Uwais mendengus dalam hatinya apabila matanya tidak sengaja melirik ke arah jambangan bunga ros merah yang dia beri kepada Iman berada di atas meja Kak Azean. Namun dia cuba bersikap profesional ketika sedang menghadiri mesyuarat di dalam pejabat bahagian kewangan.
Begitu jugalah aku bersikap profesional. Bagiku penerimaan bunga ros itu adalah sesuatu yang tidak pernah ku harapkan untuk sesiapa memberinya terutamanya suami aku. Aku memang tidak suka bunga. Jadi aku tidak ambil pusing dengan perkara itu.
Sewaktu sedang mesyuarat, kami di bahagian kewangan diperdengarkan isu berkaitan hutang lapuk yang sudah bertahun tidak berbayar. Isu di mana aku dan adik bos selidiki di ofisnya tempoh hari. Adik bos dan Puan Raisha tidak menyangka kenapa perkara itu boleh culas dan ini boleh mencemarkan kredibiliti syarikat yang bapa mereka bangunkan selama bertahun-tahun.
Namun, selepas kedua-dua anak pemilik syarikat tempat ku bekerja beredar, aku telah dipersalahkan oleh Kak Astro Awani. Katanya aku kaki ampu.. Aku kaki kipas.. Kalau aku tidak sibuk mencari punca masalah syarikat Nusantara Enterprise, Purchasing Manager iaitu Encik Muthu tidak akan dikenakan tindakan. (Why Kak Astro Awani nak bela sangat Encik Muthu? Mereka berdua ni sudah lama jadi colleague jadinya Kak Astro Awani sanggup menutup kecuaian Muthu. Tambahan pula, di sisi baik Kak Astro Awani melindungi Encik Muthu kerana Encik Muthu tidak lama lagi akan bersara dari syarikat ini.) Lain pula dengan layanan terhadap staf yang baru masuk kerja di sini. Kak Astro Awani sentiasa berfikiran negatif kepada mereka. Manakala sikap Kak Azean tidak seperti Kak Astro Awani, dia baik dengan semua staf baru dan lama. Cumanya, dalam masalah Encik Muthu dia juga tidak berani membuka segala kecuaian yang dilakukan oleh Encik Muthu.
Usai solat zohor aku mencari Encik Muthu di gudang penyimpanan barang bagi mendapatkan dokumen yang penting untuk aku selesaikan tugas aku.
Oleh kerana gudang penyimpanan barang terletak di tingkat bawah tanah, aku terpaksa turun ke sana. Aku mencari Encik Muthu di pejabatnya. Ya Allah, pejabat ke sarang tikus ni. Fail-fail dan dokumen-dokumen bersepah merata-rata tanpa tersusun rapi. Ada yang di atas meja, ada yang di atas rak, ada juga bersepah di atas lantai. (Wey la.. Kalau gaya gini bilik aku memang aku tak boleh nak buat kerja.)
"Hi, Mr Muthu.. Saya nak cari invois syarikat Ting Ting Sdn Bhd. Urgent ni. Miss Shirley yang suruh saya terus jumpa Mr Muthu di sini."
Tegur aku sebaik sahaja melihat Encik Muthu berbicara dengan seseorang di belakang lori.
"Oo Syarikat Ting Ting Sdn Bhd ya. You tunggu kejap..."
Encik Muthu segera mencari invois yang ku pinta. Jarinya menyelak satu persatu kertas yang berada di atas mejanya. Apabila dia tidak menemukannya, dia beralih ke rak di belakangnya.
" Ini dia.. You check tengok. Betul ka?"
" Haah. Betul dah ni. Tq Mr Muthu. Hurm, Mr Muthu, saya nak minta maaf pasal kejadian meeting pagi tadi. Sebab saya, Mr Muthu kena marah teruk dengan anak lelaki bos tadi. But trust me, bukan saya buka aib MR Muthu. Encik Uwais yang mula suruh saya bawa fail-fail Syarikat Nusantara Enterprise ke dalam biliknya. Saya hanya menurut arahannya sahaja."
"Bukan salah you. Salah saya. Biarkan perkara ini berlarutan. Memang patut saya yang kena."
Senang hati ku apabila mendengar kata-kata Encik Muthu tadi. Aku khuatir sekiranya dalam hatinya menyimpan perasaan marah terhadap ku.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Keesokan awal paginya, sebaik sahaja aku masuk ke dalam pejabat, aku dapati ada sejambak bunga di atas meja kerja ku. Kali ini bukan bunga ros yang diterima tetapi sejambak bunga matahari. Aku menilik di jambangan untuk mencari nota sekiranya ada.
"You tak suka ros, mungkin bunga matahari sesuai untuk you yang energik. UWAIS RIDZKI"
Aku mengambil nota lalu ku genggam rapat. Ini tidak boleh jadi. Adik bos sudah melampau. Apa motif dia bagi bunga padaku.
Tanpa berfikir panjang, aku meninggalkan pejabat ku dan menuju ke lif untuk ke pejabat adik bos. Aku perlu selesaikan secepat mungkin sikap adik bos terhadap aku.
"Tuan Uwais apa ni? Maaf kalau cara ini seakan kasar pada Tuan. Saya tak suka Tuan Uwais bagi bunga-bunga kepada saya. Please stop."
Dengan nada keras aku meletakkan nota yang terselit pada bunga matahari ke atas meja adik bos. Namun raut wajah adik bos begitu tenang ketika aku menerjahnya.
"Salahkah I bagi bunga pada you?" Soal adik bos.
Euwww... I.. You.. I.. You pulak.. Geli la...
"Memang salah la.. Saya ni isteri orang. Tuan tak patut bagi bunga pada saya dengan niat tuan yang tak baik tu."
Hambur aku padanya tanpa mempedulikan dengan siapa aku bercakap sekarang ini.
"Sedangkan yang berkahwin pun boleh bercerai.. Yang bertunang pun boleh berpisah.. I suka you sejak pertama kali I terpandang you."
"Stop it, Tuan Uwais. Saya berkahwin kerana Allah bukan sesuka hati nak bercerai. Possible tuan tak pernah belajar agama di sekolah or selama tuan belajar dahulu, tuan rajin ponteng kelas agama kot? Tidakkah tuan tahu, berdosa sekiranya seseorang cuba meruntuhkan hubungan pasangan yang sudah berkahwin. Mengganggu tunangan orang pun juga dilarang. Tuan tak takut kah murka dari Allah?"
Aku mendengus geram padanya lagi.
" Sekiranya Tuan Uwais masih berniat nak ganggu saya lagi... Saya akan hantar surat resign."
"Nope.." Gelabah seluruh jiwa adik bos apabila mendengar aku akan segera ingin berhenti kerja.
"I am sorry. I takkan bagi bunga pada you dah. I takkan ganggu perasaan you. Mulai hari ini, I bos you and you are my staff. Not more than that. "
"Promise Tuan anggap saya begitu?"
"Promise."
"OK.. Saya percaya cakap tuan."
Selepas itu, aku terus keluar meninggalkan bilik adik bos. Namun ku tersentak sebaik sahaja menutup pintu bilik, Puan Raisha sudah berada di hadapan pintu pejabat adiknya. Aku pun tidak tahu berapa dia lama berdiri di situ.
"Come with me, Iman." Lembut Puan Raisha mengajak ku mengikutnya. Dia membawa ku ke tingkat paling atas bangunan. Pertama kalinya aku menjejak kaki ke sana.
"Saya minta maaf bagi pihak adik saya. Saya tahu, kali ni, Iman pula jadi sasarannya. Tapi saya berharap, Iman tidak berniat untuk berhenti kerja dari syarikat ni. Dalam diam, saya suka perhati cara Iman bekerja. Bila awak bekerja, awak akan buat sungguh-sungguh. Sikap awak lain dari staf-staf yang pernah pegang jawatan awak sekarang ni."
Aku memalingkan mukaku ke arah Puan Raisha yang sedang menikmati pemandangan bandaraya Kuala Lumpur di atas bangunan syarikatnya. Dia sudah dengar apa yang ku bicara dengan adiknya.
" Saya sedar adik saya selalu mengganggu Iman. Dia selalu buat masalah dengan ayah dan syarikat ini. Kalau tak disebabkan ibu kami meninggalkan ayah kerana lelaki kaya, dia takkan berkelakuan seperti ini. Dulu, dia anak yang ceria, taat dan tak pernah buat masalah."
Puan Raisha menceritakan bagaimana sikap Tuan Uwais boleh berubah. Ditinggalkan ibunya di depan mata bersama lelaki lain ketika Tuan Uwais masih di sekolah rendah. Ketika itu, Tan Sri Hamdi belum punya kedudukan apa-apa. Hanya pekerja biasa sahaja.
" Kenapa Puan Raisha ceritakan kepada saya semua ini?"
Sebelum dia membalas soalan ku, kedua tangannya memegang palang di hadapannya. Dia menyedut udara pagi beberapa saat lalu menghembuskan semula. Kemudian dia berpaling ke arah ku.
"Sebab sejak kehadiran awak, saya nampak perubahan yang baik pada adik saya. Saya tak pernah nampak ada perempuan yang berjaya tundukkan keegoaannya."
Kejadian di pejabat adiknya tadi, dia mendengar segala perbualan adiknya dan aku.
"Dia perempuan yang berani dan tegas dalam kata-katanya." Bisik Puan Raisha di dalam hatinya. Dalam diam dia berasa ingin tergelak dengan tingkah laku adiknya. Kata-kata aku membuatkan adiknya patuh dan tunduk semudah itu sahaja.
Ya, aku memang suka cakap lepas. Definisi lain, aku sentiasa jujur dalam percakapan ku. Aku tidak suka ada orang mempersendakan perintah dan larangan Allah. Aku akan lawan dengan cara yang halus.
"Saya percaya, ketegasan Iman dan kesetiaan Iman terhadap suami Iman, dapat meyakinkan dirinya, masih ada lagi perempuan yang setia dan tidak seperti ibu kami."
"Puan Raisha.. Saya hanyalah insan biasa. Tapi saya yakin pada satu perkara ni, bila jiwa kita meletakkan sesuatu perkara kerana Allah, maka luar biasalah hidup kita."
Share this novel