BAB 6: Sakit Kepala

Drama Completed 30756

Hari ini aku terpaksa pulang dengan keretapi kerana Akif perlu bekerja di luar kawasan. Jadinya, aku cadangkan kepadanya supaya terus sahaja pulang ke rumah sebaik sahaja habis kerja. Lagipun, tempat kerja yang dia pergi berada jauh dari tempat kerja ku.

Si adik bos yang ternampak aku berjalan kaki menuju ke stesen keretapi ada juga mempelawa ku menaiki keretanya tetapi aku menolaknya dengan cara yang baik.

Sampai sahaja di rumah, aku lihat Akif sedang menghidangkan sesuatu di atas meja.

"Abang, saya minta maaf. Sepatutnya, saya yang buat semua ini untuk abang. Mesti abang penat kerja tadi kan."

Walaupun wajahnya begitu tenang, aku tahu dia kelelahan setelah bekerja. Aku memeluknya dari belakang kerana rasa bersalah kepadanya.

"Siapa cakap semua kerja ni sayang kena buat. Ini semua kerja abang. Masak, mengemas dan basuh baju. Sayang cuma layan abang je tau."

"No, sekarang ni tiada istilah semua kerja abang kena buat. Kita sama-sama penat seharian bekerja. Kita patut sama-sama tolong siapkan kerja rumah kita. Aulia' tak nak abang layan Aulia' seolah-olah dalam rumah ini abang sorang je kena buat kerja rumah. Takut nanti Aulia' jadi malas pula nak urus semua ini."

Akif ketawa mendengar kata-kataku.

" Dah. Jom kita makan."

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

"Sayang, abang nak baring sekejap atas katil."

Beritahu Akif sebaik sahaja kami berdua selesai membaca surah al Mulk.

"Kenapa abang? Abang ok ke?"

"Abang sakit kepala sikit."

"Hurm abang - abang.. Lain kali kalau sakit jangan paksa diri nak masak untuk Aulia'."

Akif menarik tubuh ku menurutnya ke katil. Dia berbaring manakala dia membiarkan aku duduk di sebelahnya. Walaupun sakit, tangan ku tetap di usap. Hatiku Tersentuh. Wujudnya perasaan dihargai. Walaupun dia tidak minta untuk dimanjakan, tapi aku tahu sekarang ini dia perlukan aku untuk meredakan sakit kepalanya.

" Sayang, abang nak sayang tau, kalau boleh hari-hari abang nak buat sayang sentiasa happy dengan abang. Abang tak kisah buat semua tu asalkan dapat happy kan sayang."

Malam ini mendengarkan kata-kata Akif yang ingin membuatkan aku sentiasa gembira tanpa menghiraukan keadaan dirinya, membuatkan air mata ku mengalir. (Korang mesti tak cayakan dia boleh buat aku gembira. Ada ke lelaki camtu. Haha..)

"Aulia' urut kepala abang. Abang tidur k."

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Sekali lagi, hari ini aku berseorangan ke tempat kerja. Kata Akif, dia masuk lewat sikit ke tempat kerjanya. Aku tidak tahu kenapa hari ini dia lain macam sikit. Ya la kan, sepanjang bersamanya, dia tidak suka masuk kerja lewat. Ada juga aku bertanya pada dia, jawabnya dia sengaja masuk kerja lewat sebab badannya rasa letih dan perlu pulihkan dirinya beberapa minit untuk mengembalikan tenaganya.

Tiba di pejabat, kak Azean menyapa ku.

"Iman, tau tak.. Akak rimas tau.. Dari tadi telefon meja Iman tu asyik berdering je.. Bila akak jawab, tak ada pula suara."

"Rosak kot telefon ni kak."

"Mana ada... Akak dah cek tadi... Okey telefon ni."

Kemudian, kak Azean mendekati aku. Dia memerhati pintu masuk pejabat kami. Apabila dia mendapati keadaan ketika ini sesuai untuk bicara, dia berbisik padaku... (Why dia buat macam ni... Sebab dalam pejabat ni, ada sorang lagi senior aku yang mulutnya cukup berbisa dan suka jaja hal orang lain.)

"Akak rasa adik bos yang call Iman tadi. Sebelum ni, macam ni juga la kejadiannya. Dia selalu ambil peluang untuk bersembang-sembang dengan wanita yang menjadi sasarannya. Macam staf dulu-dulu."

Hah adik bos adik bos... Tak serik malu ke kena reject... Ke ego tu tinggi sangat, adik bos oi..

" Biaq pi la kat dia... Ada Iman kisah... Haha" Balas ku dengan longhat utara.

Tut..tut... Telefon di meja ku berbunyi lagi. Kak Azean segera kembali ke tempatnya dan aku terus mencapai gagang telefon di meja ku.

"Morning...Golden Prestige Club here.. May I help you?"

"Oh, ok.. Can you give me one day to settle this problem. Actually, I just worked here. I need to find out first why the payment has not been paid yet. I'm sorry Miss. I promise to let you know when this matter is resolved."

Selepas bercakap di telefon, aku segera mendapatkan fail pembekal syarikat yang baru sahaja tadi mengutarakan masalahnya kepadaku.

"Iman, adik bos nak jumpa kat ofis dia? Sekarang tau. Dengar suara tu macam serius ja. Baik Iman pergi sekarang."

"Baik lah Kak Azean. Terima kasih ya."

Hah nasib baik sempat jumpa fail ni. Ish, time aku busy la, ada saja orang nak panggil. Hurm pelik juga aku. Kenapa tiba-tiba saja adik bos nak jumpa aku. Sedangkan sepanjang aku bekerja di sini, semua kerja aku lakukan dengan penuh dedikasi. (Cewah angkut bakul sendiri jap)

Aku sudah berdiri di hadapan pintu bilik adik bos. Gelabah pula aku apabila terfikir kan kata-kata Kak Azean... Suara adik bos sekarang tengah serius. Adakah dia tengah moody sekarang. Ya Allah.. Kau lembutkan hati bos aku dan lindungilah aku dari perkara yang tidak baik.

Aku segera masuk ke dalam bilik adik bos setelah dibenarkannya.

"Kamu tahu kenapa saya panggil kamu?"

Memang betul.. Muka adik bos ni tengah serius.

"Tak tau Tuan Uwais." Tau pun aku pengecut. Masa berdepan tak berani pula panggil adik bos. Mujur tak tersasul nama dia tadi.

"Macam mana kamu buat kerja? Kenapa kamu tak keluarkan cek kepada Nusantara Enterprise? Pihak sana cakap syarikat ini masih berhutang kepada mereka. Saya tak suka dengar kalau syarikat ini dapat bad image from other clients."

Jentera otak aku mula segera berfungsi untuk mengingatkan kembali apa yang diperkatakan adik bos kepada aku. Setahu aku, semua cek sudah aku keluarkan untuk pembekal syarikat tanpa ada satu pun masalah.

"Maaf Tuan Uwais. Boleh saya mencelah. Sebenarnya, semua cek pembayaran kepada semua pembekal syarikat ini saya sudah keluarkan. Cuma baru sebentar tadi, saya ada dapat panggilan dari Nusantara Enterprise yang mengatakan syarikat ini masih ada baki yang tak berbayar. Rupanya baki pembayaran itu sejak 2 tahun lepas lagi tidak dibayar."

" So, apa tindakan kamu?" Tanya adik bos sambil di tangannya sedang membelek fail.

"Hurm, I need time to find out why it is happened dan akan cuba selesaikan masalah ini secepat mungkin."

Tak buat salah kenapa nak takut, kan?

"Now, Saya nak kamu bawa fail Nusantara Enterprise dari yang 2 tahun lepas dan yang latest kepada saya. Saya nak kita selesaikan juga masalah pembekal ini hari ini jugak."

Aduh... Aku kena buat kerja di bilik dia juga ke? Tak best la macam ni. Rasa tak bebas kalau buat kerja dengan adik bos.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience