Hurm.. Lucu tengok muka si Iman ni.. Ooo, rupa-rupanya kena bertegas sikit baru dia nak berdepan dengan aku lama-lama. Tahu pula gelabah. Sebelum ni, kalau nak mengayat dia ke, berani pula dia melawan balik cakap aku. Aku nak tengok.. Setakat mana dia boleh tolak cinta aku nanti. Aku tak percaya sekiranya masih ada wanita yang tidak pedulikan kekayaan dan ketampanan aku. (Bunyi macam terlalu perasan kan si Uwais Rizdki ni)
Uwais memutar-mutarkan kerusi yang diduduki nya beberapa kali sambil memikirkan cara untuk mendekati Iman. Ada ketika dia tersenyum dan tersengih sorang-sorang.
Sebaik sahaja terdengar ketukan pintu dari Iman, dia cuba berlakon sekali lagi menjadi serius. Dibetulkan tali leher dan jaket bajunya.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Kekuatan tenaga memegang 2 buah fail yang begitu tebal ku kumpulkan dengan menahan nafas sedalam-dalamnya. Bagaikan kedua telinga ku sudah tidak dapat menahan haba untuk mengeluarkan wap didih seakan-akan keretapi stim. Ooo.. Berat wooo fail ni. Sebaik sahaja tiba di hadapan pintu bilik adik bos, aku menghela nafas menandakan aku sudah lelah mengangkut fail-fail ini. Namun ku cuba menutupi kelelahan itu. Aku menghirup udara masuk beberapa saat kemudiannya menghelanya keluar. Ok.. Boleh la kurang sikit rasa lenguh tangan ni. Ku gagahkan sebelah tangan ku mengetuk pintu bilik adik bos.
Sebaik sahaja aku ke dalam bilik adik bos, aku terus menunjukkan fail-fail yang berat ini kepadanya.
"Duduk dan kamu semak fail-fail tu dulu. Saya nak 'settle' kan kerja saya kejap."
Sebaik sahaja adik bos mengarahkan aku, aku lihat dia bangun dari kerusinya sambil membawa ipadnya ke arah sofa hitam premium yang berada di belakang ku. Aku segera membuka fail yang ku bawa tadi dan tidak menghiraukan apa yang dilakukan oleh adik bos sekarang ini. Aku yakin dia tidak akan pernah mengapakan aku dan serius dengan kerjanya ketika ini. Tetapi betul kata-kata staf-staf di syarikat ini, sesungguhnya dia memang cukup tampan, bergaya dan berkaliber. Cuma apabila dia berada di luar waktu kerja, sikapnya berubah drastik. Pantang melihat wanita-wanita cantik di hadapan matanya, begitu mudah dia mengajak wanita-wanita itu bergaul dengannya. Namun, pendirian aku, si Akif lagi kacak dari adik bos.
Setengah jam merujuk fail-fail yang aku bawa tadi, kedengaran langkah kaki adik bos bergerak ke arah ku. Kemudian, tubuhnya menghadap ke arah ku.
"Macam mana? Dah jumpa puncanya?"
Tanya adik bos kepadaku yang sedang sakit mata kerana sejak dari tadi asyik menghadap fail-fail di hadapan ku ini.
"Eeeerm... Saya dah jumpa.. Hurm, saya rasa ada something not complete dalam fail ni.."
Adik bos menarik fail yang ku tunjukkan tadi kepadanya. Tidak berapa lama kemudian, dia mencapai gagang telefon lalu menghubungi seseorang.
Aaah sudah.. Aku tertelan air liur seketika apabila melihat perubahan air muka adik bos. Dia marah-marah pulak dengan orang yang dia telefon tu. Aduh macam big problem pula isu ini. Aku mula panas punggung kerana sudah canggung dengan situasi ini. Rasa ingin lari tetapi perasaan hormat pada bos membuatkan aku masih menetap di bilik ini.
Tidak berapa lama kemudian, adik bos sudah mula reda dari kemarahannya.
"Maaf Tuan Uwais. Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu."
"Kita lunch together.."
Belum sempat aku menolak ajakannya, telefon bimbit ku berbunyi.
"Minta maaf, Tuan Uwais. Boleh saya jawab call?"
Aku terus menjawab telefon selepas diberi kebenarannya.
Tiba-tiba aku rasakan duniaku bagaikan gelap namun aku gagahkan diriku untuk tidak terus terduduk.
Ku lihat adik bos terkejut melihat ku nyaris terjatuh. Dia berlari mendapatkan aku.
" Are you ok, Iman?"
"Saya ok! Saya ok! Suami saya... Dia jatuh pengsan di tempat kerja."
"Saya keluar dulu Tuan Uwais."
"Bertenang Iman. Awak tak boleh keluar dalam keadaan macam ni. Better saya hantar awak ke suami awak. Keadaan awak sekarang ni tak berapa baik. Silap-silap awak pun jatuh pengsan nanti."
Aku jadi tidak tentu arah apabila mendengar Akif jatuh pengsan. Aku terus keluar dari bilik adik bos. Aku dapat rasakan tubuh ku tidak dapat bergerak dengan stabil. Aku menepis tangan adik bos yang ingin memapahku berjalan betul. Aku cuba kuatkan diri agar aku cepat bertemu suami ku.
"Kalau tak nak saya papah awak, biar saya hantar awak."
Aku tidak peduli apa yang semua orang dalam syarikat ini perhatikan sekarang ini, yang penting aku ingin segera bertemu Akif. Untuk pertama kalinya aku tidak menolak permintaan adik bos.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Setibanya di wad kecemasan, aku mencari-cari kelibat suami ku dan aku bertanya jururawat yang bertugas tentang keadaan suamiku.
Alhamdulillah, setelah mendapati Akif semakin pulih, doktor membenarkan aku membawa Akif pulang ke rumah. Selesai sahaja proses keluar dari wad kecemasan aku lihat adik bos masih menunggu ku di luar wad. Aku membawa Akif menghampirinya.
"Sayang... Ini bos tempat kerja Aulia'. Tuan Uwais, ini suami saya, Akif."
Akif dan adik bos sedang saling bersalaman.
"Maafkan isteri saya menyusahkan Tuan Uwais."
"No matter. Kebetulan saya tengok dia hampir nak pitam bila dengar suaminya jatuh pengsan tadi."
"Dah boleh balik ke? Saya tolong hantarkan?"
"Tak apa, kami balik naik motor nanti. By the way, thanks tolong saya."
Kemudian, aku memimpin tangan Akif lalu meninggalkan si adik bos di luar wad kecemasan.
Share this novel