"Hello, Iman.. Akak dah masak makan malam ni... Lambat lagi ke balik?"
"Kak Yan.. Saya ni.. Tuan Uwais.. Iman kemalangan.. kena langgar lari. Saya tak faham... Kenapa kak Yan perlu masak untuk dia? Mana suami dia?"
"Apa tuan? Iman kemalangan? Sekarang dia macam mana?"
Kak Azean cemas sehingga lupa akan pertanyaan adik bos sebentar tadi.
"Dia tak sedarkan diri. Masih terlantar atas jalan raya. Saya tak tahu nak buat apa? Saya buntu.."
"OK, tuan bertenang. Call ambulans cepat."
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Sebaik sahaja adik bos memberitahu Iman sudah di hantar ke hospital, Kak Azean dengan kelam kabutnya segera ke sana.
Dia sedang mencari-cari adik bos yang hanya sedang duduk di luar ruang kecemasan.
"Tuan! Bagaimana keadaan Iman?" Tanya Kak Azean dengan cemas. Sejak mengenali Iman dia sudah menganggapnya seperti saudara kandungnya sendiri. Iman seorang yang tidak berkira. Ada ketika suka membelanjanya makan. Ada suatu masa suka menasihati dan memberi Kata-kata semangat padanya. Iman juga selalu mengajaknya solat berjemaah di rumah semenjak Iman menyewa serumah dengannya.
"Saya tak tahu. Dia masih dirawat dalam bilik kecemasan. Boleh saya tahu, kenapa saya call suami dia tapi nombor suaminya tidak aktif? Kamu berdua sangat rapat. Mungkin kak Yan tahu, apakah Iman mempunyai masalah dengan suami dia?"
Kak Azean serba salah untuk memberitahu perkara sebenar kepada adik bos tetapi ini mungkin takdir Allah untuk Kak Azean menceritakan perkara yang sebenar.
" Sebenarnya Tuan, suami Iman dah setahun meninggal. Sebab itulah nombor suaminya tidak lagi aktif. Dia menyorok tentang kematian suaminya pun sebab dia masih tidak dapat melupakan suaminya. Baginya suaminya masih lagi hidup."
Adik bos terkedu setelah mendengar kematian tentang suami Iman. Betul sangkaannya selama ini. Iman menyembunyikan masalahnya. Sikapnya juga sudah banyak berubah. Sebelum ini dia melihat kehidupan Iman baik-baik sahaja. Walaupun, tidak pernah sedikit pun Iman menayangkan kesedihan dalam jiwanya kepada umum dan mengisi hidupnya dengan penuh keceriaan, tetapi keceriaan di wajahnya itu tidak sama seperti ketika suaminya masih hidup. Malam tadi, adik bos sudah sedikit curiga ketika terdengar Kata-kata terakhirnya.
"Satu lagi saya nak tanya, ada tak siapa-siapa yang berdendam pada Iman?"
"Kenapa tuan tanya macam tu?" Pertanyaan adik bos membuatkan Kak Azean bertambah bingung.
"Tadi dalam perjalanan pulang, saya nampak dia tengah jalan ke arah stesen monorel. Ada sebuah kereta sedang mengekorinya perlahan-lahan dari belakang. Tiba-tiba pemandu dalam kereta tu rempuh dia dan terus tinggalkan dia. Sedangkan masa tu dia berjalan di kawasan yang selamat. Saya rasa... Kereta tu sengaja nak langgar dia."
Satu benda sahaja yang bermain di fikiran Kak Azean. Dari Kata-kata adik bos mungkin betul ada orang berdendam terhadap Iman walaupun sebenarnya dia tidak pernah menyakiti hati orang lain. Kak Azean mula teringat, Iman pernah memberitahu padanya yang kawan adik bos pernah mengugutnya.
"Baru kak Yan ingat tuan. Sebulan yang lalu Iman pernah beritahu saya, dia ditahan oleh kawan tuan.. Apa nama dia tu. Ha.. Leo... Leo ada ugut dia untuk lakukan sesuatu yang tidak baik pada Iman sekiranya Iman tidak berhenti kerja dari syarikat papa tuan."
"Betul ke? Kenapa tak beritahu saya?"
"Kak Yan pernah cakap nak beritahu tuan. Tapi Iman cakap tak payah risau sebab Leo kena belasah teruk dengan Iman masa tu. Lepas tu, Iman yakin bahawa kawan tuan tu tak berani nak ganggu dia lagi."
Adik bos mulai berasa geram setelah mendengar penjelasan Kak Azean.
" Kalau betul kemalangan itu berpunca dari kau, Leo... aku tak teragak-agak untuk hantar kau ke masuk ke dalam lokap. Apa hak kau nak suruh Iman keluar dari syarikat papa aku."
Kak Yan tersentak apabila adik bos tiba-tiba sahaja meninggikan suaranya.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Aku sesat entah ke mana. Mencari jalan pulang dengan mengikut cahaya benderang di hadapan. Sekeliling ku kosong dan gelap. Cuma di hadapan aku sahaja yang mempunyai jalan yang di terangi cahaya.
Kaki ku terhenti melangkah dalam pertengahan jalan yang ku rasakan sama sahaja keadaan dari belakang tadi. Di hadapan, aku melihat dua sosok lelaki yang salah seorangnya dari lelaki itu amat ku kenali dan ingin sangat ku temui.
"Akif ke tu?"
Ya, lelaki yang berdiri di hadapan ku sekarang ni memang Akif. Aku lantas terus memeluk erat tubuhnya. Jubah dan serban berwarna putih yang dipakainya menyerlahkan wajahnya yanh nampak cukup berseri dan bersih.
"Abang... Aulia' sangat-sangat rindukan abang." Suara sedu ku keluarkan ingin memberitahunya perasaan yang ku pendam selama ini. Namun Akif hanya tersenyum dengan manisnya. Sejuk hatiku memandangnya ketika itu. Kemudian, Akif memanggil lelaki yang berada di sebelahnya. Namun wajah lelaki itu tidak dapat ku lihat dengan jelas tetapi tubuh dan postur lelaki itu seolah-olah pernah ku nampak sebelum ini.
Akif mencapai tangan kanan lelaki itu dan menggenggamkan tangan lelaki itu dalam tangan kiri ku. Diriku terpaku dengan tindakannya lalu dia berkata padaku, "Sekarang lelaki ini adalah hidupmu."
Aku merasa tidak sedap hati seolah-olah Akif sedang menjauhi dirinya dari aku. Sekelip mata, Akif hilang dari mataku. Kini hanya ada aku dan lelaki itu. Aku mula tidak keruan. Melilau-lilau mataku mencari ke manakah kelibat Akif pergi?
"Akif... Akif... Akif..."
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Iman... Iman... Iman...
Aku terjaga dari tidurku sebaik sahaja mendengar seseorang memanggil namaku. Tangannya yang lembut cuba mengelap air mataku yang mengalir di pipi tanpa aku sedar.
"Mak..."
"Iman kat mana mak?"
Aku memandang sekeliling ku dan menyedari aku berada di tempat yang tidak kenali.
"Iman di hospital sekarang ni. Dah dua malam Iman tak sedarkan diri."
Aku cuba betulkan diri untuk duduk.
"Aduh sakitnya kepala.. Kaki pun terasa sakit. Kenapa dengan Iman, mak?"
"Iman kemalangan masa pulang dari kerja."
Aku cuba mengingat apa yang terjadi padaku sebelum ini tetapi gagal.
Tangan kanan ku diambil ibu. Dia mengusap perlahan tangan ku.
"Inilah yang mak takutkan bila Iman berada di kota ini. Bandar yang penuh kerakusan jenayah. Mak pernah kehilangan seorang kawan baik yang mak sangat sayangi dan bila mak dengar Iman kemalangan di sini mak sangat takut kehilangan Iman pula."
Iman memandang ke arah ibunya dengan penuh tanda tanya. Ibunya yang dulu bersikap keras padanya, kini adalah insan yang mudah mengeluarkan air mata.
"Masa mak muda dulu, mak dan kawan baik mak pernah datang mencari kerja di kota ini. Kami bersama-sama pernah bekerja di sini. Satu hari mak jatuh sakit dan tidak dapat pergi bekerja bersamanya. Ketika dia pulang kerja pada waktu malam, nasibnya tidak baik, dia dirogol bergilir-gilir oleh beberapa orang lelaki di dalam bas. Bukan setakat dirogol, lehernya di jerut dan ditinggalkan mati sendirian di sana."
"Sebab itulah mak susah nak melepaskan Iman bekerja jauh dari mata mak. Mak takut kehilangan Iman seperti mana mak kehilangan kawan baik mak dulu."
Aku terharu mendengar kata-kata ibu. Aku sangkakan sikap ibu yang seolah-olah mengongkong hidupku selama ini kerana tidak menyayangi ku.
"Mak.. Iman baik-baik je.. Tengok ni, hanya cedera sikit je. Mak, kat mana-mana pun ada tempat yang merbahaya. Bukan sahaja di sini. Jodoh dan ajal Allah dah tentukan mak. Cuma kita sebagai hambaNya sentiasalah berdoa agar pengakhiran kita, berakhir dengan husnul khotimah."
"Kalau Iman tak nak buat mak risau, Iman kahwin sekali lagi ya. Jika ada seseorang yang dapat jaga Iman, sudah buat hati mak tenang walaupun kat mana Iman berada."
Aku terdiam dan juga tidak melenting. Tubuh ku balut dengan selimut dan ku ubah diriku ke posisi tidur. Lalu ku pejamkan mata dan fikiranku tertumpu pada usul ibu sebentar tadi.
3/12/23- 3/1/24 : sudah sebulan arwah ibu dan adik bongsu ku meninggal dalam kemalangan. Sebelum kejadian, aku sempat video call ibu ku manakala adik sedang memandu. Tiba tiba video call aku dengan mak aku hilang. Aku tak nampak wajah ibu. Aku panggil mak, tapi mak tak sahut. Aku ingatkan line telefon masa tu problem. Itulah kali terakhir aku bercakap dengan mak. Yang tragis aku tak sempat nak tengok anak saudara ku yang berusia 5 bulan dalam kandungan. Baby adik lah paling aku tunggu sebab arwah adik aku kulit dia putih pink tak Macam Aku. Aku gelap. Bulan 4 tahun ini baby dijangka lahir. Tapi dia pergi bersama arwah adik ketika dalam kemalangan. Aku yakin, mesti kulit dia sama macam ibu dia. Putih bersih seiring dengan nama ibu dia. Al fatihah buat arwah ibu dan adikku. Semoga syurga buat kamu berdua. Amin ya rabbal 'alamin.
Share this novel