Aku terjaga awal sebelum masuk waktu subuh. Nyenyak adik bos tidur sambil memeluk ku.
Oleh sebab kau merajuk hampir satu hari semalam, aku terpaksa merendahkan maruah aku depan kau agar diriku tidak terpalit dosa dengan kau. Ya Allah.. Aku tahu cara ku ni salah.. Tapi tiap kali aku dan dia hampir bersama, hatiku rasa bersalah pada arwah Akif. Seolah aku mengkhianati arwah Akif.
Perlahan-lahan aku mengangkat lengannya itu dan menggantikan bantal panjang sebagai diriku agar ketiadaan aku di sisinya tidak mengganggu tidurnya. Fuh.. Leganya aku melihat adik bos yang masih tidur nyenyak. Aku bergegas ke bilik mandi dan aku tidak mahu adik bos menyedari yang aku tiada di sampingnya sekarang ini.
Selepas selesai menyediakan sarapan untuknya, aku menulis sebuah nota dan aku meletakkan nota itu di sebelah meja berdekatan tempat tidurnya. Lalu dengan senyap, aku meninggalkannya seorang diri di atas katil tanpa disedarinya. Mujur bapa mertua ku tiada di sini kerana ada urusan di luar negeri. Jadi, tindakan aku sekarang ni tidak menimbulkan syak wasangkanya terhadap apa yang berlaku dalam hubungan kami.
Aku minta maaf adik bos. Hari demi hari hidup bersamamu, membuatkan jiwaku semakin takut. Ku takut jiwa ku yang semakin terganggu ini mengikis perasaan sayangku pada arwah Akif. Sedangkan kami berdua pernah mengikat janji, akan mencintai antara satu sama lain hingga akhir hayat kami.
"Sekiranya... Abang ditakdir meninggalkan dunia ini, abang ingin Aulia' cari pengganti abang."
Aku cepat-cepat menutup bibir Akif ketika itu. Ketika itu aku sungguh yakin tiada satu pun antara kami akan pergi dahulu. Kami akan bercinta dan berkasih sayang hingga ke tua. Melainkan kami ditakdirkan sehidup semati bersama.
"Apalah abang ni.. Jangan buat Aulia' takut la. Seram tau. Abang pun tau kan dari awal Aulia' nampak abang baru pindah dekat perumahan taman mak ayah kita tu, itulah pertama kali Aulia' betul-betul jatuh cinta dengan seorang lelaki. Daaaan.. Bila Aulia' dapat bonus kahwin dengan dia, Aulia' rasa dah tak perlu yang lain sebab abang sudah sempurna di mata Aulia'."
" Oklah Aulia' sayang. Abang tak cakap bukan-bukan lagi." Pujuk Akif.
"Janji dengan Aulia' ya... Cinta dan sayang kita, sehidup semati bersama."
"Ya... Abang cinta dan sayang Aulia' hingga akhir hayat abang tau." Aku kembali riang. Kata-kata itulah yang aku ingin dengar keluar dari mulutnya.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Nota yang ditinggalkan Iman sudah dibaca Uwais.
ABANG, MAAFKAN SAYANG KERANA PERGI KERJA TANPA ABANG. SAYANG TAK KUAT BERDEPAN DENGAN ABANG SEKARANG INI. PERBUATAN SAYANG SEMALAM TERHADAP ABANG TELAH MEMBUATKAN SAYANG RASA MENGKHIANATI AKIF DARI BELAKANG. PLEASE MAAFKAN SAYANG. JANGAN CUBA CARI SAYANG DI PEJABAT. BAGI MASA UNTUK SAYANG PULIHKAN DIRI SEPERTI BIASA.
Setelah nota dibaca, Uwais mengeronyok nota itu seolah-olah akan hatinya yang remuk ketika ini.
Sarapan yang dimasak oleh Iman, tidak dijamahnya.
"Mak Yam, makanan ni Mak Yam habiskan lah.. Atau kalau tak habis simpan je dalam peti abis. Uwais nak cepat ni."
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Setibanya di syarikat, Uwais terpaksa sekali lagi berhadapan dengan mamanya.
"Aku dah warning kan.. jangan berani jumpa aku lagi. Even kak Raisha dah boleh maafkan Puan, tapi aku tidak berhati lembut seperti dia. Puan dah bertahun-tahun tinggalkan kami, kenapa datang cari kami? Mana lelaki yang puan tergila-gilakan sangat tu."
Iman segera berlari ke tempat pertengkaran antara anak dan ibu itu selepas dimaklumkan oleh kak Azean.
Iman tidak menyangka Uwais yang sebelum ni merupakan suami yang agak periang, nakal, dan lembut bicaranya, boleh menuturkan Kata-kata yang kasar pada mamanya. Emosinya sekarang umpama gunung berapi yang mengeluarkan ledakan lava di dalamnya. Mungkin juga kekecewaannya pada masa lalu sudah menjadi kudis yang bernanah di dalam hatinya.
Seperti biasa sikap Iman, bila tiba dalam keadaan terdesak itu, tanpa berfikir panjang menggenggam tangan Uwais supaya dapat menenangkan jiwa Uwais ketika ini.
"Puan, saya minta maaf. Puan balik dulu. Nanti bila Uwais dah tenang, kita berbincang kemudian. Lagipun tak baguslah biarkan masalah keluarga ini dibincangkan di tengah-tengah ramai orang lalu lalang di sini. Bolehkan Puan?" Tersusun atur Kata-kata Iman agar mama Uwais akur dengan permintaannya."
"Baiklah, Iman. Mama pergi dulu."
"Hey...macam mana kau kenal Iman? Jangan kau sekali-kali dekati wife aku pula." Renungan tajam terpanah tepat pada wajah mamanya. Terhinjut kedua bahu mamanya kerana terkejut mendengar tengkingan Uwais itu.
Daripada membiarkan diri Uwais semakin memburuk, genggaman tangan Uwais tadi terus dipegangnya kuat-kuat dan dibawa lari Uwais masuk ke dalam pejabatnya di tingkat bawah tanah. Dikuncinya pintu dan ditutup rapat langsir pejabatnya supaya sesiapa yang ingin berurusan kerja ketika ini tidak akan mengganggunya buat sementara waktu.
"Kenapa you bawa abang masuk sini? Bukankah you dah tulis dalam nota pagi tadi, yang you tak nak berdepan dengan abang sekarang ni."
Dari kata-katanya itu, Iman sudah jelas Uwais sedang berkecil hati padanya. Aduh, masa ni ke dia perlu merajuk pada aku lagi.
"Hurm.. Lupakanlah pasal note sayang tulis tu. Sayang minta maaf, k. Sekarang dengar apa yang sayang nak cakapkan pada abang ni."
Sebenarnya selepas mengetahui tentang pertengkaran Uwais dan mamanya tadi, membuatkan dirinya lupa tentang perasaan yang bermain dalam dirinya.
Spontan Iman bertindak memeluk Uwais. Saat itu hanya satu cara yang dia fikir supaya dapat menenangkan keadaan Uwais. Namun Uwais berkeras diri tidak membalas pelukan Iman. Dia berdiri membatu seperti patung. Pertemuan dengan mamanya tadi, masih membuatkan jiwanya panas membara. Ditambah pula dengan kata-kata yang tertulis di dalam nota Iman itu tadi.
Wajah yang mencuka itu di tenung Iman dalam-dalam. Dipegangnya kedua pipi Uwais rapat-rapat supaya Uwais bertindak balas menatapnya. Dia tidak suka apa yang akan diperkatakannya nanti hanya bagai angin yang lalu.
"Dalam Hadith Sahih Bukhari, seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. maksudnya : Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi? Cuba abang teka apa nabi jawab." Iman memulakan mukadimah dengan nada yang lembut.
“Ibu." Pendek jawapan Uwais. Wajah Iman mula terukir tersenyum bila Uwais sudah mula memberi respon kepadanya.
Kali ini, Uwais pula membalas pelukan Iman. Pelukan seolah anak kecil yang ketandusan kasih sayang ibunya. Tutur kata Iman sangat mudah menyejukkan hatinya sedikit demi sedikit. Dia rindukan zaman kanak-kanaknya. Pernah punyai ibu yang sangat menyayanginya tetapi si ibu memilih meninggalkannya untuk bersama lelaki lain.
“Lelaki itu bertanya lagi.. Selepas itu siapa?”
“Ibu.” Jawapan Uwais bagaikan anak kecil. Tiba-tiba nada suara Uwais begitu manja padanya.
Iman merelakan Uwais memeluknya erat ketika ini. Pelukan itu bagaikan diiringi melodi romansa. Mereka bagaikan menari-nari dalam fantasi mereka.
"Kali ke 3 lelaki itu bertanya kepada Nabi SAW lagi... selepas itu siapa. Nabi SAW tetap menjawab ibu. Kali ke 4 pertanyaan lelaki itu, baru Nabi SAW menjawab selepas itu ayah. Jadi abang tak boleh layan mama abang sebegitu."
"Tapi mama tak sayangkan abang. Dia tinggalkan abang dan Kak Raisha untuk lelaki lain. Sedangkan dia sudah bersuami masa tu. Layakkah dia mendapat penghormatan dan kasih sayang abang?" Merengeknya pada Iman. Iman membelai-belai belakang Uwais beberapa kali supaya beban dendam yang ditanggungnya menghilang dengan cepat.
"Layak atau tidak, itu bukan kerja kita untuk menghukum. Berdosa besar sekiranya seorang anak menderhakai ibunya. Walaupun sejahat mana mama abang lakukan dahulu, macam sayang cakap dulu... Biar orang lain nak buat apa pun pada kita, tapi kita jangan cuba membalas apa yang mereka pernah lakukan pada kita. Maafkan sahaja. Lebih-lebih lagi orang salah itu ibu kita. Perkara baik yang kita buat akan meneladani orang yang berlaku buruk terhadap kita."
Sayang ni banyak celotehlah sekarang ni. Geram abang tengok bibir merah tu. Asyik potpet-potpet. Katanya nakal di dalam hati. Wajah Iman ditenungnya dalam-dalam membuatkan jiwa kelakian bergelora tiba-tiba.
Chup..chup..chup.. Uwais tidak dapat menahan dirinya dari mencium lembut bibir merah hati milik Iman berkali-kali ketika ini. Pada mulanya, Iman melayan sejenak perbuatan Uwais. Tidak berapa lama kemudian, dia menyedari rupanya Uwais sudah pulih dari jiwa kacaunya. Dia terus menepis tangan Uwais dari memeluk dirinya dan terlepas sudah cantuman kedua-dua bibir itu. Dada Iman berombak laju. Perasaan ganjil ini bermain lagi di benaknya selepas Uwais tidak henti-henti menciumnya. Uwais cuba memujuk Iman tapi Iman menutup telinganya.
"Abang... Sayang minta maaf sangat-sangat pada abang. Tinggalkan Iman sendirian dalam bilik ini."
Uwais akur cakap Iman. Dia mula rasa bersalah pada dirinya sendiri kerana kali ini dia gagal menahan dirinya dan mengundang kemarahan Iman pula.
Assalamualaikum all reader.. Tak jawab dosa.. Hihi.. Dan selamat petang.. #Rindu pada yang tiada bukannya dengan cara menangis atau meraung. Mungkin mereka yang tiada lagi lebih rindukan doa dari anak-anak yang soleh dan solehah. Always bersedekah ayat-ayat suci Al Quran kpd mereka dan sentiasa mengejar amal baik. Sesungguhnya semua itu berbalik pd anda suatu hari nanti.
Share this novel