Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku dan Kak Azean sempat bersembang-sembang.
"Akak tengok, si adik bos tu macam sukakan Iman je. Sejak Iman berhenti kerja 6 bulan yang lalu, dia pun dah jarang masuk ofis."
"Hurm, bukan ke akak cakap dulu dia suka main-mainkan perasaan perempuan.. Terutamanya yang sudah bersuami dan bertunang."
Aku sengaja mengcungkil apa yang difikirkan Kak Azean sekarang ini.
"Dulu dia memang macam tu. Tapi entah la.. Akak rasa dia banyak berubah. Pertama, sejak Iman berhenti kerja 6 bulan yang lalu dia dah lama tak masuk ofis. Kedua, masa Iman baru-baru je mula bekerja, akak nampak dia rajin pula datang kerja. Ketiganya...kita tengok hari Isnin ni, dia masuk ke tak ofis. Kalau dia masuk, memang dia dah lama sukakan Iman."
"Ala kak... Mungkin dia nak main-mainkan Iman kot sama seperti perempuan-perempuan yang dia sakiti dulu. Lagipun dia tak tahu apa yang terjadi pada Akif dan masih menganggap Iman ni isteri orang lalu dia cuba nak main-mainkan Iman pula."
"Kalau betul-betul dia tangkap cinta dengan Iman macam mana? Iman tak nak ke mengisi kekosongan hati Iman yang sebelum ini pernah terisi?"
Aku terdiam sebaik mendengar pertanyaan Kak Azean dan aku juga tidak pernah terlintas untuk mencari seseorang sebagai pengganti Akif. Hati aku tidak pernah rasa kekosongan kerana cinta dan sayang Akif terhadap aku selama ini aku simpan rapat-rapat dalam ruang hati aku sehingga tiada satu pun ruang yang tertinggal.
"Akak... Akif tu lelaki yang dah cukup sempurna bagi Iman. Tak akan ada lelaki lain yang akan boleh buat Iman jatuh cinta seperti dia."
Tegas aku kepada Kak Azean. Aku takkan benarkan ada cinta lain bertapak dalam hatiku. Cintaku hanya untuk Akif.
"Macam mana Iman boleh jatuh cinta dengan arwah Akif?"
"Iman dulu tak ada la sebiji macam ni. Dulu Iman juga suka bergaya macam kak Yan ni... Satu hari Iman singgah kat kedai makan and tunggu order. Iman terdengar ada dua orang lelaki yang tidak kenali asyik bercakap pasal tubuh perempuan. Sejak itu, Iman dah tak nak pakai macam perempuan. Suka pakai seluar dan baju longgar. Jalan pun dah macam boyish sebab nak tunjuk kat lelaki yang Iman ni bukan mudah diusik. Sejak itu juga Iman tak percaya pada lelaki. And then, arwah Akif la yang buka mata Iman bahawa masih ada lelaki yang tidak melihat wanita kerana nafsu. Dia la lelaki itu. Masa Iman baru kenal dia, dia susah nak tegur Iman. Nak pandang pun payah. Nampak Iman atau orang yang dia tak kenal pun, dia akan jalan tunduk ke tanah. Dari situlah buat Iman kagum pada dia. Suatu hari, keluarga kami satukan kami berdua. Iman tak tahu la pula selama ini dia juga sukakan Iman. Hanya terdengar suara Iman mengaji Al-Quran, katanya dah buat dia jatuh cinta pada Iman. Kitorang dulu rumah taman dekat-dekat. Tiap kali dia lalu depan rumah Iman, dia selalu dengar Iman mengaji."
Tiba-tiba hatiku sayu. Bercerita tentang arwah Akif buatkan hatiku terasa indah. Akiiiiiif...'Aulia rindu abaaaang. Terasa air hangat sedang mengalir dalam mataku.
" Aduh, sorry.. Sorry.. Iman.. Akak dah buat Iman menangis pula... "
Aku memandang sisi cermin tingkap lalu mengelap air mataku.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Keesokan harinya, tekaan Kak Azean semalam sangat tepat. Adik bos telah hadir ke pejabat tanpa dipaksa oleh Puan Raisha dan Tan Sri Hamdi.
Dan sejak kemunculan aku di majlis pertunangan Puan Raisha, boleh dikatakan setiap hari, adik bos selalu menampakkan dirinya di syarikat.
Betul kah adik bos berkelakuan begitu sebab sukakan aku ya? Aku tak nampak pun macam tu. Dia layan aku macam staf-staf yang lain. Dulu memang ya dia selalu bagi bunga sebab cuba nak mengorat aku. Maybe aku pernah basuh otak dia hari tu, dia menghormati ketegasan aku menolaknya. Tapi tak apa lah sebegitu. Aku jadi selesa dengan hubungan kami sekarang. Tidak bercampur dengan perasaan selain menganggap antara satu sama lain sebagai rakan sekerja sahaja. Full stop.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Seperti biasa aku dan Kak Azean selalu makan tengahari bersama di kafeteria syarikat. Cuma hari Isnin dan Khamis aku lebih suka berada di ofis ku kerana berpuasa sunat. Jika dahulu aku bersama Akif, kami berdua akan berpuasa sunat bersama-sama.
"Wah, menu baru hari ni... Nampak sedap.."
"Menu tambahan je kak Iman. Seraf yang bawakan dari rumah. Saja nak bersedekah bagi kawan-kawan happy. Bila buatkan orang happy dapat kumpul pahala." Balas budak lelaki yang bekerja di bahagian dapur.
Di syarikat ini, semua staf sudah saling mengenal rapat. Tidak kira dari staf akauntan, staf kemanusiaan sehinggalah staf yang bekerja di dapur, kami tidak pernah memandang pangkat.
"Betul tu. Akak doakan kebaikan Seraf ni Allah bagi pahala berganda dan juga mudahkan segala urusan."
"Tq kak Iman doakan Seraf."
Lalu aku menoleh ke belakang dan membawa tray makanan. Hurm tak sabar nak makan. Aik kejap-kejap. Depan Kak Azean tu bukan ke adik bos. Buang tebiat apa dia ke sini. Biasanya waktu sebegini dia lebih suka menghabiskan masa di luar syarikat.
Kedua-duanya memandang aku yang baru tiba di hadapan mereka.
"Kak Yan ambil makan kejap."
Kak Azean meninggalkan aku berdua dengan adik bos. Tetapi bukan kami saja di sini. Ada lagi beberapa orang staf yang lain suka turun makan di sini.
"Awak berdua ni dah macam belangkas. Ke mana-mana berdua.. Balik dan datang kerja pun sama-sama. Makan pun sama-sama. Bukan ke suami awak selalu hantar dan ambil awak kerja?"
"Tuan Uwais tak tahu erk?"
"Tahu apa?" Soal adik bos pula.
"Kak Yan dengan saya ni berjiran. Selang rumah beberapa tingkat je. Alang-alang dah dekat saya tumpang la kereta kak Yan. Suami pun tak payah ulang alik nak hantar dan ambil saya lagi. Tempat kerjanya jauh." Kelentong aku padanya.
Maaflah adik bos. Bukannya aku sengaja nak bohong. Lagipun tidak ramai yang tahu keadaan aku sekarang ni. Hanya Kak Azean seorang saja yang tahu. Jadi perlu ke aku beritahu? Aku bukannya malu dengan status aku sekarang ini. Cuma aku rasa lebih bagus kalau semua orang masih fikir aku sudah bersuami.
Beberapa minit kemudian, kak Azean pun membawa tray makanannya dan duduk bersama kami.
Macam mana ni... Iman 'Aulia tiada langsung perasaan pada adik bos. Adik bos pula macam mana ya?
Share this novel