"Abang.. Jangan tinggalkan Aulia' lagi..." Sedikit demi sedikit bayang Akif semakin menghilang. Namun suaranya masih kedengaran.
Tiba-tiba muncul lingkaran api mengelilingi Iman. Dia merasa ketakutan. Ditambah pula bayang Akif yang sudah menghilang jauh dari matanya. Berkali-kali dia memanggil nama Akif supaya menolongnya, namun tiada sesiapa pun yang datang kepadanya.
"Allah! Allah! Tolong aku Ya Allah... Badanku panas sangat." Iman meronta-ronta menyeru nama Tuhan. Terasa bahang terkena kulit nipisnya.
"Allah! Allah!... Aku takut Ya Allah.. Di mana aku Ya Allah..."
Matanya melilau-lilau sekeliling kawasan. Dia tidak tahu di mana dirinya sekarang. Beratapkan langit yang gelap dan berada di kawasan yang ketandusan.
Dirinya merasa sedikit lega melihat sesosok tubuh sedang menuju ke arahnya. Tapi sayangnya sosok itu tidak mendengar panggilannya.
" Adik bos ke tu? Abang tolong sayang.... Sayang di sini..."
Kelihatan Uwais sedang mencari Iman dengan penuh kerisauan ketika itu. Iman menangis tidak henti-henti. Mengenang nasibnya yang mungkin tidak dapat diselamatkan lagi dari lingkaran api yang teramat bahang amarahnya. Dia berputus asa memanggil Uwais yang tidak mendengar namanya dipanggil. Iman terduduk sujud tidak tahu berbuat apa lagi melainkan mengharapkan pertolongan dari Allah sahaja.
"Ya Allah.. Ampunkan dosaku sekiranya azab ini Kau turunkan padaku kerana berdosa pada lelaki ini. Ya Allah.. Aku berjanji padaMu Ya Allah.. Sekiranya lelaki ini lah yang datang selamatkan aku, aku berjanji akan jaga hatinya... Akan ikhlas sayangkannya..."
Entah bagaimana, hanya dalam mimpi sahaja perkara yang mustahil pasti boleh berlaku. Uwais tiba-tiba berada bersama Iman dalam lingkaran api yang masih menyala paras tinggi kepala mereka.
"Aulia' jangan takut. Pegang tangan abang... Insya Allah Aulia' akan selamat."
Tangannya yang terketar-ketar itu menyambut tangan Uwais untuk diselamatkan. Lantas Iman terus memeluk Uwais kerana sudah tidak berdaya menahan dirinya dari keletihan yang teramat sangat. Lalu dia rebah dalam pelukan suaminya itu.
Iman mulai tersedar dari tidurnya. Kepalanya yang terasa berat subuh tadi, semakin kurang sakitnya. Suatu perasaan yang baru menyelinap jiwanya. Segar bugar. Seperti baunya rumput yang baru lepas di potong. Tidak tergambarkan perasaannya yang terbit ketika itu. Sedang dia menginjak tubuhnya, dia dapat merasakan tangannya sekarang sedang digenggam seseorang. Tubuhnya pula di rangkul dari belakang. Nafas lembut menghembus di belakang telinga. Dia menyelak selimut yang membalut tubuhnya dan mendapati segenap inci tubuhnya tiada surat benang. Padahal, dia pasti dia tidur dalam berpakaian subuh tadi. Dia cuba mengingati apa yang berlaku. Dia hanya mengingati tentang mimpinya bersama adik bos yang menyelamatkannya dari terbakar oleh api.
Pergerakan Iman menyedarkan Uwais yang sedang enak tidur memeluk Iman bagaikan bantal peluk. Dia menggosok kedua-dua matanya sambil menguap panjang.
"Sayang dah bangun.. Dahi sayang panas lagi ni. Nanti kita ke klinik ya sayang."
Iman mengecilkan matanya sambil mengetap bibirnya kerana telah menyedarkan Uwais dari lenanya. Aduuuh... Adik bos ni dah bangun la pula. Macam mana aku nak bangun kalau keadaan aku macam ni.
"Abang buat apa pada sayang masa tidur tadi?" Tanya Iman sambil menutup tubuhnya yang terselak dengan selimut.
"Abaaaaang... Pandang belakang...." jeritnya manja. Dia malu pada Uwais ketika ini. Merah wajahnya.
Sepanjang pernikahan mereka, dia sentiasa menjaga tubuhnya dari dilihat oleh Uwais walaupun sebenarnya mereka sudah sah menjadi suami isteri.
Uwais cepat-cepat mengalihkan dirinya. Tapi dia tercuit dengan tindakan Iman ketika itu. Dia sangkakan Iman akan memarahinya kerana telah meneroka tubuhnya tanpa izinnya.
"Abang minta maaf sebab tak dapat kawal perasaan abang tadi."
Uwais memusingkan tubuhnya kembali agar dia dapat memandang wajah isterinya.
"Tapi sebab Aulia' menggoda abang berkali-kali, abang tak dapat menahan diri. Aulia' sangkakan abang ni arwah Akif masa tu. Abang cuba nak menolak tapi Aulia' tetap mendesak abang. Abang minta maaf telah mengambil kesempatan pada Aulia'."
Iman terharu dengan penjelasan Uwais. Terharu kerana Uwais masih memohon maaf padanya walaupun sebenarnya, dirinya benar-benar layak untuk Uwais. Ingatannya mula kembali saat dia dikejutkan oleh Uwais. Oleh kerana dia terlalu rindukan arwah Akif, dia sangkakan Uwais adalah arwah Akif. Namun, dek mimpinya tadi, dia mula merasakan suatu perasaan yang benar pada suaminya.
"Sayang yang sepatutnya minta maaf pada abang. Sayang banyak dosa pada abang. Abang tak patut mengemis kasih sayang Aulia' sebegini, kerana abang ada hak ke atas sayang selama ini. Ampunkan sayang, boleh tak abang?"
Kedua-dua mata mereka saling menatap antara satu sama lain. Dagu Iman diangkat sedikit supaya Iman jelas melihat wajahnya. Wajah Uwais mula mengukir senyuman setelah mendengar kata-kata dari mulut Iman.
"Abang sedar.. Abang kahwini Aulia' dulu dalam keadaan Aulia' tidak bersedia menerima orang lain dan masih memikirkan arwah Akif. Setiap kali terdetik hati abang terasa hati dengan Aulia', abang dah ampunkan dosa-dosa Aulia'. Abang selalu berdoa pada Allah agar suatu hari nanti, Aulia' boleh buka pintu hati Aulia' pada abang pula. Abang tak minta pun Aulia' lupakan arwah Akif. Cuma biarlah ia disimpan menjadi kenangan terindah dalam hidup Aulia' dan mulakan hidup baru Aulia' bersama abang pula. Abang tahu, abang takkan sama seperti arwah Akif, tapi dengan izin Allah, abang akan bahagiakan Aulia' hingga di hujung usia kita."
Bergenang air mata Iman mengetahui betapa luhurnya perasaan Uwais terhadap dirinya.
"Abaaaanng... Sayang minta maaf sangat-sangat."
Kali ini Iman pula mendakap kemas tubuh Uwais. Perasaan malunya pada Uwais mulai hilang sedikit demi sedikit. Dia berjanji pada dirinya akan menerima dan menyayangi Uwais sepenuh hatinya seperti mana dia pernah melakukannya ketika dia menjadi isteri kepada Akif dahulu.
Perasaan Uwais berbunga-bunga di saat Iman membalas pelukannya. Dia tidak menyangka hari yang dinantikan sudah tiba di mana Iman sudah mula menerimanya. Bibir Iman dikucup berkali-kali menandakan hatinya sedang berbahagia ketika ini. Lantas Iman menyambut kucupan Uwais agar Uwais dapat merasai balasan perasaan yang mula mekar terhadapnya.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Selepas sesi berkasih-sayang, Uwais dan Iman pun bercadang untuk pulang ke Kuala Lumpur selepas membawa Iman ke klinik. Kereta Iman ditinggalkan di rumah keluarganya kerana sejak peristiwa di subuh hari tadi, membuatkan Uwais tidak mampu untuk berenggang bersama Iman.
Di dalam kereta, Uwais memanjang meleret senyumnya. Manakala Iman pula masih malu-malu kucing. Namun hatinya sudah mula terbuka menerima diri Uwais. Tangan Iman kemas digenggam, tidak mahu rasanya dilepaskan. Mujur sahaja kereta yang dibawanya itu auto. Kemaruk sangat jiwa Uwais ketika ini.
"Siapa adik bos? Tadi masa Aulia' tidur, abang macam dengar Aulia' sebut adik bos?"
Pertanyaan Uwais menggeletek hati Iman.
"Adik bos tu... Adik kepada kak Raisha.. Abang lah adik bos tu."
"Kenapa nak kena panggil adik bos?" Tanya Uwais nada manja.
"Sebab nama abang tu dah elok dah maksudnya. Tapi tak kena dengan perangai. Suka mainkan perasaan perempuan. Sebab tu la sayang panggil adik bos. Kalau dulu abang tak menggatal, mungkin panggil Uwais Ridzki."
"Ooo..gitu. Tapi itu dulu. Sekarang ni, hanya pada Iman Aulia' je abang nak gatal-gatal. Abang kan dah ada isteri yang boleh dihalalkan."
"Eeeeee... Memang gatal lah abang ni.. Tak sempat nak sampai rumah."
Assalamualaikum.. Hai reader semua.. # ada satu watak dalam cerita ni di ambil dari watak yang benar cuma cerita novel ni terlebih olahan untuk menjadi penyedap secukup rasa dalam cerita.
Share this novel