Uwais sudah berdiri di hadapan pintu pagar rumah yang ditandakan di dalam peta yang dikongsi kan oleh seseorang yang tidak dikenalinya.
KAU SIAPA? MANA ISTERI AKU. AKU NAK BAWA DIA BALIK. AKU DAH ADA DI TEMPAT INI.
Uwais menghantar mesej ke nombor yang tidak dikenalinya itu.
Selang beberapa minit kemudian, datang seseorang berdiri di belakang Uwais. Uwais yang asyik membelek telefon bimbitnya kemudian menoleh ke arah suara yang menyapanya.
Uwais memandang dari bawah ke atas sosok tubuh yang berdiri menyempadani pintu pagar yang agak tinggi dari ketinggian mereka.
"Kau yang sembunyikan isteri aku. Mana isteri aku? Aulia'... Aulia'... Abang datang sayang."
Naik berang Uwais pada mamanya apabila mengetahui selama ini Iman berada di rumahnya. Uwais menggoncang sekuat tenaga pintu pagar yang menjadi penghadangnya dari memasuki rumah mamanya.
"Aku nak kau buka pintu ni cepat. Cepat! Buka pintu ni!" Uwais mula menggila manakala mamanya teragak-agak untuk membuka pintu pagarnya setelah melihat Uwais semakin menyeringa.
"Sabar Uwais. Mama akan buka kalau Uwais sudah bertenang."
"Kau suruh aku bertenang. Apa hak kau sembunyikan Iman dalam rumah kau."
Iman yang mendengar suara bising di luar segera keluar untuk melihat apa yang sedang berlaku di luar rumah. Iman terkejut bagaimana Uwais boleh tahu tempat persembunyiannya. Iman terus mendekati mama Uwais apabila melihat wanita tua itu dibentak kasar oleh anak kandungnya.
"Orang yang awak panggil KAU itu adalah ibu kandung awak, Uwais. Mama awak tak sembunyikan saya pun... Saya yang nak ikut mama awak." Iman memepertahankan mama mertuanya.
"Aulia'... Aulia'... Sayang abang.. Jom balik." Uwais tidak peduli apa yang diperkatakan oleh isterinya. Yang penting, dia mahu isterinya kembali segera ke pangkuannya. Pujuk rayunya.
"No! Saya tak nak balik. Kita kan dah buat perjanjian. Apa awak dah lupa apa yang kita janjikan dulu?" Iman tetap berkeras tidak mahu menuruti kata-kata Uwais. Perasaan amarahnya membuatkannya lupa tentang murka Allah sekiranya seorang isteri meminta berpisah dengan suaminya.
"Selagi sayang isteri abang, sayang wajib dengar cakap abang. Berdosa besar kalau sayang terus lari macam ni. Balik dengan abang ye... Kita perlu berbincang. Hey, orang tua... Cepat lah buka pintu pagar ni."
Sekali lagi Uwais menggegar pintu pagar besi di hadapannya.
"Mama jangan buka pintu pagar tu. Okey.. Kita boleh berbincang... dengan syarat, selagi awak tak berbaik dengan mama awak. Jangan harap saya akan dengar cakap awak."
Iman mengalah. Dia akan cuba mendengar penjelasan Uwais sekiranya Uwais setuju dengan kata-katanya.
Goncangan pagar itu dilepaskan oleh Uwais sebaik sahaja mendengar syarat yang diucapkan oleh Iman. Hatinya masih menyimpan amarah dendam pada mamanya. Mampukah hati Uwais segera memaafkan mamanya. Tetapi Uwais tidak sanggup berjauhan dari isterinya lagi. Dia amat merindui Iman. Walaupun sudah tiga hari Iman melarikan diri darinya, bagaikan bertahun dia merasakan sengsara dalam jiwanya.
"Mama please.. Buka pintu ni. Mama please.." Uwais merayu sambil berlinang air matanya. Dia sanggup merendahkan egonya demi mempertahankan rumahtangganya.
Iman membenarkan mama Uwais membuka pintu pagar itu sebaik sahaja Uwais menngalah dengan kata-katanya. Sebelum mama Uwais membuka pintu pagar, Iman segera berlari masuk ke dalam bilik yang didiaminya. Hatinya masih terasa kesal dengan Uwais. Betapa sakit hatinya mengetahui yang suaminya keluar bersama perempuan lain tempoh hari.
Sebaik sahaja pintu pagar dibuka, Uwais segera mengejar Iman. Namun dia terlambat. Iman sudah mengurung dan mengunci biliknya.
"Aulia'... Please buka pintu ni. Macam mana kita nak berbincang kalau sayang tak keluar dari bilik ini untuk bercakap dengan abang." Lembut Uwais memujuknya.
"Saya dengar kat dalam bilik ni. Cakaplah apa yang awak nak cakap, Uwais."
Iman cuba mengelak dari bertemu dengan suaminya. Hatinya masih sakit diperlakukan begitu.
Mama Uwais menghampiri anak lelakinya yang sedang memujuk Iman ketika itu. Dia memberikan isyarat pada Uwais supaya tidak bercakap dengannya lalu dia memberikan kunci bilik pada Uwais. Dia mengerti betapa sayangnya Uwais pada menantunya. Dia tidak rela melihat Uwais terseksa menanggung rindu pada isterinya seperti mana dirinya yang selama ini menampung rindu yang amat mendalam pada anak yang ditinggalkannya.
Iman terkejut melihat Uwais boleh masuk ke dalam bilik yang dikuncinya dari dalam.
Uwais menghampiri Iman yang berada di atas katil sambil memeluk lututnya. Lantas Iman terus turun dari katilnya dan menapak ke belakang menjauhi Uwais.
Uwais berjaya menangkap pergelangan Iman dan menarik Iman ke dalam pelukannya.
"Sayang tahu tak, abang sangat rindukan sayang."
Bahagia hati Uwais dapat menatap wajah isterinya. Lain pula Iman yang menatap wajahnya dengan penuh amarah.
"Bohong... Awak kan dah berbaik dengan Airis. Buat apa rindu saya. Rindu lah kekasih awak tu. Lepaskanlah saya.." Iman meronta-ronta tubuhnya supaya melepaskan pelukan.
Uwais tersenyum nakal terusik dengan nada suara Iman yang seakan cemburu. Dia tidak dapat menahan dirinya lantas menangkap bibir Iman dari berkata-kata. Chup..chup.. chup.. Dia melepaskan segala rindunya pada Iman walaupun Iman mencegah dirinya dari terus mendekat. Tidak henti-henti Uwais mencium lembut bibir Iman dengan perasaan yang tidak dapat diungkapkan. Ciumannya itu mendarat pula pada leher Iman. Nafasnya makin laju. Akhirnya Iman kalah dengan amarahnya. Dia membiarkan Uwais memperlakukan dirinya sebegitu walaupun hatinya dikepung perasaan marah. Jantungnya juga mengepam dengan laju kerana tindakan Uwais itu. Dia juga tidak dapat menahan godaan dan membalas kembali apa yang diperlakukan oleh Uwais padanya tadi. Tiba-tiba dia tersedar dengan perbuatannya pada Uwais. Air matanya mula menitis di pipinya. Dia menghentikan perbuatannya itu dan memandang tepat ke dalam anak mata Uwais.
"Please tunaikanlah janji awak. Kita bubarkan pernikahan kita." Teriak Iman. Baginya, perasaan cinta yang baru tercipta ini perlu segera diputuskan agar dia tidak lebih kecewa jika hubungan mereka itu terikat terlalu lama.
"No, sayang. Abang takkan benarkannya berlaku. Abang sayangkan Aulia'. Abang tahu, Aulia' perlukan abang. Masakan tadi Aulia' membalas perlakuan abang. Abang minta maaf. Sebenarnya, tempoh hari abang sengaja nak buat sayang cemburu. Kami tiada apa-apa hubungan istimewa. Airis cuma bertemu abang untuk menjemput kita ke majlis perkahwinannya nanti. Kalau sayang tak percaya, ni kad kahwinnya."
Uwais mengeluarkan kad kahwin dari kocek seluarnya. Dia memberinya kepada Iman dan Iman terus membuka dan membacanya. Tidak lama kemudian, Iman menampar dada Uwais berkali-kali. Sama ada hendak marah, gembira, geram atau sedih, semua perasaannya bercampur aduk.
"Kenapa abang nak buat saya cemburu?"
Uwais sedikit gembira mendengar nada suara isterinya yang mula lembut hatinya. Daripada awak bertukar menjadi abang.
"Sebab sayang lah. Sejak kita pulang dari Perlis, sayang layan abang baik sangat. Abang rasa macam raja. Hidup abang bahagia. Tetapi tak lama lepas tu, layanan sayang berubah. Bila abang nak dekat, sayang cuba nak elak dari abang. Malam nak tidur pun, sayang sanggup tepis tangan abang tak benarkan abang peluk sayang. Abang memaksa sayang untuk menyayangi abang ke atau abang sorang yang bertepuk sebelah tangan dalam hubungan kita?"
"Tahniah, abang berjaya buat sayang cemburu. Lain kali jangan buat macam tu lagi. Ianya boleh mengeruhkan lagi hubungan kita. Apa-apa yang terbuku dalam hati abang, just luahkan pada sayang. Hidup berumahtangga ni, perlukan komunikasi yang baik. Baru rumahtangga bertahan lama. Bukan buat perkara yang menyakitkan seperti yang abang buat tu."
Kemudian Uwais memeluk Iman. Dia akui segala kesilapannya. Kehilangan Iman telah menyedarkannya.
"I'm so sorry sayang. Abang janji takkan uji sayang macam tu lagi."
Sambil memohon maaf, Uwais membelai-belai rambut isterinya yang lurus itu.
"Dan sayang pun kena janji.. Jangan tinggalkan abang sorang diri macam ni lagi. Syurga isteri melalui suaminya, kan. Abang tak nak sayang tergelincir ke tempat yang tidak sepatutnya. Abang nak hanya Aulia' yang akan menjadi bidadari syurga abang nanti."
Kembang membunga Iman mendengar kata-kata manis dari suaminya.
"Syurga abang pula di bawah telapak kaki mama abang. Macam mana sayang nak jadi bidadari syurga abang kalau abang tak nak memperbaiki hubungan abang dengan mama."
Uwais terdiam dengan kata-kata Iman dan masih kemas memeluk tubuh isterinya itu. Walau apa pun, apa yang paling penting sekarang ini, dia sudah menemui Iman kembali.
Assalamualaikum, semua reader... #Uwais terpaksa cakap baik2 dengan mamanya sebab nak pujuk Iman balik. Korang rasa, Uwais akan maafkan mamanya tak?
Share this novel