BAB 2: Setelah Bergelar Isteri

Drama Completed 30756

Akif membiarkan aku melanjutkan tidurku. Dia cepat-cepat ke bilik mandi sebelum azan subuh berkumandang.

Nama saja Iman. Tetapi bab bangun subuh, aku memang lambat. Mujur ada Akif. Sebelum dia keluar ke surau, dia ada mengejutkan aku untuk mandi solat subuh. Lantas aku bangun. Tersengih aku malu, bila orang yang sehari hidup bersama ku tau perangai buruk ku itu.

"Iman, buat apa tercegat dalam bilik tu. Nanti Akif dah nak balik dari surau. Sediakan sarapan untuk dia. Kat dapur tu ada pisang awak. Boleh masak pisang goreng. Nasi lebih pun ada. Boleh masak nasi goreng."

Aku keluar dari bilik sebaik sahaja mendengar suara ibu. Hurm, kalau berlengah, maunya ibu membebel pada aku depan si Akif nanti.

Lebih kurang jam 7.30 pagi Akif pulang bersama ayah.

"Awak jom makan! Ayah jom makan!" Ajak aku. Kemudian aku menghidangkan pisang goreng dan nasi goreng ke atas meja. Ayah dan Akif masuk ke ruang dapur setelah dipanggil aku.

Sebaik sahaja mereka duduk, aku menuang air kopi kepada mereka berdua.

"Hurm, lain pula nasi goreng hari ni?"

"Kenapa ayah? Tak sedap ke?" Hah sudah la.. Malu aku kat Akif kalau tak sedap.

"Sedap sangat tu tanya. Ni bukan gaya mak masak."

"Iman yang buat semua ni. Dah ada suami kena isi perut suami. Tak kan ibu lagi." Mencelah ibu yang baru masuk ke dapur.

"Eh, Yah.. Cuba rasa sedap nasi goreng ni. Pisang goreng ni pun rangup."

Ibu mencedok nasi goreng dan duduk di sebelah ayah. Boleh tahan juga budak Iman ni masak. Aku ingatkan tak pandai masak. Sebelum ni suruh masuk dapur asyik mengelat.

Aku memandang Akif untuk menunggu reaksi dia menikmati hidangan dari aku. La.. Time makan pun malu ke.. Hihi.. Hurm dah bertahun-tahun jadi jiran aku pun masih malu dengan mertua sendiri. Ke aku je tak tahu malu. Hihi..

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Selepas selesai mengemas dapur aku masuk ke dalam bilik ku. Manakala Akif sedang duduk bersembang dengan ayah ku. Hurm, dia sudah mula nampak serasi dengan ayah tu.

Aku duduk di atas katil sambil melipat bajuku yang berbakul-bakul belum dilipat. Almaklumlah, sibuk sangat menguruskan majlis kahwin ku sehingga terpaksa menangguhkan kerja melipat baju.

Aku terdengar pintu bilik ku dibuka. Akif yang ingin masuk ke bilik ku berjalan ke arah ku. Matanya yang bercahaya memandang wajahku dengan perasaan cinta. Cinta yang baru terjalin.

"Thanks, buat sarapan untuk saya. Sedap Aulia' masak."

Kembang punggung aku bila dipuji tetapi apabila mendengar ucapan terima kasih dari Akif, hatiku sungguh terharu. Baru aku tau, betapa gembiranya hati ini apabila seseorang menghargai hasil kerja kita dengan ucapan terima kasih.

" Sama-sama. Kalau abang suka, hari-hari... Hurm Iiii... Erm.. Aulia' boleh masak." Tergagap aku berkata-kata. Terasa canggung membahasakan diri Aulia' sedangkan selama ini orang lain memanggil ku Iman.

Aku belajar masak bukan dari mak aku. Ketika aku sambung ijazah dan duduk di rumah sewa, permulaan aku belajar memasak sendiri disebabkan kekurangan duit menanggung kehidupanku sebagai pelajar. Housemate aku turut membantu mengajarku memasak.

" Aulia' panggil saya, abang?"

"Ya, panggilan untuk suami yang dah lama Aulia' sayang."

"Kalau macam tu, mulai hari ini, saya akan panggil Aulia', SAYANG. Hurm, sayang lusa abang nak bawa sayang pergi honeymoon dekat Cameron Highlands. Lepas honeymoon, abang dah start kerja. So, esok pagi kita balik rumah family abang sebab lepas ni tak tahu bila pula kita nak balik sini."

"Ok abang."

Tangan ku yang ingin melipat baju terhenti seketika apabila mata Akif tidak berkedip-kedip memandangku.

"Oo dah berani ya pandang Aulia' macam tu. Dulu tak berani pun pandang Aulia'?"

"Dulu dan sekarang ada beza. Sebelum kahwin dengan sayang kenalah jaga pandangan. Sekarang tak salahkan abang nak tenung lama-lama wajah sayang?"

Biasalah hati perempuan. Kena ayat manis dengan orang yang tersayang, mestilah terawang-awangan.

"Hurm abang... Abang tau kan.. Aulia' baru je graduate. Abang izinkan tak kalau Aulia' bekerja?"

Akif duduk di sebelah ku. Dia mencapai kedua tangan ku lalu menggenggam erat.

"Abang takkan halang Aulia' nak bekerja. Yang penting, bila dah bekerja nanti jaga maruah abang k. Hurm.. Kalau Aulia' dapat mana-mana interview kerja kat KL nanti, bagi tau abang. Abang boleh hantar Aulia' nanti."

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Sesudah Akif pulang dari surau bersama ayah ku, aku dan dia berjalan kaki ke rumahnya pula. Sebaik sahaja tiba di rumah mertuaku, makan pagi sudah siap terhidang di atas meja. Kelihatan adik perempuannya turut bertungkus-lumus membantu ibu mertua ku di dapur.

" Ha, Iman.. Dah sampai pun. Jom kita sarapan." Ajak ibu mertuaku, Hajjah Amirah.

"Mana Ammar dan ayah? Tak sarapan sekali."
Tanya ku kepada ibu mertuaku.

"Ammar dok cari ayah la tu. Ibu suruh dia panggil ayah makan pagi." Terang ibu.

Hm, aku dengan Hajjah Amirah a.k.a ibu Akif ni memang rapat sejak mereka pindah ke dalam kawasan perumahan ku. Cuma apabila aku sambung ijazah, sudah jarang kami berjumpa. Tiap kali aku singgah ke rumah Akif semasa kami bujang dulu (itu pun sebab nak berjumpa ibu dia tapi pada masa yang sama saja nak spy si Akif), Akif akan menyembunyikan dirinya ke dalam bilik. Katanya dia ni pemalu bila tetamu datang. Lebih-lebih kalau tahu tetamu itu perempuan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience