BAB 14: Kembar?

Drama Completed 30756

Sebelum mengakhiri perbualan ku dengan Hajjah Amirah, dia berpesan supaya aku sentiasa bersabar dengan kerenah orang tua kerana itulah ujian bagi seorang anak mendapatkan tiket ke syurga.

Selepas solat asar aku dan Kak Yan bertolak ke majlis pertunangan Puan Raisha.

Setibanya di rumah milik Tan Sri Hamdi, sudah ramai yang hadir di sana. Kami menghampiri Kak Wani dan staf-staf yang lain.

"Sudah start majlis ke belum Kak Wani?" Tanya Kak Yan.

"Rasa dah nak mula dah tu.. Pihak keluarga lelaki baru sampai tadi. Jom kita cari tempat duduk." Jawab Kak Wani.

Lainlah sikap Kak Wani apabila di luar waktu kerja. Dia nampak lebih terbuka dengan semua orang. Bercakap pun lemah lembut.

"Iman.. Puan Raisha cari tadi. Dia tunggu dalam bilik."

Aik pasal apa pula Puan Raisha cari aku ni. Bukan ke majlis dah nak mula.

Wah banyaknya hantaran cantik-cantik bawah pelamin. Aduh macam mana boleh tersama pula tema pertunangan mereka dengan warna dress kegemaran aku.

" Iman... " Panggil Puan Raisha dengan nada gemuruh.

"Akak okey ke? Keluarga lelaki dah sampai dah tu?"

Puan Raisha lantas menarik kedua-dua tangan aku dan mengajak aku duduk di atas katilnya.

"Akak tiba-tiba rasa gementar. Masa Iman bertunang dulu, macam mana perasaan Iman?"

Soalan Puan Raisha buat aku tersenyum sorang-sorang. Tidak tersedar Akif sudah tiada lagi di dunia ini tetapi kenangan disatukan bersamanya masih kekal di ingatan.

"Kami tak pernah bercinta dan tak pernah menyapa. Tapi kami mempunyai perasaan yang sama dalam diam. Yang membuatkan kami disatukan adalah disebabkan orang tua kami yang memaksa kami berkahwin. Kami tak tunang kak. Kami terus buat majlis kahwin. Jadi masa tu memang kami sama-sama takut dan gementar. Takut sama ada kami betul-betul nak kahwin atas keinginan kami sendiri ataupun mengikut pilihan orang tua kami."

"Wow.. Kiranya Iman bercinta dengan suami selepas nikah. Hurm menarik tu.. Bila dengar kisah Iman ni, dah kurang sikit gemuruhnya."

"Kalau akak dah rasa lega, kita dah boleh turun sekarang ni.. Ramai tetamu dah datang tu..."

Selesai berbicara dengan Puan Raisha, aku terus mencari kelibat Kak Yan. Manakala Puan Raisha sudah berada di kelompok keluarganya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Alhamdulillah... Puan Raisha selamat ditunangkan bersama pilihan hatinya. Namun Encik tunangnya tidak hadir semasa majlis pertunangan.

Di atas pelaminan, Raisha bangkit dan ingin bercakap sesuatu.

"Assalamualaikum semua... Alhamdulillah majlis ini berjalan dengan lancar. Sebelum kita menjamu makan, ada satu perkara lagi yang belum diraikan. Hari ini juga merupakan hari ulang tahun kelahiran saya dan kembar tersayang saya. So, tanpa melengahkan masa, jom papa! Uwais! Kita potong kek sama-sama."

Aku ingatkan, aku sorang je terkejut besar apabila mengetahui si adik bos itu adalah kembar Puan Raisha. Rupa-rupanya staf-staf satu syarikat dengan aku pun baru tahu. Betul-betul kejutan.

Eh, masa berlangsungnya majlis tunang tadi tak nampak pula si adik bos. Tiba-tiba je Puan Raisha panggil adiknya terus muncul.

Apabila ketiga-tiga anak beranak itu sudah ke depan, kami teruskan menyambut ulang tahun mereka dan sama-sama mengucapkan selamat kepada ketiga-tiganya.

Selesai memotong kek aku perasan si adik bos itu seolah-olah terkejut apabila tanpa sengaja memandang aku. Aku apa lagi, aku buat-buat la sibuk mencari seseorang yang aku pun tak tahu aku sedang cari siapa. (Aku buat macam tu bukan aku rasa syok sendiri ya tapi aku teringat pesan Nabi Muhammad SWT kepada Saidina Ali RA. Wahai Ali, janganlah engkau mengikuti pandangan pertama yang tidak sengaja dengan pandangan berikutnya, karena bagi engkau pandangan yang pertama dan tidak boleh bagimu pandangan yang terakhir pandangan yang kedua.)

Jadi fahamkan kenapa aku buat macam tu. Lagi satu, tak logik la kan nak cari Kak Yan, padahal dia ada di sebelah aku sahaja.

"Iman.. Jom kita wish birthday pada Puan Raisha dan adik bos."

Ala perlu ke.. Kalau Puan Raisha sorang aku tak kisah.. Tapi sejak si adik bos asyik mencuri pandang ke arah aku, aku rasa macam janggal nak berdepan dengan kedua-duanya.

"Hurm, jom la.." Nak tak nak aku pun turutkan saja Kak Azean. Lagipun ini kan majlis mereka. Mungkin dia cuma terkejut melihat aku setelah 6 bulan tidak muncul di syarikatnya.

"Puan Raisha happy birthday. Hurm Tuan Uwais happy birthday juga. Tak tahu pulak hari ni birthday bos-bos, jadi maaf lah saya tak bawa hadiah.. Hanya hadiah tunang je saya bawa."

"Tq Iman... Tq Kak Yan..." balas kedua-dua anak bos itu.

"Akak.. Can you explain it... Macam mana akak boleh jemput cik Iman 'Aulia ke sini?"

"For your information, Iman ni Dah seminggu kerja dekat syarikat kita. Hurm, papa... Ni la Iman 'Aulia yang gantikan tempat Mr Muthu sekarang ni."

Aku memandang ke arah Tan Sri Hamdi. Ini pertama kali bersemuka dengan beliau depan-depan. Sudah berumur pun masih menjaga penampilan.

"Assalamualaikum, Tan Sri." Sapa ku sambil mendabik tangan kanan ku di dada sebagai tanda hormat salam padanya.

"Wa'alaikumussalam. Oo ni la Iman 'Aulia yang anak-anak papa ceritakan tu.."

Aku membulatkan mata. Rasa macam popular pula aku di mata Tan Sri Hamdi. Apa lah yang diorang ceritakan pasal aku pada papa mereka.

"How's your husband? Mesti dia dah sihat kan sebab tu dah boleh kembali bekerja." Si adik bos cuba berbicara dengan aku.

Husband? Aku lemah bila orang bertanya tentang Akif. Tetapi disebabkan aku di kelilingi ramai orang, aku cuba berpura-pura kuatkan semangatku. Nak cakap betul ke tak ni? Aku masih tidak selesa untuk berkongsi cerita tentang apa yang terjadi pada Akif lebih-lebih pada Adik Bos.

"Alhamdulillah, Tuan Uwais. Dia dah sihat sebab tu saya kembali bekerja. Hurm Puan Raisha, solat Maghrib dah masuk ni. Boleh tak saya tumpang solat di rumah Puan Raisha dan Tan Sri?"

"Boleh je... Nanti saya panggilkan pembantu rumah tunjukkan bilik solat. Hurm, excuse me, saya nak berbual-bual dengan keluarga encik tunang kejap."

"Kejap-kejaaaaap... Jangan pergi dulu. Kita ber'wefie dulu sebentar. Iman! Kak Yan! Cepat masuk bergambar sekali."

Aduh si adik bos ni. Banyak songeh pula dah.. Entah macam boleh terjadi, aku sudah berada di antara Puan Raisha dan adik bos. Manakala Tan Sri Hamdi di sebelah kiri Raisha dan Kak Azean pula berada di sebelah kanan adik bos. Bila semua sudah bersedia, adik bos pun menekan icon bulat di telefon bimbitnya. Klik! Klik! Klik!

Selepas Puan Raisha dan Tan Sri Hamdi beredar untuk menemui keluarga tunangnya, aku dan Kak Yan meninggalkan adik bos tanpa sepatah kata.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Si adik bos berlegar-legar di tempat hidang makanan bersama Leo.

Tiba-tiba datang seorang wanita datang menghampiri mereka.

"Hai Uwais. Happy birthday." Terpancar sinar bahagia di mata wanita itu apabila memandang si adik bos. Dia menghulurkan sekotak hadiah kepada adik bos namun dia mengambilnya dengan acuh tak acuh.

"Dah wish kan? Boleh la balik sekarang." Si adik bos cuba menghalau wanita itu.

Leo meninggalkan kedua-duanya agar tidak mengganggu perbualan mereka.

"I.. I.. Rindukan you, Uwais.. I.. Minta maaf sebab pernah kecewakan you dulu. Kali ni, I janji takkan kecewakan you lagi.. Please.. Maafkan I, Uwais."

Eh, mana lah Kak Yan ni... Dah siap solat, tak tunggu aku pun. Sedang mata aku meliar mencari Kak Azean, aku terpandang sosok si adik bos dan seorang wanita yang agak cantik juga orangnya.

Eh, adik bos pandang aku la.. Dia nak datang dekat aku ke... Calm down... Jangan gelabah. Entah-entah dia saja nak lalu je.

"Iman, boleh tolong saya. Menyamar jadi kekasih saya. Please...satu kali ni je.."

"Tapi... Saya.." Belum sempat aku berkata-kata, adik bos mencelah.

"Saya faham.. Awak dah kahwin. Saya nak minta tolong kali ni je.. Berlakon untuk saya.."

Wanita yang berduaan dengan si adik bos tadi datang menghampiri kami berdua.

"Siapa perempuan ini, Uwais." Tanya wanita itu.

"Kitorang yang sedondon ni mestilah kasih kekasih, ye tak sayang..."

Ish.. Bila pula aku setuju nak menyamar jadi kekasih dia. Pandangan wanita itu tajam memandangku atas dan bawah.

"Hai, saya Iman 'Aulia. Just call me, Iman."

"Hai, I Airis. Ex-girlfriend Uwais masa di sekolah dulu."

Tak payah tekan sangatlah ex-girlfriend tu. Tak bernanah dalam hati aku pun.

"Ooo I see. Korang mesti nak berbual lama kan? Sayang.. It's ok. Awak berbual lah dengan Airis. Saya boleh sembang dengan kawan-kawan kat sana tu."

Uwerk.. Werk.. rasa nak termuntah aku berpura-pura jadi kekasih si adik bos. Puih-puih.. Mulut ni.. Lancar pula sebut sayang depan si adik bos tu.

"Ish.. Sayang dah lupa la tu.. Papa dan kak Raisha dah tunggu kita makan sekali kat meja tu. Hurm Airis.., excuse us. You boleh la balik kot sebab I rasa tak pernah jemput you pun ke majlis birthday I. Lagi pun kalau kak Raisha nampak you pun... Mesti dia akan halau you juga."

"Haah lupa pula. Terima kasih kerana awak ingatkan saya."

Airis mengetap bibirnya. Geram melihat pasangan itu meninggalkannya seperti tunggul lalu dia terus beredar keluar dari perkarangan rumah mewah milik Tan Sri Hamdi.

"Sorry, Iman... Saya dah libatkan awak."

"It's ok Tuan Uwais. Malam ni je saya tolong, Tuan Uwais."

Selepas aku melihat Airis pergi dari situ, aku segera mencari Kak Azean dan yang lain-lain.

Jeng-Jeng si adik bos dah muncul..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience