BAB 10: Dendam

Drama Completed 30756

Kata-kata Iman minggu lepas masih terngiang-ngiang di telinga Uwais. Walaupun kata-katanya sedikit mencabar ego lelakinya, namun hatinya dicuit rasa lucu. Segala-galanya tentang Iman boleh menceriakan hidupnya. Dia lebih rela menelan segala yang dituturkan Iman. Berbanding orang lain, mungkin hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tatkala, kakak dan ayahnya pernah menasihatinya, dia masih meneruskan perbuatannya tanpa rasa bersalah menghancurkan hati wanita-wanita di sekelilingnya.

"Hah senyum sengih sorang-sorang. Dah kena tazkirah dengan si Iman tu.. Masih tak insaf-insaf ke?" Raisha tahu inilah pertama kali adiknya diberi pengajaran oleh wanita yang cukup lantang pendiriannya. Sebelum ini, wanita-wanita yang cuba didekati Uwais mudah terlekat padanya. Namun berbeza dengan Iman Aulia'.

Kehairanan sebentar si Uwais apabila kakaknya datang menyergah senyap sebegitu. "Dia dengar ke perbualan aku dengan Iman?"

"Akak, boleh tak ketuk pintu bilik dulu sebelum masuk." Raisha mengukir senyum.

"Kalau akak ketuk, akak tak nampak la adik akak ni senyum sorang-sorang macam orang gila."

Uwais merenung tajam ke arah Raisha, bukan kerana marah tetapi sudah tidak tahan disakat oleh kata-kata Raisha.

"Please Uwais.. Stop fall in love with Iman. Ramai lagi perempuan yang baik di luar sana seperti dia." Kali ini Raisha mula bersikap lebih serius.

"Tapi dialah wanita yang telah membuka hati Uwais untuk bercinta kembali."

Uwais mengimbau memori silam saat dia pernah jatuh cinta ketika di sekolah menengah. Dia pernah bercinta dengan seorang gadis yang sekelas dengannya. Namun, kehadiran pelajar lelaki di sekolah mereka telah memusnahkan impiannya untuk menikahi gadis itu suatu hari nanti. Gadis itu beralih cinta kepada lelaki tersebut yang merupakan anak dato dan hartawan terkenal. Sejak itu, Uwais sentiasa menyamakan setiap wanita di sampingnya mirip sahaja dengan ibunya.

"Dia jugalah wanita yang benar-benar mengubati hati ini dari terus merasa sakitnya hati bila mengenangkan perbuatan Mama kita."

"Dia isteri orang, Uwais. Dia juga ada ingatkan Uwais hari tu, berdosa kalau sengaja meruntuhkan rumahtangga orang. Apa.. Uwais tak pernah terfikir ke.. Uwais dah menanggung banyak dosa dari perbuatan Uwais. Atau Uwais rasa diri lebih hebat dari Pencipta. Sebab tu tiada rasa takut sedikit pun pada Sang Pencipta." Raisha cuba memujuk adik kesayangannya dari terus bergelumang dengan dosa yang dia lakukan selama ini.

Ya, kerana dendam yang kesumat menjadikan dirinya terus lupa akan dosa dan pahala. Dek meluap-luap marahkan ibunya dan bersabit pula dengan bekas kekasih zaman persekolahannya, terus menggelojakkan hatinya dengan dendam yang tertanam nanah. Akibatnya, dia sengaja melupakan perintah dan larangan Allah. Berhibur sehingga ke pagi. Pergaulan dengan wanita tanpa batasan di kelab-kelab malam harinya. Lupa akan rukuk dan sujudnya kepada Allah. Hanya tidak pernah meratah kesucian wanita dan meminum air kencing syaitan membuatkan dia berfikiran waras untuk tidak melakukan kedua perkara itu.

"Yeah... She belongs to her husband. I know that. No worry Kak. I will make sure myself not to bother hers, melainkan hal-hal kerja."

Kali ini dia berlembut hati menuruti kata-kata Raisha. Lagi pula, dia tidak mahu Iman berhenti kerja kerana sikap tidak matangnya. Tanpa Iman, dia akan hilang arah.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Sudah dua bulan lebih Akif mengadu kepadaku dia sakit kepala. Sakit kepalanya makin menjadi-jadi. Pelbagai cara tersendiri dia cuba merawat sakit kepalanya. Panadol yang ditelan juga tidak menyembuhkan sakit kepalanya. Berat badannya pula tiap hari makin susut. Walaupun raut wajahnya kelihatan pucat dan lesu, namun dia tidak pernah menunjukkan dirinya sedang menahan kesakitan. Tanggungjawab kepada kerja tetap dilakukan. Aku jadi lebih risau dari tuan badan yang sedang sakit kepala.

Tiap hari dia akan menyedapkan hatiku yang risau akan kesihatannya.

"Maybe abang ada dosa-dosa yang abang tak sedar yang abang telah lakukan, sebab tu Allah timpakan sakit kepala."

Tiap kali dia merasa kesakitan, sepertiga malam dia bersungguh-sungguh melakukan solat sunat sehingga ke subuh. Katanya, kemungkinan ada serpihan dosanya tidak lagi diampunkan jadi dia akan berusaha memperbanyakkan solat sunat taubat di malam hari supaya Allah mengampunkan dosa-dosanya.

"Esok kita pergi klinik la.. Buat check up. Lama dah abang sakit kepala. Tengok muka tu.. Pucat je. Telan panadol pun masih tak hilang sakitnya."

"Baiklah, sayang abang ni."

Lantas Akif merapatkan muka aku ke dadanya dan mencium dahi ku beberapa kali. Dia sengaja berbuat begitu agar aku hilang fokus risaukan kesihatannya. Ya, memang aku lupa seketika untuk risau kerana hanyut dalam pelukannya. Aku tidak tahu kenapa pelukannya kali ini ku rasakan terlalu istimewa. Haruman badannya cukup wangi tidak seperti parfum yang terjual di pasaran. Harumannya terlalu natural.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Sejak kejadian itu, Uwais telah menunaikan janjinya untuk tidak mengganggu Iman lagi. Mereka berdua lebih banyak berbincang soal kerja. Namun, dia masih tidak boleh memadamkan perasaan cintanya terhadap Iman.

"Kak Yan, mana kawan baik kamu?" Soal Uwais. Biasanya Uwais akan nampak mereka berdua turun makan tengahari di kafeteria tingkat bawah. Kafeteria ini menghidangkan makan tengahari secara percuma untuk semua staf.

"Oo, Iman ya. Dia kerja half day hari ni, Tuan Uwais."

"Ooo.. Patutlah."

Pintu lif pun terbuka. Kak Azean keluar menghala ke kafeteria manakala Uwais menuju ke pintu keluar lobi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience