"Eh, kak.. Dah lama ke sampai rumah?" Soal Uwais yang baru tiba.
"Baru je.. Macam Uwais jugak. Baru sampai.." Balas Raisha. Sudah sebulan dia tidak pulang ke rumah papanya. Disebabkan esok cuti bekerja, dia dan suaminya bermalam di rumah yang telah didiaminya sejak kecil lagi.
Kepala Uwais melilau mencari kelibat isterinya. Biasanya, Jika Raisha pulang ke rumah, isteri dan kakaknya akan menghabiskan masa berbual bersama sehingga lupa suami masing-masing.
"Kak ada nampak Iman tak?"
"Uwais ni kenapa ya? Gaduh erk dengan Iman? Bukan ke Uwais dan Iman selalu balik kerja sama-sama?"
"Jawablah pertanyaan Uwais, kak. Nampak tak Iman dalam rumah tadi?"
"Akak tak nampak pula Iman kat dalam. Ingatkan dia masih di tempat kerja bersama Uwais tadi."
"Dia merajuk dengan Uwais rasanya. Uwais sengaja nak bagi dia cemburu bila dia nampak Uwais keluar makan tengahari dengan Airis tadi."
"Hurm...Uwais..bukan dah rasanya... Iman memang dah merajuk. You know, bila dah nama isteri dapat tahu pulak suami dia keluar dengan bekas kekasih waktu sekolah, berdua-duaan... Merajuk dia lagi dahsyat dari masalah-masalahnya yang lain." Jelas kelihatan marah Raisha dengan perbuatan Uwais.
"Uwais cuma nak tengok dia cemburu ke tak? Akak pun tahu kan... Macam mana kitorang kawin. Masa tu dunia dia hanyalah pada arwah suaminya. Dia tak ada pun sedikit perasaan pada Uwais."
"Tapi... Akak tengok korang berdua sweet je hari-hari. Kenapa nak duga Iman macam tu sekali? Kalau akak di tempat dia pun, akak bawa diri jauh-jauh.. Tau."
"Memanglah nampak sweet.. Tapi kadang-kadang Uwais terfikir, dia buat macam tu kerana terpaksa ke atau dia sudah ada perasaan sayang pada Uwais."
"Hurm, Uwais... Uwais. Bukan macam ni caranya nak tahu dia sayang Uwais ke tak. Menambahkan luka dalam hati dia.. Adalah.. Dalam membina rumahtangga yang bahagia, sebagai suami kenalah bersabar dengan kerenah isteri. Lebih-lebih lagi Uwais yang mengejar dia dulu. Bila dah dapat dia, Uwais dah abaikan perasaan dia. Dari situ dia dah nampak yang Uwais tak bersungguh-sungguh dengan dia. Isteri ni bila suami bagi layanan yang baik pada dia, insya Allah, luar dalam dia akan layan baik suami dia."
Aulia'....Sayang di mana... Maafkan abang. Kalau perbuatan abang buat sayang marah. Kata-kata Kak Raisha membuatkan jiwa Uwais gelisah. Dia bimbang tindakan bodohnya itu akan menyebabkan Iman pergi jauh darinya.
Uwais menghidupkan kembali telefon bimbitnya. Mana tahu, Iman ada menghantar mesej kepadanya. Bertalu-talu mesej panggilan masuk dari Iman. Tidak lama lepas itu, notifikasi mesej whatsapp dari Iman pula masuk.
Uwais membuka mesej whatsapp yang dihantar Iman.
TUAN MASIH INGAT PERJANJIAN KITA. SYARAT KE 3) SEKIRANYA TUAN SUDAH JUMPA ORANG LAIN YANG BENAR-BENAR CINTAKAN TUAN DAN TUAN JUGA MENYINTAINYA, TUAN PERLU BUBARKAN PERKAHWINAN KITA SEGERA. SAYA RASA SUDAH SAMPAI MASANYA KITA BAWA HALUAN MASING-MASING.
Apa yang sayang mengarut ni. Kenapa nak abang bubarkan perkahwinan kita, sedangkan sayang sorang saja yang abang cinta.
Uwais cuba menghubungi Iman setelah menerima mesej dari whatsapp aplikasinya. Tetapi selepas Iman menghantar mesej itu, Iman terus mematikan telefon bimbitnya.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Hurm, kalau kau boleh matikan telefon kau, aku pun bolehlah buat macam tu. Sakit tau hati aku. Aku call, kau matikan telefon. Aku tunggu kau malam tadi, tapi kau tak balik-balik. Aku cuba bersikap positif dengan perangai kau. Bila aku dah betul-betul sayangkan kau, kau buat macam tu belakang aku. Bukannya dia tidak tahu, si Airis itu berkali-kali cuba merayu cinta suaminya sebelum ini. Bagai di siat-siat hatinya melihat suaminya berjalan berdua-duaan bersama bekas kekasih hatinya itu. Lagi sakit hatinya melihat keceriaan di wajah suaminya setiap kali memandang tepat wajah si Airis.
"Iman... Maaf.. Bukan maksud mama bertanya ni, mama nak halau Iman keluar. Cumanya.. Dah dua hari Iman tinggal di rumah mama ni.. Iman tak nak bawa berbincang dengan Uwais ke?"
Macam mana pula Iman boleh tinggal bersama mama Uwais? Hurm, meh nak cerita. Selepas kejadian Uwais keluar makan tengahari bersama si Airis, muncul mama Uwais di depan mata Iman. Tidak sengaja, dia memerhati tingkah laku Iman yang nampaknya sedang kecewa ketika itu. Lantas selepas mama Uwais menegurnya, Iman pun meminta bantuan kepada mama Uwais untuk tumpang tinggal beberapa hari di rumahnya.
"Iman belum bersedia lagi la, mama."
"Mama harap korang bincanglah elok-elok. Lagipun, Iman mengandung kan sekarang ni.. Jangan sekali-kali berfikir untuk berpisah dengannya. Bila baby tu dah keluar, dia juga perlukan kasih sayang seorang ayah."
"Macam mana mama tahu Iman sedang mengandung?"
"Mama pernah melahirkan dua orang anak mama. Mestilah mama tahu pengalaman mengandungkan anak. Mama saja teka je sebab di dapur tadi, mama perasan Iman seolah tak berapa selesa dengan bau masakan mama di dapur."
Oooo apalah aku ni.. Boleh pula tak sedar, wanita di depan aku ini pernah menjadi seorang ibu. Pastilah semua perkara tentang ibu mengandung, dia sudah alaminya sebelum ini.
Aku tersipu malu mendengar jawapan nama Uwais.
"Mama yakin ini semua salah faham. Iman jangan lah buat keputusan terburu-buru. Mama yakin Uwais bukan macam mama, curang di belakang suami sendiri. Mama pasti dia cukup setia seperti papa dia. Mama sangat menyesal dengan perbuatan mama dulu. Sekarang, mama hilang anak yang mama kandungkan dan juga suami yang benar-benar menyayangi mama sebelum ini."
Giliran Iman pula memujuk mama Uwais. Melihat wanita itu, dia amat memahami kekesalan mama mertuanya selama ini.
"Mama bersabar ya. Jangan pernah putus doa pada Allah supaya melembutkan hati anak-anak mama untuk menerima mama kembali. Insya Allah.. Suatu hari nanti, anak-anak mama akan maafkan kesilapan mama. Yakinlah dengan kuasa doa mama itu."
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Kehilangan Iman beberapa hari ini membuatkan Uwais menyesal di atas perbuatannya yang cetek itu. Penyakitnya yang susah tidur kembali menghantuinya. Setiap saat memikirkan ke manakah isterinya pergi. Setiap orang yang paling rapat dengannya sudah ditanya untuk mencari isterinya. Tetapi jawapan mereka, Iman tiada bersama mereka.
Tut.. Tut... Satu notifikasi mesej dari aplikasi whatsapp milik Uwais muncul di skrin telefon bimbitnya.
INI LOCATION DI MANA IMAN AULIA' BERADA.
Siapa penghantar mesej ni? Uwais menekan link peta yang dikongsi oleh nombor telefon yang tidak dikenalinya. Tanpa berfikir panjang, Uwais keluar dengan terburu-buru untuk mencari isterinya yang amat dirindui sekarang ini.
Hi, Assalamualaikum semua reader. Tq banyak2 yang setia membaca. # Rasa-rasanya siapakah yang memberi info tentang Iman Aulia' itu? Adakah info itu betul atau satu perangkap sahaja? Haaaa.... Be positif ya..
Share this novel