"Saya berharap Encik Akif dan isteri dapat bertenang dengan apa yang akan saya beritahu nanti.. Melalui pemeriksaan yang telah pihak kami lakukan pada encik tempoh hari, saya dapati Encik menghidap penyakit barah otak gred 4 yang mana tumor di dalam otak encik semakin merebak."
Ya Allah.. Akif ada barah otak. Aku memandang wajah Akif sebaik sahaja doktor memberitahu tentang keadaannya. Reaksinya Bersahaja dan nampak tenang tidak seperti aku yang mula cemas dan bimbang.
Mungkin dia sedar apa yang bermain dalam hati ku sekarang ni, dia segera mencapai tangan kiri ku dan terus menggenggamnya untuk menenangkan aku.
"So, doctor.. Apakah sakit suami saya ini dapat disembuhkan?" Tanya ku dengan begitu cemas.
"Begini.. Saya tak boleh menjamin seratus peratus keadaan encik Akif. Namun encik Akif perlu segera dibedah kerana apa yang saya beritahu tadi tumornya semakin merebak ke sel-sel otak. Kami bimbang sekiranya tidak dibedah segera, keadaan encik Akif akan lebih teruk."
"Sebenarnya sukar saya katakan bahawa pembedahan ini dilakukan hanya untuk melegakan simptom dan bukan merawat penyakit barah otak. Harus diingatkan bahawa otak merupakan organ yang sangat kompleks dan pembedahan otak adalah agak berisiko tinggi. Sekiranya pembedahan dilakukan encik Akif berisiko akan koma selepas pembedahan. Saya pun tak pasti berapa lama encik akan sedar kerana risiko pembedahan ini juga boleh menyebabkan kematian. Ataupun sekiranya encik sedar dari koma encik Akif berisiko tinggi untuk mendapat kecacatan kekal, rosak penglihatan, dan mengalami perubahan personaliti."
" Namun ada juga pesakit saya yang sudah sembuh dan hidup normal selepas pembedahan tetapi tak ramai yang sebegitu. So, encik Akif bersetuju atau tidak untuk dibedah nanti?"
* * *.* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Aku duduk menghadap di hadapan meja Puan Raisha.
"Ada something important ke Iman mahu berjumpa saya?"
Ya memang agak penting bagi aku. Jarang aku berjumpa Puan Raisha kalau tiada kaitan dengan hal kerja.
"Are you, ok Iman?"
Soal Puan Raisha lagi sebaik melihat wajah aku yang tidak seceria dahulu.
Setitis air mata hangat jatuh ke pipi kanan ku..
"Hurm, saya nak berhenti kerja Puan Raisha."
"But why? Ada apa-apa yang berlaku pada suami 1Iman ke?"
Puan Raisha memang tahu sejak dari awal lagi tentang keadaan Akif kerana sebelum ini aku kerap meminta cuti.
"Suami saya disahkan sakit barah otak gred 4, Puan Raisha. Jadinya, suami saya telah membuat keputusan untuk pulang ke kampung bagi meneruskan pembedahannya di hospital sana. Saya dah banyak sangat minta cuti kerja. Saya malu sangat pada Puan Raisha. Lagipun saya tak tahu bila saya boleh masuk bekerja lagi dengan keadaan suami saya ini. Jadi, saya telah membuat keputusan untuk berhenti kerja."
Puan Raisha segera mendekati aku lalu mengusap belakangku. Berjurai air mataku jatuh sebaik sahaja menceritakan keadaan sebenar.
" Macam ni lah Iman.. Awak tak payah la berhenti kerja di sini. Saya bagi awak cuti. Sebaik sahaja suami awak sembuh nanti, awak datanglah bekerja di sini balik. Sayang saya nak lepaskan pekerja seperti awak. Supplier-supplier dan client-client saya di sini cukup memuji cara awak bekerjasama dengan mereka."
"Tapi Puan Raisha.. Saya tak tahu bila saya boleh kembali bekerja di sini. Sebulan... Dua bulan.. Atau setahun.. Itu bergantung pada kesihatan suami saya. Lebih baik sahaja saya undur diri dari syarikat ini."
"Iman.. Saya dah anggap awak macam adik saya.. Papa saya pun suka awak bekerja di sini. Kalau awak ada apa-apa masalah, awak jangan malu dengan saya. Tentang apa yang saya cakap tadi tu.. Iman fikir lah baik-baik balik rumah
nanti."
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Jam 10.30 malam aku dan Akif menaiki bas dari TBS untuk pulang ke rumah ibu bapa kami. Dalam perjalanan, kami tidak dapat melelapkan mata. Aku memandang Akif yang terkumat-kamit mulutnya sambil jari jemarinya menekan pada butang zikir digital.
"Lupa pula nak tanya.. Macam mana dah settle ke hantar surat resign tadi?"
Sebelum bersuara kepala ku yang lentuk di bahu Akif terus ku angkat memandang wajahnya yang sentiasa tenang. Seakan-akan tiada apa-apa yang mengganggu fikirannya.
"Dah hantar tapi Puan Raisha suruh fikir dulu. Dia tak bagi Iman resign. Tapi Iman dah fikir semasak-masaknya... Iman tetap akan berhenti kerja. Selagi abang tak sembuh, Iman tak nak fikir benda lain dah."
"Abang fikir ada betulnya jugak kalau sayang tak berhenti kerja. Sekarang ni susah nak dapat kerja. Katakanlah, selepas pembedahan ni abang dah tak normal macam dulu dan tak boleh bekerja lagi or abang mati masa pembedahan, sayang akan hilang punca pendapatan nanti."
" Shuuuuush abang. Aulia' tak suka dengar abang cakap macam tu. Aulia' nak abang sembuh dari sakit abang." Terketar-ketar tubuh ku apabila Akif berbicara tentang kematian. Aku tak sanggup kehilangannya.
" Sayang kena fikir juga supaya sayang dapat bersedia dengan semua ini."
"No, abang. Kita masih ada harapan iaitu berdoa yang baik-baik kepada Allah. Aulia' yakin Allah Maha Mendengar. Atau abang dah berputus asa untuk berdoa."
"Abang tak pernah putus doa, sayang. Setiap hari, abang sentiasa doa supaya abang sembuh seperti sedia kala. Tetapi sekiranya kematian menjemput abang, abang redha dengan nasib abang. Sayang pun kena redha dengan ketentuan Allah."
Aku senyap dalam linangan air mata. Wajahku berpaling ke arah lain dari memandang Akif. Aku tidak boleh menerima kenyataan sekiranya itu berlaku. Kemudian, satu tangannya menarik bahu ku dan merapatkan tubuhku dekat dengannya. Tangannya erat memeluk ku. Dia cuba menenangkan ku ketika ini. Perkara yang paling aku suka tentang dia. Walaupun dirinya sedang berperang dengan sakitnya, dia tetap cuba sedaya upaya membuatkan diriku untuk bermanja dengannya.
Share this novel