Lelaki di dalam kereta itu dipandang geram oleh Mawar. Ya, dia pasti itu adalah lelaki.

"Hey! Berani eh awak nak langgar saya! Keluar sekarang!" jerit Mawar persis orang gila.

"Hey, keluarlah! Tak reti nak minta maaf ke?" marah Mawar.

Pemilik kereta itu berang apabila Mawar masih tidak berganjak dari tempat dirinya berdiri dan meroyan seperti perempuan gila. Lelaki itu segera keluar daripada perut keretanya, lalu gadis itu ditegur kasar.

"Hey, perempuan! Tepilah! Aku langgar karang," ucap lelaki itu dengan kasar.

"Eh, langgarlah! Langgar! Tak hairanlah saya," cabar Mawar.

"Aku langgar betul-betul kang mampus kau kat sini," balas lelaki itu bersama senyuman sinis yang meleret di bibirnya.

"Ahhh, saya tak hairanlah. Saya nak awak minta maaf. Kalau tidak..." ayatnya sengaja digantungkan. Jari telunjuknya pula tepat di tuding di hadapan wajah lelaki itu.

"Kalau tidak apa?" soal lelaki itu dengan tenang.

"Kalau tidak err... kalau tidak err..."

"Kalau tidak apa?!" jerkahan lelaki itu membuatkan Mawar terkejut. Cepat cepat dia menjawab.

"Kalau tidak, err.. Hah! Kalau tidak saya report polis," ujar Mawar. Nafas lega ditarik.

"Asal pula nak report polis? Apa salah aku?"

"Salah awak ialah awak cuba untuk melanggar saya," Mawar menjawab dengan begitu berani.

"Engkau pun aku tak kenal, apatah lagi nak cuba langgar," ujarnya sinis.

Mawar kelu lidah tiba-tiba. Tak tahu mahu membalas apa lagi. Segera dia menjeling jam di pergelangan tangannya. Terbuntang matanya melihat jarum jam kini hampir beranjak ke jam 9.

Lelaki dihadapannya ditilik dari atas ke bawah sebelum sebuah jelingan maut dihadiahkan buat lelaki itu.

Mawar segera menapak pergi meninggalkan lelaki itu seorang diri dalam keadaan yang terpinga pinga tanpa berkata apa apa mahupun ucapan selamat tinggal.

"Gila agaknya perempuan tu. Dah marah marah orang lepas tu boleh belah macam itu saja," gumam lelaki itu dalam nada yang perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience