BAB 8: Cemburu

Drama Completed 30756

"Hello, bro... Malam ni jom join night club baru buka. Ada ramai awek-awek hot kat sana."

Ajak Leo, teman rapat Uwais yang suka mengambil kesempatan di atas kekayaannya. Namun niatnya tidak disedari oleh Uwais itu sendiri.

"Sorry bro.. Aku tak ada mood hari ni. Tonight, I just wanna at home."

Uwais berlabuh di ruang kerja di dalam biliknya. Sesekali jari jemarinya asyik memetik lampu meja di hadapannya. Sekejap tutup sekejap dibuka.

"Kacau betul suami dia hari ni. Boleh pulak jatuh pengsan..." Hati Uwais berasa dongkol. Sebal dadanya kerana tidak dapat menghampiri Iman. Pelbagai taktik sudah dirancang untuk memancing hati Iman. Tetapi disebabkan Akif, segala perancangannya gagal.

Gambaran di hospital tadi masih terakam di mindanya. Menonton sepasang suami isteri yang saling mengambil berat. Sakit hatinya melihat kemesraan mereka.

Namun, senyumnya terukir semula apabila mengingatkan saat mereka berdua di dalam biliknya.

Keterampilan Iman yang cukup bersahaja tetapi cukup menarik ketika di pandangnya. Dari belakang dia memerhati sahaja tingkah laku Iman yang tekun melakukan kerjanya. Tidak seperti x-staf-staf yang lain yang cuba dia dekati dan pengaruhi untuk menodai hati mereka supaya memilihnya dan meninggalkan orang-orang mereka sayang sebelumnya. Sudah terbukti, perempuan-perempuan seperti mereka hanya layak dijadikan mainan kerana sanggup gadaikan kesetiaan demi kekayaan. Tidak seperti Iman yang hanya sebelah mata sahaja memandangnya. Terlalu kental untuk menjinakkannya seperti perempuan-perempuan yang dia kenali sebelum ini.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Sejak pulang dari hospital tadi, Akif hanya berdiam diri. Langkahnya masih lemah. Aku membaringkan Akif ke atas sofa. Selepas itu, kutinggalkan dia dan terus ke dapur untuk memberikannya segelas air.

"Hurm, Aulia' minta maaf tadi tumpang bos Aulia' tanpa minta izin abang."

"Abang maafkan sayang sebab keadaan sayang masa tu. Tapi terus-terang abang jealous." Cemburu kerana dia dapat rasakan layanan Tuan Uwais terhadap isterinya tidak seperti layanan seorang pekerja. Tuan Uwais sanggup menunggu untuk berjumpa isterinya keluar dari hospital. (Tidak logik la kan.. Seorang lelaki sanggup menunggu lama-lama di hospital sebegitu. Anak big bos pula tu. )

Aku geli hati mendengar kata-kata Akif. Bertambahlah suka bila tahu perasaan cemburunya terhadap lelaki lain. Sesungguhnya, aku tidak berniat untuk membuat dia cemburu.

"Sekali lagi, Aulia' minta maaf dah buat abang cemburu. Next time Aulia' promise, apa-apa pun terjadi pada Aulia'.. Aulia' takkan tumpang dia. Cuma tadi, Aulia' terlampau takut kehilangan abang bila dengar abang jatuh pengsan. Macam nak luruh jantung Aulia' tau."

Mendengar kata-kataku, Akif menarik ku berada di atas ribaannya. Lantas dia mengomoli pipiku.

" Sayang juga sayang kat abang... "

" Ish, abang ni... Mestilah Aulia' sayang sangat-sangat kat abang.. Kalau tak, camna Aulia' boleh kawin dengan abang. Dari dulu lagi Aulia' crush pada abang."

"Abang pun crush pada Aulia'. Dah jom abang mandikan Aulia'. Dah bau masam dah.."

Ooo pepandai je dia kata aku bau masam. Dengan pantas jari jemari ku spontan menggeletek dadanya. Aku tercuit melihat senyuman tawanya. Kerana tidak tahan di geletek, dia mengcengkam kedua belah tangan ku. Aku cuba meloloskan genggamannya, namun tidak berjaya. Kemudian, kedua-dua mata kami bertembung serentak. Beberapa saat dia merenung wajahku lantas dia mengucup bibirku. Aku mengikut rentaknya dan kami berdua hanyut dalam asmara seketika.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Dahi ku berkerut. Tibanya di meja ku, aku lihat ada sejambak bunga ros merah diletakkan di atas meja ku.

Siapa pula yang bagi bunga pagi-pagi ni. Aku memandang keadaan sekeliling untuk mencari gerangan yang meletakkan bunga di meja ku. Tiba-tiba kakak Astro Awani masuk ke dalam pejabat. (Aku saja gelar dia Astro Awani. Nama dia Salwani. Sebabnya dia la orang pertama yang suka menyampaikan berita viral yang berlaku di syarikat ini.)

"Hmmm, untung la kan. Kelmarin, dapat keluar ber'dating' dengan anak bos. Pagi ni dapat bunga pulak".

Aku memandang kak Astro Awani dengan penuh tenang dan tidak tersentap.

"Untung macam mana tu kak? Hurm macam mana akak tau saya keluar dating dengan anak bos kelmarin. Even akak nampak saya keluar dengannya, mata kita tidak dapat mengungkapkan apa yang benar. Boleh timbul fitnah kak."

"Eleh, akak dah banyak makan garam kat dalam ofis ni. Kau tu sama saja dengan perempuan-perempuan yang selalu dekat dengan anak bos tu."

Aku beristighfar berkali-kali di dalam hati. Kalau boleh aku taknak bermasalah dengan orang-orang dalam syarikat ini.

"Takpa la akak. Nak terang kat akak pun, akak dah tolong jelaskan bagi pihak saya. Alhamdulillah, tq banyak-banyak akak."

Malas aku nak berborak lama dengan orang macam ni. Better aku siapkan kerja aku dari melayan kerenah kakak Astro Awani yang entah apa-apa ini.

"Wah, dari siapa bunga ros tu, Iman? Cantik lah.."

Tegur Kak Azean yang baru sahaja masuk kerja.

"Entah la Kak Azean. Masuk ofis tadi tengok dah ada atas meja Iman. Kad pun tak ada. Hurm, kak Yan suka ke bunga ni? Ambil la.."

Ku hulurkan sejambak bunga itu kepada Kak Azean. Aku memang tidak suka bunga. Mungkin sebab aku ni bersikap ala lelaki sikit, jadi minat kepada bunga itu kurang.

" Betul ke, Iman bagi bunga ni kat akak? Tq tau."

Lantas Kak Azean mengambil bunga yang ku berikan itu. Suka aku melihat dia tersenyum-senyum sambil mencium haruman bunga ros itu.

Aku sengaja berbohong sunat kepada Kak Azean yang kad pada bunga itu tiada. Sebabnya aku tahu siapa yang meletakkan bunga itu ke atas meja ku. Biarlah aku sahaja yang tahu dan aku tidak mahu orang yang memberikan bunga ini kepadaku mendapat malu kerana ditolak oleh aku.

"Suami Iman dah sihat ke?" Tanya kak Azean.

Kulihat Kak Astro Awani mematai kami berdua dan cuba mendengar perbualan kami.

"Alhamdulillah. Dah semakin sihat kak. Cuma hari ni dia dapat MC. dapatlah rehat sehari di rumah."

Selang beberapa minit kemudian, pejabat kami di datangi oleh Puan Umie Raisha iaitu kakak kepada Tuan Uwais.

"I thought Mrs Shirley sudah ada dalam ofis."

"Kelmarin, Mrs Shirley ada inform kami yang dia akan masuk lewat sikit sebab ada urusan di luar." Beritahu Kak Astro Awani kepada Puan Raisha.

"Tak apa la. Hari ni saya nak adakan meeting di sini. Kamu semua mesti terlibat dalam meeting ini. Hurm, you... Iman. Dah ok ke? Tuan Uwais cakap dia ada hantar you ke hospital sebab you pengsan dalam bilik dia kelmarin."

"Saya tak pengsan Puan. Cuma kelmarin keadaan saya hampir nak pitam bila dapat panggilan yang mengatakan suami saya pengsan kat tempat kerja. Jadi bila Tuan Uwais tengok keadaan saya masa tu, dia cuba bantu hantar saya ke hospital yang menempatkan suami saya."

Puan Raisha menganggukkan kepalanya setelah aku menerangkan kepadanya. Manakala si Kak Astro Awani menunduk malu apabila mendengar perbualan kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience