BAB 1: Jodoh Tidak Disangka

Drama Completed 30756

Aku bukanlah insan teristimewa tetapi merasa bersyukur apabila disatukan bersamanya. Perasaan cinta yang sudah lama timbul secara diam-diam terhadap lelaki itu membuatkan aku tidak percaya, akhirnya kami disatukan ke dalam gerbang perkahwinan. Why aku tak percaya? Jap nanti aku cerita sikit demi sikit).

Kami tidak pernah bercinta tetapi perkahwinan kami ditetapkan sebaik sahaja aku berjaya menamatkan ijazah ku. Mungkin kerana sikap ku sedikit kasar... (betul ke sedikit ke banyak sebab tu dipaksa berkahwin) ayah dan ibu ku merancang perkahwinan ku dengan jaya mereka. Haha... Kasar aku bukan pada orang tua ya tetapi penampilan aku yang sedikit kelakian membuatkan mereka risau tentang masa depan ku. Tambah pula aku seorang wanita. Lagilah mereka risau sekiranya aku berhijrah jauh seorang diri dari tempat kelahiran ku.

Lets aku flashback balik saat diorang bagi tau aku untuk kahwinkan aku dengan anak kawan mereka juga jiran seperumahan aku.

"Ayah akan izinkan Iman bekerja di luar dari negeri ni, dengan syarat Iman perlu berkahwin."

Terkejut beruk aku ketika ini apabila ayah meletakkan syarat sedemikian.

"Ayah.. Kenapa perlu beri syarat kawin bagai..? Iman cuma nak bekerja. Iman nak hidup berdikari di luar sana. Tak fikir nak buat maksiat pun. Iman boleh bezakan yang mana baik dan yang mana buruk, ayah."

Kulihat ayah sedang meneliti bait-bait kataku seolah-olah sedang berfikir dengan apa yang aku cakap. Kadang-kadang ayah boleh terima pendapat anak-anaknya sekiranya pendapat itu boleh diterima pakai. Aku harap sangat ayah akan benarkan aku kerja di tempat yang jauh.

Selama ini, hidup aku rasa terkongkong sangat. Semua benda yang aku suka buat sentiasa dihalang.

" Ala.. Kat sini pun Iman boleh je berdikari. Kenapa perlu kerja jauh-jauh." ibu ku mencelah.

Lain pula ibu ku, bila dia cakap tak boleh, muktamad la keputusannya. Aku cukup tidak suka ibu mengeluarkan Kata-kata sebegitu. Tapi aku diamkan sahaja. Otak aku sedang mencari solusi bagaimana caranya membuatkan ibu dan ayah aku bersetuju.

"Iman.. Pakcik Zarul yang tinggal selang tiga buah dari rumah kita tu, ada datang merisik Iman untuk anak sulungnya. Iman kenal kan Akif? Dia kerja sebagai technician di KL sekarang ni. Kalau betul Iman nak kerja jauh dari sini, kahwinlah dengan dia."

Akif? Jejaka pemalu tu.. Nak pula dia berkahwin? Tetapi kenapa dia setuju pilih aku. Kitorang tak pernah pulak bertegur sapa selama ini. Hatiku juga sebenarnya berbunga-bunga apabila ayah ku menyebut nama Akif yang akan dijodohkan dengan aku. Memang aku setuju la kalau crush aku (Akif) itu adalah jodoh aku.

" Baiklah, Iman setuju kahwin dengan dia."

****************************************************

Dua bulan kemudian, kami telah pun sah menjadi pasangan suami isteri.

Diriku berdebar-debar setelah menyedari Akif masuk ke kamar ku. Seperti kebiasaan pada dirinya, dia berjalan sambil menunduk malu ke arah ku yang sedang duduk di atas katil. Kemudian dia turut duduk di sebelah ku dengan jarak sejengkal dariku. Aku tahu dia pun ketika ini merasa tidak menentu setelah dipaksa berkahwin oleh keluarganya.

Kelihatan dia teragak-agak untuk mengungkapkan Kata-kata kepadaku. Melihat telatahnya yang sedikit gelisah berduaan dengan ku membuatkan aku geli hati. Ada juga lelaki terlebih malu seperti dia.

" Hurm, boleh saya tahu.. Aulia' terpaksa ke kahwin dengan saya?" Lembut setiap baris katanya. (Bukan lembut macam nyah k).

Haish.. Gaya dia tanya aku tu macam aku duduk bawah lantai. Tidak sedikit pun memandang aku. Pertama kali pula tu ada orang panggil aku, Aulia'. Aku lah Iman Aulia'.

"Tak ada lah. Dah lama saya admire awak." pantas aku menjawab. Perangai aku kontra sikit dari dia. Satu patah pertanyaan dari dia, sepuluh kata akan aku jawab.

"Masa keluarga awak baru pindah sini. Ingat tak kita hampir berlanggar ketika saya cuba nak angkat barang dekat rumah awak ritu. Masa tu awak malu-malu nak tegur saya macam sekarang ni, masa tu juga saya dah mula jatuh hati pada awak."

"Tambah lagi.. Saya tertarik dengan cara awak melayan adik-adik awak. Bagi saya, lelaki yang berbuat baik kepada keluarganya, kelak mesti akan menjaga isterinya dengan baik."

Masih ingat lagi, ketika ibunya melahirkan adik bongsunya pada usia yang sudah lewat, dia lah yang membantu menguruskan adik kecilnya itu. Sedikit sebanyak meringankan tugas ayahnya menjaga ibunya yang tengah berpantang. Apabila adik bongsunya sudah boleh berjalan, setiap petang selepas asar, dia akan membawa adik bongsunya membonceng basikal di sekeliling taman perumahan kami. Dari kejauhan aku selalu memerhatikan perlakuannya. Terdetik hatiku ketika itu, kan bagus suatu hari nanti dia jadi suami aku. Namun aku tahu, jodoh pertemuan di tangan Allah. Aku hanya mampu menyimpan perasaan ku ketika itu kerana aku masih remaja.

Aku memandang wajahnya dan kali ini dia berani bertentang mata dengan ku.

"Hurm, awak pula.. Kenapa bersetuju berkahwin dengan saya?"

"Sebab saya pun sudah lama sukakan Aulia'. Saya tertarik dengan Aulia' bila saya dapat tau suara yang selalu mengalun kan ayat-ayat Quran setiap malam tu adalah suara Aulia'. Sebelum ni, saya tertanya-tanya juga siapa pemilik suara itu."

Untuk pengetahuan korang, dia ni kaki surau di taman perumahan kami. Masa remaja dulu, aku selalu stalk juga dia. setiap kali selepas azan maghrib dan subuh dia akan berjalan kaki melepasi baris rumahku untuk ke surau.

Aku pula memang sudah menjadi rutin, setiap selepas azan maghrib, akan membaca Al Quran. Aku suka baca dengan bertarannum walaupun aku tak pernah belajar kaedah bertarannum dari mana-mana tok guru.

"Jadi.. Kita ni sama-sama suka la ye.. Cuma selama ni memendam perasaan. Haha."

Dia mula turut ketawa bila mendengar kata-kata yang terkeluar dari mulut ku. Hurm, first time aku nampak dia ketawa sebegitu. Kalau tak, payah betul nak tengok dia macam tu.

"Thanks Awak sudi terima saya sebagai isteri awak. Saya ni tak macam perempuan lain. Cara jalan pun macam laki. Pakaian ala-ala boy."

Akif mengenggam kedua tangan ku.

"Okey la pakaian Aulia' sebelum ni. Walaupun macam boy tapi longgar. Tak ketat pun. Yang penting Aulia' selalu tutup rambut bila kat luar. Tak apa. Lepas ni, saya akan belikan baju muslimah kat Aulia'. Boleh kan?"

Hurm, thanks kat Aulia' sama sebab sudi terima saya. Saya tak banyak cakap macam Aulia'. Takut Aulia' boring dengan saya."

"Haish awak ni. Awak bekas sekolah agama tak patut fikir camtu. Allah tak pernah main-main jodohkan kita. Istilah boring tu tak pernah ada bila kita dah berkahwin. Untuk mencari keserasian kita, kita kena lah merealisasikan apa yang Allah suruh kepada kita. Iaitu tanggungjawab kita sebagai suami isteri dan mencari pahala yang Allah beri dalam rumahtangga. Betul kan?"

Dan bermulalah hubungan percintaan dalam perkahwinan kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience