SELESAI saja makan malam bersama keluarga Tuan Hazriq, Mawar terus ke pondok di halaman rumah selepas saja dia siap menolong mengemas meja makan. Umar dan Umairah sibuk bermain dengan tok ma dan tok pa nya. Ye lah seminggu tak jumpa. Mestilah anak-anak kecil itu rindu yang teramat pada datuk dan nenek mereka.
Mawar mengeluh perlahan. Entah mengapa dia merasakan Tuan Hazriq tiba tiba saja bersikap dingin dengannya. Dia sedia tahu bahawa Tuan Hazriq nya itu seorang yang dingin, tapi ini dingin yang semacam. Tak tahu bagaimana mahu ungkapkan rasa itu.
"Berat je keluhan awak tu?" sapa satu suara garau dari arah belakangnya.
Mawar segera menoleh ke belakang. Apabila melihat gerangan itu, bibirnya mengukir senyum manis.
"Tak ada apa lah," balas Mawar, perlahan.
"Ye ke tak ada apa? Mesti ada something kan?" Faliq melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Mawar. Wajah manis Mawar sempat di tatapnya.
Mawar terasa kekok apabila ditatap sedemikian rupa. Rambutnya yang panjang itu di selak ke belakang. Dia menundukkan wajahnya apabila merasa semakin tidak selesa dengan panahan mata Faliq.
Faliq yang menyedari akan Mawar yang berasa malu dengan nya itu segera mengalihkan pandangan. Tawanya mula terletus.
"Awak takut dengan saya ke atau awak malu dengan saya, Mawar?" soal Faliq.
"Saya malu... Malu bila Tuan Faliq pandang saya macam tu," beritahu Mawar.
"Comel lah awak ni, Mawar..." ujar Faliq. Senyuman tak lekang di bibirnya.
"Saya comel ke tuan?" soal Mawar. Saja dia ingin tanya lagi, walhal lelaki itu sudah mengatakan dirinya comel. Mawar kembang.
"Ya, awak comel sangat-sangat Mawar. Awak buat iman saya goyah tau!" kata Faliq, di selangi tawanya.
"Hah, bahaya nya sampai iman tuan goyah. Itu maknanya iman tuan tu senipis kulit bawang. Hahaha, saya gurau je!"
Faliq pun turut ketawa. Bahagia pula dia saat bersama gadis comel itu.
"Mawar... Boleh saya tanya?" pinta Faliq.
"Tanya lah... Apa dia?"
"Dah berapa lama awak jadi pengasuh kepada dua orang anak buah saya tu?" tanya Faliq.
"Nak masuk seminggu dah," jawab Mawar.
Faliq hanya mengangguk anggukkan kepalanya saja.
"Kenapa Tuan Faliq tanya?" tanya Mawar pula.
"Saja. Lagipun saya pelik sikit." ayat Faliq mengundang tanda tanya pada Mawar. Pelik? Apa yang pelik? Dirinya ini pelik ke pada pandangan lelaki itu?
"Kenapa pelik pula, tuan?" soal Mawar.
"Saya pelik dengan, Hazriq."
Lagi membuatkan Mawar pelik. Dah kenapa pula dengan Tuan Hazriq nya itu?
"Mesti awak tertanyakan kepada dengan Tuan Hazriq awak tu," serkap Faliq.
Mawar hanya mengangguk sebagai jawapan.
"Hazriq dia tu seorang yang tak beberapa minat dengan perempuan. Tapi bila hadir saja Kak Aisyah dalam hidup Hazriq, dia mula berubah. Dia buat keputusan untuk kahwini Kak Aisyah. Dan kami sekeluarga sungguh terkejut. Tak sangka Kak Aisyah mampu tundukkan Emir Hazriq. Mereka kahwin dan setahun kemudian..." jeda.
"Setahun kemudian?"
"...setahun kemudian Umar Raiqal lahir ke dunia. Mama yang paling happy sekali. Ye lah cucu sulung kan. Dan kami sekeluarga sangat bersyukur dan tak sangka Hazriq kahwin dan dah ada anak pada waktu itu. Selama tempoh tiga tahun mereka melayari rumah tangga, mereka sangat bahagia. Paling best saat itu juga Kak Aisyah di sahkan mengandung lagi. Waktu itu dia sedang mengandungkan Umairah..."
Tersenyum senang Mawar mendengar bicara Faliq itu. Mesti dahulu Tuan Hazriq nya itu adalah lelaki yang paling bahagia sekali.
"Tapi..." jeda.
"Tapi? Tapi kenapa, Tuan Faliq?" soal Mawar. Tiba-tiba ada tapi. Mesti sesuatu yang buruk.
"...tapi, umur Kak Aisyah tak panjang. Dia meninggal dunia selepas setahun saya tinggalkan Malaysia. Bila saya dengar berita tu pun, saya tak sangka. Nak buat macam mana dah memang itu ajal dia." sambung Faliq.
Mawar hanya menganggukkan kepalanya tanda dia mengiyakannya apa yang di katakan oleh Faliq.
"Dan awak!"
"Saya? Kenapa dengan saya?" soal Mawar.
"Hazriq... Dia jarang cemburu. Tapi apa yang saya tengok tadi dia cemburu bila awak banyak berbual dengan saya. Dia cemburu dengan awak," kata Faliq kepada Mawar.
Mawar hanya tersenyum kelat. "Merepek lah Tuan Faliq ni."
"Terpulang pada awak, kalau nak percaya atau tidak. Saya tak kisah pun," beritahu Faliq. Kedua dua belah bahunya terangkat.
Mawar menggeleng kepalanya perlahan. Malas dia mahu melayan akan soal itu. Baginya itu adalah sesuatu yang merepek yang akan atau bakal terjadi dalam hidupnya.
"Faliq, boleh saya tanya...sebab apa Kak Aisyah meninggal dunia?" soal Mawar. Dia ingin tahu. Sebenarnya dia saja ingin menukar topik.
Faliq tersenyum kepada Mawar sebelum dia menjawab pertanyaan gadis comel itu.
"Kak Aisyah meninggal sebab seseo---" belum sempat Faliq menghabiskan ayatnya. Suara deheman seseorang mengganggu perbualan di antara mereka.
"Ehem, ehem!"
Faliq segera menoleh ke belakang. Terlihat abangnya, Hazriq sedang berdiri tidak jauh dari tempat mereka berdua sedang duduk.
"Haz! Jom lah join sekali!" ajak Faliq.
Hazriq tidak membalas ajakan Faliq. Kakinya melangkah mendekati dua insan itu. Wajah Mawar sempat di tatap.
"Mawar, masuk dalam," arah Hazriq. Nadanya kedengaran dingin.
"Kenapa? Saya tak puas lagi nak borak dengan Tuan Faliq," ujar Mawar. Dia mencebik bibir. Baru saja dia ingin berbual panjang dengan adik kepada lelaki itu.
"Tak boleh! Dah lewat. Kau kena masuk dalam. Lagipun, Mairah tengah tunggu kau," kata Hazriq, berbohong. Sengaja nama anaknya itu digunakan untuk memancing Mawar supaya mengikut arahannya.
"Ye lah, ye lah!" malas hendak berbalah. Mawar terus melangkah masuk ke dalam rumah. Dua lelaki itu ditinggalkan berdua duaan di halaman rumah.
Setelah kelibat Mawar hilang daripada pandangan Hazriq, soalan terus di aju kepada adiknya, Faliq.
"Kau cakap apa dengan Mawar tadi?" soal Hazriq sambil berpeluk tubuh.
"Tak ada apa-apa. Aku cuma cerita yang kau ni dah lah garang macam singa, lepastu dingin dan beku pula tu," balas Faliq, selamba. Saja dia ingin sakitkan hati lelaki itu.
Hazriq hanya menjeling adiknya itu. Dia tanya elok elok tapi adiknya itu pula pula balas main main.
"Kau suka kat dia ke?" soal Hazriq, teragak agak.
Kening Faliq terjongket apabila mendengar soalan abangnya itu.
"Kalau aku suka Mawar pun, kenapa ya? Lagipun dia budak baik. Comel pula tu," balas Faliq, saja ingin menyakitkan hati abangnya itu.
"Jangan suka dia atau jatuh cinta dengan dia sekalipun," kata Hazriq, tenang. Tetapi nadanya berbaur cemburu pada pendengaran Faliq.
"Kenapa pula?"
"Tak boleh, tak boleh je lah. Dah lah aku nak masuk." Hazriq terus menapak masuk ke dalam rumah, meninggalkan Faliq keseorangan di situ.
Faliq hanya tersenyum saat melihat gelagat lucu abangnya itu.
"Aku tahu, Hazriq..." kata itu diungkap penuh makna.
Dia segera menapak masuk apabila angin semakin meniup kesejukan. Kata orang tua tak elok berembun di luar lama lama pada waktu malam sebegini. Baik dia masuk ke dalam dan tidur.
Last chapter for today :) saya harap korang enjoy dengan cerita Si Dingin Encik Duda buat setakat ni. Terima kasih pada yang sentiasa support saya :)
Share this novel
ok. tqvm my dear. uodate two chapter's ok....hi hi hi
hi dear
hi hi hi