Saban hari Uwais Ridzki melakukan perubahan dirinya dengan istiqamah. Dia pulang kerja tepat pada waktunya dan makan bersama keluarganya. Selepas makan malam dia dan Tan Sri Hamdi akan ke masjid sembahyang berjemaah di sana. Begitulah rutin harian anak beranak itu.
"Kak Yan.. Iman balik lambat sikit malam ni ya.. sebab ada lori nak hantar stok masuk."
"Ooo.. Nanti dah siap kerja, call Kak Yan. Kak Yan boleh datang ambil."
"Tak apa la Kak Yan.. Iman balik naik train atau grab je nanti. Kak Yan tunggu je di rumah dan masak makan malam sedap-sedap kat Iman. Hehe."
Keluar sahaja dari pintu lif, Kak Yan terserempak dengan adik bos yang sedang berbicara dengan seseorang.
"Kak Yan pergi mana tu?"
"Balik lah tuan. Dah time balik kerja sekarang ni."
"Mana Iman?"
"Dia balik lewat sikit. Katanya ada lori nak hantar stok malam ni."
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Uwais jadi tidak senang hati apabila mengetahui Iman perlu bekerja lebih masa pada waktu malam. Bukan apa, memandangkan pejabat Iman di bawah tanah dan Iman pula seorang diri di sana, Uwais rasa Iman tidak selamat berada di sana pada waktu malam.
"Assalamualaikum, papa.. Uwais balik lewat sikit hari ni. Ada lori nak hantar stok malam ni di gudang. So, Uwais nak monitor Iman buat kerja dia. Lagipun first time dia kena tunggu barang sampai malam ni."
"Wa'alaikumussalam, Uwais. Baguslah kalau begitu. Tempat kerja dia pun tertutup. Sorang-sorang pula kat sana. Elok lah Uwais monitor dia. Apa-apapun take care. Dah siap kerja, terus balik."
"Baiklah, papa. Uwais letak telefon dulu."
Selepas berbual dengan Tan Sri Hamdi, Uwais segera mencari Iman di pejabatnya. Beberapa minit kemudian, dia berasa lega apabila memerhati lampu pejabat Iman menyala. Di sebalik jendela, kelihatan penampakan bayang Iman bergerak-gerak di dalam biliknya.
Tok! Tok! Tok!
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Aku tertanya-tanya siapa yang mengetuk pintu bilik ku.
"Ya Allaaah..." Jerit adik bos.
Jeritan adik bos membuatkan aku juga turut panik ketika itu. Mungkin dia sangkakan aku ni hantu kot sebab bertelekung solat.
"Kenapa tuan jerit? Buat apa tuan di sini?" Tanya ku kerana adik bos datang tanpa pengetahuan ku dan membuatkan aku sedikit terkejut dengan kehadirannya.
"Hurm, you la buat saya takut. Hurm, saya dengar ada lori nak hantar stok malam ni. So, saya sebagai big bos you datang turun nak tengok staf saya buat kerja."
"Sebagai big bos ke bodyguard saya, tuan? Saya ok je sorang-sorang buat kerja kat sini tuan. Allah kan ada bersama kita. Walaupun saya perempuan, saya dah persiapkan diri saya dengan ilmu silat cekak tau. Insya Allah tuan jangan risau. Saya boleh handle sorang-sorang kat sini." tersengih aku pada adik bos dan cuba yakinkannya. (Cara cakap tu macam bangga sikit tapi tidak berniat riak.)
" Whatever la... Saya tak nak nanti, orang luar sana cakap, syarikat papa saya ni tak jaga kebajikan staff. I will stay here until you finish your work." Adik bos berkeras untuk menemani aku.
Aku mengjongketkan bahuku menandakan aku redha dengan kehadiran adik bos. Anak bos kot.. Takkan aku berani nak halau. Lainlah dia berniat jahat padaku, buah silat aku bagi nanti. Tak kira anak bos ka anak siapa ka.. Hihi..
" Pukul berapa barang dijangka sampai?" Tanya adik bos padaku.
"Around 8pm. Hurm, saya nak solat maghrib dulu tuan. Kalau lori dah sampai takut terlepas pula solat maghrib."
"Baiklah..lepas saya solat nanti, saya datang balik ke sini. Iman, take care."
Aku menutup pintu setelah adik bos beredar dari bilik ku.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Usai Uwais Ridzki menunaikan solat maghrib, dia terus ke gudang untuk memeriksa sama ada lori yang menghantar barang syarikat sudah tiba atau belum. Dia menuju ke bilik Iman sebaik sahaja memeriksa kawasan gudang.
Dari jauh dia terdengar suara merdu seorang wanita membaca ayat-ayat Al-Quran. Suara itu datangnya dari bilik Iman. Uwais menyandar kan tubuhnya pada dinding sambil mendengari bacaan Iman. Setiap bait ayat yang dibacakan menusuk kalbunya. Diselangi suara sedu tangisan membuatkan dirinya cukup kagum dengan pemilik suara itu. Kagum kerana suara itu cukup terkesan dengan bacaannya. Tetapi dia tidak tahu di sebalik sedu tangisan itu menyimpan rindu yang sangat dalam.
"Abang.. 'Aulia rindu abang sangat-sangat." Iman mengesat air matanya yang sedang mengalir.
"Kenapa dia cakap macam tu?" Uwais tertanya-tanya pada dirinya yang bingung dengan apa yang diucapkan Iman sebentar tadi.
Kring...kring... Telefon di meja Iman berbunyi lantas tindakannya yang barusan bersedih tadi berubah.
"Ooo dah sampai ya.. Kejap nanti saya pergi sana."
Selepas meletakkan gagang telefon, dia mengambil semula gagang dan mendail suatu nombor.
"Assalamualaikum. Lori dah sampai tu. Korang semua boleh ke gudang sekarang. Maaflah malam ni terpaksa ambil lebih masa korang."
"Perkara tak expect Puan. Tak boleh nak salahkan Puan. Bukannya salah Puan. Masalahnya lori tak boleh tiba pada masa yang ditetapkan. Lagipun itu tugas kami mengangkut barang-barang masuk ke gudang."
Uwais membetulkan tubuhnya yang dari tadi menyandar pada dinding sebaik sahaja mendengar pergerakan kaki Iman sedang menghala ke pintu.
"Allah, Terkejut saya! Dah lama ke Tuan sampai.." Iman mengusap dadanya kerana berasa lega.
"Tak ada la lama sangat. Aik kata berani.. Ada silat la. Kenapa terkejut nampak saya? " Uwais cuba menyakat Iman dengan kata-katanya.
"Dah tuan muncul tiba-tiba. Terkejut lah saya." Selamba Iman membalas perli adik bos.
"Dia dengar ke apa yang aku buat di dalam tadi. Kantoi la kalau dia dengar.. " Bisik Iman di dalam hatinya.
"Jom la kita ke gudang... Lori dah sampai."
Uwais membuntuti Iman dari belakang.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
"Oklah tuan. Alhamdulillah. Kerja kita pun dah settle. Tq Tuan teman saya di sini."
Uwais membelek jam tangannya yang sudah pukul 11 malam.
"You balik dengan apa? Suami ke?"
"Hah.. Haah.. Balik dengan suami." teragak-agak Iman menjawab namun spontan mulutnya menyebut balik dengan suami.
"Saya balik dulu Tuan. Kita jumpa lagi, esok."
Dari belakang, Mata Uwais terus memerhati Iman yang sedikit demi sedikit jauh meninggalkannya. Hatinya berbunga bila dekat dengan gadis itu. Namun sayang, bagi dirinya dia tidak dapat memiliki hati yang sudah dimiliki oleh orang lain.
Sebaik sahaja keluar dari syarikat papanya, dia terserempak Iman sedang berjalan kaki menuju ke suatu arah.
"Aik, dia cakap tadi balik dengan suami. Tapi dia seperti ingin menuju ke stesen monorail." Diri Uwais bermonolog.
Uwais sengaja berhentikan keretanya di tepi jalan sambil memerhati Iman yang sedang berjalan. Kalau di ajak tumpang tidak mahunya Iman nanti. Dia faham sangat sikap Iman yang menjaga batasnya sesama lelaki.
Tiba-tiba Uwais perasan ada sebuah kereta dari belakang Iman sedang bergerak perlahan mengekori arahnya. Kenapa kereta itu mengekori Iman. Nak kata sedang merajuk dengan suaminya (ala-ala seperti yang viral dalam tiktok tu), Uwais mendapati wajah orang yang berada dalam kereta itu ditutup dengan topeng. Dia mula merasa curiga. Seolah-olah pemandu kereta itu ingin melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap Iman. Belum sempat dia bertindak untuk menyelamatkan Iman, pemandu kereta itu sudah pun memandu dengan laju dan dengan sengaja melanggar tubuh Iman sehingga membuatkan Iman terpelanting di jalanraya. Uwais yang menyaksikan kejadian yang sepantas kilat itu terus berlari ke arah Iman manakala kereta yang sengaja melanggarnya itu terus meninggalkan Iman tanpa ada sedikit pun perasaan kemanusiaan.
"Iman! Iman! Iman!" jerit Uwais memanggil nama Iman yang sudah tidak sedarkan diri. Terketar-ketar tubuh Uwais kerana panik dengan kejadian yang baru berlaku di depannya sebentar tadi. Dia terus menggoncangkan tubuh Iman beberapa kali. Tidak lama selepas itu, telefon milik Iman berbunyi. Dia mencari-cari bunyi telefon itu di dalam beg milik Iman. Setelah menjumpainya, dia terus mengambil telefon bimbit Iman. Dia memandang skrin telefon dan mendapati Kak Azean yang menghubungi Iman.
Share this novel