Setelah membuntuti adik bos dari belakang, aku menghentikan kedua-dua langkah kaki ku.
"Iman, kenapa you stop tiba-tiba. Saya tak nak si Airis tu syak yang kita ni berpura-pura." Lalu adik bos mendekati ku.
"Shhhhh...." lantunan keras suara ku pada adik bos supaya diam sebentar.
"Tuan tak dengar ke suara azan sekarang ni. Berdiri tegak kat situ dan jawab balik azan tu." Aku lupa sedang mengarah siapa sekarang ni. Seolah-olah aku sedang memarahi adik-adik ku.
Aku khusyuk menjawab suara azan yang aku dengar dan tidak mempedulikan adik bos di sebelah ku. Setelah selesai azan ku berdoa dan adik bos pun turut berdoa.
"Hurm maaflah tuan, tak sedar tertinggi suara pada Tuan. Hurm, banyak pahala dan fadilat yang kita dapat kalau kita menghormati seruan azan dan menjawabnya kembali. Perumpamaan Allah menyeru kita mengingatiNya ketika ini. Kenapa kita tidak mengendahkanNya sedangkan diri kita ini adalah miliknya."
" Dah ke ustazah?"
Ooops... Mulut ni. Aku menggaru kepala yang tidak gatal kerana malu dengan kata perli adik bos.
"Sorry sekali lagi Tuan. Just nak ingatkan sesama islam.. tak salahkan."
"Tak salah.. Saya suka..."
Hurm, baguslah kalau suka dengar ceramah ustazah ini. Nak kata bertauliah tu, tak adalah sangat. Cuma adalah sedikit ilmu yang ku pegang di dada ini dan sentiasa diamalkan di tempat yang betul. Haha..
Okey. Berbalik pada situasi awal tadi. Aku terpaksa mengikut adik bos menaiki keretanya. Sebabnya, si Airis tu asyik memperhatikan gelagat kami. Mungkin masih berharap kami berdua ni tiada hubungan apa-apa. Maaflah Airis. Dia bos aku. Terpaksalah tolong dia. Namun, bila kami sudah bergerak jauh, aku minta adik bos berhentikan aku di stesen monorail terdekat kerana aku tidak mahu berduaan lama dengan dia dalam kereta. Adik bos tidak bercakap banyak dan nampaknya menghormati keputusan aku. Setelah adik bos meninggalkan aku di luar stesen monorail aku segera mencari surau terdekat sebelum bertemu dengan supplier syarikat.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Uwais Ridzki yang sudah jauh meninggalkan Iman Aulia', meneruskan pemanduannya tanpa arah tuju. Secara tiba-tiba, dia menekan brek sebaik sahaja melihat beberapa orang budak lelaki berkopiah dan berjubah putih ingin melintas di hadapannya. Matanya meliar memerhati kawasan sekeliling, rupanya dia berada di suatu kawasan masjid. Lama dia berhenti di tengah jalan, kereta di belakangnya berkali-kali membunyikan hon kereta. Dia cepat-cepat mengalihkan keretanya ke pinggir jalan berdekatan masjid itu.
"Ya Allah Ya Tuhanku... Ampunkan aku.. Kerana hati ini masih ada secalit perasaan pada Iman Aulia'. Sesungguhnya, aku ingin membuang perasaan ini jauh-jauh.. Adakalanya aku gagal untuk berhenti mencintainya. Selama ini, aku tidak pernah jumpa seorang wanita yang begitu taksub denganMu. Setiap perkara yang dilakukan di awali dengan mengingatiMu. Aku rasa kerdil padaMu, Ya Allah.. Aku selalu lalai. Aku tahu Engkau wujud tapi aku sombong padaMu. Seruan azan yang ku dengar biasa sahaja bagiku tapi dia amat memuliakan seruan Mu. Hinanya aku memperlekehkan perintah Mu, Ya Allah.. Ampunkan dosa-dosaku yang dahulu, dosa-dosa kecil dan besar ku."
Jatuh air matanya mengenangkan kejahilan masa lalunya. Kerana pergolakan rumahtangga ibu bapanya, jiwanya memberontak. Tidak percaya kepada perkahwinan dan tidak percaya kepada kesetiaan seorang yang bernama wanita. Namun kehadiran Iman Aulia' membuka mata hatinya. Pada awalnya dia cuba menguji Iman. Ingin melihat sejauh mana kesetiaan wanita itu terhadap suaminya. Bertuah suaminya memiliki isteri sepertinya, solehah dan pandai menjaga maruah diri. Kini baru dia sedar, ketaksuban kepada Allah SWT membuatkan hati seseorang patuh dengan suruhanNya dan takut untuk melakukan perbuatan yang dilarangNya.
Tersedar dengan tindakan bodohnya yang lalu, dia dengan yakin diri memasuki kawasan masjid. Cuba mencari jatidirinya yang baru. Mungkin di sini tempat bermulanya dia mendapatkan hidayah dan petunjuk dari Allah. Inilah pertama kali dia menjejakkan kaki ke masjid dan terakhir kalinya ketika tamat sekolah menengah.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Selepas pulang dari masjid, Tan Sri Hamdi berulang alik kiri ke kanan menunggu putera kesayangannya. Walaupun sikap adik bos lebih nakal dari Raisha, dia tetap berlembut padanya. Cuma dia sedikit terkilan selama ini, dia telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada kedua anak kembarnya. Mujur Raisha membesar dengan peribadi yang sangat baik dan mudah dibentuk. Manakala, adik bos sibuk dengan dunianya sendiri. Bila ditegah makin menjadi-jadi sikap degilnya. Dari sisi baik, dia sangat melindungi dan menyayangi kakaknya. Tan Sri Hamdi memerhati jam di dinding pula. Sudah dua pagi tapi adik bos masih tidak pulang. Baru sahaja dia merasa lega perubahan anak lelakinya beberapa bulan kebelakangan ini. Malam ini, adik bos buat hal lagi. Dia rasa kecewa kembali.
"Baru pulang, Uwais. Tengok sekarang jam pukul berapa? Beberapa jam lagi dah nak subuh tau."
Tegur Tan Sri Hamdi sebaik sahaja mendengar pintu utama di tutup.
Adik bos tersentak seketika mendengar suara papanya.
"Uwais, minta maaf pa... Papa jangan risau.. Uwais dah tak berfoya-foya dengan kawan-kawan macam dulu lagi."
"Abis tu, kamu ke mana sampai pulang lewat malam?"
"Uwais merayau-rayau tanpa hala tuju, pa.. Baru sekarang, Uwais rasa jahil sangat. Jahil sehingga lupa pada Allah."
"Kamu masih muda. Belum terlambat untuk bertaubat. Bukan macam papa ni. Bila dah tua, baru nak insaf. Papa minta maaf sebab gagal mendidik Uwais. Dalam Islam, Allah amanahkan seorang lelaki yang bergelar bapa supaya mendidik anak-anak tentang Al Quran dan Sunnah. Sedangkan papa pun masih terkapai-kapai mempelajarinya. Papa minta maaf pada kamu."
Lantas kedua-dua anak beranak itu saling berpelukan. Saat inilah yang diimpi Tan Sri Hamdi melihat sikap Uwais seperti anak kecil. Masih teringat lagi, sewaktu hidup bahagia bersama bekas isterinya, Uwais anak yang paling manja. Asal pulang dari kerja, dia mesti berlari-lari ke arahnya untuk minta dipeluk. Tan Sri Hamdi sangat rindukan pelukannya pada masa lalu. Hari ini dia gembira dan dia yakin, Uwais tidak lagi seperti dulu.
"Pa bimbinglah, Uwais." Esakannya seperti anak kecil.
"Kamu dah besar.. Mulai saat ini kamu perlu berubah. Lambat laun kamu akan berkahwin dan mempunyai anak. Selepas itu, tugas kamu pula mendidik anak dan isteri kamu nanti. Papa gagal jadi suami dan papa yang baik. Tapi papa berdoa kamu tidak seperti papa."
"Papa akan bimbing kamu walaupun kamu dah besar. Setiap hari papa nak kamu pulang awal. Selepas makan malam ikut papa belajar agama. Kamu mahu ikut, papa?"
"Kalau itu boleh membawa Uwais ke jalan yang diredhai Allah, mestilah Uwais ikut."
Share this novel